22 ; Penguin Tak Ada Gigi


"Boleh kita jumpa?"

Macam mana dia boleh masuk sini?

Soo Min memandang Yoo Jung pelik.Setahu dia,Yoo Jung tak dibenarkan masuk ke dalam syarikat ini lagi.

"Ada apa?"

Yoo Jung membuka mulut,kemudian dia menutup kembali.Bila dia sudah bersedia,dia kembali berbicara,"tak apalah.Saya ingat nak ajak lunch.Awak boleh tolong saya tak?

Tahap pelik Soo Min semakin memuncak.Cakap bukan main sopan lagi.

Pelik ni.

"Tolong apa?"

"Bagi surat ni dekat Taehyung.Memandangkan dia langsung tak nak bercakap dengan saya"

Sampul yang dihulurkan Yoo Jung itu dibiarkan lama.

"Aku tak letak racun lah.Tak mati pun kalau kau ambil" bila takut kesabaran Yoo Jung dah semakin menipis,Soo Min dengan lajunya menyambut surat tersebut.

"Jangan baca.Aku harap kau amanah" pesan Yoo Jung.Cermin mata hitam dipakai dan dia meninggalkan meja kerja Soo Min.

Kejap aku-kau kejap saya-awak,bipolar betul.

Sampul surat putih di tangannya terus dibawa masuk ke dalam bilik Taehyung.Disebabkan oleh lelaki itu makan tengahari dengan Jungkook,pejabat itu menjadi sunyi.

Soo Min pula tak lalu nak makan.Badan dah sakit,takkanlah nak turun pergi kafeteria pula.Makin tambah sakit adalah.

"Soo Min,hantarkan kot saya pergi Section C.Jungkook..." kata-kata Taehyung terhenti seketika.Dia masih lagi ingat kenapa kotnya terkena kotoran.

"KAU MINTA MAAF DEKAT DOMINO'S?"

"Selekeh lah.Kot ya pun janganlah sembur kentang bersos kau tu dekat aku.Banyak pulak tu.Dah lah bercampur air liur.Selekeh lah kau ni!"

"So-sorrylah"

"Apa masalahnya kalau dekat Domino's pun?Bukannya aku nak pujuk bekas isteri suruh kahwin dengan aku balik"

"Ceh,tak romantik langsung"

"Dia sendiri tak romantik,nak cakap orang"

"Encik Jeon...kenapa?"

Taehyung menggeleng kepala,"tak ada apa-apalah.Basuhkan kot saya"

Soo Min memeriksa kot kelabu Taehyung dan dapati ada banyak kesan sos di bahagian dada.

Dia jatuh atas lopak ber sos ke?

"Tapi Tuan...Section C jauh" mengingatkan badannya yang masih sakit,dia cuba memberi alasan.

Sudahlah Section C (tempat basuh baju) itu jauh,memang longgar lutut dia nak berjalan.

"Jadi?Awak nak saya yang pergi Section C?"

Taehyung menunjuk dirinya,hanya untuk menerima gelengan daripada Soo Min.

"Pergi cepat"

"Tuan masuk bilik dulu"

Taehyung mengecilkan mata.Tangannya bersilang di dada,"ada apa-apa yang saya tak tahu?"

Soo Min terkedu.

"Ermm,penguin tak ada gigi?"

"Hah?"

"Penguin tak ada gigi"

"Apa kena-mengena dengan penguin pula ni?"

"Iyalah,Tuan kan tadi tanya ada apa-apa ke yang Tuan tak tahu.Saya cakaplah pasal penguin tak ada gigi"

Kini,giliran Taehyung pula terkedu.

Tanpa berkata apa-apa lagi,meja Soo Min dijauhi dan dia terus masuk ke dalam pejabatnya.Bila sudah pasti Taehyung tiada di dalam penglihatannya,Soo Min berdiri.

"Aduh aduh duh" tangannya dibawa kebelakang untuk memegang belakang badannya.

"Parah ni parah"


"Tuan nak saya hantarkan balik ke?"

Soo Min memulakan perbualan ketika mereka masuk ke dalam lif.Taehyung menggeleng kepala.

"Saya datang sini naik kereta lagi satu.Kalau awak hantar saya balik,siapa nak bawa balik kereta saya?"

"Oh ok.Tuan naik kereta apa?"

"Hyundai"

"Bukan Lambo?"

"Takkan saya nak bawa Lambo pergi kerja.Pelik je"

Bawa Lamborghini pergi McD boleh pulak , getus hati kecil Soo Min.

"Tulah Tuan,merajuk lagi dengan saya.Kan dah kena pergi kerja sendiri"

"Saya bukannya cacat pun sampai tak boleh bawa kereta sendiri"

"Habis,esok saya ambil Tuan ke?"

Taehyung menggaru belakang telinganya.Pintu lif teruka dan mereka sudah tiba di bahagian lobi.

Mereka berdua melangkah keluar daripada lif.

"Selamat petang Tuan Kim,Cik Yang"

Kedua-dua mereka tersenyum apabila disapa oleh pekerja lain yang masih lagi belum balik.

"Ambil lah.Ingat saya bagi awak pakai kereta tu untuk kegunaan sendiri?"

Soo Min membuat muka apabila Taehyung sudah tidak lagi memandangnya.

"Bila nak beli kereta sendiri?"

"Saya tak tahulah nak beli kereta macam mana"

"Duit dalam bank cukup?"

"Rasanya cukup.Entah,tak pernah terfikir nak beli kereta.Dah terbiasa dengan kereta Tuan"

Taehyung menjeling Soo Min sementara gadis itu ketawa kecil.

"Pergi dulu"

Soo Min melihat Taehyung menuju ke arah parkir kereta.

"TUAN!" laungnya dari pintu masuk syarikat.

Taehyung menoleh.

"SURAT CIK HAN!"

Taehyung tersenyum.Dia melambai ke arah Soo Min dan terus masuk ke dalam keretanya.

"Dah baca lah tu" Soo Min mencebik.Kesian pula tengok Yoo Jung sampai kena bagi surat bagai.

Dah macam zaman belum moden.

Satu pesanan muncul di skrin telefonnya.Cepat-cepat Soo Min membuka telefonnya.

[ Tuan Kim ]

< sila buat sesuatu pasal badan awak tu
< dah macam penguin jalan

m-mana tuan tahu? >

< tadi saya tengok awak pergi Section C
< pegang belakang badan awak
< lepas tu saya ikut
< lepas tu saya dengar awak cakap
< 'tak guna punya mop buat lantai aku jadi    
   licin.siapa yang jatuh?aku jugak'
< selamat malam

🦶🏿🦶🏿🦶🏿🦶🏿🦶🏿🦶🏿>

Mahu sahaja telefon pintarnya dihempas ke lantai.

Durjana betul!Bila masa dia mengendap aku ni?!

Amaran!Dia tak panggil Taehyung 'Durjana' , cuma dia terlalu geram dengan peristiwa Taehyung mengekorinya.

"Apa dia kata?Jalan macam penguin?Huh!"

Soo Min menyilangkan tangan.Niat untuk menghantar emoji jari hantu terus dibatalkan.Kalau hantar karang,jadi penganggur tak pasal-pasal.

Tak apalah Soo Min,sekurang-kurangnya dia 'take care' pasal kau.


Hyundai Sonata miliknya akhirnya tiba di lokasi yang dituju.Taehyung menarik nafas dalam sebelum menghembus perlahan.

Dia memegang dada di bahagian jantungnya berada.

Tolong jangan buat drama wahai jantung

Apabila dia sudah jumpa keberanian yang dicari,Taehyung keluar daripada perut keretanya.

"Nama?"

"Kim Taehyung"

Pekerja restoran itu mengangguk dan menyuruh Taehyung mengikutinya.

Sepanjang perjalanannya ke meja yang ditempah,Taehyung menundukkan kepala.

"Sebentar lagi kami akan ambil pesanan anda.Enjoy your dinner," pekerja wanita itu menundukkan badannya dan berlalu pergi.

"Awak datang"

Taehyung mengangguk.Dia mengambil tempat di hadapan gadis itu namun dia langsung tidak memandangnya.

"Awak—"

"Kenapa nak jumpa?"

Gadis itu berdehem.

"Kita order dulu" katanya selepas dia ternampak seorang pelayan singgah di meja mereka.

"Order?"

"Seafood Carbonara.Satu orange juice"

"Okay.Encik?"

Taehyung mengangkat tangan,sebagai signal bahawa dia tidak mahu apa-apa.

"Cepatlah cakap," paksa Taehyung di saat mereka berdua kembali bersendirian.

"Saya cuma nak tanya ,awak...betul tak nak bagi satu lagi peluang untuk kita?"

Taehyung tersenyum sinis,"kita?"

"Ya Taehyung.Kita" ulang gadis itu sekali lagi dengan nada merayu.

"Han Yoo Jung,awak tahu saya takkan ubah fikiran"

"Kenapa?Saya cuma buat sekali—"

"Itu masalah awak Yoo Jung.Awak fikir saya cuma tahu benda itu berlaku sekali?"

Yoo Jung terdiam.Dia hanya memerhatikan pelayan tadi datang ke meja mereka semula dan menghidangkan makanan untuknya.

"Ma-maksud awak?"

"Saya tahu.Cuma saya buat-buat buta dan berharap awak akan sedar siapa lagi yang cintakan awak" perkataan lagi ditekan.

"Macam mana?" perlahan sahaja suaranya kedengaran.Dia sudah berputus asa.

"Mungkin kalau awak tak keluar dengan lelaki lain dekat tempat yang selalu ada saya,awak takkan tertangkap.Atau mungkin,Tuhan cuma mahu tunjukkan saya awak jenis yang macam mana"

Mata Yoo Jung mula bergenang air mata.Sedih bila dirinya dianggap sebegitu oleh Taehyung walaupun fakta itu betul.

Bukan kawan Taehyung sahaja.

Ramai lagi yang dia permainkan.

"Ini sebab awak nak saya rahsiakan hubungan kita Yoo Jung?" soal Taehyung.Tahu sangatlah dia kenapa Yoo Jung beria nak sorok hubungan mereka sebelum masa yang sesuai tiba.

Bukan sebab dia tak mahu karier modelnya musnah,sebenarnya itu memudahkan dia untuk pasang dua tiga.

"Dan awak minta peluang untuk kita?Saya dah bagi awak peluang Yoo Jung.Dah lama saya bagi sebelum awak minta.Bagitahu saya sekarang,awak fikir saya bodoh ke?"

Air mata Yoo Jung tumpah.Dia memejam mata dan menggeleng laju.

"Maafkan saya Taehyung.Maafkan saya.Tolonglah maafkan saya"

Rayu Yoo Jung.Sepanjang hidupnya,tak pernah dia minta maaf seikhlas hati seperti ini.

"Awak minta maaf dengan mereka sepertimana awak minta maaf dengan saya?"

Yoo Jung menggeleng.Tidak pernah!Mereka ditinggalkan begitu sahaja.Bagai baju.Pakai siang,malam sudah dibuang.

"Kenapa?Susah nak lepaskan saya?Bila dah kaji,saya yang paling mampu bagi awak duit?"

Bukan nak bongkak,tapi itulah apa yang Taehyung fikirkan.Dia geram yang Yoo Jung susah sangat untuk lepaskan dia.

"Tak Taehyung!Sebab awak orang pertama yang buat saya jatuh cinta.Awak orang pertama yang buatkan jantung saya berdegup laju.Saya yang bodoh untuk sia-siakan awak"

"Baguslah kalau dah mengaku," balasan Taehyung itu sedikit pun tidak membantu tangisannya untuk reda.

"Ingat Yoo Jung.Ini kali terakhir saya berbual panjang dengan awak.Mungkin selepas ini kita langsung tidak berjumpa sebab saya...dah lali tunggu.Dah penat tunggu awak untuk datang kepada saya dan akhirnya tinggalkan mereka.Saya pernah bersumpah yang hati saya cuma untuk awak Yoo Jung selagi awak jaga hati saya elok-elok.Awak pijak hati saya sekali,sumpah itu cuma sekadar sumpah sampah!" suara garau Taehyung sudah keluar.Beberapa pelanggan memandang mereka namun Taehyung tidak mengendahkan langsung perhatian yang mereka raih.

"Dulu kita kawan,kekasih.Macam mana kita boleh jadi musuh Yoo Jung?"

Yoo Jung tidak menjawab.Sebaliknya dia terus menunduk dan menangis di tangannya.

"Jangan buat benda-benda yang boleh sakitkan hati saya lagi selepas ini.Saya ada sakit jantung" dedah Taehyung.Dia bersandar di kerusinya dan bersilang tangan.Selain keluarga dia,hanya Jungkook,Hae Ryung dan Soo Min sahaja yang tahu tentang penyakitnya.

Mata Yoo Jung terbeliak.Dia mengangkat wajahnya yang basah dan memandang Taehyung seperti patung.

"Kenapa...tak bagitahu?"

"Sebab dulu saya tak nak awak risau.Tapi sekarang saya nak awak risau supaya awak tak datang dekat dengan saya lagi,"

"Siapa lagi yang tahu?"

"Keluarga"

"Soo Min?"

Taehyung tidak menjawab.

"Dia tahu...tapi saya tak tahu?" Yoo Jung tersengih,tetapi sengihannya masih lagi berbaki dengan kesedihan.

"Kenapa dia,nampak lagi penting daripada saya?"

Taehyung mengerutkan dahinya.Dia sendiri pun tidak tahu.Dari dia bersama dengan Yoo Jung lagi,Soo Min yang sentiasa ada dengannya.

"Awak suka dia?" soal Yoo Jung.

"Tak"

"Tapi nampak macam.."

"Jimin suka dia.Saya tak suka dia,"

"Jimin?" giliran Yoo Jung pula untuk berkerut dahi.Jadi Jimin sudah bertemu semula dengan Soo Min?

"Saya dah penat Yoo Jung.Jangan balik malam-malam.Saya pergi dulu," malas lagi untuk menjawab Yoo Jung,dia terus keluar daripada restoran itu.

Restoran Mona Lisa.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top