33 ; Hari Jadi atau Makan Malam?


"Sorang je ke?"

Soo Min mendongak,terkejut dia apabila wajah Park Jimin yang muncul.Datang dari mana pula lah lelaki ni?

"Sorang je.Walaupun awak dah tahu jawapannya tapi tak apa saya jawab juga," Soo Min ketawa kekok selepas melontarkan jawapannya menyebabkan Jimin tersengih.

Jimin mengambil tempat dihadapan Soo Min.Tempat di mana Yoo Jung duduk tadi.Gelas minuman Yoo Jung dipandang sekilas sebelum dia bertanya,"tadi bual apa dengan Yoo Jung?"

Dia nampak Yoo Jung ke tadi?

Apapun,dia teragak-agak Soo Min nak menjawab.Takkan nak jawab mereka berdua sedang merancang untuk dapatkan nombor telefon Taehyung?

"Oh terserempak tadi.Saja bual-bual,"

"Bual apa?"

"Kenapa awak nak tahu?" Jimin ketawa kecil dan mengangkat bahu,perbualan mereka terus diubah kepada topik lain.

"Dah makan?"

"Dah,"

"Hujung minggu ni awak free tak?"

Alamak alamak alamak,dia nak buat apa hujung minggu ni?

"Errr..."

"Keluar jom?"

"Keluar?"


"Kecoh lah kau ni,"

"Cepatlah tolong aku.Aku jumpa kau dekat 7E,"

"Ah ye ye aku baru nak buka pintu ni," kunci rumah dan kereta dicapai.Haih Yoo Jung ni,time time orang baru nak berehatlah dia paksa datang.

Buka pintu je terus jumpa muka Hae Ryung,terkejut Jungkook dibuatnya.Tadi perempuan ni kata dia balik lambat tiba tiba balik cepat pula.

Hae Ryung merenung Jungkook dari atas ke bawah,malam-malam laki dia ni nak pergi mana pula?

"Okay aku tunggu,"

Bulat terus mata Hae Ryung mendengar suara seorang perempuan dari telefon Jungkook.Tangan Jungkook yang memegang telefon ditarik ke telinganya namun hampa,panggilan itu terus mati.

"Eh eh kau buat apa ni?" tanya Jungkook sedikit panik.

"HAN YOO JUNG?" bagai nak diserang sakit jantung Hae Ryung ketika nama model Korea Selatan itu muncul pada skrin telefon Jungkook.

"Yah yah—"

"Kau buat apa jumpa dia?"

"Adalah"

"Kau curang eh?" pegangannya dikuatkan lagi,menyebabkan Jungkook mengaduh kesakitan.

"Buat apa aku nak curang?Aku ada nak bincang sesuatu dengan dia,"

"Bincang apa?Macam mana nak ceraikan aku ke?"

"Ish kau ni.Kalau aku nak ceraikan kau,tak payah tunggu Yoo Jung muncul pun aku dah ceraikan kau,"

Makin terkejut wanita itu mendengar pengakuan Jungkook.Apa?Dia nak ceraikan aku?!

"Masuk balik!"

"Ish aku nak jumpa dia lah,"

"Masuk balik aku kata!" telinga Jungkook ditarik sepuas-puasnya.Amboi Hae Ryung,marah betul ya?

"Sakit gila.Woi sakit lah!" geram apabila Hae Ryung tak melepaskan telinga dan tangannya,Jungkook mencengkam rambut Hae Ryung.Satu taktik untuk melindungi diri yang dia belajar daripada Hae Ryung sendiri.

"Yah!Yah!Lepaskan rambut aku!"

"Lepaskan aku dulu,"

"Kalau kau nak pergi jumpa perempuan lain,aku takkan lepaskan,"

"Okay aku boleh je tarik rambut kau sampai esok pagi.Tak payah masuk dalam,duduk depan pintu ni je,"

Makin kuat telinga Jungkook dipulas,"nak jumpa dia buat apa malam-malam ni?!"

"Hae relaks relaks,"

"Bagitahu aku dulu!"

"Sayang..."

"Huh?" terus berhenti segala aktiviti menarik rambut,memulas telinga dan mencengkam tangan dek kerana perkataan 'sayang' yang keluar daripada mulut Jungkook.

Tangan lagi satu yang masih di dalam cengkaman Hae Ryung ditarik.Kedua-dua belah kepala Hae Ryung dipegang dan dahi isterinya dikucup laju,"nanti aku belikan magnum okay?Bye,"

Dia mengambil kesempatan dengan melarikan diri ketika Hae Ryung masih kaku.Dia tersengih apabila wanita itu tersedar dan hampir sahaja membaling kasut tingginya ke arah Jungkook.

"BERANILAH KAU BALIK!" jerit Hae Ryung sepuas hati kepada Jungkook yang sudah menjauh.Namun apa yang dibalas Jungkook membuatkan dia menjadi kaku sekali lagi.

"AKU SAYANG KAU SEORANG JE!JANGAN KUNCI PINTU!"



"Dah kenapa rambut kau serabai?Telinga dengan tangan merah?" Yoo Jung memerhatikan sahaja Jungkook yang masih tersengih miang itu.Suka sangat ke dapat minum susu pisang?Yoo Jung yang sudah ada di hadapan ini pun tak diendahkan.

"Tadi aku gaduh kecil dengan bini aku,"

"Gaduh?Macam teruk je,"

"Eh mana ada.Aku suka gaduh dengan dia.Okay so,ceritalah..."

Yoo Jung menggeleng kepala.Ada-ada sahajalah Jungkook ni,"Taehyung suka Soo Min"

Jungkook mengangguk,dia juga sudah tahu.

"Tapi Soo Min tak suka Taehyung..."

Angguk lagi.

"Jadi macam mana?"

"Kau panggil aku ke sini untuk tanya tu je?"

"Alah tolonglah aku.Takkan aku nak musnahkan rancangan ni macam tu je,"

Jungkook menggaru kepalanya.Dia pun tak tahu apa nak buat sebab bukan dia yang rancang.Dia hanya sokong sahaja,tak ada niat pun nak bergabung tenaga dengan Yoo Jung dalam rancangan ini.

"Soo Min dah dapat ke nombor telefon dia?"

Yoo Jung menggeleng kecewa,"belum lagi.Tapi aku bagi dia masa,"

"Jimin ada buat apa-apa?" soal Jungkook.

"Tak ada pula.Tapi dia jarang balik rumah kebelakangan ni,"

"Hurmmm aku rasa biarkan Soo Min dahulu.Sementara itu,kau perhatikan Jimin dan kalau dia ada buat apa-apa yang curiga terus bagitahu aku,"

Yoo Jung memberi satu anggukan sebagai balasannya,"habis nombor telefon?"

"Kau nak kan nombor telefon Taehyung?Kau nak minta maaf buat kali terakhir kan?"

Yoo Jung mengangguk pasti.Alang-alang menyeluk pekasam,biarlah ke pangkal lengan."Aku akan tolong kau pasal Taehyung dan Soo Min.Kau jaga Jimin.Kalau betul Jimin nak teruskan rancangan dia untuk hancurkan Crystal Blue,aku akan bagitahu Taehyung terus,"

"Dia memang akan kacau Crystal Blue Jungkook.Percayalah cakap aku," terdesak Yoo Jung cuba memastikan Jungkook.

"Tapi Yoo Jung,aku dengar sendiri yang dia cakap dia sudah tawar hati dengan Crystal Blue.Kitaorang dah jumpa dia masa dekat mall hari tu.Taehyung dan Jimin ada gaduh pasal itu,"

"Tolonglah jangan percaya dia.Dia suka putar belit keputusan dia sendiri,"

Jungkook mengeluh perlahan.Bukannya dia tak nak percaya,tetapi dia takut rancangan mereka akan pergi terlalu jauh.Bagaimana kalau Soo Min tidak berjaya?Bagaimana kalau Taehyung tahu rancangan mereka yang sebenarnya?Sudah pastilah Soo Min orang pertama yang dia akan salahkan.

Kenapa Soo Min nak bantu Yoo Jung untuk alasan yang sekecil itu?Hanya nak minta maaf buat kali terakhir?

Memang sakit hati sangatkah Taehyung sampai langsung tak nak jumpa Yoo Jung?

Dan bagaimana kalau Jimin memang ikhlas sukakan Soo Min?

"Susah untuk pembuli berubah Jungkook," suara Yoo Jung mengejutkan dia dari lamunannya.

"Apatah lagi untuk orang yang mulakan semua ini.Aku dah lama duduk dengan Jimin,aku faham cara dia.Aku pasti dia akan target Crystal Blue selepas ini,"

"Selepas ini?" Jungkook sudah mula tidak sedap hati.Selepas ini?Apa maksud Yoo Jung?

"Dia pernah buat benda yang sama selama ini?"

Yoo Jung terdiam kaku.Memanglah selama ini profesion dia dan Jimin sungguh jauh berbeza.Namun dia tahu segala syarikat binaan yang bankrap ada kena mengena dengan syarikat yang dibawah pimpinan keluarga Park.

Skandal melibatkan nama keluarga ayah tirinya bermula sejak Park Jimin ambil alih syarikat itu.Nama-nama syarikat lain mula mundur manakala BuildSK terus naik ke tangga yang pertama.

"Yoo Jung aku tanya ni," tegur Jungkook yang sudah mula serius.Kalau selama ini Jimin pernah buat hal-hal seperti yang Yoo Jung katakan padanya,syarikat saudaranya mungkin dalam bahaya.

"Aku tak pasti tapi semua ada syarikat yang bankrap dikaitkan dengan syarikat Jimin.Ini bukan artikel atau apa-apa cuma bualan mulut daripada pekerja syarikat itu sendiri.Diaorang letak tikus untuk kerja di syarikat lain dan tak lama kemudian syarikat-syarikat itu terus hancur.Aku tak pernah nampak cara kerja Jimin dan aku selalu fikir khabar angin itu sengaja untuk cuba jatuhkan nama BuildSK.Tapi aku pasti kemungkinan benda ni boleh terjadi sebab seperti yang aku kata,aku dengar perbualan dia dan pembantu dia tentang Taehyung,"

Jungkook menekup wajahnya.Sudah dua kali mereka bincangkan tentang hal ini.Kali yang pertama,dia tak begitu pasti disebabkan Kimin sendiri yang kata dia sudah tidak berminat dengan Crystal Blue.Namun kali kedua,dia sungguh pasti.

Mungkin itu rancangan dia untuk membuat Taehyung berasa lega?Untuk buat Taehyung sedikit leka dengan keselamatan syarikatnya?

"Dasar!Kalau aku minta tolong kau,kau nak buat tak?" soal Jungkook dengan penuh harapan.

"Apa dia?"

"Kau cuba untuk berbual tentang hal ini dengan Jimin.Cuba tanya dia kenapa dia buat semua ini?"

Yoo Jung menelan air liur.Susah tu.Dia pasti dia. dan Jimin akan bergaduh di akhir perbualan mereka.Tak sanggup dia nak hadap lelaki beremosi itu.

"Untuk Taehyung dan Soo Min,Yoo Jung.Kalau Jimin betul sukakan Soo Min tapi pada masa yang sama dia nak hancurkan Crystal Blue,kita perlu hentikan dia.Kita kena tahu apa sebab dia?Apa sebab dia untuk bermain kotor dengan syarikat-syarikat lain?Aku nak khabar angin itu disahkan oleh dia sendiri.Cuma tanya dia beberapa soalan,"

Yoo Jung masih lagi tidak menjawab.Tidak pasti jikalau rancangan baru yang mereka bina ini akan berjaya atau tidak.

"Niat kau baik jadi sudah semestinya aku akan tolong kau.Aku tak kenal Jimin tapi kau kenal dia,dan sekarang aku yakin.Aku akan percayakan kau tapi kita kena tahu sebab Jimin.Aku pun sayang saudara aku.Dua kali dia ditinggalkan perempuan.Mula-mula mak dia dan kedua kau pula.Dia tak ramah dengan orang lain jadi aku harap dia dan Soo Min akhirnya bersama.Aku tak nak syarikat yang dia bertungkus lumus untuk bangunkan sendiri hancur.Kalau kita nak rancangan ini berjaya,kau kena tolong aku"

"Okay,aku tolong"



"Sabtu ni hari jadi saya.Yang sambut pun selama ini saya sendiri je.Jadi sebab awak dan saya dah macam kawan,sambut dengan saya sekali jom?"

Puas menyikat rambutnya sambil berulang kali memikirkan jawapan kepada permintaan Jimin,akhirnya sikat itu diletakkan ke bawah.

"Aku dah lupa dah Jimin tu wujud.Angkara Yoo Jung lah ni,"

Lama dia berfikir tentang jawapannya.Nak atau tidak?

Macam sedihlah pula Jimin sambut hari jadi sorang sorang.

"Dulu bukan main lagi sambut hari jadi dengan geng dia.Sekarang sambut sorang-sorang,"

Tak tahulah Soo Min tu tengah mengumpat ke ataupun sedang mengenangkan nasib Jimin.Se 'single-single' dia ni pun,orang masih lagi sambut hari jadinya.Tahun ni paling special,siap Taehyung pun sambut sekali.

"Takkanlah keluarga dia tak sambut.Taehyung pun ayah dia buat majlis hari jadi.Takkan Jimin tak sambut dengan keluarga dia?" mencurigakan.Ataupun Jimin sengaja cakap begitu untuk keluar dengan dia?

"Kesiannya.Pergi je lah.Asalkan dia tak buat apa-apa sudah," telefonnya dibuka dan nombor yang sudah lama berbalas mesej dengannya ditekan.

Sabtu ni free >
Soo Min

< okay.Thanks :)
02-1254432

Nombor itu adalah milik Park Jimin.Dia masih lagi belum simpan nombor itu kerana dia masih lagi ragu ragu.Takkanlah Jimin sudah berubah 360 darjah?Mesti masih lagi ada ego dalam dirinya kan?

"Ish kau ni Soo Min.Tak baik," marahnya pada diri sendiri.Dah dia pernah dibuli lelaki itu,tak salah kan kalau nak was-was?

Satu pesanan lagi masuk.Dia ingatkan itu Jimin,tapi rupanya daripada Kim Taehyung.

< Sabtu ni free?
Bos Kim

Ya Tuhan...sudah kenapa dengan Sabtu pula ni?Sudah dua lelaki bertanyakan tentang hal yang sama.

kenapa bos? >
Soo Min

Lima minit dia menunggu,tetapi masih lagi tiada balasan daripada Taehyung.Aik?Dia yang tanya,sekarang dia pula yang menghilang?Tengok status,tak online pula.

"Buang air besar kot.Lama macam ni," telefonnya ditolak tepi.Okay,sekarang masa untuk tidur.Lupakan hal hari ini dan hanya fikirkan tentang hari esok.

Sudah dua jam berlalu tetapi matanya masih lagi terbuka.Bilik yang kini sudah gelap itu dipandang kosong.

Kenapa macam rasa tak puas hati ya?

Telefonnya dibuka lagi,tiada notifikasi.Selama ini kalau lelaki itu susah nak jawab mesej ataupun balas sekerat ataupun hanya berbual pendek,tak lag dia rasa macam terganggu.

Hari ini,bila mesejnya masih belum dibalas dia rasa macam nak hempuk je Kim Taehyung tu.

Baru nak tutup telefon,satu notifikasi masuk.Cepat-cepat dia membuka mesej daripada Taehyung walaupun dia terkejut lelaki itu masih lagi bangun.

Ke line bos lembab?

    maaf lambat tadi kawan
< saya mesej
Bos Kim

"Line lembab apanya.Berbual dengan kawan tak ingat dunia.Tahu tak aku tak boleh tidur?"

haha tak apa >        
kenapa bos tanya pasal Sabtu ni? >
Soo Min

< Keluarga saya ada buat makan malam.
< Temankan saya?
< Lagipun kakak saya jemput awak sekali
Bos Kim

"Sorang hari jadi sorang makan malam," Soo Min menggeleng.Tadi dia sudah berjanji dengan Jimin,takkan nak batalkan pula?

Nak cakap keluar dengan kawan?Kalau Taehyung tahu dia keluar dengan Jimin,jadi macam hari tu lagi pula.

Jin!

Okay Kim Seok Jin!Aku pinjam nama kau sekejap.

Errr saya keluar dengan kawan Seok Jin lah bos >
Soo Min

< Oh tak apalah
Bos Kim

< Kejap.Awak keluar dengan Seok Jin?
< 😕 Teman saya tak boleh?
< Kata nak mengorat
Bos Kim

"EIY!Laki ni.Sukalah kacau aku!" marah-marah juga,tapi dia tetap ketawa.Pelik betul kalau dia memang betul-betul nak mengorat Taehyung.

bos jangan pelik-pelik >
dah lah balas mesej ambil masa 2 jam >
🙄 >
Soo Min

< Kan tadi dah cakap saya mesej dengan kawan
< Dia tanya kalau saya boleh buatkan rumah untuk dia
< Business matter Soo Min
Bos Kim

malam-malam pun bisnes ke bos? >
lain kali tanya saya pukul 12 malam ke atas >
tak ada orang ganggu bos kan time tu? >
jadi saya pun boleh tidur dengan aman >
tak pun tanya saya besok pagi je >
kan senang >
Soo Min

Bila tengok balik mesejnya,macam orang yang sedang marah pula.

< O...kay
Bos Kim

< Marah ke?
Bos Kim

Lama dia membiarkan mesej Taehyung tak berbalas.Kenang balik 2 jam nya yang terganggu,dia berhasrat untuk balas mesej Taehyung esok pagi.

Biar dia pula yang menunggu.

Dah tutup mata dan bersedia untuk tidur,tapi masih lagi hatinya tidak puas.Penat memaksa dirinya untuk tidur,dia mengambil keputusan untuk membalas mesej tadi.

malam Sabtu saya free >
rasanya >
Soo Min

Bukan sebab nak temankan Taehyung ya.Tapi sebab kakak Taehyung yang minta dia untuk turut bersama mereka pada makan malam keluarga hari itu.

Iya lah tu Soo Min...





Author Note

Panjangnya 😂 2000+ words.
Tapi harap anda semua puas dengan chapter ni 😘
Seperti biasa kalau ada typo ke apa ke,nanti author  akan betulkan.

And yeah,this morning online test be like 💀

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top