34 ; Mohon Hasrat Anda Disimpan

"Dismiss,"

"Terima kasih Tuan," Sekumpulan Interior Designer itu bangkit daripada tempat masing-masing.Mesyuarat kali ini tak panjang pun,sekadar untuk bincang tentang progress projek masing-masing.Setakat ini,Taehyung dapat lihat projek Seok Jin buat ke berapa kalinya masih lagi yang paling terbaik.

Mestilah,Kim Seok Jin designer pertama yang join syarikat dia.Jadi tak peliklah kalau hasil projek Seok Jin lebih baik berbanding yang lain.

Yang selebihnya itu tak ada masalah pun.Mereka pun buat kerja dengan baik.Sana,Jae,Irene dan Yeri semua dah ada peningkatan.

"Oh ya,Sabtu ni betul ke awak free?Awak kata nak keluar dengan Seok Jin"

Soo Min berhenti menulis.Apahal pula nama Seok Jin boleh muncul ni?

"Seok Jin?" tanya Soo Min balik.Taehyung sudah mula membuat muka pelik,"semalam awak kata nak keluar dengan Seok Jin kan Sabtu ni?"

Ya Tuhan ...Yang Soo Min!Kenapa kau boleh lupa ni?

"Betul betul saya nak keluar dengan Jin.Hahahaha..."

Alamak!Dia lupa nak tanya Jimin.Aduh Soo Min,itulah...suka sangat cakap benda yang tak pasti.

"Errrr...boleh agaknya"

"Awak tak tanya Seok Jin ke?"

"Tanya saya pasal apa?"

Kedua-dua Soo Min dan Taehyung memandang Seok Jin yang sedang tercegat di hadapan bilik mesyuarat itu.

Tadi dia tertinggal fail,jadi dia ingat nak datang balik bilik ini dan ambil fail tu.Tak sangka pula ada orang tengah cakap pasal dia.

Soo Min sudah mula menelan air liur.Bahana menipu.Padan muka kau!

"Pasal awak—"

"SAYA TANYA DIA SEKARANG!" terkejut dua lelaki itu dibuat Soo Min.Tak ada apa-apa tiba-tiba nak menjerit.Dah lah orang di sebelahnya itu ada sakit jantung.

"Terkejut aku," kata Seok Jin sebelum lengannya ditarik Soo Min.Mereka berdua keluar daripada bilik itu dan berjalan menuju ke tandas perempuan.

Tandas perempuan jauh sikit,biar Taehyung tak dengar.

"Eh apa kau ni," soal Seok Jin yang masih lagi keliru dengan keadaan sekarang.

"Maaf Jin,tapi aku nak minta tolong boleh?"

"Minta tolong?Apa dia?Ni pasal tadi ke?"

"Ya.Sabtu ni bos ajak pergi makan malam keluarga dia.Tapi Sabtu ni juga aku teman kawan aku sambut hari jadi dia.Masalahnya,aku cakap kawan aku tu kau.So boleh tak kalau dia tanya apa-apa pasal hal tu,kau temberang sikit?"

"Ehhh?Apahal pulak?Cakap je lah kau tak boleh pergi.Kenapa libatkan aku?"

"Sebab dia tanya siapa kawan aku.Lepastu aku cakaplah nama kau,"

"Kenapa tak cakap nama kawan kau je?"

"Kalau aku cakap,aku takut bos tak suka"

Ternaik terus kening Seok Jin bila dengar alasan Soo Min."Siapa?"

"Jimin,"

"Yah!Jimin?Park Jimin?!"

"Shhhhhh!" mulut Seok Jin ditekup.Alahai dia ni,kalau Taehyung dengar nanti bahaya tahu!

"Soo Min," nama Soo Min disebut dengan tegas.Wajah Seok Jin mula bertukar serius,"kau tahukan siapa Jimin?"

"Aku kenal dia dari sekolah.Tak salahkan kalau nak sambut hari jadi dia?"

Seok Jin sekali lagi terkejut dengan berita yang baru dia dengar itu.Soo Min kenal Park Jimin,CEO BuildSK dari zaman sekolah lagi?Apa hubungan mereka?Kawan?

"Bukan aku tak suka kau libatkan nama aku.Tapi kenapa nak bersorok dengan bos sampaikan kau nak menipu?Bos tak suka Jimin ke?Atau kau dengan bos tengah dating?Kau takut dia anggap kau curang eh?"

Seok Jin dijeling tajam,pandai-pandai je buat andaian.

"Mana ada.Aku cuma tak nak dia marah kalau aku keluar dengan Jimin lagi.Kau tak perlu tahu lah yang selebihnya...tolong aku ya?"

Seok Jing menggeleng kepala,dia bersilang tangan sebelum berkata,"aku tak faham kenapa kau tak nak bos marah kau keluar dengan Jimin.Ini cerita korang.Aku boleh tolong tapi jangan sampai tertangkap Soo Min.Nanti aku pula yang kena dengan bos.Kau tahukan bos tak suka orang tipu dia?"

Teragak-agak Soo Min nak mengangguk disebabkan dia sendiri pernah saksikan perangai Taehyung bila lelaki itu marah.

"Terima kasih Jin," ucap Soo Min kepada lelaki yang dianggap sebagai abang di tempat kerjanya itu.

Seok Jin sekadar mengangguk,"aku harap kau tahu apa yang kau buat,"


"Siang je?Saya ingat nak ajak awak makan malam sekali," Jimin sedikit kecewa apabila dia diberitahu Soo Min tentang hal itu.

"Oh malam saya ada makan malam dengan keluarga bos saya,"

"Bos awak?"

Kim Taehyung.
Ada sahajalah lelaki tu!

"Perlu ke pergi?" soalnya dengan emosi yang sudah tidak stabil.Entah apa yang ada dengan lelaki Kim Taehyung itu sampaikan darahnya mendidih bila dengar nama dia.

Soo Min terpaksa jumpa dia sekejap sahaja disebabkan Kim Taehyung?Oh tak mungkin.

"Perlulah.Dia kan majikan saya,"

"Jadi makan malam dengan keluarga dia lebih penting daripada saya?"

Tangannya membentuk penumbuk,geram bila fikirkan Soo Min dan Taehyung bersama.

"Jimin..." suara Soo Min akhirnya menyedarkannya.Jimin menarik nafas dalam sebelum dia mula berfikir dengan lebih waras.

"Maaf.Kalau macam tu,sambut dekat rumah saya je lah.Pukul 1 macam tu boleh?"

"Boleh.Nanti bagi saya alamat awak.Bye,"

Telefonnya dicampak selepas panggilan dimatikan.Dahinya digosok perlahan dengan harapan segala pening di kepala dapat hilang dengan segera.

"Kenapa kamu tak jadi macam Kim Taehyung?"

"Dia tu bangunkan syarikat sendiri!"

"Dia pun kaya tapi dia boleh berdikari.Tak macam kamu!Kerja nak kuli kan orang sahaja!"

"ARGGHHHHHH!" gelas kaca di atas mejanya diambil dan dibaling ke lantai.Perasaan tak puas hati terhadap Kim Taehyung sudah lama timbul.Cuma tiada sesiapa yang tahu.

Kim Taehyung sendiri pun tidak tahu.

"Tuan," Namjoon menundukkan kepalanya sebagai tanda hormat.Tadi dia dengar majikannya itu mengamuk,cepat-cepat dia masuk ke bilik Jimin.

Dada Jimin turun naik,amarahnya masih lagi tidak berkurang."Kenapa semua orang pentingkan Taehyung?"

Namjoon tidak menjawab.Dia sendiri tidak pasti jika Jimin bertanya kepada dia ataupun sekadar bertanya pada diri sendiri.Satu sahaja kalau Park Jimin marah,jangan cakap apa-apa selagi dia tidak suruh.

"Apa yang bagusnya dia?Kalau aku pijak syarikat dia sekali,hancur macam tu je" lelaki itu mula ketawa kecil.

"Namjoon,kalau kau ada pilihan untuk kerja di bawah aku atau lelaki bodoh tu...siapa kau pilih?"

Dia pernah dengar soalan itu sekali dan kali ini dia dengar buat kali kedua.Namjoon tanpa ragu-ragu menjawab,"di bawah Tuan"

"Sebab apa?"

"Sebab BuildSK syarikat paling terbaik di Korea"

Jimin ketawa mendengar jawapan Namjoon.Ya,dia puas hati.BuildSK yang terbaik.Park Jimin yang terbaik.

"Haih Kim Taehyung buatkan aku berminat balik dengan syarikat dia,"



"Cuba ni,"

Tuan Kim yang baik dan murah hati,
Boleh saya tahu nombor telefon?

"Okehhh...cuba nasib" kepingan kecil nota itu diselitkan di antara dokumen-dokumen yang perlu disahkan oleh Taehyung.Soo Min berharap agar Taehyung sedikit sebanyak akan tergerak hati.

Kalau tak cuba tak tahu kan?

"Hehehehe..." fail-fail itu dibawa ke bilik Taehyung dan diletakkan di atas meja.Taehyung menoleh sekilas sebelum dia kembali memandang skrin komputer.

"Letak je situ.Nanti saya bagi awak sebelum lunch,"

Soo Min mempamerkan senyuman lebar dan terus sahaja meninggalkan Taehyung berseorangan.Agaknya apa reaksi Taehyung bila nampak nota tu ya?

Nak tahu reaksi dia?



Tuan Kim yang baik dan murah hati,
Boleh saya tahu nombor telefon?

"Haih Soo Min..." mengeluh dia melihat ayat itu.Budak ni masih lagi tak berputus asa nampaknya.

Apa yang dia nak sangat dengan nombor telefon tu agaknya?

Tapi apa salahnya kalau dia layankan.Dia nak tengok sejauh mana Soo Min ingin mencuba.

Taehyung keluar daripada biliknya bersama fail tadi.Tanpa berkata apa-apa,fail itu diletakkan di atas meja Soo Min begitu sahaja.

"Bos lunch dengan siapa?!" laung Soo Min kepada Taehyung yang semakin menjauh.

"Jungkook!"

Taehyung sudahpun hilang daripada pandangannya.Sticky note kuning yang tertampal di fail paling atas menarik perhatiannya.

"Dia balas ke?" dengan hati yang berdebar,sticky note itu ditarik dan dibawa ke hadapan mukanya.

Nombor telefon saya:
888,jalan terus ke hadapan,mohon hasrat anda di simpan.

"Huh?"






Author Note

888,jalan terus ke hadapan,mohon hasrat anda di simpan.

Yassssss geng!I'm bringing back the gold moment!!

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top