32 ; Perbincangan Antara Dua Wanita

"Okay good!Last one last one!Alright done!"

Yoo Jung tersenyum saat sesi photoshoot itu berakhir.Dia menundukkan badannya dan mengucapkan terima kasih kepada staf-staf yang terlibat dalam sesi penggambaran itu.

Manager Lee merapati model Korea Selatan itu dengan sebotol air ditangannya,"minum dulu"

Yoo Jung mengucapkan terima kasih dan terus sahaja dia berjalan menuju ke arah bilik persalinannya.

"Lepas ni schedule you kosong.Boleh lah rehat dekat rumah,"

Yoo Jung menggeleng,"lepas ni I nak jumpa seseorang"

"Yoo Jung..kita dah cakap tentang hal ni,"

"Bukan kak Yoon Sang, I nak jumpa kawan I lah.Bukannya boyfriend pun,"

Lee Yoon Sang mengeluh lega.Kalau lah Yoo Jung keluar untuk jumpa teman lelaki barunya,memang mati lah dia.

"Betul ni?"

"Iya betul.Dah tak main dah lelaki lelaki ni.I nak fokus dekat kerjaya I," kata Yoo Jung sambil menghantar pesanan kepada Soo Min.Hari ini adalah hari di mana dia dan Soo Min akan bertemu.Harap-haraplah rancangannya ada progress.

"Dengan siapa you keluar pun I tak tahulah Yoo Jung.Jangan sampai ada pula orang yang ambil gambar you dengan boyfriend you yang lama tu lepas tu keluar dekat media.I tak nak you ada skandal,"

Yoo Jung menggigit bibir,cuma menahan dirinya daripada memarahi Yoon Sang.Memanglah wanita itu manager dia tapi dia tak suka apabila orang cerita tentang hal peribadinya.

"Jangan risau Yoon Sang.I simpan ketat rahsia pasal hubungan I dengan boyfriend-boyfriend I.Tapi kalau ada orang ambil gambar pun,so what?Netizen nak cakap I playgirl?You rasa itu boleh sakitkan hati I?I don't even care.Hati I pernah rasa lebih sakit daripada tu.So berhentilah tanya pasal lelaki.I dah penat," tas tangannya diambil dan cepat-cepat dia meninggalkan bangunan itu.

Tanpa dia sedar,air matanya mengalir deras.Dia terasa sempit dengan semua yang mengelilinginya.Ibunya tiada.Jimin tidak kisah tentang hal dia.Manager tidak mahu rahsianya pecah.Agensi kawal ketat tentang peraturannya.Rakan-rakannya semua talam dua muka.Peminat yang masih belum tahu perangainya yang sebenar dan Kim Taehyung.

Tiada yang sempurna.Semuanya kerana salah yang dia lakukan dahulu.Sekarang dia tiada sesiapa untuk diluahkan perasaannya.

Jungkook?Makin kena maki adalah.

Soo Min?Ceh.Nak ke Soo Min dengar dia?Sudahlah dia buli Soo Min dahulu.

Taehyung?Langsung tak dapat jumpa.

"Kenapa?" langkahnya terhenti.Terasa sakit sungguh apabila dia berseorangan.Dia rindu Taehyung.Dia rindu lelaki yang dia sudah sia-siakan itu.

Disebalik rancangannya,dia berharap agar Taehyung dapat mendengar kata maaf nya buat kali terakhir.Biarlah melalui pesanan mesej sekalipun.Asalkan dia tenang buat selama-lamanya.



"Belum lagi?" Soo Min sekadar mengangguk dua kali.Walaupun resah hatinya untuk menghadap Yoo Jung,dia bercadang untuk teruskan sahaja.

Dia telah gagal dalam misinya.Dan dia harap supaya Yoo Jung berputus asa.Jadi tak perlulah dia kacau Taehyung pasal nombor telefon tu lagi kan?

"Kenapa kau tak dapat?Susah sangat ke nak ambil nombor dia?"

"Cakap senang.Tapi nak dapat nombor dia tu sama macam kena rentas lautan api dahulu.Dia pun dah tengok saya macam pelik dah sebab asyik tanya pasal nombor.Yalahkan,saya dah ada nombor dia.Buat apa saya nak nombor dia lagi?"

Yoo Jung memejam matanya rapat.Yalah,takkanlah seminggu itu cukup untuk buat Soo Min dan Taehyung jatuh cinta?

"Dia siap cakap lagi dia suka—" Soo Min menekup mulutnya sebelum dia sempat pecah rahsia.Dia tak boleh kata tentang hal itu di hadapan Yoo Jung.Makin mengamuk perempuan tu nanti adalah.

"Dia suka?"

Soo Min menggeleng laju.Jangan cakap!Jangan cakap!

"Dia suka apa?Cepatlah," tanya Yoo Jung dengan sabar yang menipis.Dia cuba meneka apa yang Taehyung katakan pada Soo Min.

Dia suka Soo Min?

"Dia suka kalau saya tak sibuk pasal hal tu lagi.Hah tu.Dia suka tu,"

Yoo Jung sedikit kecewa.Jadi mereka berdua masih belum tahu isi hati masing-masing?

Oh,Yoo Jung...kalaulah kau tahu sebenarnya Taehyung sudahpun bagitahu tentang perasaannya pada Soo Min.

Cuma Soo Min ni sahaja yang keliru.Takkanlah dia nak terima Taehyung semudah itu?Yoo Jung masih suka dia.Dan dia tak nak Yoo Jung marah dia lagi.

Sudahlah dengan peristiwa dia dibuli disebabkan oleh lelaki Oh Sehun dekat sekolah dulu,dia tak nak Yoo Jung serang dia pasal Taehyung pula.

"Apapun.Aku akan bagi lagi masa.Aku betul-betul nak Taehyung baca pesanan aku yang terakhir,"

"Kenapa tak tulis je surat macam awak buat hari tu?"

"Nanti dia buang kertas aku.Aku nak lindungi pokok.Tak nak bazirkan dakwat.At least kalau delete mesej tak sesakit dia buang surat aku.And plus,aku boleh spam mesej aku banyak kali,"

Soo Min ingin tergelak tetapi dia lupakan niatnya.Yoo Jung ni betul-betul fikirkan tentang segala kemungkinan yang akan jadi.Manusia yang pelik.

"Susahlah Yoo Jung.Dia langsung tak bagi.Saya tengok telefon tu pun tak ada dengan dia.Dia tanya saya macam mana saya boleh tahu pula tu,"

"Jadi dapatkan sampai boleh,"

"Macam mana kalau nak dapatkan sebab dia dah anggap saya nak mengorat dia.Dia ingat saya nak mengorat dia sebab saya suka dia.Tahulah yang dia pernah cakap dia suka saya,tapi tak bermakna saya suka dia balik.So rancangan ni nanti akan celarukan fikiran saya dan bos.Saya rasa saya tak boleh teruskan," terang Soo Min panjang lebar tanpa tersedar yang dia sudahpun pecahkan rahsia yang dia sudah berjanji lima minit yang lalu untuk tidak memberitahu Yoo Jung tentang hal itu.

Mulut Yoo Jung terlopong luas.Mungkin Soo Min tak sedar tapi Yoo Jung sempat tangkap apa yang dia katakan.

"Suka?Taehyung suka kau?!"

"Eh tak lah mana ada" laju Soo Min menafikan.Dia sudah menelan air liurnya,habis sudah.Ternyata kau hanya pandai di sijil sahaja Soo Min.Dalam realiti,kau sungguh bodoh.

"Ya aku dengar kau cakap apa tadi.Betul Taehyung suka kau?"

"Taklah!Aku dah cakap tak,"

Sampai dah tertukar panggilan saya-awak.Jantung Soo Min berdegup laju.Dia harap agar Yoo Jung lupakan sahaja apa yang dia dengar tadi.

Wahai mulut kepunyaan Yang Soo Min,kenapa sungguh ringan kau pecahkan rahsia?

"Kau suka dia?"

"Tak.Betul tak.Aku tak suka dia.Dia kau punya.Lagipun aku cuma setiausaha dia,"

Dia kau punya.

Yoo Jung sudah dapat menangkap satu idea.Adakah sebab itu Soo Min tak suka kepada Taehyung?

"Atau kau buat-buat tak suka?Sebab aku minta tolong kau untuk dapatkan nombor telefon dia?"

"Taklah Ya Tuhan.Kenapa kau susah nak faham.Tak Yoo Jung aku tak suka dia betul betul.Kenapa aku nak suka lelaki yang kau cinta?"

Yoo Jung mati akal.Oh tidak!Rancangannya sudah lari jauh ke laut.Dia tahu ada sesuatu di antara Taehyung dan Soo Min.Sesuatu yang dia rasa seperti mereka berdua akan menjadi pasangan yang sesuai.

Jadi apa?Bagitahu Soo Min yang ini cuma rancangan dia untuk rapatkan Taehyung dan Soo Min?

Tak tak.Terlalu awal untuk tarik diri.Masalah berkaitan Jimin masih belum selesai.Dia perlukan Soo Min untuk sentiasa fikirkan tentang Taehyung.

"Kau sendiri yang minta tolong aku untuk rapatkan kau dengan dia balik.Lepastu kau cakap kau cuma nak minta maaf sahaja.Banyak lagi cara Yoo Jung.Aku tak nak terlibat dengan hal ini.Aku tak nak Taehyung tahu yang aku minta nombor telefon dia hanya untuk tolong kau.Kalau dia marah macam mana?"

Yoo Jung terdiam.Wajah Soo Min dipandang lama sehinggakan wanita itu terpaksa melarikan pandangannya ke arah lain.

Dia perlukan Jungkook.Yoo Jung pasti akan telefon Jungkook selepas ini untuk memberitahu tentang cacat cela rancangannya.

"Dulu aku nak dia kembali kepada aku.Tapi aku sedar ada orang yang lebih baik yang boleh jaga dia..."

Kau orang itu Soo Min.

"...jadi aku bertukar kepada hanya ingin meminta maaf.Memang rancangan ni tak masuk akal tapi..."

Tapi tahulah yang aku sebenarnya cuba untuk jauhkan kau dari Jimin.

"Aku takut Yoo Jung," luah Soo Min.Dia ingin berterus terang dengan Yoo Jung.Dia ingin Yoo Jung faham tentang perasaannya juga.

"Aku takut kalau aku gagal tolong kau,perkara macam dulu terjadi lagi.Jadi kalau boleh aku tak nak kau benci aku kalau aku gagal lagi sekali.Kau tak tahu apa perasaan bila bercakap dengan orang yang dah buli kau sampai kau trauma,"

Wajah Soo Min ditenung lama sekali lagi.Oh Tuhan,kejamnya dia sampaikan dia menghantui hidup orang lain.

"Kalau kau takut dengan aku,kau sepatutnya takut dengan Jimin," balas Yoo Jung,kini membawa nama Jimin dalam perbualan mereka.

"Jimin?"

"Apa yang aku buat dulu semuanya dirancang oleh Jimin.Pasal Sehun,dia yang hasut aku.Jadi dia sama jahat seperti aku Soo Min.Aku tahu yang korang dah jumpa beberapa kali.Jadi tolong,jangan terlalu selesa dengan dia," pesan Yoo Jung kepada wanita di hadapannya itu.

"Jimin—"

"Apa-apa jelah.Hanya fokus kepada Taehyung.Jangan jadikan orang lain sebagai halangan kau.Faham?Aku nak nombor Taehyung secepat mungkin.Selagi tak dapat jangan jumpa aku.Bye," Yoo Jung akhirnya menamatkan perbincangan mereka.Dengan memakai kaca mata hitam,dia keluar daripada kafe itu secepat mungkin.

Soo Min pula terdiam tak terkata.Jimin hasut Yoo Jung?

"Sorang je ke?"

Author Note
Feeling rajin pulak nak update.

Maybe part ni bosan sebab tak de part main characters tapi percayalah,ini untuk memahamkan jalan cerita.walaupun ada part yang tak berapa faham ke apa ke tapi i harap u all fahamlah.hohoh.tak nak syok sendiri 🤧

Btw,we got Hae Ryung and Jungkook scene for the next chap!!Yeyyyy...Author rindu mereka.You better miss them too 😤

Anddd ooooo cliffhanger 😏

Tahulah korang siapa tegur Soo Min tu ya...

Macam mana class online?Okay tak?

Lol banyak pulak aku membebel hari ni.Alrighttt...enjoyyy

Maaf kalau ada typo/ayat pelik pelik,nanti saya akan edit semula

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top