40 ; Jadi Saya Pun Sama
"HAHAHAHAHAHHAHAHAHAHAHAHHAHAHAHA"
Riang sungguh nampaknya Soo Min dan Taehyung.Drive-in cinema yang mereka pergi ini menayangkan sebuah filem komedi 90-an.Walaupun filem lama,namun tetap dapat menambat hati penonton.
Tak putus-putus pasangan itu ketawa.Sampai tertumpah bertih jagung dekat tempat duduk kereta pun boleh tak perasan.
Sekali bila Taehyung perasan,wajahnya berubah menjadi masam.Soo Min yang masih menikmati jalan cerita filem itu ditegur,"Soo Min"
"Hmmmm"
"Soo Min,"
"Apa dia?"
"Bersepah lah kereta—"
"AHAHAHAHAHAHAHHAHAHAHA!KENAPA DIA JATUH DALAM SUNGAI LEPAS CONFESS?"
Taehyung hanya merenung Soo Min tanpa reaksi,betul-betul menghayati cerita betul wanita itu.
Geram bila ditegur tak dilayan,mata Soo Min ditutup dengn tapak tangannya.
"Ehh apa ni?"
"Makan tu elok-elok lah.Bersepah tau kereta,"
"Popcorn je.Nanti boleh kutip,"
"Kutip sekarang baru saya bagi buka mata,"
Terlopong mulut Soo Min apabila Taehyung berkata sebegitu."Macam mana nak bersihkan kalau mata saya kena tutup"
"Tak tahu.Awak kan pandai," balas Taehyung,sengaja mengusik.Tanpa diketahui Soo Min,dia ketawa tanpa mengeluarkan apa-apa bunyi.
Soo Min terdengar tawa yang kuat dari luar,dia cuba untuk menolak tangan Taehyung namun tidak berjaya.
"Alah alahhhh kenapa diaorang ketawa.Saya nak tengokkkkkk"
"Tak boleh—AUW AUW SOO MIN SAKITLAH!" mengerang kesakitan lelaki itu apabila dicubit Soo Min dengan kuat.Dia yang ajak pergi tengok wayang,dia pula yang tak bagi orang tengok cerita.Hah,kena kau sekali.
"Padan muka,"
"Saya bos awak tau,"
"Kata tak nak dianggap bos..." kata Soo Min memerangkap Taehyung balik.Orang dah tak anggap dia bos,dia suruh panggil bos pula.
"Ada je lah awak ni.Lepas habis cerita ni,kutip semua popcorn popcorn tu lepastu buang,"
"Eeee tak romantik langsung," teragak-agak Soo Min nak membaling sebutir bertih jagung pada Taehyung tapi apapun,dia tetap baling juga.
"Hah nak sepahkan lagi," bertih jagung yang jatuh pada peha nya diambil dan dikunyah.Dia ingin tersenyum melihat kelakuan mereka berdua yang semakin selesa dan rapat.
"Awak,tu popcorn yang jatuh dekat bawah tau"
Baru nak bahagia,Taehyung dikejutkan lagi dengan pengakuan Soo Min.
"Ya ke?"
"Guraulahhhh"
"Sini popcorn tu biar saya je yang makan,"
"Tak nakk..Taehyung itik!" usik Soo Min apabila dia terkenang mainan itik Taehyung buat sekali lagi.Kali ini yang buat mereka berdua ketawa bukanlah filem di hadapan mereka,tetapi cerita mereka sendiri.
"Soo Min penguin"
"Lagi comel dari itik,"
"Penguin jalan terkedek-kedek,"
"Itik pun sama.Jangan perasan ya,"
"Hahahaha jodoh kot itik dengan penguin,"
"Eeee Taehyung mengada,"
[ PEREMPUAN ACAH DIVA ]
> jadi sekarang aku kena campak
ke rumah Hayden
> tak pasal-pasal aku kena merempat
dekat rumah lelaki tu
hmmm aku dah tengok Hayden tu siapa >
handsome lah.kau tak nak ke ambil peluang? >
> peluang apa?
yelahh alang Jimin buat macam tu,
kau terima je lah Hayden tu >
> nak mampus eh?🔪🔪🔪
ishhh jangannnnn nanti isteri aku tak tenteram aku mati dulu dari dia >
> macam manalah isteri kau tu
boleh kahwin dengan kau?
sebab aku kacak dan tough 💪🏻😎 >
> betul lah kata kau.Hayden lagi handsome
> daripada kau
lol.tu dah mengaku tu,pergi jelah
couple dengan Hayden >
Bodek dia pecahkan rahsia Jimin ke? >
> pandai jugak eh
> kalau ada apa-apa aku bagitahu kau
> tolong aku tau.Aku takut sebenarnya
sebabkan kau baik.Aku tolong kau >
> pfftt—
Jungkook menggeleng kepala.Dari tadi dia berbual dengan Yoo Jung melalui mesej sampaikan kerja kursus pelajar yang sepatutnya dia revise diabaikan.
Semakin parah keadaan sekarang.Dia yakin yang Park Jimin sudah mula bertindak pantas.Cuma dia tidak pasti untuk beri amaran pada Taehyung ataupun tidak.
Mungkin sudah tiba masanya.Dia merancang untuk berjumpa dengan Taehyung secepat yang mungkin.
"Tak guna betul lelaki tu,"
"Siapa tak guna?"
Terkejut Jungkook dibuatnya.Wanita bernama Hae Ryung aka isterinya tu,kalau tak muncul tiba-tiba memang tak sah.Nasib dia tak ditangkap berbual dengan Yoo Jung.Kalau tak kena tarik rambut lagi nanti.Boleh botak kalau asyik ditarik rambut.
Habislah gelaran pensyarah Jeon yang kacak nanti.
"Tak ada siapalah.Sibuk je,"
"Hah aku tahu siapa lelaki tak guna tu,"
"Hah siapa?" soal Jungkook,melayan Hae Ryung yan mungkin cuba untuk loyar buruk dengannya.
"Kau.Hahahahahahah,"
"Betul lah orang kata.Doktor suka buat lawak hambar," kata Jungkook dengan senyap.Kalau cakap kuat-kuat,mampus dia nanti.
Selepas telefonnya diletakkan ke bawah,dia perasan rambut Yoo Jung yang biasanya dibiarkan lepas itu kini sudah diikat menjadi tocang.
"Kau buat rambut macam tu ke?"
"Apa?Ni ke?" hujung tocangnya ditarik,dia kemudian menggeleng sambil tersenyum.
"Pesakit aku yang umur 10 tahun buatkan.Dia keluar wad hari ni," sesuatu tentang Hae Ryung yang melihat sendiri tocangnya dengan senyuman yang masih lagi kekal dibibirnya membuatkan Jungkook terdiam bisu.
Dia berfikir kenapa dia dan Hae Ryung sering bergaduh tetapi sebenarnya hati wanita itu sungguh besar.Dia menangis kerana pesakitnya tidak diselamatkan dan dia gembira apabila pesakitnya sihat seperti sediakala.
Pada mulanya dia merancang untuk tidak akan jatuh cinta pada Hae Ryung kerana dia percaya tiada perkahwinan yang dipaksa sebenarnya bahagia.Namun dia sedar bahawa dirinya tidak dapat lari dari kenyataan.
Dalam hidupnya,cuma ada seorang perempuan selain daripada ibunya.
Kim Hae Ryung yang kini sudah menjadi sebahagian dari hidupnya.
"Apalah yang kau fikir tu.Fikir nak curang ke?"
Baru Jungkook nak feeling-feeling,Hae Ryung sudahpun menuduhnya bermacam-macam.
"Aku ni kalau nak curang,aku tanya kau dulu.Kalau aku tak tanya maknanya aku tak curanglah,"
"Kenapa nak tanya?Kau bukannya suka aku,"
"Eleh kau.Nak test aku lah tu.Aku suka kau ke tak ke,kau tetap isteri aku.Cukuplah kau dalam hidup aku,aku tak sanggup nak hadap lagi satu" kata Jungkook yang sejujurnya tidak mahu curang kerana dia penat melayan kerenah Hae Ryung.Tengoklah Hae Ryung,perempuan tu pun lain macam apatah lagi perempuan lain.
"Maknanya kau suka aku kan..." usik Hae Ryung.Tipulah kalau dia mengusik Jungkook dengan sengaja,dia sebenarnya tidak dapat mengawal jantungnya yang kini berdegup kencang.
Dah lama duduk serumah dengan Jungkook,makin lama makin menebal rasa suka pada lelaki itu daripada rasa benci.
"Aku suka miss universe Korea.Terima kasih," Jungkook berdalih.Lebih baik dia cakap yang bukan-bukan daripada bercakap tentang hatinya yang masih belum tentu.
"Ah sudahlah kau!Acah tak nak perempuan lain," rasa seperti badannya semakin banyak peluh,Hae Ryung menuju ke bilik mereka berdua.Lebih bagus kalau dia bersihkan diri daripada layan Jungkook.
Jungkook ketawa kecil,geli hati dengan perbualan mereka.Pen merah digenggam kuat sebelum satu idea mula muncul di mindanya.
Pintu bilik yang masih terbuka di tenung lama,"Hae!"
"Apa?!" tak sampai sesaat,kepala Hae Ryung terjengah keluar daripada biliknya.
"Kau penat tak?"
"Kenapa?Nak ajak jalan ke?" Hae Ryung sudah tersengih,kalau nak ajak jalan boleh sahaja!
"Ha ah.Jalan jalan ke meja ni untuk tolong aku tanda assignment,"
Mati sengihan Hae Ryung,Jeon Jungkook dipandang tajam sebelum pintu dihempas kuat.
"Marah le tu"
[ Park Jimin ]
> nak keluar tak esok?
Mesej daripada Park Jimin dipandang lama sebelum hon daripada kereta lamborghini Taehyung berbunyi.
"Saya balik dulu," ucap Taehyung sambil menguap.Penat betul dating ya?
"Okay.Hari Isnin saya ambil,"
"Ke nak saya ambil?"
"Eh?Kenapa pula?"
"Sebab sayakan teman lelaki awak," Taehyung tersengih melihat wajah Soo Min yang berubah menjadi malu.
"Bila masa entah.Kita masih di fasa 'mencuba' ya?"
"Yalah.Yalah.Lambatlah nak dapat title teman lelaki awak ni.Macam nak dapat anugerah daripada presiden,"
"Dah bagi nombor telefon baru saya pertimbangkan," cadang Soo Min yang cuba mengumpan Taehyung.
"Humph!Keanak-anakkan.Tak nak bagi,"
"Tak nak bagi sudah.Tapi betul-betullah,nak saya ambil awak hari Isnin tak?"
"Cakap dulu awak suka saya,"
"Taehyung betul—"
Tak habis lagi berbicara,tangannya dicapai Taehyung.Walaupun seorang di dalam kereta dan seorang lagi diluar,itu tidak menghentikan Taehyung daripada menyentuh tangan Soo Min.
Dia takut jikalau Soo Min menarik tangannya namun apa yang dia sangkakan langsung tidak berlaku.Soo Min tidak menolak pegangan Taehyung.Terkejut mungkin?Ataupun dia rasa tak perlu pun untuk dia menolak.
"Kita mungkin sedang cuba tapi kalau awak bagitahu apa yang awak rasa,mungkin saya lebih bersemangat,"
"Bersemangat untuk apa?"
"Yalah kalau awak tak suka,saya akan buat awak sukakan saya.Kalau awak suka tapi ragu-ragu,saya akan yakinkan awak juga"
Kata-kata Taehyung membuatkan hati Soo Min berbunga.Yakinnya lelaki itu untuk miliki dirinya yang hanyalah gadis biasa.Dia tak pernah putus asa dengan Yoo Jung sehinggalah bukti berada di depan matanya sendiri.Jadi dia faham mengapa Yoo Jung betul-betul kesal dan ingin meminta maaf dengan Taehyung dengan cara yang betul.Biarlah melalui pesanan mesej sekali pun.Asalkan lelaki itu fahami isi hati Yoo Jung
Cuma sekarang,berhak kah dia untuk terima Taehyung?Bukan ke jikalau dia menerima Taehyung,seakan-akan dia ingin membuktikan bahawa dia lebih layak untuk menjaga Taehyung daripada Yoo Jung.Bahawa imej yang Taehyung curang dengan Yoo Jung disebabkan dia kini menjadi satu kenyataan.
Haih Soo Min,kenapa kau berfikir di luar kotak dengan hidup kau sendiri?
"Kalau saya suka Tuan,mesti akan ramai yang cakap saya setiausaha yang gatal"
Berkerut dahi Taehyung apabila dirinya digelar Tuan dicampur dengan ayat Soo Min yang mengejutkan itu.
"Apa ni Soo Min?Awak ni fikir macam-macamlah,"
"Yalah.Saya tak sukalah orang anggap saya macam tu,"
"Jadi apa yang orang kata lebih penting daripada perasaan awak?"
Soo Min terdiam.Dari dulu dia sudah berfikir dengan cara yang begitu.Dia tidak mahu menyusahkan orang lain,dan dia tidak mahu dirinya menjadi isu utama perbualan orang disekeliling.
Seseorang seperti dia dan seseorang seperti Taehyung?
Mesti dia akan dilabel mata duitan nanti.
"Kenapa awak baik sangat Soo Min?Baik sangat sampaikan awak terpaksa menidakkan perasaan awak?" soalan Taehyung membuatkan dia berfikir lagi.Betul kata Taehyung tapi apa yang dia boleh lakukan?Dari dulu dia sudah hidup di kalangan golongan orang berada.Dia tahu betapa susahnya orang seperti dia untuk jalani kehidupan di sekolah dengan aman.
"Percayalah saya kenal awak Soo Min.Hampir 4 tahun awak bersama dengan saya,saya kenal awal dan awak pun kenal saya.Jadi bagitahu saya,apa perasaan awak tanpa fikirkan orang lain,"
Soo Min menggigit bibir,tak pernah dia jumpa lelaki yang yakin dengannya.Yang bersungguh-sungguh untuk buatkan dia suka pada lelaki itu.
Kim Taehyung.Sebut nama sahaja boleh mengundang warna merah di kedua-dua belah pipinya.
Oh Kim Taehyung.Lelaki yang sungguh tegas sama ada di dalam bisnes,pendiriannya mahupun dengan perasaannya.4 tahun mungkin nampak pendek bagi orang lain tetapi 4 tahun itu terasa lama bagi mereka berdua.
Soo Min teringat apa yang ibu dia pernah katakan padanya suatu masa dahulu,kalau orang suka kita dan kita tahu orang itu baik,tak salah kalau kita terima dia.
"Saya tak pernah bercinta..." Soo Min mengaku.Dia tidak pandai meluahkan perasaannya,jadi dia harap Taehyung faham kenapa situasi ini terlalu rumit untuk dia.
"Kalau awak suka saya Taehyung..." Soo Min menelan air liur.Dia cuba keluarkan segala fikiran negatif di dalam otaknya seperti yang dikatakan Taehyung.
Luahkan perasaan itu tanpa fikirkan orang lain.
"Jadi saya pun sama"
Author Note
Apa ni Taehyung dengan Soo Min 🙈
malulah author nak tulis cerita macam gini sebab diaorang 🥺🥺🥺
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top