26 ; Topi,Gelang dan Jungkook
"Sorry tak boleh keluar dengan kau,"
"Alahhhhhh kau ni.Sampai hati kau tak nak keluar dengan aku,"
"Aku ada hal lah"
"Hal apa?Cuti cuti pun ada hal,"
"Adalah hal.Kau pergilah keluar dengan isteri kau ke apa ke.Jangan ganggu aku," sejurus selepas panggilan telefon dimatikan,Soo Min terus meluru masuk ke dalam kereta Taehyung.
"Dah letak barang?"
Soo Min mengangguk laju.Tadi lepas keluar daripada pasaraya,Taehyung mengajaknya keluar.Mula-mula dia malas,tetapi lama kelamaan dia akur kerana Taehyung janji untuk belanja makan.
Makanan free.Siapa tak nak kan?
Disebabkan ada bahan yang perlu disimpan di peti sejuk,mereka berdua singgah di rumah Soo Min sebentar.Alang-alang dah dekat rumah tu,Soo Min menukar pakaiannya kepada pakaian yang lebih senonoh sikit.
Tak macam tadi.Pergi pasar raya pakai seluar tracksuit, sweater dan selipar jamban sahaja.
Seluar jeans hitam dan baju berwarna peach berlengan panjang dikenakan.Sneaker putih menjadi pilihannya untuk dipakai hari ini.Kereta Mazda pun dia tinggalkan.Bak kata Taehyung,naik satu kereta jimat minyak.
"Siapa call tadi?"
"Jungkook.Erm,kita nak pergi mana ni?"
Kita nak pergi mana?
Berderau darah Soo Min dengar Taehyung kata sebegitu.Bukan main lagi tadi dia ajak orang keluar,tapi tak tahu nak pergi mana.Bagi kaki baru tahu!
"Makan dulu lah jom.Saya lapar ni,"
"Makan dekat mana?"
Soo Min menghela nafas panjang,"kalau tak tahu nak pergi mana lain kali jangan ajak saya keluar"
Taehyung ketawa kecil.Dia bukan nak mengusik,tapi dia memang tak tahu nak pergi mana.Dia sekadar ajak keluar sahaja,tak tahulah pula nak keluar kemana.
"Okay okay,ada satu tempat yang saya tahu.Kita makan dulu lepastu kita pergi tengok wayang,"
Cadangan Taehyung dipersetujui Soo Min.Tengok wayang pun tengok wayanglah.Asal perut kenyang,semuanya boleh je.
"Parking penuh lah,kita parking jauh sikit,"
"Oh okay,"
Kereta diparkir bersebelahan dengan kedai kraftangan.Mereka berdua terus keluar daripada kereta sesudah enjin dimatikan.
"Jauh ke tempat makan tu?" soal Soo Min.
"Tak adalah jauh sangat.Jalan sikit je.Dah jom,"
Baru beberapa langkah berjalan, baju Taehyung ditarik Soo Min.
"Tuan,gelang ni cantiklah.Saya nak beli kejap," kata gadis itu sebelum dia berjalan laju menuju ke meja yang disediakan di luar kedai kraftangan tadi.
Gelang tali putih diambil dan dilihat dengan teliti.Taehyung menggeleng kepala,rancangan nak makan tergendala buat sementara waktu.Dia berdiri di sebelah Soo Min,berharap agar gadis itu dapat selesai dengan cepat.
"Saya bayar kejap," pinta Soo Min dan dia beredar masuk ke dalam kedai.Taehyung memerhatikan gelang-gelang yang tersedia di atas meja plastik itu.Ada satu kadbod yang bertulis 'OFFER 3 DOLLAR'
Tengah offer rupanya.Mesti tak ramai orang beli.Kalau tak,takkanlah nak letak luar.Ni kalau orang curi pun tuan kedai biarkan je.
Apa yang cantik sangat gelang tali ni sampai Soo Min nak beli?
"Bos!"
"YA TUHAN!" sibuk-sibuk mengelamun,boleh pula ada orang jerit panggil dia.Siapa lagi kalau bukan Soo Min.Dia je yang panggil Taehyung 'bos' dekat sini.
Taehyung menenangkan jantungnya yang berdegup laju.Tengok Annabelle pun tak setakut ini,Soo Min yang jerit sahaja tu boleh pula buat jantung dia nak meletus.Pelik ni pelik.
"Heee sorry.Kita beli gelang sama nak?Friendship bracelet," Soo Min berlari keluar daripada kedai dan mengambil satu gelang tali berwarna hitam.Rekaan yang sama seperti gelang tadi,cuma warna dan saiznya berbeza.
"Tak nak lah.Ni perempuan je yang pakai," awal-awal lagi dia membantah.Dia tak pernah pakai gelang.Walaupun dengan Yoo Jung dulu,mereka berdua langsung tak pernah pakai cincin atau gelang yang sama.
"Apalah bos ni.Ni kan jelas jelas lelaki punya.Apa pula perempuan yang pakai,"
"Yalah.Kan selalu perempuan je yang main friendship friendship ni," elak Taehyung lagi sampaikan Soo Min membuat muka.
"Oh ya,kenapa saya minta pandangan awak sedangkan saya boleh bayar sendiri.Tak apa bos anggap je lah ni hadiah saya ya?"
"Saya tak nak—Soo Min," walaupun dihalang,sifar degil dan Soo Min berpisah tiada.
Seminit menunggu di luar,keluar juga Soo Min akhirnya.Tapi bukan dengan gelang tadi sahaja,ada dua topi kulit berwarna hitam di tangannya juga.
Jangan kata...
"Saya belikan topi sekali untuk awak!" umum Soo Min dengan gembira.Satu topi kulit dipakainya dan satu lagi dihenyakkan di atas kepala Taehyung.
Mulut Taehyung ternganga luas.Dia tak minta topi dan gelang 'friendship' tapi dia juga tak boleh nak menolak.
Pergelangan tangan Taehyung diangkat dan dihiasi dengan gelang tali pemberiannya.
" Nah gelang,saya pakaikan.Jangan buang tau.Setiap kali bos nak buang gelang ni,ingatlah yang gelang ni dibeli dengan duit saya.Tak baik buang pemberian orang tau.Alright done.Auuuwww handsome nya kalau bos pakai gelang," pujinya sekali gus menumbuk perlahan bahu Taehyung.
"Cantik kan?Kan?Kan?" tanya Soo Min sambil meletakkan tangannya disebelah tangan Taehyung.Nak tunjuk yang kini mereka berdua sudah mempunyai sesuatu yang merasmikan persahabatan mereka.
"Kalau bos menyampah sangat nak pakai gelang ni,pakailah masa bos perlukan kawan aka saya ni.Apa orang kata?Alahhh macam benda alah yang power ranger selalu guna tu.Yang nanti bila dia bila dia nak bertukar dia keluarkan telefon lipat.Hah macam tu," terang Soo Min.Percayalah.Satu apa pun yang dia cakap berkaitan Power Rangers langsung tak masuk ke dalam otak Taehyung.
Bila dia tak mendapat apa-apa balasan,dia sekadar ketawa sahaja.Malulah tu dia cakap banyak sangat.
"Lapar lah bos.Jom makan,"
Gelang hitam yang bergayut di tangannya itu diperhatikan lama.Bukan dia tak suka ataupun menyampah,dia cuma rasa pelik bila pakai gelang.Aksesori yang dia pakai selama ni pun jam tangan je.
Friendship bracelet? , perangai Soo Min tadi membuatkan Taehyung tersenyum.Kebudak-budakkan,tetapi dia dapati dia selesa dengan peribadi Soo Min.
"Makanlah bos.Kalau tak saya habiskan semua daging ni," senyuman Taehyung 100% berubah menjadi suram.Hari ni, hampir 50 kali dia dipanggil bos.Ini je lah yang dia tak suka tentang Soo Min.
"Bos bos,panggil nama je dah lah"
"Tak boleh lah.Saya dah terbiasa guna tuan dengan bos.Saya paling suka panggil awak bos," tersengih-sengih gadis itu mengenakan Taehyung.
"Cakap tu mulut biar kosong.Jangan penuh," bebel Taehyung.Bila makan perangai sebiji macam Jungkook.
Cakap pasal Jungkook,saudaranya itu pula boleh muncul di pintu masuk restoran.Haih Jungkook ni,ke mana Taehyung pergi,ke situ jugalah dia ikut.
Eh kejap!
"Tak guna," bisik Taehyung.Tak sangka pula dia Jungkook akan pergi ke sini.Punyalah besar bandar Seoul,restoran ni juga yang dia masuk.
"Apa?Kenapa?" baru nak pusingkan kepala,Taehyung cepat-cepat menyentuh kedua-dua pipi Soo Min.Perbuatannya itu menghalang kepala Soo Min daripada bergerak.
"Dengar sini baik-baik.Tadi saya cakap dengan Jungkook saya tak nak keluar dengan dia sebab saya ada hal.Saya tipu dia.Jadi saya tak nak dia nampak saya dekat sini.Kita makan cepat-cepat lepastu kita pergi dari sini.Faham?"
Mata Soo Min tidak berkedip langsung.Satu,sebab Taehyung memegang pipinya dan dua,sebab dia tak boleh nak terima kenyataan dia kena habiskan makanan dengan cepat sedangkan dia baru nak tambah daging untuk dipanggang lagi.
"Faham kan?Habis kan cepat," Taehyung menundukkan lagi topi nya bagi menghalang wajahnya daripada pandangan Jungkook.
"Bos...dowkter Jyon pwon ada seka..li," lapor Soo Min dengan mulut yang penuh dengan daging.Semuanya sebab Taehyung nak cepat.Sumbat je lah banyak-banyak dalam mulut.
"Apa dia?" wajah diangkat memandang Soo Min.
"Dowktrr—"
"Abang Taehyung!"
Bunyi tapak kasut wanita semakin lama semakin mendekati mereka berdua.Figura Jeon Hae Ryung muncul di meja mereka dengan senyuman lebar menghiasi wajah pengantin baru (tak adalah baru) itu.
"Tak sangka jumpa dekat sini.Abang sihat?Oh,Soo Min pun ada sekali.Haii..."
Soo Min melambai Hae Ryung dengan sengihan janggal.Harapan Taehyung untuk tinggalkan restoran itu tanpa pengetahuan Jungkook musnah.
"Hae Ryung datang dengan Jungkook ke?" tanya Taehyung walaupun soalan itu jelas sekali ada jawapannya.
"Ha ah.Dengan aku.Sebab ada orang tu cakap dia ada hal" kini suara maskulin pula yang berbunyi.Tahulah dia itu suara kepunyaan Jungkook.
Taehyung ketawa,cuba untuk menenangkan singa jantan yang muncul dengan tangan bersilang di sebelah Hae Ryung,"lama tak jumpa bro"
Author Note
Lama tak update bro.HaAhaHhhahahAAaha
Okay btw,korang semua sihat ke?Kalau demam makan kuah singgang.Mak kata boleh redakan demam.Huhu.Sedapnya lauk singgang.
Oh yeah,minggu depan author balik U.So masa nak update tu jarang sikitlah.But don't worry,I'll try my best to update as soon as possible.
Tak sabar nak habiskan cerita ni but still,nanti bila dah habis mesti author rindu 😭 jauh lagi perjalanan kita ye anak-anak.PNMMB ada banyak chap lagi.Tak pasti berapa banyak but I see they started to develop their feeling slowly.
Kih kih kih.
I changed Kim Hae Ryung to Jeon Hae Ryung(wife Jungkook) and Puan Song tu Puan Yang (mak Soo Min) supaya senang nak faham.Huhuhu.You can check it on previous chapters after this.
Nak tengok friendship bracelet diaorang?
Kalau gelang macam ni murah pun author nak beli jugak 😭
Reaction jungkook selepas dialog 'lama tak jumpa bro' dilafazkan :
Jungkook : SAMPAI HATI KAU BRO!
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top