28 ; Mungkin Dah Suka

"GILA KE?!" jerit pemandu kereta Hyundai yang hampir melanggar Soo Min.Gila tak gelabah?Hampir nak langgar anak orang kot!

Taehyung menundukkan badannya beberapa kali,sebagai tanda meminta maaf.Masih lagi tidak puas hati,pemandu lelaki itu menjeling Soo Min yang sudah berdiri di belakang Taehyung.

Tanpa memanjangkan hal itu,dia terus berlalu pergi dengan keretanya.Kim Taehyung berpusing,kedua-dua bahu Soo Min dicengkam kuat."Awak nak kena langgar ke Soo Min?!" marahnya.

Gelas kaca itu dihentakkan di atas meja.Kalau tak kerana dia sempat tarik gadis itu daripada dilanggar,entah hidup atau tidak Soo Min lepas ni.

Rambut yang masih basah dikirai.Gelas tadi diambil dan dibasuh.Setelah puas membasahkan tekak,dia berjalan perlahan menuju ke arah bilik tidur tetamu.

Pintu dikuak perlahan,figura setiausahanya yang masih tidak sedarkan diri dipandang lama.

Rasa keliru mula bertandang di hati.Apa tujuan dia bawa balik Soo Min ke rumahnya?Disebabkan dia tidak tahu macam mana nak buka kunci rumah perempuan itu ataupun dia risau?

Boleh jadi kedua-duanya.Siapa je yang tak risau?

Pintu ditutup kembali.Biarlah esok dia dan Soo Min selesaikan hal malam tadi.Buat masa sekarang,dia nak rehat.

Keesokan paginya...

Soo Min sudah sedar.Sedar dan segar.Sedar dan segar dan terpaku.

Benda pertama yang paling dia nak elakkan ialah bangun daripada tidur di tempat yang asing.Tempat apa ni?Dia dekat mana?Dan yang paling penting...

BILIK SIAPA NI?

Habis dibeleknya satu persatu perhiasan bilik tidur mewah itu dengan matanya.Dia tak mampu lagi nak bergerak.Dia takkan bergerak selagi dia tahu dia berada di dalam keadaan yang selamat.

Manalah tahukan..dia kena culik dengan orang penyamun ke apa ke.

Bilik ini langsung tiada gambar,jadi dia tidak tahu siapa pemiliknya.Lama kemudian,kakinya dibawa turun dari katil,akhirnya berani memijak lantai.Perlahan-lahan dia bangkit walaupun kepala mula berpinar.Pening yang tak pernah dia alami.

Apa yang aku buat semalam? , soalnya dalam hati.

Tombol pintu dipulas dan kepala menjengah ke luar.Secara automatik dia diperkenalkan dengan bahagian ruang tamu.

"Hel-lo?"

Tiada jawapan membuatkan Soo Min keluar daripada bilik itu."Sesiapa?Uhhhh hello?"

"Hello"

"OH MAK KAU!" secara spontan Soo Min berpusing ke belakang.Dadanya dipegang akibat terkejut dengan suara yang tiba-tiba menyahut panggilannya.

Lebih terkejut lagi dia bila nampak Kim Taehyung yang hanya memakai bathrobe kelabu pekat berdiri di hadapannya.

Menawan memang menawan.Tapi tak pernah terlintas di fikirannya untuk melihat majikannya sebegitu rupa.Ya Tuhan,tolong padamkan imej ini daripada otak aku.

Matanya ditutup rapat,"bos bos bos!Apa bos buat ni?"

"Apa saya buat?Saya diri je ni.Yang awak takut sangat sampai tutup mata tu kenapa?"

"Tak!Bos buat apa dekat sini?" soal Soo Min panik,masih lagi dengan mata yang tertutup.

"Awak tanya apa yang saya buat dekat rumah saya sendiri?"

"Ya!Apa bos–apa?" terbeliak terus matanya memandang Taehyung.Tadi bukan main takut dia kalau-kalau penampilan Taehyung yang sebegitu akan menggoda dia.Sekarang dah tak kisah dah.Dia lagi takut dia ada dekat rumah majikan daripada tengok Taehyung pakai jubah mandi sahaja.

"Apa?"

"Awak mabuk dan saya bawa awak balik sini sebab saya tak tahu macam mana nak masuk rumah awak,"

"Saya mabuk?"

Taehyung mengangguk.Soo Min menayangkan wajah terkejut beruk.Tak pernah-pernah dia mabuk.Jadi,semalam dia pergi minumlah ya?Dengan Taehyung?

Oh baru dia ingat kejadian semalam.Bagaimana dia boleh telan arak tak ingat dunia,bagaimana peristiwa lalu menghantui dia,bagaimana dia hampir dilanggar,bagaimana dia separuh sedar ketika berada di dalam kereta Taehyung dan bagaimana Taehyung baringkan dia di atas katil semalam.

"Kita...kita tak buat apa-apa kan?"

Dia mula bertanya.Risau di wajahnya masih lagi kelihatan.Walaupun baju yang dia pakai semalam masih ada,tetapi tu tak hentikan dia daripada fikir bukan-bukan.

Makin takut dia bila Taehyung mengukirkan satu senyuman sinis.Senyuman yang orang kata,'gatal'

"Awak rasa?"

"Tak kan?Kan?"

"Iya ke?" Taehyung maju ke hadapan manakala Soo Min mundur ke belakang sehinggalah gadis itu terlanggar belakang sofa,mereka berhenti.

Kini lelaki itu berada di hadapan Soo Min,hanya dua langkah lagi dan mereka betul-betul rapat.Jantung Soo Min sudah berdegup kencang sampaikan dia sendiri boleh dengar degupan jantungnya.

"Last night was great..."

ITU DIA!AKU NAK JERIT SEKARANG!APA YANG AKU DAH BUAT?!

Belum sempat dia nak memprotes,Taehyung sambung lagi percakapannya.Jika tadi dengan nada  mengusik,kini dia bercakap dengan nada yang marah.

"Sebab awak hampir kena langgar Soo Min.Awak tahu kan tindakan awak tu boleh susahkan semua orang?Saya dah suruh berhenti minum tapi awak masih teruskan.Last sekali,awak tiba-tiba lari tinggalkan saya.Awak tahu tak..." dada Taehyung turun naik menahan marah.Walaupun dia tidak tinggikan suara,tapi dia tahu dia sedang marah.

"Awak tahu tak saya risau?Apa yang jadi Soo Min?Apa yang ganggu awak sampai jadi macam tu sekali?"

Gadis yang diseru namanya itu terpana seketika.Malu.Itu apa yang dia rasakan.Malu sebab bertindak diluar kawalan di hadapan majikannya.Malu sebab Taehyung saksikan dirinya dihantui peristiwa lalu.

Dia menunduk.Nak bagi tahu atau tak?

"Bagitahu saya Soo Min..." bisik Taehyung dengan nada meminta.

"Sebagai kawan," katanya lagi.

Lebih beberapa saat berlalu,Soo Min akhirnya membalas,"cuma khayalan bodoh sahaja.Saya minta maaf Tuan sebab dah malukan Tuan depan orang ramai semalam,"

Mata Taehyung terpejam rapat ketika panggilan Tuan mula keluar daripada bibir Soo Min.Hal ini menjadi semakin serius.

"Malu?Tak...saya tak malu Soo Min.Apa yang saya minta cuma awak ceritakan kepada saya.Kenapa awak jadi macam tu?Tolonglah bagitahu saya supaya benda ni takkan berulang lagi,"

"Dan apa?Apa yang saya boleh harapkan kalau saya bagitahu Tuan?Cukuplah sekadar Tuan tahu masa silam saya,takkan saya nak ceritakan pada Tuan—"

"Berhenti panggil saya Tuan!"

"Dah tu kalau saya panggil Bos —"

"Panggil saya guna nama saya.Taehyung.Guna panggilan 'awak'.Saya tak nak awak hanya anggap saya majikan awak Soo Min.Saya serius bila saya nak berkawan dengan awak,"

"Saya serius juga,"

"Then stop calling me 'Tuan' atau 'bos'.Taehyung.Itu nama saya.Awak pernah sebut nama saya sekali.Kenapa tak sekarang?"

"Apa masalahnya dengan panggilan?Saya cuma hormat awak,"

Taehyung mencengkam rambutnya.Geram sangat bila dia sepatutnya membincangkan tentang hal semalam.Tetapi sekarang sudah beralih topik pula.

Soo Min memerhatikan Taehyung yan bagai nak pecah kepala itu.Apa lelaki ni nak sebenarnya?

Bila Taehyung sudah bertenang,dia cuba untuk memulakan bicaranya kembali."Just...Bagitahu saya Soo Min,"

Soo Min menggeleng,masih lagi berdegil.

"Hal peribadi saya awak tak perlu ambil tahu sangat,"

"Bila awak jadi macam orang tak waras semalam?Awak fikir saya tak risau?I need to know,"

"Kenapa Tuan risau sangat?" persoalan yang berlegar-legar di otak Soo Min akhirnya dikeluarkan.Dia perlu tahu.Kenapa Taehyung nak sangat tahu tentang dia.

Taehyung terdiam.Dari semalam dia tahya diri dia sendiri.Kenapa risau?Cukuplah perempuan itu selamat.Apa yang membuatkan dia jadi sebegitu tidak perlu untuk dia tahu.

Mereka kawan tetapi hubungan mereka masih lagi terasa profesional.Masih lagi terasa seperti majikan dan pekerja.Dia tak perlu tahu.

Penat berfikir,akhirnya mulut Taehyung melafazkan sesuatu yang tak boleh dia kawal sendiri.Kata-kata itu terbina dengan sendirinya dan dia tidak sedar pun tentang apa yang dia katakan.













































"Sebab saya mungkin dah sukakan awak"

Author Note

uit uiiittt rindu ke tuwww

Kalau ada typo ke apa ke sorry eh.Nanti saya betulkan.

read this story from my friend ( Nis_chii )and do vote for her book gaiiss okeeehh ✨✨




p/s : author dah kantoii nak up cerita pun guna hotspot huhu TT

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top