27 ; Misi Mengusik Taehyung

"Ada hal konon.Ni apa ni?Siap pakai topi matching.Lepastu nak sedapkan hati aku,bagi kad kredit dekat Hae.Patutnya bagi dekat aku.Biar aku beli satu shopping mall ni,"bebel Jungkook sambil menjeling Taehyung.Masih lagi tak puas hati lah tu.

Dengar Jungkook cakap pasal topi,terus sahaja kedua-dua tangannya dibawa kebelakang.Gelang tadi ditanggalkan denga laju dan dimasukkan ke dalam poket seluar.

Cukuplah Jungkook perasan mereka pakai topi sama.Kalau nampak gelang pun sama,kena bahan je lah nanti.

"Sorry hehe,"

Jawapan Taehyung membuatkan Jungkook lagi tak puas hati.Orang tengah geram,boleh hehe hehe lagi.

"Macam ni lah saudara ek?Orang ajak keluar,dia tak nak.Keluar dengan orang lain rupanya—eh kejap!" Mata Jungkook membesar seakan-akan dia baru sedar apa yang dia katakan.

"Maksudnya...kau dengan Soo Min...dating?"

Jantung Taehyung berdegup laju,cepat-cepat dia menggeleng kepala.TAK TAK!Bukan dating!

Otak kata tak,tetapi tetap wajahnya menjadi merah.Jungkook perasan perubahan warna pada pipi Taehyung dan dia tersengih nakal.

Okay!Misi Mengusik Taehyung dengan rasminya akan bermula sekarang juga!

"Eeyyyyyy abang,pipi merah tu.Betul eh dating?Eh ehh?" kening diangkat-angkat,sengaja nak usik abang saudaranya.

"Ma-mana ada.Ni sebab cuaca panaslah," topi yang dipakai ditundukkan lagi untuk menyorok mukanya daripada kelihatan.

Jungkook membuat muka.Yalah tu panas."Panas kau.Dah tentu kita dekat shopping mall ni.Air cond bukan main banyak kau nak kata panas.Alasan," ayatnya disudahi dengan menjelir lidah ke arah Taehyung.

Geram melihat perangai Jungkook,dia menyiku lengan Jungkook dengan kuat.Haraplah manusia bernama Jeon Jungkook itu boleh senyap dan tinggalkan dia bersendirian.

Kenapa pipi dia merah?Entahlah.Dia pun tak pasti kenapa.Baru tadi jantung dia berdegup laju.Nak kata sakit jantung,jantung dia tak sakit pula.

"Taehyung dating dengan Soo Min.Taehyung dating dengan Soo Min~"

"Senyaplah Jungkook.Macam budak-budak lah kau ni,"

"Bluekkk!Taehyung dating dengan Soo Min.Taehyung dat–"

"Seriuslah?"

Usikan Jungkook terhenti.Dia dan Taehyung menoleh ke arah pemilik suara tadi dan ternyata reaksi mereka sungguh berbeza.

Taehyung sudah mula membuat muka masam.Tangan yang berada di dalam poket tadi kini dikeluarkan dan lengannya disilangkan di dada.Sebagai ekstra,renungan maut juga dia hadiahkan kepada manusia yang menyampuk mereka.

Jungkook pula,matanya sudah terkebil-kebil.Jelas sekali dia tak kenal lelaki itu.Tetapi aura dia,sama seperti Taehyung.Cuma lain sikitlah.Aura dia nampak macam lagi ganas dari Kim Taehyung.

"Aku ingat kau faham apa aku nak buat...Kim Taehyung,"

Taehyung terdiam seketika.Tahu.Sama ada dia nak masuk campur dalam bisnes orang lain ataupun dia nak libatkan diri dia dalam kehidupan Soo Min.

"Aku tak faham.Boleh kau terangkan balik?Park Jimin,"

Berulang-alik Jungkook memandang muka dua jejaka di hadapannya.Park Jimin?Macam pernah dengar.

Park Jimin...

"PARK JIMIN?!KAU YANG—URMFNFFFFFFFF" belum sempat nak habiskan ayat,Taehyung sudah menelup mulut Jungkook terlebih dahulu.

Jimin tertawa kecil,"Aku yang apa?Oh,Taehyung cakap buruk pasal aku ke?Wow,tak sangka kau mulut murai juga ya Taehyung?"

"Lebih baik mulut murai,daripada mulut ular" bidas Taehyung.

Jimin ketawa sinis.Malas nak panjangkan perbualan dingin di antara mereka dia terus berkata,"aku harap kau dan Soo Min tak ada apa-apa"

"Jangan risau.Kitaorang tak ada apa-apa,"

Jungkook,yang mana mulutnya masih dilarang daripada bercakap menampar tangan Taehyung.

Apa cakap macam tu?Patutnya cakaplah kau tu suka Soo Min depan dia.

"Baguslah," dia berkira ingin meninggalkan Taehyung dan 'kawan pelik' dia a.k.a Jungkook selepas habis 'berbual' , namun Taehyung menahan bahunya.

"Tapi tak bermakna kau boleh kacau dia dan urusan aku,"

Tangan Taehyung ditepis,kuat juga bahunya dicengkam."Aku takkan kacau dia Taehyung,itu dulu.Lagipun,kau siapa nak risaukan dia?"

"Oh ya?Haritu dia cakap yang kau pembuli dekat sekolah.Sedih sebab sampai sekarang dia panggil kau gelaran pembuli.Aku cuma prihatin terhadap pekerja dan kawan aku,"

"Hey bertenang.Pasal buli tu kisah lama.Aku dan dia sekarang dah kawan"

"Ceh,kawan?Kalau aku tahu kau gunakan dia untuk hancurkan syarikat aku,kau tunggu Park Jimin,"

Senyuman sinis di bibirnya mula pudar.Kim Taehyung salah.Dia memang ada perasaan pada Soo Min.Dia takkan sekali-kali gunakan gadis itu.Bukan seperti dulu.

"Kau silap," bisiknya perlahan.

"Apa dia?" dahi Taehyung berkerut habis sampaikan keningnya hampir bercantum.

"Baru hari ni aku tahu,syarikat kau tu tak ada apa-apa untuk direbutkan.Jadi aku takkan kacau urusan kau.Sebab aku tetap di atas," kali ini Park Jimin menyuarakan pendapatnya dengan lantang.

Bahu Taehyung dilanggar sebelum dia pergi.Jungkook yang sudah hampir kelemasan akhirnya dilepaskan.Tercungap-cungap dia cuba menarik nafas.

"Aku...huh...tahulah kau tak suka dia...fuh tapi jangan tekup mulut aku sampai aku semput," kata Jungkook namun sedikit pun tidak didengari Taehyung.

"Hoi!Kau dengar tak?Ish.Apa pun,kenapa Jimin tu mengingatkan aku pada seseorang ek?Macam...macam ..."

"Han Yoo Jung,"

"Hah Han Yoo Jung.Tapi kenapa ek?Apa kaitan diaorang?"

"Sebab diaorang dua tu syaitan.Perangai sama je," Taehyung pun berlalu pergi.Maka tinggallah Jungkook di situ bersendirian,masih lagi cuba mencari kaitan antara dua nama yang dia sebutkan tadi.

"Aku tanya apa kaitan.Bukan perangai diaorang tu macam mana.Ish!"


"Untunglah orang belanja.Aku yang merajuk,kau yang dibelanja," perli Jungkook ketika Hae Ryung sibuk mengucapkan terima kasih kepada Taehyung.

Suaminya dibiarkan membebel sendiri,"terima kasih abang Taehyung.Nanti lain kali Hae Ryung belanja abang dengan Soo Min pula,"

"Sekali-sekala.Tu pujuk suami tu,cakap dengan dia jangan marah abang lama-lama sangat.Minggu depan nanti abang belanja dia lunch untuk satu minggu,"

Hae Ryung mengangguk kecil.Bersama-sama tiga bag kertas Gucci,dia menarik lengan Jungkook bagi memberi ruang kepada Taehyung dan Soo Min kenbali bersama semula.

"Weh,aku nak cakap dengan abang Taehyung kejap!"

"Jangan kacau diaorang!" marah Hae Ryung balik.Ewah ewah,tadi time kena belanja Gucci bukan main lagi tak fikir pasal tu.

"Tuan okay?" kecil sahaja suara Soo Min kedengaran.Taehyung mengangguk perlahan,"aik?Mana pergi 'bos' tu?" usiknya.

Soo Min menggaru belakang kepalanya sambil tersengih,"taklah.Saya nampak Tuan macam tegang je muka lepas saya balik beli barang dengan Doktor Jeon tadi.Tak nak lah spoil mood Tuan,"

"Tak nak spoil konon.Selama ni okay je spoil kan mood saya,"

Haih mamat ni,panggil bos salah.Tak panggil bos pun dia pertikaikan.

"Lah baru sekejap tak panggil bos,dah rindu ke?"
dia melaga lengan Taehyung dengan sikunya.Tanpa disangka,tangannya digenggam lelaki itu.

Terkejut juga dia.Tak ada angin tak ada ribut tiba-tiba nak pegang tangan orang.Taehyung buat muka selamba.

"Lebih baik panggil Taehyung je," dengan itu,dia menarik Soo Min dan berjalan menuju ke arah kereta mereka.Disebabkan tak jadi tengok wayang,dia nak ajak Soo Min pergi ke satu tempat.

Masih lagi tergamam,Soo Min sekadar mengikut langkah Taehyung.Dari jauh,Park Jimin sedang memerhati mereka berdua dari dalam keretanya.Stereng kereta digenggam kuat,tanda dia tidak setuju dengan tindakan Taehyung.

Taehyung dah buat dia keliru.Dia ada perasaan pada Soo Min atau tidak?Ataupun memang Taehyung sengaja nak kelirukan dia?

Kalau macam itu,banyaklah kerja dia nak buat.

"Jadi kau nak main dengan perasaan sendiri?Baik Taehyung,ini baru permulaan"


"Mak cik!Dua botol lagi!"
"Soo Min—"
"Daging pun tambah lagi tiga pinggan eh?Terima kasih!Sayang mak cik!"

Taehyung mengeluh,mukanya ditekup dengan tangan.Niatnya nak belanja Soo Min makan daging panggang dekat restoran yang dia suka.Tapi lain pula jadinya.Satu botol soju bertambah kepada tiga.Dan kali ini dah nak masuk lima botol!

"Sudahlah tu.Awak mabuk dah ni,"

"Siapa kata saya mabuk?Saya sedar lagi lah.Tengok ni," gadis itu bangun dari kerusinya.Dia cuba untuk berjalan dengan tegak namun terjatuh di saat kakinya terlanggar kaki kerusi Taehyung.

"Hey,hati-hatilah" pesan Taehyung sambil menahan Soo Min daripada jatuh.Nak aje dia hantuk kepala dekat dinding sebab malu.Sudahlah dekat tempat awam,Soo Min pula buat perangai.

"Hati-hati?Mana ada lampu merah?Boleh jalanlah,"

Ah sudah!Makin lama,makin merepek perempuan ni.

Dua botol soju dan tiga pinggan daging sudah sampai.Taehyung melepaskan Soo Min,membiarkan gadis itu jatuh ke lantai manakala minuman keras itu dipulangkan semula kepada mak cik tadi.Atas bawah dia memandang Taehyung dan Soo Min sebelum berlalu pergi.

Nak minum ke tak budak dua orang ni?

"Sakitlah bos.." rajuk Soo Min.Dia kembali bangkit dan duduk semula di tempatnya.Taehyung meletakkan daging mentah baru itu di atas pemanggang.

Penyepit makanan Soo Min yang sudah sedia untuk mengambil daging itu ditolak ke tepi menggunakan penyepit makanannya sendiri."Aip,belum masak lagi"

"Belum eh?Ok ok ok.Dah masak?"

"Belum.Kena tunggu sekejap"

"Okay saya tunggu"

.
.
.
.

"Dah boleh makan?"

Taehyung mengeluh lagi.Masuk kali ni,dah berapa kali agaknya dia mengeluh.Tak sampai lagi 10 saat daging tu ada atas pemanggang dia boleh tanya boleh makan ke tak.

Ni mabuk ke lupa ingatan?

"Lain kali saya tak nak kasi awak minum alkohol bila saya ada.Susah nak jaga awak ni,"

"Jadi kenapa awak ajak saya minum soju?Saya dah lama tak—"

Botol minuman keras yang kosong itu semua dipandang sejenak.Alkohol...

"Sebab kau!Sehun tinggalkan aku"

"Eh dia tak suka kaulah.Kau tak faham ke?Bukan sebab aku.Tapi sebab dia sendiri tak suka kau"

"Ah kau diam!Mana arak?"

Arak..Yoo Jung...

"Soo Min!" Lamunan Soo Min terhenti,dia memandang wajah Taehyung yang sedikit cuak.

"Y-ya?"

"Awak okay tak?"

Wajah lelaki itu dipandang lama.Tanpa dia perasan,wajah itu bertukar menjadi wajah seseorang.Bukan Kim Taehyung tetapi,

Park Jimin.Dan ada Han Yoo Jung disebelahnya.Mereka berdua memakai baju sama seperti kejadian malam itu.Di tangan Yoo Jung ada sebotol arak manakala di tangan Jimin pula ada sebuah kamera.

SAMA!

Takkan lah malam itu berulang semula?

Dia perasan ada tali di sekelilingnya.Tetapi tali itu sudah pun terlerai.

"Larilah.Kata nak suruh aku lepaskan kau sangat," Yoo Jung tersenyum sinis.Takut dengan bayangan perempuan itu,Soo Min lakukan seperti apa yang dia suruh.

Lari.

Dan bila dia berlari,dia sedar bukan sekadar Jimin dan Yoo Jung sahaja.Malah ramai yang mengejarnya bersama kamera di tangan.

"REKOD WOI REKOD AHHAHAHAHA"

"Alah comelnya dia lari hahaha!"

"DIAM!" jeritnya namun suara itu masih lagi berdengung di dalam kepala.Biarlah dia berlari tanpa arah tuju,apa yang penting dia cuma mahu berlindung.

Kenapa malam itu terjadi semula?Aku mimpi ke?

HONKKKKKKKK!

"YANG SOO MIN!"

Author Note

Apa khabar?Sihat tak?

Maaflah tak dapat update minggu lepas walaupun saya cakap "minggu ni saya update" 😭 huhuhu.But here it is!I hope korang faham chapter ni sebab dia bermain dengan 'flashback' but actually realiti.

So cenggini,last Soo Min kena buli benda tu melibatkan arak.If korang ingat Special Chapter,ada ceritakan pasal Yoo Jung paksa Soo Min minum arak dan Jimin rakam semuanya.Niat diaorang untuk fitnah yang Soo Min sebenarnya minum arak.But of course benda tu tak betul.And then malam tu berakhir dengan tragedi.Soo Min kena langgar,cukup untuk buatkan dia koma selama sebulan.Tak ada sesiapa tahu pasal kemalangan tu kecuali keluarga Soo Min,keluarga Jimin,keluarga Yoo Jung dan budak-budak yang terlibat dalam kes tu.

Even Kim Taehyung pun tak tahu sebab ye lah kan,untuk apa Soo Min ceritakan pasal kemalangan tu dekat majikan dia.

Masa makan,Soo Min tiba-tiba bangun and then lari.So Taehyung yang sebenarnya kejar dia.Apa yang Soo Min nampak dan dengar itu cuma bayangan masa silam.So yeah itu flashback tetapi dia fikir benda tu terjadi secara realiti.

So tahulah korang siapa yang jerit nama Soo Min last sekali tu ehekk...

Done penerangan.Love ya guyssss...nanti kalau ada masa saya post 'Facts About PNMMB' supaya korang lebih jelas dengan jalan cerita ni.Cerita ni first draf so cara penulisan dia agak konfius sikit heheh.Habis buku ni,saya akan edit balik.Jalan cerita sama,cuma maybe saya akan terangkan dengan lebih details dan tukar part yang konfius.

Tapi tulah,itupun kalau ada masa hehehe.

Oh btw,

Kim Taehyung,Park Jimin : 27 Tahun
Yang Soo Min, Jeon Jungkook, Jeon/Kim Hae Ryung, Han Yoo Jung: 26 Tahun

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top