39 ; Aku Yang Sakit

"Apa yang aku akan dapat kalau buat macam tu?"

Jimin menggosok dagunya perlahan,memikirkan tentang apa yang dia ingin tawarkan kepada Hayden.

"Duit?"

"Setakat duit?Aku pun boleh dapatlah," kata Hayden dengan sombong.Ya,dia semestinya memiliki harta yang banyak oleh kerana keturunan keluarganya.Lagilah dia seorang model digemari banyak industri,duit tak putus-putus masuk ke dalam akaun.

Jimin tidak tersinggung,malah senyuman sinisnya semakin membesar.Telefon yang berada di atas meja kopi diambil,nama Mr.Kang dicari sebelum dia mendail nombor itu.

Hayden meneliti perlakuan Jimin,tiba-tiba rasa macam tak kena pula.Pagi tadi lelaki ini datang ke apatmentnya,tempat yang hanya syarikat dan keluarganya sahaja yang tahu.Berbual sedikit dan kemudian terus berbicara tentang Yoo Jung.Seorang model yang akan bekerja dengannya buat beberapa hari tak lama lagi.

Barulah dia tahu yan mereka berdua sebenarnya adik beradik tiri.

"Nah," fikiran Hayden terganggu,dia teragak-agak ingin menyambut telefon yang dihulurkan Jimin itu.

"Apa ni?"

"Ambil je,"

Telefon itu diambil pantas,apabila melihat 'Mr.Kang' tertera di skrin telefon dan talian yang masih lagi bersambung,dia tekapkan skrin telefon itu pada telinganya.

"Hello?"

"Hayden," satu suara garau menyambutnya,Hayden terkejut mendengar suara yang sangat dia kenali itu.

"Dad?" soalnya berbahasa Inggeris.

"Listen to me,do everything Jimin says,"

"What?Why wo—"

"Just do it!Ayah dia tolong ayah masuk ke Korea so you better follow what I told you just now,"

"But—"

"No but Hayden.He's from a powerful family and don't mess with him.You don't know him but once you do,you won't even dare to touch him,"

Hayden mengerling ke arah Jimin buat sementara,sebelum dia kembali berbicara,"alright.Talk to you later,"

Setelah panggilan ditamatkan,kini giliran Jimin pula untuk ketawa besar.

"Aku takkan datang pada kau kalau kau tak pegang apa-apa nilai pada aku Hayden.Let's say,ayah aku tolong ayah kau masuk ke Korea dan tolong dia bina bisnes sendiri.Sebelum ni,kau tak pernah kaya.Kalau tak kerana ayah aku,kau fikir kau akan ada di sini sekarang?" kata Jimin sambil melihat keliling apartment mewah Hayden.

Hayden terdiam.Kalau dah sebegitu rupa,tak ada apa yang dia boleh lakukan untuk elak Park Jimin.

"Kenapa aku?" soal Hayden,sekurang-kurangnya dia perlu tahu kenapa Park Jimin pilih dia.

"Hanya kau sahaja yang akan berhubung dengan Yoo Jung.Cakap dengan dia yang kau berminat dengan dia,dan bagitahu pada semua orang yang kau dan dia sebenarnya sudah lama kenal,"

"Kau nak aku declare hubungan dengan dia?Kau gila?Kau tahu kalau agensi kitaorang tak setuju—"

"Aku akan buat mereka setuju.Kau jangan risau,kau buat je apa yang aku suruh"

Hayden menarik nafas dalam,tak sangka pula dia di hari yang cerah ini dia terpaksa membuat satu keputusan besar.

"Kenapa kau buat macam ni pada Yoo Jung?"

"Aku bukan apa Hayden.Aku cuma tak nak hancurkan masa depan Yoo Jung.Aku tahu dia sayangkan kerja dia tapi perangai dia...tch,"

"Kenapa dengan perangai dia?"

Fail coklat yang dari tadi dia bawa bersama diletakkan di atas meja.Hayden mengambil fail itu dan mula keluarkan kepingan-kepingan gambar seorang wanita dan seorang lelaki.Cumanya wajah lelaki itu bertukar pada setiap gambar.

"Dia dating?" berkerut dahi Hayden cuba mencari maksud di sebalik gambar itu.

"Dia keluar dengan ramai lelaki.Dan ini adalah gambar-gambar yang wartawan ambil.Kau tahu tak betapa susahnya aku hentikan wartawan-wartawan tu untuk sebar gambar dia," kelihatan wajah Jikin bertukar menjadi risau.

'Ohh...ini ke sebabnya?'
Fikir Hayden.

Namun apabila Hayden kembali meneliti gambar-gambar itu,Jimin tersenyum sinis lagi.Mudahnya untuk dia lakukan pembohongan.

Namjoon yang berdiri di belakangnya terpaksa mengawal riak wajahnya.Wartawan?Namjoon lah wartawan itu.

"Aku nak dia sedar yang dia bahagia dengan satu lelaki sahaja.Kalau aku tak buat macam ni,aku pasti dia takkan berhenti.Kau kena ugut dia yang kau akan sebarkan gambar ni,barulah dia senyap"

"Kenapa tak kau je yang ugut?"

"Aku?Aku dan dia duduk serumah,senang je kalau dia nak bakar gambar tu dan lawan cakap aku.Dia tu degil tau.Kalau orang luar yang ugut dia,dia akan diam,"

Terimbas kembali perbualan diantara dia dan Hayden,Jimin mengeluh lega.Selesai satu masalah.Kini rumah ini hanya ada dia seorang sahaja.

"PARK JIMIN!"

Ah yaa..itu dia.Han Yoo Jung sudah pulang dari kerja.Cari punya cari,rupanya lelaki itu ada di dapur.Sekejap tengok majalah resepi,sekejap tengok kuali lepernya.

"KAU DENGAR TAK SETAN?"

"Sshhh Yoo Jung.Aku nak belajar masak ni,"

"PERGI MATILAH DENGAN MEMASAK KAU.AKU TAK PUAS HATI DENGAN KAU TAHU TAK?TUTUP API TU SEBELUM AKU BAKAR MUKA KAU,"

Jimin membuat muka,akhirnya dia akur juga dengan permintaan Yoo Jung.Dia berpusing dan bersilang tangan,"apa dia adik kesayangan abang?"

"Apa dia adik kesayangan abang," ejek Yoo Jung,kalau tak kerana waras,dah lama Park Jimin ditolak jatuh dari tingkap apartment itu.

"Cepatlah Yoo Jung.Kalau kau nak cakap tentang hal yang tak penting,baik kau pergi sahajalah,"

"Kau.." jari telunjuknya ditunding ke arah muka Jimin sambil dia berjalan ke arah lelaki itu dengan laju,"kau!" tekannya lagi sesudah sampai di hadapan tubuh abang tirinya.

"Berani kau jual aku!"

Ketawa Jimin mendengar kenyataan Yoo Jung,lucu bila dia mendengar perkataan 'jual' itu keluar daripada mulut gadis itu.

"Jual?Aku tak jual Yoo Jung.Aku cuma nak kau berhenti keluar dengan lelaki..kau boleh rosakkan reputasi kau sendiri,"

"Aku dah tak buat lah semua tu!Gambar-gambar tu kau yang ambil kan?Kau pergi jumpa lelaki si Hayden tu lepastu kau cakap macam-macam supaya apa?Kau nak singkirkan aku?"

"Kenapa?Tak boleh ke?"

Menyirap darahnya melihat wajah Jimin.Berani lelaki itu menyuruh seorang lelaki asing dalam hidup dia untuk 'jaga' dia?

"Kau dah tahu rahsia aku Yoo Jung.Aku tak boleh diam diri.Kau ingat aku tak tahu yang kau jumpa Soo Min dan seorang lelaki bernama Jeon Jungkook,saudara Kim Taehyung di belakang aku?Kau ingat aku tak dapat tangkap motif kau?"

"Jadi kenapa kalau aku jumpa diaorang?Apa kau nak buat?" cabar Yoo Jung.

"Kau nak jatuhkan aku," tutur Park Jimin,Yoo Jung ditenung tajam.Untuk jalankan rancangan dia,pertama sekali dia perlu singkirkan Han Yoo Jung.Apabila ibu bapa mereka bertanya nanti,cakap sahajalah Yoo Jung jatuh cinta dengan Hayden.Sebab itu mereka tidak duduk bersama lagi.

Gembira Jimin apabila langkah pertama seakan berjalan lancar.

"Aku tak perlu simpan orang yang khianat aku macam kau,"

"Siapa yang khianat kau Jimin?Dulu dan sekarang berbeza!Aku ikut kau,aku dengar semua kata-kata kau sebab mak aku yang suruh.Rupanya,lepas kita habis sekolah mak aku nak kahwin dengan ayah kau rupanya.Hey Jimin,aku mungkin masih jahat tapi aku tak sekejam itu untuk hancurkan apa yang orang lain usahakan.Aku dah berhenti lama Jimin.Engkau yang masih teruskan perangai kau,"

Jimin tidak berkata apa-apa,dia sekadar menunggu Yoo Jung untuk menghabiskan bicara wanitanya itu.

"Dendam kau cuma akan makan diri kau Jimin.Apa yang kau lalui tak pernah salah Taehyung,"

"Senang lah kau cakap macam.Bukan kau yang kena pukul!"

"Ini salah bapak kau!Dia yang pukul kau,bukan Taehyung,"

"Dia tak pukul aku Yoo Jung tapi dia punca kenapa bapak aku sendiri tak percayakan aku!Memang!Memang di akhirnya aku tetap di atas,tapi aku nak Taehyung musnah supaya bapak aku percaya yang aku ni lebih bagus daripada lelaki yang dia agungkan itu,"

"Dia percaya kau Jimin.Kalau tak dia tak bagi BuildSK dekat kau!" kata-kata Yoo Jung sedikit membuat dia terpana.Tak!Bukan itu maksud dia!

"Dia bagi BuildSK dekat aku tapi apa gunanya kalau dia masih harapkan aku untuk jadi seperti Kim Taehyung?"

Yoo Jung terdiam.Buat seketika,dia dapat melihat secebis emosi yang terluka muncul pada wajah Jimin.

"Kau tak lalui semua pukulan dia,kata-kata dia,kau tak pernah rasa ayah kau panggil kau anak yang tak guna.Kau tak pernah rasa dibandingkan dengan seseorang...Aku..Aku yang sakit Yoo Jung,"

Sumpah Yoo Jung hampir menangkap mata Jimin yang kian berair.Adakah ini lakonan?Atau memang kenyataan?Disebalik perbuatan jahatnya,Park Jimin sudah lama terluka.

Mungkin sejak zaman persekolahan lagi dia sudah alami perkara sebegitu,sebab itukah dia mula membuli?

"Tak ada sesiapa...walaupun kau yang akan ubah fikiran aku.Kim Taehyung tetap kena hancur,"

"Fikir balik Jimin.Aku boleh report pada polis dan ayah kau,"

"Sebab itu aku perlukan Hayden.Dia akan kawal kau,dan aku boleh jalankan kerja aku.Ingat Yoo Jung,kau dilarang jumpa Soo Min dan saudara Taehyung itu.Namjoon!"

"Ya Tuan?"

Yoo Jung berpaling,hanya untuk melihat Kim Namjoon yang tiba-tiba sahaja muncul di ruangan tamu mereka.Sejak bila pula lelaki ni ada?

"Bawa dia pergi ke Hayden.Buat apa yang aku suruh,"

"Baik Tuan," akur Namjoon,dia kemudian mendapatkan Yoo Jung dan cuba untuk membawa gadis itu keluar daripada apartment Jimin.

"KAU SAKIT JIMIN!SAMPAI MACAM INI KAU NAK HALANG AKU," jerit Yoo Jung yang kini terasa perbuatan Jimin semakin menggila.

"Ini yang terbaik Yoo Jung.Kalau aku sebarkan gambar kau dan Taehyung,itu pun boleh musnahkan reputasi dia.Aku boleh buat apa sahaja cerita yang melibatkan korang berdua.Jadi baik kau diam kalau kau tak bak jadi punca kejatuhan Crystal Blue,"

"KAU SAKIT!KAU SAKIT!"

Namjoon menghela nafas berat setelah pintu apartment itu ditutup.Yoo Jung menolak bahunya dengan kasar,dia tahu yang gadis itu membencinya sama seperti bencinya pada Jimin.

"Jangan berani sentuh aku," amaran keras Yoo Jung langsung tidak menakutkan Namjoon.Malah lelaki itu sempat menghalang laluannya apabila Yoo Jung cuba untuk berjalan ke arah lain.

"Jangan cik.Kalau Tuan tahu,habis kita"

"Lantak dia lah.Aku tak takut pun,"

"Cik tolonglah.Tuan boleh buat apa yang dia cakap sebentar tadi dengan sekelip mata sahaja.Apa kata cik ikut arahan dia—"

"Kau nak bawa aku pergi ke tempat Hayden?Hey,aku ni sekarang rasa macam mangsa penjualan manusia tahu tak?"

"Saya tahu tapi apa kata..." Namjoon menoleh ke belakang,memastikan bahawa tiada sesiapa yang menghendap mereka berdua.

"...kita pergi dari sini dulu,"






Author Note
Maafkan dakuuuuu kerana sudah lama menghilang 😭😭😭😭😭
Maaf juga kalau chapter ni meh ke apa hahahaha but chapter ni kena ada jugak ahahahahahhahaha

what do you think about Namjoon?
Is he bad or not?

What do you think about Yoo Jung and Jimin's relationship?

What do you think about Jimin?

btw maaf tau dah lama lesap...saya ada odl dan test+quiz so tak sempat nak up beberapa minggu yang lepas.

stay tuned for the next chap 🙈

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top