38 ; Wajah Awak Secantik Bulan

"Ramainya orang," ujar Soo Min yang sedikit tidak selesa apabila Taehyung bercadang untuk 'piknik' di Sungai Hangang yang terkenal itu.Bukannya dia tak pernah datang ke sini bersama Taehyung,cumanya kali ini dia agak kekok melihat orang awam yang memenuhi kawasan itu.Siap ada yang bawa khemah lagi.

"Ada harinya bila hujung minggu tempat ni ramai orang.Awak okay tak?"

Nak tak nak,anggukkan sahajalah.Takkan dia nak menyusahkan Taehyung semata-mata tempat itu penuh dengan manusia kan?

"Tapi awak,kenapa cup holder ni bunga-bunga?" cup holder yang dipegangnya di angkat dan kemudian Taehyung tersengih,"kafe yang kita pergi hari tu.Yang awak suka makan cheesecake dia.Saya singgah situ sekejap sebelum ambil awak sebab nak beli air,lepastu budak yang nak try awak tu—"

"Dia bukan nak try lah.." Soo Min memotong kata-kata Taehyung,ingin membetulkan ayatnya.

"Okay budak yang tu—"

"Nama dia Han,"

Taehyung menjeling Soo Min,tak boleh nak bagi orang habis bercakap dulu ke apa ni?

"Budak nama Han tu dia tanya..."



"Abang,kak Soo Min tak datang sekali ke?"

"Tak.Abang je yang datang.Kenapa?"

"Oh tak lah...ingat abang dengan kak Soo Min tengah dating,"

"Ha ah.Memang nak datinglah ni.Abang nak bawa dia pergi piknik.Makan-makan,cakap benda sweet-sweet lepastu nak bawa dia pergi drive-in cinema and then hantar dia balik.Kalau beruntung,abang peluk dia lama-lama.Kenapa?"

Terkebil-kebil mata Han mendengar plan temu janji lengkap Taehyung.Lelaki ni dah kenapa?Nak buatkan si Han tu jealous ke?

"Eh relaks ah bang.Tanya je.."

"Yelah.Abang pun jawab je," balas Taehyung yang jelas sekali cemburu dengan budak mentah yang disangka ada 'sedikit perasaan' terhadap Soo Min itu.

"Okaylah.Ni saya bagi cup holder cantik,special tau.Biasa kena bayar extra tapi sebab abang nak bawa kak Soo Min pergi dating kan,saya bagi free je"

Han meletakkan kedua-dua minuman yang dipesan Taehyung di dalam cup holder bercorak bunga-bungaan.Satu vanilla frappe dan satu lagi ais americano.

"Kenapa bagi bunga-bunga?"

"Perempuan kan suka bunga-bunga.Lagipun abang ni nampak macam lelaki yang tak pernah dating,so saya tolonglah serba sedikit" balas Han dengan nada sarkastik.

Dalam hati Taehyung,dia sudah membara.Budak ni tak tahu lagi berapa banyak kali dia dah pergi dating sebenarnya.Nak je dia cakap dia dan Soo Min sebenarnya dah berkahwin.Hah padan muk—




"Seriuslah awak?Macam nak bergaduh dengan Han je saya dengar," suara Soo Min mematikan adegan flashback yang sedang diceritakan oleh Taehyung sebentar tadi.

"Mana ada bergaduh.Saya baik dengan dia," tersenyum-senyum lelaki itu cuba menipu.Walhal,dia masih was-was dengan remaja bernama Han itu.

"Ehhh saya pun pakai gelang tu," kata Soo Min dengan nada yang gembira sambil menunjuk-nunjuk gelang putih dan seutas jam tangan yang melekat di pergelangan tangannya. Sedikit bahagia bila Taehyung juga memakai 'friendship bracelet' yang pernah dia beli sebelum ini.

"Ingat awak dah hilangkan," usik Soo Min,yalah kan..dia ingat Taehyung masih anggap gelang itu hanya budaya golongan wanita.

Taehyung terdiam,tak tahu nak balas apa.Dia pun sebenarnya teragak-agak nak pakai,tapi nak ambil hati punya pasal.

"Dah hilang dah sebenarnya.Saya pakai sebab ada kucing buat main-main je tadi," kata Taehyung pula,cuba membuat alasan.

"Awak mana ada kucing,"

"Adalah.Kucing jiran," selesai menguruskan barangan yang ingin dibawa di dalam sebuah bakul piknik,bonet kereta ditutup dan sebuah topi jerami diletakkan di atas kepala Soo Min.

"Topi siapa ni?"

"Saya punya.Pakai je lah,takut panas ke apa ke" jawab Taehyung sementara matanya ligat mencari tempat kosong untuk mereka berdua.Apabila sudah jumpa tempat yang sesuai,selimut bercorak nenas itu dibentangkan di atas rumput.

Soo Min tergelak melihat corak selimut itu,seriuslah Kim Taehyung beli selimut macam ni?

"Nenas pun nenas lah..." kata Taehyung yang sudah pasrah.Dah cari banyak selimut,tapi tak ada lagi yang sesuai selain corak nenas itu untuk di bawa pergi ke piknik.

"Dalam bakul ni mesti banyak makanan kan?" tanya Soo Min yang sudah tidak sabar untuk mengosongkan bekalan makanan yang dibawa Taehyung.

"Iya banyak.Ada biskut,spaghetti,roti dengan..."

"Kenapa ada itik?" terdapat beberapa mainan itik di dalam bakul yang Soo Min keluarkan,ni nak ajak piknik ke nak ajak main-main ni?

"Ish-" mainan itu dirampas Taehyung dengan laju.Terus merah pipinya apabila mainan lamanya masih ada di dalam bakul itu.

"Siapa punya tu?Awak punya juga ke?"

"Ya tapi dulu punya.Saya lupa nak keluarkan tadi,rushing"

"Dulu?Masa awak dengan ibu bapa awak ke?"

Walaupun Soo Min tidak spesifikkan pertanyaannya,Taehyung tahu Soo Min maksudkan tentang hari-hari di mana keluarganya selalu keluar bersama dan menghabiskan masa mereka di Sungai Han.

Taehyung sekadar mengangguk.Dia tidak lanjutkan jawapannya sebaliknya menolong Soo Min mengeluarkan makanan-makanan mereka daripada bakul itu.

"Awak tak rindu diaorang ke?"

"Rindu?Saya masih lagi jumpa dengan ayah saya lah Soo Min,"

"Maksud saya,awak tak rindu diaorang bersama-sama semula ke?Awak tak rindu mak awak?"

Dua batang bunga tulip yang juga dia bawa bersama dikeluarkan dari bakul dan diberikan kepada Soo Min dengan senyuman yang menawan.

"Untuk perempuan di hadapan saya yang cantik,"

"Saya tanya ni," sedikit geram dengan Taehyung yang mengelak soalan dia,dia tetap mengambil bunga tulip tersebut.

"Siapa je tak rindu ibu bapa dia Soo Min?Cuma hubungan yang retak tak semudah yang awak sangka untuk dibaiki.Sedangkan makan malam hari tu pun ibu saya tak muncul,"

"Ayah awak jemput ke?"

"Ya tapi dia tak datang.Bayangkanlah bila ibu awak benci awak sampai abaikan keluarga hanya kerana awak tak ikut jejak dia," sedih senyuman yang Taehyung pamerkan itu.Kadang kala dia terasa seperti dialah yang menyebabkan keluarga mereka berpecah.

Bukan dia tak tahu,ayah dan kakak dia pun rindu ibu mereka cuma tiada yang ingin meluahkan perasaan sahaja.

"Pujuklah dia..." cadang Soo Min yang tidak mahu lelaki itu terus menjalani hidup tanpa restu ibunya.

"Biarlah.Nanti saya fikir.Kita kan tengah dating sekarang ni,janganlah hilangkan mood saya "

"Dating konon.Tak dating selagi saya tak dapat nombor telefon awak okay?Susah sangat nak sebut," bekas makanan berbentuk bulat dibuka dan beberapa keping biskut pilihannya diambil dan di kunyah perlahan.

"Kenapa susah-susah nak berhubung dengan saya guna nombor tu sedangkan awak boleh je panggil saya dalam mimpi awak,"

"EEEE!Tak lawak okay?"

Taehyung ketawa besar,dia sendiri tak dapat tahan dirinya daripada ketawa mendengar ayatnya sendiri.Tengoklah reaksi Soo Min,dengan muka 'geli' nya itu,kelakar sungguh!

"Tapi betul-betul lah Soo Min,kenapa nak nombor tu?Saya tak pakai sangatlah telefon tu,"

"Jadi bila awak tak pakai sangat,saya kena buat awak pakai selalu.Membazir lah kalau tak pakai telefon tu kan?Lagipun saya rasa peliklah kalau nak mesej dengan awak.Bayangkan eh,mesej terakhir kita adalah 'Okay bos,nanti saya e-melkan fail tu' lepastu tiba-tiba awak mesej 'sayang,makan jom'.Tak pelik ke tu?" terang Soo Min panjang lebar.Amboi,demi nak jayakan rancangan bukan main jauh lagi dia berfikir ya?

"Awak nak saya panggil awak sayang ke?"

"Ish!Tu contoh lah.Faham tak contoh?"

"Okay okay.01 239..."

"Apa tu?"

"Nombor telefon sayalah.Kata nak,"

Dengan itu,beg tangannya diselongkar laju untuk mencari telefonnya.Nombor itu di dail kerana dia yakin Taehyung sudah putus asa.Ya,tengok muka serius dia pun dah tahu.Ni mesti betul-betul nak bagi ni.

"01 239.."

"Wajah awak secantik bulan," sambung Taehyung sambil mendagu,wajah Soo Min ditenung dengan senyuman manisnya yang sudah mula rajin muncul sejak akhir-akhir ini.

Soo Min?

PFFTTTT-

Jangan cakaplah.Kalau Taehyung tu boleh dilumat guna lesung batu,dah lama dia tumbuk Taehyung macam tumbuk bawang dalam lesung.

Mainan itik getah yang dimiliki oleh Taehyung dahulu dibaling ke arah perut lelaki itu.Dia ditipu bulat-bulat oleh ekspresi wajah Taehyung,mana dia tak marah.

"Awak ni kan! Suka buat saya nampak bodoh tau!"

"Mana ada.Awak yang percaya,"

"Dah lah!Bencilah macam ni.Tak payah datinglah...menyampah!"

"Aihhh baru usik sikit dah menyampah?Takkan tak nak makan kot," sekali lagi Taehyung menguji kesabaran Soo Min tetapi dia cuba memujuk dengan menghulurkan sekeping biskut Subway kepada gadis itu.

"Soo Min pandai,tahu tak macam mana nak makan?"

"BOS!"

"HAHAHHAHAHAAHHAHAHAHA"


KLIK!

Telefonnya diturunkan sedikit sebelum dia menaikkan semula tingkap kereta.Gambar dua figure yang sedang menikmati masa mereka bersama itu dipandang lama.

Namjoon mengeluh,selama dia bergelar pembantu peribadi Park Jimin,macam macam jenis kerja dia buat.Buat kali kedua,dia mengekori Kim Taehyung.

Cumanya kali ini wanita disampingnya bukanlah Yoo Jung,tetapi Yang Soo Min.

Jarinya bergerak ke kiri dan ke kanan,masih lagi tidak menyentuh skrin telefon.

Dia tak pernah teragak-agak dalam tugasannya kerana dia gerunkan Park Jimin.Baik atau buruk sesuatu tugasan itu,dia terpaksa lakukan.Tiada yang tahu apa yang Park Jimin sedang lakukan selama ini.Tiada yang kenal siapa dia yang sebenarnya.

Hanya Kim Namjoon.

Dan sebabkan itulah dia tak berani untuk lari.Dia tahu Jimin akan mencarinya sehingga ke lubang cacing.

Dia tidak benci majikannya,dia tak juga suka.Dia cuma simpati.Tiada yang beri perhatian terhadap sikap dan perangai Park Jimin,hanya dia sahaja yang tahu.

Tapi itu tak bermakna dia perlu terus menyokong cadangan majikannya.

Dengan hembusan nafas yang berat,gambar itu dibuang.Jika Jimin bertanya,cakap sahajalah yang Soo Min dan Taehyung tidak berjumpa pun.


"Hello model," pintu bilik persalinannya terbuka,lelaki yang menjadi rakan kerjanya buat sementara tadi kini muncul semula.

Yoo Jung mengangkat kening,tanda dia tidak menunggu pun kedatangan lelaki ini.Siapa yang benarkan dia ke sini?

"Ya Hayden,nak apa?"

"Tak ada apa.Awak dah nak balik ke?"

"Ya.Kalau tak ada apa-apa awak boleh keluar,"

"Ouch.Saya baru datang awak dah halau?"

Yoo Jung tidak melayan,dia tidak ada masa untuk meneruskan perbualan dengan lelaki yang dia tidak berapa gemar itu.Tak selesa!

Hayden atau nama penuh Kang Hayden merupakan seorang model lelaki Korea Selatan yang juga terkenal di beberapa negara.Rupanya sungguh menawan,hidung aslinya yang mancung,bibir yang terbentuk elok serta wajah yang sedikt menyerupai orang Barat itu ternyata menjadi idaman wanita-wanita di Korea Selatan.Memanglah kacak,dah kalau keturunan ayahnya berasal dari Canada manakala ibunya pula orang Korea.

"Hey"

"Boleh tak awak keluar?Kalau ada orang nampak awak tercegat depan pintu bilik saya ni,apa pula orang kata?"

"Kenapa?Takut ada skandal?"

Gatal sahaja kakinya ingin menanggalkan kasut tinggi Gucci yang masih melekat itu kakinya itu,nak baling muka lelaki yang tak reti bahasa ini.

"Maaf.Saya tak kenal awak jadi tolong jangan ganggu privasi saya,"

Hayden menayangkan senyuman sinis yang menaikkan lagi aura 'Bad Boy' nya,kakinya menapak masuk ke dalam bilik wanita itu dan pintu ditutup rapat sebelum dikunci.

Yoo Jung terus berdiri apabila dia sedar lelaki gatal itu mengunci mereka berdua di dalam bilik ini,"kau keluar!Sebelum aku jerit,"

"Shhhh Yoo Jung.Kau ingat aku tak tahu pasal kau ke?"

"Apa pasal aku?Kenapa?Kau ada masalah?"

"Aku tak ada masalah.Aku lagi suka playgirl.Dia macam perempuan yang dah ada pengalaman.Cuma yang masaalahnya pada syarikat yang jaga kau.Tch tch tch,kalau diaorang tahu mesti kau tak se sombong ini kan pada aku?"

"Mana kau tahu semua ni?" Yoo Jung menapak selangkah ke belakang di saat lelaki itu mula mendekatinya.Dia takut tetapi dia tetap mengawal riak wajahnya.

"Kau kata kau tak kenal aku kan?Tapi aku kenal kau Yoo Jung.Maksud aku,memanglah Jimin yang kenalkan kau pada aku tapi aku rasa dia betul...muka kau ni sesuai untuk orang macam aku,"

Bulat mata Yoo Jung apabila nama Jimin disebut oleh lelaki itu.Sekejap.Dia dan Park Jimin kenal antara satu sama lain?

"Kau kawan Jimin?"

"Aku?Tak.Tapi aku lebih kepada 'rakan kerja' dia.Dia datang pada aku dan minta tolong aku untuk 'jagakan' kau bila dia tahu partner photoshoot kau untuk kali ini adalah aku.Dan yang paling menyeronokkan..."

Hayden mencengkam bahu Yoo Jung,mengelakkan gadis itu daripada menjauhinya lagi.Dia tersenyum kemenangan apabila wajah Yoo Jung bertukar pucat.

"...dia bagitahu semua rahsia kau pada aku.Jadi Han Yoo Jung,memandangkan lelaki yang terhormat itu serahkan kau pada aku dan minta aku untuk tutup mulut dan kunci pergerakkan kau,baik kau ikut sahaja apa yang aku kata.Kalau tak...aku bagitahu pada satu rakyat Seoul,kau ni sebenarnya perempuan tak guna,"

"Berani kau—" mulut Yoo Jung ditekup,melarang wanita itu daripada terus berbicara.

"Dia bayar aku banyak.Hampir separuh daripada gaji dia.Lagi pula dia benarkan aku untuk ambil kau.Buat apa aku nak sia-siakan perempuan secantik kau kan?Bayangkan Yoo Jung,mesti syarikat kau nak kalau aku bersama dengan kau.Syarikat kau larang kau untuk ada hubungan dengan orang lain tapi aku yakin mereka takkan tolak aku.Jimin juga akan sokong aku.Tengok, berapa ramai yang akan support hubungan kita.Dan syarikat kita berdua akan dapat banyak untung.Kita kan model kesayangan Korea.Kalau kau boleh keluar dengan ramai lelaki,kenapa dengan aku tak boleh?Kalau kau boleh bersama dengan Kim Taehyung,kenapa dengan aku tak boleh?"

Mulut Yoo Jung akhirnya bebas apabila Hayden menjauhi Yoo Jung itu.Sekeping gambar yang dilipat dikeluarkan dari poket seluarnya dan diberikan kepada Yoo Jung.

Gambar itu...adalah gambar ketika Yoo Jung makan malam bersama Taehyung.Jelas sekali wajahnya ada di situ.Dia tak boleh mereka cerita dan dia menyumpah pada siapa yang berjaya menangkap gambar ini.

"Aku ada banyak lagi.Ni sample je.Jangan risau.Abang tiri kau terlalu sayangkan kau sampaikan dia nak kau tinggalkan perangai buruk kau tu.Aku jalan penyelesaiannya.Jadi fikir baik-baik ya?" kepala Yoo Jung diusap perlahan sebelum dia keluar daripada bilik itu dengan gembira.Gembira kerana semudah itu untuk dia dapatkan perempuan.

Gambar itu digenggam kuat,setitis air matanya jatuh ke lantai.Jimin benar-benar sudah syak tentang gerak-gerinya sehinggakan dia terkaku sebegini.

Kalau dia tolak Hayden dan kontroversi tentangnya mula tersebar,syarikat Taehyung turut terjejas.Syarikat permodelannya juga akan menganbil tindakan terhadapnya.Tak pernah dia setakut ini.

Tak guna punya Jimin.Dia tahu Hayden adalah aset yang berharga sehinggakan tiada yang mampu untuk menolak lelaki itu.Dan dia gunakan peluang ini untuk singkirkan Yoo Jung daripada mengorek rahsianya.


Author Note

Karakter terbaru,Kang Hayden
Maybe ni karakter terakhir yang akan muncul.I mean antara karakter yang memainkan peranan besar.

Cian Yoo Jung author 🥺

Here's a little intro of Hayden ;
Dia Korean tapi kacuk English.Muka dia ala-ala orang barat gitu.Tapi tak adalah banyak sangat.Feel free to imagine him as anyone you like.

Dah dah tak nak spoil bebanyak.Nikmati masa-masa indah ni sebelum author curi kebahagiaan ini tak lama lagi hHhAHAHHASHHAHAHAHAHAHA/*evil laugh

macam biasa,maaf kalau ada typo sebab ni first draft.Nanti i akan datang balik and cek pastu edit balik.So kalau nampak Park Jikin ke atau segala bahasa yang pelik-pelik,bear wit me.

Chapter awal-awal tu cringe gila rasa macam nak edit je hahahahahahah okay bye

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top