23 ; Belum Kahwin,Tapi Girlfriend
"Bos,tak nak naik kereta sendiri keee?" usik Soo Min sebaik sahaja Taehyung masuk ke dalam kereta.
"Ni pun kereta saya"
Serta-merta Soo Min menutup mulut.Iya tak ya juga.Ni pun kereta Taehyung.
"Yalah yalah.Tuan ada nak pergi mana-mana tak?"
"Pergi office lah"
"Oh.Tak nak breakfast ke apa ke?"
"Cakap je lah yang awak belum breakfast lagi Soo Min"
Soo Min ketawa besar.Cepat sungguh Taehyung tangkap niat sebenar dia menanyakan soalan tu.
"Saya terkejut tadi Tuan call saya suruh ambil Tuan.So saya terkejar-kejar dan tak sempat breakfast,"
Taehyung mengangguk kecil.Rasa sedikit bersalah kerana disebabkan dia,Soo Min masih belum sarapan.
"Tapi tak apa bos!Saya dah biasa tak breakfast.Cuma hari ni saya teringin nak makan cheesecake dekat kafe favourite saya.Mana tahu Tuan nak pesan apa-apa ke..."
"Dekat mana kafe tu?"
"Dekat je dengan pejabat,"
"Tak nak makan dekat kafeteria?"
Soo Min menggaru kepala.Banyak pula soalan yang Taehyung tanya.Dia cuma nak makan kek.Itu je.Soalan bukan main banyak lagi.
"Dekat kafeteria kita tu tak ada cheesecake.Cheesecake kafe tu je yang saya suka,"
"Dah macam orang pregnant je," kata Taehyung dengan suara perlahan supaya tidak didengari Soo Min.
"Saya boleh turunkan Tuan dulu.Tapi saya minta kebenaran nak beli cheesecake tu eh?Boleh lah Tuan.Kita kan kawannn..." pujuk Soo Min dengan menggunakan 'kad kawan' mereka.
"Tak payahlah turunkan.Kita pergi sama-sama"
Kereta Mazda merah itu brek secara mengejut ketika lampu isyarat bertukar merah.Dahi Taehyung berlaga dengan driver seat ; akibat tidak memakai tali pinggang.
"Aduh Soo Min!Sakitlah!"
"So-sorry Tuan.Saya terkejut tadi,"
Soo Min memusingkan badannya ke belakang untuk memeriksa keadaan Taehyung.Mujur,lelaki itu tidak cedera kecuali dahi yang mungkin berbenjol tak lama lagi.
"Kenapa pulak terkejut?Awak ni cuai lah," ucap Taehyung sambil menggosok dahinya.
Kenapa dia terkejut?
Satu,sebab dia sibuk fikir sama ada Taehyung akan benarkan dia pergi ke kafe itu atau tidak sampaikan tak perasan lampu sudah merah.
Dua,sebab Taehyung bukan sahaja benarkan dia malah Taehyung juga ingin menyertainya makan di kafe itu.
Big shock.Big,big shock.
Kereta di belakang membunyikan hon,menyedarkan Soo Min dari lamunannya.Pantas sahaja kereta itu dipandu seperti biasa menuju ke kafe kegemarannya.
"Tuan okay tak?" Taehyung mengangguk.Sakit di dahinya sudah berkurangan.Apalah sangat.Kepala keras macam besi takkan berlaga dengan seat pun sakit tu tak reda kan?
"Maaf maaf"
"Tak apalah.Saya pun tak pakai tali pinggang tadi," Taehyung tersenyum kecil apabila dia ternampak Soo Min membuat muka sedih.
Dia perasan,setiausahanya itu berperangai pelik sedikit.
Bukan kali pertama dia lalui benda ini.
Setiap bulan,ada je hari yang perasaan Soo Min berubah-ubah.Kalau sedih,sedih sangat.Kalau marah,marah sangat.Kalau risau,risau sangat.
Tapi dia tak pernah tanya.Dia cuma menganggap Soo Min sedang melalui PMS.
Yep.Period Mood Swing.
Mungkin hari ini, 'hari itu' sudah tiba.
"Awak,ohhhhh awak.Nak makan apa?"
Taehyung tersedak sedikit.Terkejut dengan dirinya sendiri yang asyik memikirkan tentang kemungkinan Soo Min PMS sehingga dia dah ada di depan kaunter pun dia tak perasan.
"Err..." dia melihat menu di kaunter.Apabila lama sangat menunggu Taehyung membuat pesanan,Soo Min terus memberi cadangan.
"Tuan,penkek bluberi dia sedap sangat,"
"Oh.Bolehlah.Awak pesankanlah.Saya cari tempat," Taehyung terus meninggalkan Soo Min di kaunter bersendirian.
Dia mengambil tempat di sebelah tingkap besar kedai itu.Sambil makan,bolehlah tengok keadaan di luar.
Matanya ralit memerhatikan rekaan dalaman kafe ini.Hipster dan moden,sesuai dengan jiwa muda remaja zaman sekarang.
Kafe ini masih lagi kosong,mungkin dia dan Soo Min pelanggan yang pertama hari ini.
Soo Min kembali dengan senyuman yang lebar.
"Nanti order kita sampai.Sorry sebab Tuan pun terheret sekali,"
"Tak apa.Lagipun hari ni saya tak ada banyak kerja,"
Soo Min mengangguk.
"Sakit belakang awak dah okay?"
Soo Min tersenyum kekok,"dah okay"
"Jangan cuai sangat lain kali.Saya dah kurang kepercayaan pada awak untuk memandu,"
"Ish Tuan ni.Saya dah drive Tuan lama tau,takkan lah terbrek sikit Tuan dah tak percaya," mulalah wajah cemberutnya timbul.
"Gurau lah Soo Min," katanya sebelum wanita itu membaling meja kepadanya.
Soo Min tak membalas.Orang tengah lapar,dia bergurau macam tu pula.
Risau juga peluang memandu Mazda itu ditarik balik.
"Ni order encik dan puan.Sila nikmati sarapan anda," ujar pelayan kafe itu dengan senyuman megawatt terkenalnya.
"Eh?Saya belum kahwin lagi,"
"Belum?Ohh.." pelayan lelaki itu tersengih-sengih.Pada mata Taehyung,sengihan itu seperti ada makna.
"Tapi dia girlfriend aku"
Kedua-dua Soo Min dan pelayan itu memandang Taehyung,terkejut.Mulut mereka ternganga manakala Taehyung sedap sahaja menjamah penkek bluberi di hadapannya.
Setelah pelayan itu beredar,kaki Soo Min menendang kaki Taehyung.
"Auch.Untuk apa tu?" kening lelaki itu bertaut,kaki yang masih lagi bisa akibat tendangan Soo Min diurut perlahan
"Untuk mulut Tuan yang cakap benda-benda ghaib,"
"Mana ada ghaib.Saya tak cakap pun pasal hantu itu semua,"
"Tuan, yang 'dia girlfriend aku' tu dianggap ghaib.Untuk apa pula Tuan cakap benda tu dekat budak tadi?"
Taehyung mengunyah lagi penkek,"tengok budak tu sengih tadi.Dia nak try awak tau.Saya cuma selamatkan awak je,"
"Mana ada try.Budak tu memang suka sengih lah.Saya kenal dia.Lagipun dia jauh lebih muda dari saya,"
Taehyung menjilat bibir.Dia dan Soo Min menatap mata masing-masing.
"Oh,ya ke?"
Soo Min menjeling majikannya.'Oh,ya ke?' je?!
"Iya.Saya selalu pergi kafe ni and saya kenal budak tu.Tuan nak jealous pun,bertempatlah"
"Ish awak ni.Cakap benda ghaib pulak,"
"Apa yang ghaib nya?"
"Bila masa tah saya jealous"
"Eeeee Tuan jealous kan?Kan?Tak apa.Saya tahu Tuan sayang saya"
Taehyung menyumbat lagi penkek sehingga mulutnya penuh.Tak mahu lagi dia berdebat dengan Soo Min.Takut perbualan mereka membuatkan dia berharap.
Sebab dia dah mula berharap.
"Roti kacang merah!"
"Roti coklat lah!"
"Aku still sokong roti kacang merah!"
"URGHHHHH" disebabkan terlalu stres,dia hanya membiarkan Hae Ryung dengan menang kali ini.
Lain kali mereka berdebat,roti coklat pasti akan menang!
"Kook,ada Yoo Jung"
Hae Ryung perasan ada figura Yoo Jung berdiri di sebelah kereta Jungkook dan dia bagitahu Jungkook tentang itu.
Jungkook pula,matanya sudah tertacap pada tubuh Yoo Jung yang muncul di parking lot apartment nya.
"Kau buat apa dekat sini?"
Yoo Jung menurunkan sedikit cermin mata hitamnya.Dia berpeluk tubuh.
"Aku nak jumpa kau"
"Buat apa?"
"Ada hal"
"Aku nak pergi kerja ni Yoo Jung,"
Yoo Jung tersenyum pilu.Bagus,hadaplah kau si Jeon Jungkook ni.
"Sekejap je,"
Jungkook mengeluh kasar.Dia sudah bersedia untuk keluarkan taringnya namun Hae Ryung menghalang.
"Jungkook,dia datang secara baik.Biarlah," pujuk Hae Ryung.Bahu suaminya ditepuk perlahan agar amarah Jungkook tidak menggunung.
"Kau start kereta dulu.Aku cakap dengan dia,sekejap je" kunci kereta kini bertukar tangan.Hae Ryung memberikan senyuman manis kepada Yoo Jung dan lantas sahaja dia meninggalkan mereka berdua untuk berbual.
"Cepatlah.Aku nak hantar Hae pergi hospital,"
Yoo Jung menggigit bibir.Marah sungguh Jungkook padanya.
"Taehyung,memang dah tak nak aku?"
"Soalan apa kau ni?" Jungkook terus mengecamnya.Dengar je soalan tu,sah Yoo Jung dia anggap sebagai gila.
Sudah terang lagi bersuluh jawapannya,masih lagi nak ditanya.
"Aku tak tahu Jungkook.Aku cuma nak kepastian.Aku macam tak percaya dia dan aku dah berakhir,"
"Kau tak percaya?Aku lagi tak percaya kau sanggup curang belakang dia,"
Yoo Jung rasakan mata tajam Jungkook menembusi kepalanya.Makin lama dia dalam perbualan ini,makin banyak benda bodoh yang dia hamburkan.
"Yoo Jung,kau dah sia-siakan dia.Kau terima je lah.Apa yang kau harapkan lepas kau dah curang belakang dia?Kau nak Taehyung tetap cium kaki kau ke?"
"Aku minta maaf Jungkook.Aku tahu aku silap,"
"Aku akan maafkan kau kalau Taehyung tak hampir mati disebabkan kau!" laung Jungkook.Nasib tiada orang di parking lot,kalau tak memang malu Yoo Jung.
"Hampir mati?"
"Kau ingat masa kau datang syarikat dia?Lepas kau pergi ,dia kena serangan jantung.Dan aku percaya itu semua disebabkan kau,"
"Aku tak tahu dia ada sakit jantung okay!Janganlah asyik salahkan aku!"
"Why not?Dia sakit jantung sebab gaduh dengan kau"
"Tapi aku tak tahu dia sakit jantunglah!"
"Dan kau fikir itu akan ubah apa-apa?!"
Jeritan dibalas jeritan,Yoo Jung akhirnya mengalah.Seram bila dengar suara Jungkook naik seoktaf.
"Kau tahu atau tak tahu,itu tak akan ubah apa-apa Yoo Jung.Kalau dia tak ada sakit jantung,dia tetap sakit hati.Kesimpulannya,perbuatan kau tetap sakitkan dia,"
Air mata Yoo Jung menitis lagi buat entah kali yang ke berapa.Minggu ini sahaja sudah berjuta liter air matanya keluar.
"Aku cuma nak tahu kenapa dia cepat sangat lupakan aku," kecil suaranya kedengaran.
"Kalau aku jadi Taehyung,aku pun cepat lupakan kau," jeling Jungkook.
"Kau nak tahu tak?" Yoo Jung mengangkat muka.Matanya mencari mata Jungkook yang langsung tidak mahu bertembung dengannya.
"Tak pernah sekalipun dia cerita buruk tentang kau.Aku tahu banyak pasal kau pun daripada dia.Kau baik,kau menawan,kau pandai,kau mengagumkan.Kita jarang jumpa sebab Taehyung tak nak kau rasa yang dia dah langgar syarat kau.Syarat supaya tak bagitahu sesiapa yang korang berdua kekasih.Dengar je pasal syarat tu,aku dah tahu aku tak suka kau.
Tapi aku ketepikan mindset aku.Asalkan Taehyung bahagia,aku pun bahagia.Kitaorang rapat dari kecil.Darah daging kitaorang sama.Aku sayang dia sebab dia abang saudara yang selalu back up aku.Bila dia kena serangan jantung,aku takut Yoo Jung.Bila-bila je nyawa dia boleh melayang.Hari itu , mungkin dia boleh mati.Aku marah sebab benda itu berpunca daripada kau.
Aku sendiri tak sanggup sakitkan dia.Macam mana kau yang dia puji-puji selalu tu sanggup sakitkan dia?Kau tahu ke tak tahu pasal sakit dia ke,hati masing-masing tetap kena jaga,"
Yoo Jung menunduk lagi.Sejujurnya,dia menyesal pergi jumpa Jungkook.Apa yang dia dapat?Cuma penyesalan sahaja.
Barulah dia sedar,betapa jahatnya dia.
"Apa lagi yang dia cakap pasal aku?"
"Tak ada apa-apa,"
Jadi Taehyung tak bagitahu aku curang banyak kali, dia sedikit lega.Kalau benda itu sampai di telinga Jungkook,mahu jadi debu dia nanti.
"Taehyung ...dan Soo Min?"
"Kenapa dengan diaorang?"
"Aku yang patut tanya.Apa hubungan diaorang?"
Jungkook mengangkat bahu,"setakat ini cuma majikan dan pekerja.Tapi diaorang kawan,"
"Kau rasa Taehyung suka Soo Min?"
Nak apa lagi lah minah ni, Jungkook meraup mukanya.
"Dia nafikan yang dia suka Soo Min.Tapi tak mustahil dia ada perasaan dengan Soo Min," balas Jungkook dengan laju.
Yoo Jung menyepikan diri.Dia tak tahu apa nak kata.Sekiranya Taehyung dah bencikan dia dan suka kan Soo Min,apa yang perlu dia buat?
Dia tak kisah kalau perempuan itu perempuan lain.
Tapi Soo Min?Perempuan yang dia buli ketika zaman sekolah?
"Kenapa dia nafikan?"
"Aku tak boleh jawab sebab dia kata aku tak faham dia," Jungkook menggulingkan matanya ke atas.Benci betul bila dia mendengar ayat 'kau tak faham aku' daripada Taehyung.
Dia yang tak faham diri sendiri adalah.
"Baliklah Yoo Jung.Hae dah lambat tu.Aku pun tak naklah marah kau.Kau dan Taehyung dah tak ada apa-apa lagi.Tak ada motif untuk kau jumpa aku dah sekarang.Pergi dulu,"
Kereta Jungkook akhirnya memecut laju dari situ.Air mata dilap,dia bertekad untuk tidak menangis lagi dan cuba untuk terima kenyataan.
"Sedap ke cheesecake tu?" tanya Taehyung.Soo Min mengangguk dan terus menghabiskan kek keju raspberi nya.
"Penkek tu sedap kan?"
Soo Min tersenyum girang di saat Taehyung mengangguk kecil.
"Saya dah bayar tau.So,Tuan tak payahlah bayar,"
"Baguslah.Tak ada niat pun nak bayar,"
Soo Min menggulingkan mata ke atas.Buat malu je cakap macam tu dekat Taehyung.Kena sakat je nanti.
"Tepi mulut tu kotor," tegur lelaki itu.Soo Min sudah sibuk mencari tisu di atas meja tetapi bekas tisu sudahpun kosong.Dia menjeling kaunter,ada satu bakul kecil berisi tisu terletak di situ.
"Saya ambil tisu kejap," Soo Min bangkit dan berjalan menuju ke kaunter.Taehyung sambung menghabiskan minumannya.Dia memandang Soo Min disambil menunggu kepulangan gadis itu.
Tanpa disangka,ada sesuatu yang telah menarik perhatiannya.
"Alamak" ucap Taehyung dengan perlahan.
"Kak,abang tu memang boyfriend akak eh?" tanya Han,pelayan lelaki tadi ketika wajah Soo Min muncul di kaunter.
"Eh.Taklah Han.Dia gurau je,"
"Ohhh.Hehe,ingatkan..."
"Oh mak kau!" Soo Min melatah.Terkejut besar dia apabila tubuh dia dipeluk seseorang dari belakang.
Dia memandang tangan yang melingkar di pinggangnya dengan mata yang membuntang.
Blazer Christian Dior sedang diikat disekeliling pinggangnya.
Soo Min menghiraukan mulut Han yang sudah ternganga luas.Fokusnya hanya tertumpu pada wajah Kim Taehyung.
Automatik pipinya menjadi merah disebabkan jarak mereka yang terlalu dekat.
"Soo Min," bisik suara garau lelaki itu.
"Tu-Tuan..." suaranya hampir tidak keluar dek kerana masih tidak percaya dia dipeluk Kim Taehyung . Riak wajah Soo Min terus berubah dari cuak menjadi panik selepas mendengar ayat yang keluar dari mulut Taehyung.
"Awak bocor"
Author Note
Mohon maafkan Taehyung yang terlalu straightforward tu.
Sorreyyyyyyy sangat sebab lupa up.Author main BTS World dengan baca cerita Underdogs.Serius best cerita tu.Pergilah baca naaaa~
And my lovely readers,I love youuu 😘
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top