Pembuli Termasyhur Abad 21
[ 8 Tahun Lalu ]
"Soo Min!" Dari jauh aku terdengar suara Bit Na memanggil.Bukan main kuat lagi suara tu,macam nak gegar sekolah ni pun ada juga.
"Hah apa?Aku dah cakap jangan confess dengan budak tu,kan kau dah kena" Bit Na yang masih termengah-mengah itu menjeling aku.Dia menarik nafas dalam sebelum menghembus kuat.
"Bukan pasal tu lah.Aku dah decide,aku tak nak bagitahu dia.Lagipun,aku takut aku pula yang kena lepas ni"
Aku menggigit bibir.Bila Bit Na cakap pasal hal itu,aku teringatkan Yoo Jin.Pelajar biasiswa dari Daegu yang terpaksa pindah semula ke sekolah lama dia.
Baru sahaja sebulan yang lepas dia mengaku cinta dia pada Han Yoo Jung.Bulan ni dia dah pindah balik tempat asal.
Kenapa?
Kenapa kau tanya?
Sebab Han Yoo Jung tak terima lelaki yang tarafnya lagi rendah dari dia.Dan dia nak Yoo Jin pergi dari pandangan dia buat selama-lamanya.
Jadi khidmat Park Jimin digunakan.
Khidmat Pembulian.
Ceh,nama bukan main.Harap je kacak,buat kerja entah apa-apa.
"Weyh kau dengar tak ni!" lengan aku ditolak Bit Na.Menyampah lah tu bila aku tak ikut gossip dengan dia.
"Dengar Cik Bit Na tapi aku tak fokus tadi.Kau cakap pasal apa?"
"Sengal.Aku nak cakap dengan kau ni,pelajar program biasiswa dah tak ramai.Tadi pengetua jumpa aku,dia kata dia dah tak sanggup nak terima surat berhenti dari pelajar biasiswa.Jadi dia minta kita yang tinggal ni untuk bersabar dan jauhkan diri dari terlibat dengan geng-geng Yoo Jung dan senior Jimin,"
Ooohhh!Patutlah aku tak nampak Bit Na dari tadi.
Sedih pula dengar pelajar biasiswa dah tinggal beberapa ketul je.Kami ni lah yang terselamat dari dimakan dubuk-dubuk ganas tu.
"Tapi Soo Min,aku takutlah..."
"Kau takut apa?Aku ada,"
"Bukan tu.Maksud aku,kalau tahun ni kita survive,tahun depan kena hadap lagi sekolah ni.Lepas 15 pelajar biasiswa sorang-sorang keluar,chance kita nak jadi mangsa diaorang tu dah jadi senang.Kalau lepas ni aku yang kena,macam mana?"
Aku menepuk bahu Bit Na.Risau sungguh kawan aku yang seorang ni.
"Tak apa!Aku kan ada,"
"Kau kan ada,kau kan ada.Macam kau tu kuat sangat je.Eh kau tahu tak..."
Aku menggulingkan mata aku ke atas.Bila lah gosip minah ni nak habis.Aku nak makan oi,nak makan!
"Park Jimin rancang nak kenakan seseorang hari esok.Tapi masalahnya aku tak tahu siapa,"
"Alah tak payah tahulah.Bukannya diaorang nak kenakan kau,"
"Soo Min.Kau ni macam tak tahu je,diaorang ni suka cari pasal dengan kita.Mestilah dia nak kenakan salah seorang daripada kita.Kau tak takut ke?"
Aku berfikir panjang.Biasanya aku cakap main lepas je kalau nak jawab soalan Bit Na pasal hal ini.Tapi kali ini aku terdiam pula.
Kalau aku yang kena macam mana?
Ish tak lah Soo Min.Asalkan bukan kau yang kena,sudah.
"Ada je lah dia tu.Dah nak keluar sekolah pun tak insaf lag—"
"Kau kan suka dia," laju macam kutu je si Bit Na ni potong ayat aku.Ewah ewah,nak mempersoalkan aku punya pendirian lah tu.
"Dululah Bit Na.Masa tu aku bodoh-bodoh sikit.Baru masuk pagar sekolah,aku dah disambut oleh seorang dewa bernama Park Jimin.Mana aku tak suka.Tapi lepas kenal dia,aku dah tak sukalah"
"Dewa lah sangat.Habis sekarang kau dah tak anggap dia dewa ke?"
"Tak.Dia lebih kepada syaitonn"
"Setan kau.Nanti dia dengar macam mana?"
"Jadi memang betul lah dia setan.Setan kan dekat mana-mana je ada,"
Bit Na tergelak kecil.Dia menampar bahu aku dengan kuat.Uish,dah lah ahli pasukan bola tampat,memang dia tampar aku macam dia tampar bola.
Sandwich yang dari tadi masih terletak elok di dalam bekas aku ambil dan makan.Lega perut bila ada isi.Kalau tak makan,memang penuhlah perut aku dengan gosip Bit Na.
•
"Sampai di sini sahaja.Esok kita akan samb—"
SKREEETTT!
SKREEETT!
PAPAPAPAPA!
SKREEEET!
BOOM!
"Haih,budak-budak ni"
Aku memberikan senyuman kekok kepada Puan Gin.Dah memang selalu kitaorang macam ni.Waktu akhir,mesti waktu Puan Gin.Tepat pukul 5 petang semua berebut nak keluar.
Hantar kerja tepat pada waktunya tak nak pula.
Hah sentap?Pergi siapkan homework cepat.
"Soo Min,saya harapkan awak je lah untuk capai 100 peratus dalam subjek ni"
Pinta Puan Gin.Aku tersenyum lemah.Dari awal aku masuk ke sini sampailah sekarang Puan Gin hanya mengharapkan kami,pelajar biasiswa untuk skor Biologi.Bila dah tinggal aku seorang dalam kelas ni,aku je lah harapan Puan Gin.
"Kalau ada yang kacau awak Soo Min,bagitahu je saya.Saya akan bincang dengan pengetua dan pihak atasan.Benda yang jadi ni makin lama makin lampau.Hati-hati ya balik," pesan Puan Gin.Aku mengangguk dan mula mengemas baranganku.
"Jangan risau Puan Gin.Saya akan cuba untuk kekal hingga akhir," aku menundukkan badan sebagai tanda hormat.
Kekal hingga akhir eh?Tunggu Park Jimin keluar sekolah je,beban aku akan berkurang.
Aku mengatur langkah menuju ke bahagian loker.Buku Fizik dan Kalkulus aku letakkan di dalam loker dan aku mengambil buku lukisan ku.
Aku ingat aku nak hantar terus lukisan aku dekat Puan Mari.Walaupun tarikh akhir projek ni bulan depan,tapi aku malas nak simpan lama-lama sebab aku rasa aku nak tukar lukisan aku.Tapi lama aku dah usahakan karya aku,takkan nak membazir masa macam itu sahaja?
Untuk projek seni tahun ini,aku kena lukis seseorang yang aku suka.Puan Mari kata,dia akan rahsiakan lukisan setiap pelajar dan sebab itulah aku rasa selamat sedikit.
Kalau orang lain tahu aku lukis siapa,mampus aku.
"Oh,pelajar biasiswa dalam kelas ni ada Soo Min je.Kenapa Jimin?" terus langkah aku terhenti.Aku menyorok di balik pintu kelas dan mula mengintai.
Mesti ada benda yang tak kena kalau nama aku dan Jimin dalam satu ayat.Jimin cari pelajar biasiswa?
"Park Jimin rancang nak kenakan seseorang hari esok.Tapi masalahnya aku tak tahu siapa,"
Jadi apa yang Bit Na katakan itu betul?Serius lah?Takkan aku pula yang kena lepas ni.
"Tak ada apa-apa Puan Mari.Tanya je,"
"Jimin"
"Ya?"
"Pihak atasan tahu perbuatan kamu.Tapi disebabkan ayah kamu dah banyak berjasa dekat sekolah,mereka diamkan hal ini.Tapi kalau kamu rancang nak teruskan rancangan kamu untuk aniaya pelajar biasiswa,saya tak teragak-agak untuk bincangkan hal ini sekali lagi dengan pihak atasan,"
Kata-kata Puan Mari kedengaran seperti amaran keras.Pihak atasan semua tahu tapi mereka berdiam diri sebab ayah Jimin dah banyak berjasa dekat sekolah ni?
Itu sahaja?
Ayah dia yang berjasa , bukannya dia!
Eiii geram pula aku.
"Cikgu ni tak payah risaulah.Saya tanya je bukannya nak buat apa-apa pun,"
"Jangan Jimin..."
"Ya ya ya"
Aku mengetuk pintu.Ada dia ke tak ada dia ke,aku nak hantar terus.Kalau dia berniat nak kenakan aku,baik jumpa aku terus.
Eh,tapi lukisan aku..
"Ya Soo Min?Ada apa?" Puan Mari mengukirkan senyuman manis kepadaku.Aku langsung tak pandang Jimin,tapi aku pasti dia memerhatikan setiap gerak-geri aku sebaik sahaja aku melangkah masuk ke dalam kelas ini.
Sunyi.Hanya ada kami bertiga sahaja.
"Saya nak hantar lukisan,"
"Awalnya.Tak apa,bagi saya"
Dengan pelbagai doa supaya Puan Mari tak buka buku lukisan aku depan Jimin,aku akhirnya memberi buku lukisanku padanya.
Jangan buka jangan buka!
"Nanti saya tengok dekat rumah.Awak dah boleh balik," aku mengangguk.Masih lagi tidak menghiraukan kewujudan Park Jimin,aku terus mengangkat kaki dan keluar daripada kelas seni.
Telefon aku keluarkan dan laju sahaja jari-jemariku menekan-nekan keyboard.
"Soo Min kan?"
Aku menyimpan telefonku dengan pantas di dalam kocek kot sekolah.
"Ada apa Senior Jimin?" aku memperlahankan langkahku.Jimin sekarang berjalan di sebelah,tangannya dimasukkan ke dalam poket seluar.
Hati aku sudah berdegup kencang.Dua sebab.Sebab aku takut dan sebab aku jarang sekali bercakap dengan dia.
Aku ni,kalau nak dikirakan yang kenal aku cuma pelajar biasiswa sahaja.
"Balik seorang?"
HA HA!Ada nampak orang lain ke sebelah aku?Tanya soalan pun~
"Nampaknya macam itulah"
"Nak saya temankan?"
"Eh tak payahlah.Saya naik bas,"
"So?Kalau naik bas pun kenapa?"
"Bas tu panas.Sempit.Awak kan ada kereta sendiri," jawabku malas-malas.Bahaya kalau dia ikut aku naik bas.Nanti apa pula orang kata.
"Kalau macam tu,saya tumpangkan awaklah"
Aku berhenti.Mata yang tadi nak elakkan dari terpandang muka dia kini ralit memerhatikan wajahnya.
Handsome.Tiada cacat cela.
"Sebab?"
"Saja"
"Ke nak buli saya?"
Jimin tersenyum sumbing.Dia mendekatkan wajahnya dengan aku.
Apa yang dia katakan pada aku selepas itu memang mengejutkan aku.
"Pandai pun"
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top