9 ; Aku Simbah Kopi Panas Dekat Dia,Tapi..Tak Apa Kan?

EDITED CHAPTER

"Mana bos niiiiiiiii?" rengek Soo Min dengan nada yang meleret.Kakinya dihentak-hentakkan di atas lantai.Geram sungguh!Kata nak datang ambil,muka poyo dia pun tak nampak.Humphh!

"Kenapa tak naik bas je?Hah tulah,suruh lagi bos kamu ambil kamu.Ingat kamu tu apa?Tuan Puteri?" balas Puan Yang setelah penat mendengar anaknya merengek tak sudah.

"Tch,bos lah yang nak ambil.Buat apa pula orang yang suruh dia ambil orang?" Soo Min mengecit.Jam di tangannya dikerling.Jarum sudah menunjukkan jam 9.40 minit pagi.Sudah 40 minit lambat masuk kerja ni.

Tak lama kemudian,bunyi hon kereta kedengaran.Soo Min mengeluh kelegaan setelah mengetahui bunyi hon itu milik kereta kesayangannya(uhuk uhuk kereta Taehyung).

"Mak pergi dulu.Nanti nak balik Busan,call Soo Min eh?Kunci rumah letak dalam kasut katak—"

TOK! TOK! TOK!

"Aik?Siapa yang ketuk pintu tu?Bos kamu ke?" Soo Min mengangkat bahu.Dengan laju dia berlari anak ke pintu dan membuka pintu tersebut.

Di hadapannya,Kim Taehyung berdiri sambil tangan kirinya dimasukkan ke dalam poket seluar.Manakala tangan kanannya memegang bekas makanan.

Auch!Nampak husband material keh kehh..., sempat lagi hatinya berbisik.

Tang mana husband materialnya tah...

"Mak awak ada?"

Soo Min mengangguk tetapi tidak berkata apa-apa kerana dia terlalu terkejut.Kim Taehyung,majikannya berdiri di hadapan pintu rumah sambil tanya pasal ibunya?

Nak masuk meminang ke bang?

"Eh Tuan Kim?Buat apa datang sini?" soal Puan Yang dengan senyuman yang lebar terukir di bibir.Badan Soo Min ditolak ke tepi sampaikan wanita itu terdorong ke belakang.

Ehhh...mak yang excited kenapa ni?

Taehyung tersengih-sengih,dia menundukkan badannya sebaik sahaja bayangan Puan Song menyapa pandangannya.Bekas makanan yang semalam diterimanya dihulurkan kepada wanita itu.

"Puan,terima kasih masakkan saya makanan.Sedap sangat.Maaf sebab lambat datang ambil Soo Min.Saya ada masakkan sikit untuk Puan sebagai tanda terima kasih saya pada Puan,"

Puan Yang apa lagi?Tersengih macam kerang busuk lerr.Soo Min pula mulut sudah ternganga.Sejak bila bos dia pandai memasak ni?

"Susah-susah je Tuan Kim.Saya cuma nak ucap terima kasihlah terima Soo Min yang banyak kerenah ni kerja dekat tempat Tuan.Mesti dia banyak buat hal kan?"

Soo Min menggulingkan matanya ke atas.Lengan ibunya dicubit perlahan.Perlahan je,lebih-lebih nanti kena smack down karang.

"Panggil saya Taehyung je Puan.Tak perlu formal sangat dengan saya," Puan Yang mengangguk.Sedap sungguh bahasa Taehyung guna.Mesti sejuk perut ibu yang mengandungkan dia.

"Baiklah.Err,Taehyung pandai masak ya?Bagusnya anak muda macam kamu ni pandai masak.Tengok Soo Min tu,dah nak tua pun tak pandai goreng telur—"

"Ahahehehdheheh mak,saya pergi dulu.Lagipun yang tua dekat sini Taehyung.Bukan saya ya?Saya pergi dulu.Bye mak!Kunci letak dalam kasut katak!"

Dengan pantas lengan Taehyung dicapai dan diheretnya lelaki itu masuk ke dalam kereta.Kalau kereta dah ada depan rumah,mestilah dia yang memandu kan?Nak harapkan Taehyung,hmmmm~

Kalau dah pencen nanti,aku rasa aku boleh daftar uber, rancang Soo Min.

"Nampaknya depan mak awak, awak panggil saya 'Taehyung' sahaja ya?" usik Taehyung.Wajah Soo Min yang bertukar merah itu ditenung tanpa henti.

"Biarlah.Tuan dekat tapak perumahan saya,takkan dekat rumah saya pun nak panggil Tuan dengan panggilan 'Tuan' "

Taehyung ketawa kecil.Blazernya dibetulkan sambil mata masih tidak lepas memandang Soo Min melalui cermin pandang belakang.

"Betul ke awak tak pandai masak telur goreng?" soal Taehyung,berniat untuk mengusik Soo Min sekali lagi.

"Okay saya mengaku.Saya tak pandai masak even telur goreng.Saya pandai masak mi segera je.Okay?So what?Bukannya saya dah nak kahwin pun kena pandai masak bagai tu,"

Bebel Soo Min.Pegangan tangannya pada steering kereta semakin kuat.Ada juga yang makan steering nanti.

"Tanya je pun nak marah ke?Tak apalah Soo Min.Kalau kahwin dengan saya nanti,tak payah belajar memasak pun tak apa.Saya masakkan.Tak pun hari-hari kita makan luar ya?" Apa lagi,ketawa besarlah lelaki yang baru putus hubungan tu.Awek dah curang pun masih nak mengorat perempuan lain.

Soo Min mengetap gigi.Ya Tuhan,nasiblah lelaki ni bos dia.Kalau tak sudah lama lelaki tu koma dek kerana dipukul Soo Min.Apa yang rasuk lelaki tu agaknya.Makan gula banyak ke?Atau dia high?

Dan sepanjang perjalanan ke syarikat,pagi Soo Min tak aman seperti pagi-pagi yang lain.


"Tuan,dah nak setengah jam kita tunggu ni," kata Namjoon.Dahinya sudah berkerut melihat perangai majikannya yang nampak luar biasa hari ini.Selalunya lelaki itu tak suka menunggu.Lambat seminit pun dia tidak suka.Apatah lagi 30 minit?

"Tak apa.Kita tunggu sahaja sampai mereka sampai.Lagipun saya yang datang mengejut," balas Jimin dengan bersahaja.Bahu Namjoon ditepuk perlahan sebelum dia menyambung,"sabarlah Namjoon.Nak untung,kita kena sabar,"

Namjoon mengangguk perlahan.Makin lama,makin pelik pula dia berdiri di sebelah Jimin.Tak tahulah apa yang menguntungkan.Tunggu sahajalah.

"Jimin?Kau buat apa dekat sini?" soal Taehyung sebaik sahaja dia ternampak akan dua figura yang amat dikenalinya.

"Adalah hal sikit aku nak bincang.Maaf tak bagitahu awal-awal.Urgent.Lain kali,kalau aku nak datang aku inform dekat setiausaha kau dulu," kata Jimin,tidak lupa juga dia memberikan senyuman manis kepada Soo Min yang semakin lama semakin menghilang di belakang badan Taehyung.

"Oh,aku ada hal tadi dekat rumah.So aku lambat.Sorrylah kalau kau menunggu lama ke apa ke," Taehyung kini sedang bersalaman dengan Jimin dan Namjoon.Manakala Soo Min hanya menundukkan kepalanya ke arah mereka berdua.

Tak nak lah salam,segan pula...

"Tak apa.Aku yang datang tiba-tiba.So,kita nak berbincang dekat mana?"

"Bilik aku.Soo Min,sediakan kopi untuk Encik Park dan Encik Kim.Buatkan saya teh sahaja," arah Taehyung kepada Soo Min.Wanita itu hanya menurut lalu melangkah pergi meninggalkan mereka bertiga di ruangan pejabat itu.

Fuhh...nasib terlepas buat sementara.

"Kau marah lagi dengan Yoo Jung ke?" tanya Taehyung,cuba untuk memulakan perbualan.Malam semalam bila dia hantar gadis itu ke hotel,merah padam wajah gadis itu menahan marah.

Orang dah bayarkan bilik pun masih nak marah.Bukannya duduk hotel satu malam je.Kira baik Taehyung tu bayar bilik untuk tiga malam.Hah,duduk lah dia dekat situ sampai bengkak mata.

"Aku geram je.Dia tak sedar lagi yang dia dah berpisah dengan kau.Bila aku tegur,dia melawan.Aku pun marahlah,"

"Tapi dia kata kau halau dia?"

Namjoon menanggalkan kot biru tua Jimin dan kot itu digantung pada penyangkut baju di hujung bilik Taehyung.Setelah selesai,dia berdiri di sebelah Jimin.

"Alah biasalah tu.Aku gurau je.Dia yang melebih.Kau jangan risaulah.Pasal Yoo Jung,biar aku selesaikan.Cukuplah pasal kitaorang,aku nak bincang pasal gaji buruh projek kita tu"

"Kau dah hire orang ke?Kita baru binacang semalam," setelah dipelawa duduk oleh Taehyung,Namjoon dan Jimin duduk di atas kerusi yang bertentangan dengan posisi Taehyung.Hanya meja kerja Taehyung sahaja yang memisahkan mereka.

"Aku dah lama dapat projek ni.Company yang aku perlukan buruh itu semua aku dah settlekan sebelum aku tawarkan projek ni dekat kau.Projek ni terlalu besar.Aku tak mampu nak buat sendiri.Kan bagus kalau syarikat kau dengan aku bergabung.Kan?Untung pun lumayan.Takkan aku nak cekik semua duit tu?" Jimin tersenyum kecil.

"So,apa masalah dengan orang yang kau upah?"

"Macam ni masalahnya,kebelakangan ni diaorang minta naikkan gaji sedikit.Sebab tapak sekolah tu luas.Material pun sekarang dah naik harga,"

"So?" Taehyung menjongketkan keningnya.Makin lama makin berdebar hati mendengar penjelasan Jimin.Apatah lagi bila dia dengar 'naikkan gaji'.

"So kita tak boleh buat apa selain naikkan gaji diaorang.Projek ni makan masa dan tenaga.So,kalau tawarkan gaji yang biasa-biasa,diaorang nak tarik diri,"

"Ambil company lain tak boleh?"

"Banyak projek pembangunan tengah berlaku dekat Korea.Setakat ni diaorang yang dapat aku contact.Lagipun diaorang dah biasa kerja dengan kau,"

Taehyung menggelengkan kepala,macam ada yang tak kena sahaja,"orang yang biasa kerja dengan aku takkan minta lebih.Berapa je yang kau tawarkan gaji diaorang masa awal-awal tu?"

"Gaji standard lah.Tapi projek besarkan,siapa je yang tak nak duit lebih?Sebagai ganti,diaorang akan siapkan bangunan tu dalam masa 10 bulan.Susah tu nak siapkan bangunan besar dalam masa 10 bulan,"

Taehyung mengeluh.Dahinya mula diurut perlahan.Sudah tahu apa yang dimaksudkan Jimin,makin peninglah jadinya.

"Jadi kau nak aku tambah gaji diaorang?Macam gitu?Berapa diaorang minta?"

"Dua kali ganda dari yang biasa.Gaji diaorang,kau settlekan.Yang lain aku tanggung termasuk kos ubah suai dalaman.Selain bayar gaji pekerja dengan uruskan interior design sekolah tu,kau tak perlu risau apa-apa.Kira adil lah kan?Kau bayar gaji pekerja,aku tanggung kos ubah suai,"

Taehyung mengeluh lagi.Baru sahaja dia bincang tentang projek ini semalam.Hari ni sudah terima berita yang dia tak sangka-sangka akan dapat.

Lagi satu,mana pula lah si Soo Min ni.Buat air ke betulkan saluran air?

"Dua kali ganda?Betul diaorang boleh siapkan dalam masa 10 bulan?Kos lain semua kau tanggung?" Jimin mengangguk laju.

"Kau tahukan aku tak pernah ambil projek besar.Aku cuma pernah uruskan rumah sahaja,"

"Jadi?Inilah masanya kau jadi terkenal.Bila projek ni berjaya,kau akan dapat tawaran projek lain.Cuba bayangkan kau dapat projek-projek mega lain?Crystal Blue takkan jadi syarikat binaan rumah sahajalah.Apartment,kondo,hotel,resort...and anything in Korea," kata Jimin,cuba untuk memberikan Taehyung akan kelebihan projek tersebut.

"Berani betul kau ambil risiko," kata Taehyung.Namjoon yang berada di sebelah Jimin dikerling.Ingin melihat reaksi lelaki itu sama ada betul atau tidak apa yang dikatakan Jimin.

Namun hampa,lelaki itu cuma tersenyum kecil.

"Kalau tak berani nama syarikat aku bukan Build SK.We build South Korea to be a better country.Isn't it?"

Taehyung sekadar mengangguk.Tetapi dia masih ragu-ragu."Aku call Encik Han dulu.Bagi aku berbincang dengan dia,"

Encik Han Lim Yoon.Lelaki separuh abad yang mempunyai syarikat buruh binaan.Sudah lama dia bekerja dengan Taehyung.Jadi pelik jugalah bila pekerja minta gaji banyak.Mungkin Jimin benar?Projek sekolah swasta itu mungkin lebih mahal daripada projek rumah agam yang biasa dia handle.

Sementara Taehyung membuat panggilan untuk berbincang dengan Encik Han,Jimin meminta diri untuk pergi ke tandas.Namjoon disuruh tunggu sahaja di dalam bilik itu.


"Mesin ni time ni lah nak rosak," mesin air yang biasa dia gunakan tidak berfungsi.Tadi masa nak buat air kopi,okay je.Nak buat air bos,dah rosak?

"Takkan kau pun benci bos?" soal Soo Min pada mesin itu.Habis digodek,langsung tak dapat dibetulkan.Biarlah,kang nanti betulkan sendiri,terkena renjatan elektrik pula.

"Teh tak payahlah.Nanti aku beli sendiri je lah.Menyusahkan hidup aku betul mesin ni," dahi yang sudah basah dengan peluh dikipas-kipas menggunakan tangannya.Dua cawan air kopi diletakkan di atas dulang putih,disertakan sekali dengan beberapa keping biskut kering.

Biskut kering pun biskut keringlah.Tu je yang dia jumpa dalam kabinet.

Baru sahaja ingin beredar,pintu pantri sudah terbuka luas.Dia disapa oleh figura Jimin yang sedap bersandar di tepi pintu.Dengan tangan yang berada di kocek seluar,ingat dah macho lah?

"Hye,"

"Bye!" balas Soo Min.Sebelum sempat gadis itu meloloskan diri,Jimin menghalang laluannya.

"Sombongnya.Takkan tak nak berbual dengan ketua pengawas?"

"Urusan awak dengan Tuan Kim.Bukan dengan saya Encik Park.Dan lagi satu,awak bukan ketua pengawas lagi ya?Awak tu dah lepas sekolah dah pun,"

"So?Dulu saya popular dengan gelaran tu.Or,awak lebih prefer Abang Jimin?" Jimin mengukirkan senyuman manis.Tidak penat betul dia senyum hari ini.Kerjanya senyum sahaja.Ingat boleh tergodalah hati perempuan tu?

"Encik Park.Saya ada kerja.Saya datang sini bukan untuk main-main.Tolonglah,abaikan pasal dulu.Tolong jangan layan saya seperti yang dulu," Soo Min mengerutkan dahinya.Cuba untuk menjadi berani.Padahal dalam hati,sudah bergetar.

"Macam mana?Macam ni?" Jimin menjentik dahi Soo Min.Disebabkan terkejut dengan tindakan lelaki itu,kopi di atas dulang dicapai dan air yang masih panas tersebut disimbah ke arah Jimin.

Dulang itu terjatuh ke lantai bersama dengan cawan yang lain,menghasilkan bunyi kaca pecah dan menarik perhatian orang.Pintu pantri masih terbuka,jadi jelaslah apa yang baru sahaja berlaku itu disaksikan oleh pekerja yang lalu lalang di hadapan pantri.

"Auww!" Jimin mengaduh.Sapu tangan di dalam poketnya dicapai dan mukanya yang sudah basah itu dilap.

"Ss-sorry–"

"KAU DAH GILA KE APA?!" dada lelaki itu turun naik,marah betul nampaknya.Tulah,siapa suruh kacau orang.

"Ma-maaf saya tak sengaja," Soo Min cuba memohon maaf namun tiada tanda-tanda lelaki itu sudah reda marahnya.

"KAU–"

"Jimin!" Kata-kata Jimin terhenti di saat namanya diseru.

Soo Min mengeluh lega apabila bayangan Taehyung muncul.Entah kenapa,dia cuma lega bila lelaki itu datang tepat pada waktunya.

"Jangan marah pekerja aku,"

"Kau ambil dia ni jadi pekerja kau?Lembik!Baru cakap sikit dah terkejut.Kau tengok apa dia buat dekat aku?"

"Sabar bro.Kau cakap apa dengan dia?Aku kenal Soo Min.Dia takkan buat benda bodoh macam ni selagi kau tak buat apa-apa dekat dia.Kalau kau tu panas baran,tak payah nak buat-buat control baran kau tu,"

Jimin mengetap rahangnya.Dia menghantar pandangan maut kepada Taehyung dan Soo Min sebelum beredar dari situ bersama Namjoon yang baru sahaja sampai menyaksikan situasi tersebut.

Taehyung memerhatikan Jimin dan Namjoon sehingga mereka berdua hilang dari pandangannya.Barulah dia kembali fokus kepada Soo Min yang kini sudah tertunduk kepalanya.

"Saya minta maaf Tuan,saya...saya tak sengaja," makin lama makin kabur pandangannya.Patutlah,air mata sudah mengalir keluar rupanya.

"Saya minta maaf T-Tuan.Tolong jangan pecat saya," ayat dihujung itu tidak berapa didebgari Taehyung.Namun dia masih faham apa yang gadis itu cuma katakan.

Bahu Soo Min ditarik dan akhirnya dia memeluk Soo Min dengan erat.Buat seketika,tiada apa yang berlaku.Cuma Taehyung memeluk setiausahanya dan Soo Min yang menangis tanpa henti di dalam dakapan lelaki itu.

Bukannya makin reda tangisan,tapi makin kuat pula.Kepala Soo Min diusap sambil belakang badan gadis itu ditepuk-tepuk dengan perlahan.

"Awak tipu kan bila awak cakap pasal Jimin?" soalan Taehyung dibiarkan tidak berjawab.Walaupun dia yakin bajunya sudah basah kerana air mata(mungkin dengan hingus sekali),tetapi dia masih memeluk Soo Min.

Di sudut yang lain,Jin bersama empat lagi rakannya,Yeri,Irene,Sana dan Jae menyaksikan adegan itu dengan mulut yang terlopong.Tadi ada dengar macam bunyi gaduh-gaduh.Jadi si Famous Five ni semua pergi menghendap.

"Weh,Tuan ada affair dengan Soo Min ke?" tanya Yeri padan Jin,memandangkan lelaki itu rapat dengan Soo Min.

"Kau ingat aku tahu?Apa pun,kau jangan cerita dengan orang pasal ni ya?Sebab kita tak tahu apa jadi.Aku tak nak Tuan Kim pecat korang sebab korang sebarkan khabar angin," pesan Jin.

"Yang kaki membawangnya kan kau.Apahal nak nasihatkan kitaorang pulak?" balas Yeri sambil memandang Seok Jin dari atas ke bawah.

Author Note

Weuuewww,2000+ words~~~ nak bagi lebih sikit sebab lama tak up.Uhuuuu tabahlah ye kalau panjang sangat.And bila nak type part yang diaorang bincang pasal projek tu,sumpah pening gila aku.Aku tak tahulah betul ke tak apa yang aku cakap tu but hope you enjoy this part uwu

Love youuu all seeyounextchapter 💜

I purple you
You purple me

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top