7 ; Awak dan Saya...Kawan

EDITED CHAPTER

Mata Taehyung tidak berhenti daripada memerhatikan wajah Soo Min yang sedang memandu.

Dokumen dan pelan rumah yang terpampang di skrin iPad silver miliknya diabaikan.

"Ehem" dehem Soo Min setelah dia perasan bahawa dia menjadi mangsa renungan lelaki itu.

"Tuan ada nak pergi mana-mana tak?" soalnya sebaik sahaja lampu merah menyala.

Senyap...

...

...

...

Dah mati ke?

Dengan menggunakan cermin pandang belakang,dia memandang figura Taehyung yang masih kaku.

"Oooooohhh bos"

Dia ketawa mengekek disaat Taehyung menggulingkan matanya ke atas.Dia tahu lelaki itu benci dengan panggilan 'bos'

"Pergi Mona Lisa," arah Taehyung sambil menyimpan kembali iPadnya.

"Tapi Tuan tak buat tempahan,"

"Pergi jelah,"

Soo Min tidak membalas apa-apa.5 minit berlalu dan akhirnya mereka tiba di restoran mewah itu.

"Tuan,saya tunggu sini tau" pesan Soo Min pada Taehyung.Lelaki yang sudah memegang handle pintu kereta itu mengerutkan dahinya.

"Kita kan makan sama-sama.Awak jangan mengada nak tunggu sini,"

"Tuan makan je lah sorang.Saya boleh tunggu,"

"Turun.Sekarang."

Soo Min menelan air liur apabila Taehyung sudah mula mengeluarkan suara garaunya.Ditambah lagi dengan pandangan tajam lelaki itu.Fuhhh..full package!


"Tuan,kita dah sampai,"

Jimin mengeluh berat.Mata yang tadi dipejam kini dibuka semula.Anak matanya memerhati tepat ke arah dua figura lelaki dan perempuan turun daripada kereta merah itu.

Ibu jarinya dibawa ke mulut dan digigit perlahan.Sepatutnya dia sudah pulang ke rumah tetapi hatinya bertukar niat.Selesai sahaja kerja di syarikat,dia mengarahkan pembantu peribadinya Kim Nammjoon untuk mengekori Soo Min dan Taehyung dari belakang.

"Namjoon..." serunya perlahan.

"Ya Tuan?"

Lama majikannya terdiam sebelum lelaki itu kembali bersuara,"kalau ada perempuan yang dah lama awak tak jumpa,apa awak buat?"

Namjoon tidak menjawab malah dia hanya memerhatikan Jimin sebelum dia mula memikirkan jawapan yang munsabah.Takut tersalah jawab nanti kena pancung pula.

"Apa yang saya buat bergantung kepada siapa wanita itu pada saya"

Jimin tersengih,"gerak.Esok saya nak pergi Crystal Blue"

"Tapi Tuan tu tak ada dalam schedule–"

"Jadi masukkan dalam schedule saya.Ada masalah ke Namjoon?"

Namjoon menggeleng,"maaf Tuan"


"Kenal Park Jimin?" Taehyung mula menanyakan soalan yang sejak tadi menganggu fikirannya.

Soo Min menjadi gelisah.Tak suka betul kalau orang tanya pasal orang yang dia tak suka.Jari-jemarinya mula bermain dengan garfu dan sudu yang terletak di atas meja.

"Kenal lah juga"

"Siapa?"

"Setahu saya Tuan tak ambil tahu pasal hal peribadi pekerja" , kata Soo Min,cuba untuk mengelak supaya dirinya ditanya dengan lebih lanjut.

Mereka berdua tidak bersuara.Rasa janggal lah juga bila keluar makan bersama.Bukan tak pernah makan bersama,cuma malam ni aura dia lain sikit.

Setahu Soo Min,restoran ini adalah tempat yang istimewa bagi Taehyung.Di sinilah kali pertama dia bertemu dengan Yoo Jung.

Dan setiap tahun mereka akan sambut ulang tahun mereka di sini.Tak pernah pula dia ajak Soo Min makan malam di sini.

"Makanan Tuan dan Cik dah sampai,sila nikmati hidangan anda," pelayan wanita itu menundukkan badannya dan kemudiannya berlalu pergi setelah makanan selesai dihidang.

Soo Min menghirup jus oren manakala Taehyung meneguk champagne kegemarannya.

"Tuan,kenapa ajak saya makan sini?"

Taehyung meletakkan kembali gelas minumannya di atas meja dan mengangkat bahu.

"Semalam kita tak dapat makan dekat sini.Jadi hari ni saya tebus balik"

Soo Min menggigit bibir,"tapi semalam kan sebab dah memang tempah pun.Ya lah kan,saya bukannya istimewa macam Cik Yoo Jung.Jadi saya pelik–"

"Soo Min"

Soo Min berhenti bercakap apabila Taehyung menganggil namanya.Mata lelaki yang tadi nampak bersemangat kini bertukar sedih.

"Maaf Tuan"

Wanita itu menundukkan kepalanya.Dia sedar akan kesilapannya yang membangkitkan nama Yoo Jung di dalam perbualan mereka.

Makanan masih tidak bersentuh.Kedua-dua mereka hanya duduk dan kaku.Langsung tidak bergerak.

Taehyung mengeluh perlahan apabila melihat Soo Min yang hanya menunduk."Dah 3 minit menunduk,tak lenguh ke leher?"

Terus sahaja wanita di hadapannya itu mengangkat kepala.Boleh tahan jugaklah lenguh tu.

"Mulai sekarang ni bukan tempat istimewa bagi saya.Restoran ni sekarang cuma sebagai restoran sahaja bagi saya.Mungkin juga lepas ni saya takkan pergi sini lagi," ujar Taehyung.Diteguk lagi champagne itu sebelum kembali mengatur idea perbualan mereka.

"Apa kata...malam ni kita jadi kawan?" cadang Taehyung.Jelas sekali reaksi keliru terpampang di muka Soo Min.

Apa benda bos aku merepek ni?Baru break dah cakap pelik-pelik

"Sebab?"

"Sebab awak kata saya tak pernah ambil tahu tentang hal peribadi pekerja saya.Jadi apa kata buat malam ni,kita jadi kawan?Berbual macam kita ni kawan rapat"

Soo Min mula tersengih.Suka lah tu dengan idea Taehyung.

"Tapi kalau malam ni kita kawan,saya kena guna panggilan 'Tuan' juga ke?"

Dahi Taehyung berkerut.Betul juga kata Soo Min.Mana ada orang yang panggil kawan dia dengan panggilan 'Tuan' .

"Okaylah,awak boleh panggil saya Taehyung"

Soo Min tersengih sehingga nampak barisan giginya yang tersusun elok.Hasil daripada memakai braces selama 2 tahun.

"Jadi Taehyung,bila tarikh lahir awak?"


Gelas Bordeaux yang berisi wine merah itu dicapai dan digoncangkan perlahan supaya air di dalamnya berpusar.

Tirai merah baldu terbuka luas,membenarkannya menikmati pemandangan kota Seoul dari penthouse itu.

Satu fail yang dihantar oleh Namjoon sebentar tadi dipandang sekilas.Berselerak meja kopinya dengan kertas-kertas dan dokumen yang mengandungi maklumat berkaitan syarikat Crystal Blue.

Tangannya mula mencapai satu dokumen yang mengandungi maklumat seseorang.

Ditatapnya wajah wanita yang memakai dress merah jambu itu dengan lama.

Nama : Yang Soo Min
Umur : 26 Tahun

Minuman itu dihirup perlahan sambil dia meneliti maklumat-maklumat peribadi Soo Min.Bagaimana Namjoon dapat pun dia tak tahu.Tapi apa yang penting,dia dapat apa yang dia nak.

KLIK! THUD! THUD!

"Kau nak pergi mana?" soal Jimin sebaik sahaja dia menangkap figura Yoo Jung yang berjalan keluar dari biliknya.

Di tangan gadis itu terdapat satu beg kertas yang tertulis TOPMAN.

"Kau nak jumpa Taehyung lagi?Tak payahlah.Kena halau je," kata Jimin,cuba untuk mematahkan semangat Yoo Jung.

"Apa yang kau nak sibuk?Aku kena halau ke bukannya kau ambil kisah" bidas Yoo Jung balik.

"Aku...tak ambil kisah?" Jimin mengetap gigi.Dokumen Soo Min tadi digenggam dan gelas wine itu dicampak ke lantai.

Habis berkecai.

"Kalau aku tak ambil kisah dah lama aku pulangkan kau balik dekat keluarga kau!Tak bermakna bapak aku kahwin dengan mak kau,kau boleh cakap lepas!"

Yoo Jung menundukkan kepalanya.Urat-urat di tangan dan di leher Jimin semakin timbul.Tahulah dia bahawa abang tirinya itu sedang marah yang amat.

"Kalau kau keluar,aku kunci pintu.Aku tak kisah kau nak tidur mana pun malam ni!"

"Aku pun tak haraplah kau jaga aku!" Yoo Jung kembali melawan.Lelaki itu fikir dia siapa?Setakat abang tiri sahaja.

"KAU KELUAR SEKARANG!"


Taehyung  tersenyum melihat Soo Min ketawa besar.Sebenarnya,dad jokes yang Soo Min asyik lemparkan padanya dari tadi tak lah lawak sangat.Cuma wanita itu sahaja yang syok sendiri.

"Saya tak tahu pula Jin dah pengaruhi saya," katanya sambil mengelap air mata yang mula bertakung.Sampai menangis dia ketawa.

Jus oren dihirup buat kali terakhir.Pinggan yang sudah kosong itu diketepikan."Awak tak ada apa-apa yang nak tanya ke?"

"Ada"

Soo Min menyilangkan tangannya di atas meja,satu senyuman manis terukir di bibir,"apa dia?"

"Beritahu saya macam mana awak kenal Park Jimin"

#a jealous boss

Author Note

Sorry korang~~tak dapat up masa hari Ahad haritu sebab eden busy.

Harap chapter ni dapat mengubatkan kerinduan anda terhadap buku ini...huuuu

Good night <33333

Want a bad Jimin or good Jimin?

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top