6 ; Ketua Pengawas
EDITED CHAPTER
"Elakkan benda macam semalam berlaku lagi.Sikit lagi abang boleh mati tau," selamba sahaja Hae Ryung memberi nasihat yang diselitkan dengan perkataan 'mati'
Taehyung menjilat bibirnya,tabiat bila nervous
Entahlah,bila seseorang sebut tentang 'mati' , jantung dia berdegup kencang.Dia tahu suatu hari dia akan meninggal juga,cuma dia masih belum bersedia.
Tapi apa nak buat kan?Dengan sakit yang macam tu bila-bila je nyawa boleh melayang.
"Jangan terlalu tertekan.Kesihatan kena jaga.Saya tahu pasal makanan,abang tak ada masalah tapi soal perasaan..." Hae Ryung terhenti seketika.Dia perasan akan wajah Taehyung yang bertukar muram.
"Mungkin tak ada rezeki.Jadi selalu jaga perasaan tu.Abang dah merana sekali,tak kan nak merana lagi.Kadang kita kena tinggalkan orang yang lukakan kita dan bagi peluang pada orang yang selalu ada dengan kita," terang Hae Ryung panjang lebar.
Taehyung terkedu seketika,
Orang yang selalu ada dengan kita?
"Takkanlah aku nak bagi peluang dekat Jungkook.Ingat aku gay ke?Dia pun laki kau kan" terbeliak mata Taehyung setelah dia fikir ayat 'Orang yang selalu ada dengan kita' itu ditujukan pada Jungkook.
Hae Ryung tersedak air liur sendiri.
"B-bukan Jungkook lah.Ingat Jungkook je ke yang ada time abang susah?" Hae Ryung menjeling lelaki itu.
Taehyung ketawa kecil,"aku gurau je lah.Sayang juga kau dengan Jungkook ya?"
"M-mana ada!Dah lah abang Taehyung,saya ada patient lagi ni.Ingat pesan Hae,jangan stress sangat,"
Taehyung tersengih di saat matanya menangkap warna merah-kemerahan yang mula muncul di pipi wanita itu.
Tipu nak buat apa?Cakap je lah suka,kan senang
"Aku mengaku Jungkook tu handsome sampai kadang-kadang aku pun tergamam tengok dia.Takkanlah kau yang perempuan ni pun acah tak suka dia,"
Kerana geram,kaki Taehyung disepak kuat.Pintu bilik rawatan dibuka dengan kasar sekaligus memaksa Taehyung untuk keluar dari biliknya.
"Kalau nak tahu apa-apa pasal Jungkook,call je aku"
Hae Ryung menggeleng laju," tak nak dan tak akan pernah!"
"Nah tuan," tali leher hitam dihulurkan pada Taehyung.
Lelaki itu mengangguk dan mula memakai tali leher tersebut.
Soo Min yang sedang asyik mengemas barangan keperluannya dipandang sejenak.
Kadang kita kena tinggalkan orang yang lukakan kita dan bagi peluang pada orang yang selalu ada dengan kita
Kata-kata Hae Ryung masih terngiang-ngiang dalam kepalanya.Ada betul juga apa yang dikatakan Hae Ryung itu.
Maknanya,tindakan dia untuk lupakan Yoo Jung adalah betul.Tiada gunanya dia percaya pada gadis itu lagi.Sudahlah cerewet orangnya.Setiap hujung minggu mesti ajak pergi shopping.Kalau guna duit sendiri tak apalah juga.
Kini baru Taehyung sedar.Selama dia bersama dengan Yoo Jung,dia cumalah bank bergerak bagi gadis itu.
Apa yang Yoo Jung nak,dia terpaksa beli.
Ada sebab kenapa dia buat begitu.Yoo Jung adalah cinta pertamanya.Sudah bertahun mereka bersama dan Taehyung fikir dia tak akan sanggup teruskan hidup tanpa Yoo Jung di sisi.
Biarlah duit melayang sekalipun,asalkan Yoo Jung tetap bersamanya.
Bodohnya aku
Taehyung tersenyum pilu.Walaupun begitu anggapannya,hakikatnya dia sudah lama tahu perangai Yoo Jung.Keluar dengan lelaki-lelaki lain secara senyap seakan-akan dia percaya bahawa Taehyung tak akan tahu.
Tapi dengan kawan Taehyung sendiri?Berduaan di dalam apartment Taehyung sendiri?Tak.Dia dah tak boleh tahan.
Figura Soo Min yang kini sibuk memandang telefonnya dengan mata terbeliak ditenung lama.
Yang Soo Min.Setiausaha yang sudah bersamanya selama lima tahun itulah antara orang yang paling dia percayai.Peliknya,dia lebih percaya Soo Min daripada Yoo Jung.
Penyakit aku pun Yoo Jung tak tahu
Bila terasa dirinya ditenung seseorang,Soo Min melemparkan pandangannya ke arah Taehyung."Tuan,ambil je lah gambar saya.Balik rumah boleh tenung lama-lama," Soo Min menjeling Kim Taehyung.Marah apabila dia sudah tahu tentang perubahan pelik di telefonnya.
DIA TUKAR LOCK SCREEN AKU GUNA GAMBAR DIA!
Taehyung tersenyum kecil."Cantik tak lock screen baru tu?"
Soo Min menggeleng laju.Cepat-cepat lock screen telefonnya ditukar dengan gambar seekor kucing hitam.Kalau tak tukar,tak pasal-pasal dia pula yang kena serangan jantung.
Buka telefon je muka majikannya menyapanya.Memang tak lah.Password juga dibuat.Tak sanggup segala isi telefonnya dilihat oleh orang lain.
Amarah Soo Min tak dihiraukan,blazer hitam disarungkan pada badan.Kunci kereta dilemparkan pada Soo Min.Tahulah wanita itu,dia perlu menjadi pemandu untuk Taehyung lagi.
"Bos—Maksud saya tuan–errr kan tuan tak sihat.Nak kerja jugak ke?"
"Saya ada banyak urusan lagi nak buat.Meeting semalam pun banyak cancel disebabkan saya.Saya tak suka pending meeting lama-lama.Lepas hantar saya pergi pejabat,awak boleh balik rumah sekejap.Mandi.Lepastu datang balik," Soo Min mengangguk perlahan mendengar arahan Taehyung.
"Alah,tak payahlah mak.Dia tu makan benda lebih mahal daripada ni tau.So tak payah bagi eh?Lebih baik kita je makan.Kita pun makan daging dua bulan sekali,ni lagikan nak bagi dia pula," pujuk Soo Min.
"Bagi je lah.Mak dah masak pun," balas Puan Yang dengan nada bosan.Bosan sebab apa?Sebab Soo Min asyik mengelak je.
"Mana boleh dia makan daging-daging ni,"
"Daging tu fresh lagi.Mak ambil dengan pak cik kamu tu.Si Chanyeol tu hah.Lagipun mak dah buang semua lemak dengan benda-benda yang tak patut.Kamu tak bagi bos kamu,mak tak tolong kamu bayarkan bil air dengan bayaran bulanan rumah ni," ugut wanita itu lagi.Soo Min menggigit bibirnya.Tabiat bila dia nervous atau geram.
"Pak cik Chan bukan dekat Busan ke?Ikut girlfriend dia duduk sana?Dia kan dah berhenti jadi penjual daging," pelik juga Soo Min.Apa sakit pak cik nya tu sampai tiba-tiba kembali melekat dengan bisnes daging dia.
"Kamu ingat dia tu boleh tahan ke dalam satu hubungan.Kalau tak dia yang tinggalkan perempuan,perempuan yang tinggalkan dia.Minggu lepas dah balik sini semula jual daging lagi," terang Puan Yang panjang lebar sambil mata masih melekat pada televisyen.
"Kalau Soo Min bagi janji eh nak bayar runah dengan bil air?"
"Yelah janji.Asalkan nanti bos kamu tu jadi menantu mak dengan ayah,"
Pau kacang merah yang masih panas itu tersembur keluar dari mulutnya.Baru nak nikmati makanan,mak dia sudah hancurkan mood.
"Siapa je lah nak saya ni mak?Dah kalau ketua pengawas sekolah saya dulu pun saya tak dapat date,takkanlah orang macam Kim Taehyung tu nakkan saya"
"Ketua pengawas sekolah kamu tu memang tak pandang kamu pun.Ada orang tak pandang kamu sebab kita ni miskin.Kamu masuk sekolah tu pun sebab biasiswa.Kalau nak harapkan orang macam tu date kamu,jangan haraplah.Lagipun dia tu buli kamu Soo Min,kamu masih nakkan orang macam dia?"
Soo Min terkedu.Ketika dia bualkan tentang ketua pengawas sekolah dia,dia berniat untuk bergurau sahaja.Tapi apabila mendengar leteran ibunya,dia terdiam.
"Saya pergi dulu mak," malas untuk berbincang tentang hal itu lagi,kain lap diambil dan meja makan yang kotor dengan pau kacang merah itu dilap sehingga bersih.
Bekas makanan untuk Taehyung itu juga sudah siap diletakkan di dalam beg kertas.
"Tapi Taehyung pun kaya.Mak tak rasa ke orang macam dia pun pentingkan status je?" soal Soo Min sambil memakai kasut tingginya.
"Berani kamu cakap macam tu pasal bos kamu.Tak baik tau kutuk majikan sendiri," Puan Yang bingkas bangun dan menampar bahu Soo Min.
"Alah mak pun cakap yang orang kaya ni tu lah ni lah,"
"Mak cakap pasal budak sekolah kamu yang tak ada kerja tapi suka buli orang tu.Bukan pasal Taehyung,"
Soo Min mengangguk lemah.Sebelum bahunya menjadi mangsa 'tamparan' lagi,lebih baik dia cabut dari situ.
"Bye mak!Jumpa minggu depan!" Puan Yang menggulingkan matanya ke atas.
Soo Min merenung pintu kayu bilik Taehyung.Lama juga dia tunggu meeting habis.Bila dia sampai tadi,Seok Jin bagitahu yang perjumpaan antara Taehyung dan CEO syarikat Build SK sudah berlangsung selama satu jam.
Satu jam dan sekarang sudah dekat dua jam dia menunggu...tapi perjumpaan itu masih belum tamat.
Sekarang sudah jam 12.30,sudah masuk waktu makan tengahari.Perut Soo Min mula menghasilkan bunyi-bunyi yang tak menyenangkan.
Bau daging lembu yang direbus oleh Puan Yang semakin menggiurkan Soo Min.
Kalau Taehyung tak keluar lagi 10 minit,sumpah!Dia sendiri yang makan daging tu.
Kertas kerja yang nampak bersepah itu disusun dengan kemas.Meja kerjanya terletak berdekatan dengan bilik pejabat Taehyung jadi segala benda yang ada di atas mejanya mestilah tersusun.
Kena nampak kemas sebab Taehyung claim mata dia sakit kalau tengok benda bersepah.
"Kalau ada apa-apa,aku call kau"
Tangan Soo Min yang ligat mengemas mejanya itu terhenti apabila dia terdengar suara seseorang.
Suara itu.
"Oh Soo Min awak dah sampai?Kenalkan ni bakal partner baru kita..."
Soo Min perlahan-lahan berdiri menghadap Taehyung dan seorang lelaki yang sedang membetulkan blazernya supaya nampak lebih kemas.
"...Encik Park Jimin"
•••
GUYS GUYS GUYSSSSSS any idea tentang Encik Park Jimin ???? ;)
Hehehehehehehehehehehehehehe
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top