19 ; Tipu Tetap Tipu


[ Tuan Kim ]

< Tengah buat apa?

Saya keluar dengan kawan >
Kenapa?Tuan ada nak apa-apa ke? >

< Tak
< Ingat nak ajak makan McD

Kenapa ajak saya 😏 >

< Jangan perasan.Saya tak suka awak pun
< Ingat nak jadi kawan hari ni

Saya tak cakap pun Tuan suka saya 😳 >
Tuan yang perasan 🤭 >
Seen 7.00 pm

"Siapa tu?"
Suara Jimin mematikan senyuman Soo Min.Tak sangka pula dia sampai tersenyum-senyum berbalas mesej dengan Taehyung.

"Ermm kawan," mahu sahaja Soo Min menghantukkan kepalanya pada tingkap kereta.

Dengan Taehyung dia cakap dia keluar dengan kawan.Dengan Jimin pun dia cakap dia mesej dengan kawan.

Ah lantaklah!Bukan masalah diaorang pun nak tahu aku tengah buat apa dengan siapa.

'SEOUL GRAND PARK'

Tangan Soo Min sedikit berpeluh.Bila sudah sampai di Grand Park ni,dia menjadi gelisah.Apa lah yang Jimin mahu bincangkan ya?

"Jom," tidak lupa menanggalkan kaca mata hitamnya,Jimin kemudian keluar daripada perut kereta.Udara bersih waktu malam itu dihirup.

Soo Min sekadar membuntuti Jimin berjalan ke arah sebuah bangku.

Setelah Jimin duduk,Soo Min duduk di hujung bangku jauh daripada Jimin.Dia masih tak selesa,apatah lagi apabila hanya ada mereka berdua sahaja di bangku itu.

"Jauhnya," bisik Jimin.Soo Min tersenyum kekok.

"Encik Park nak cakap pasal apa?Sampai bawa saya pergi sini,"

"Saya bawa awak pergi sini sebab lepas ni nak belanja awak makan.Urmm...Soo Min?"

"Ya?" Soo Min tidak memandang lelaki itu walaupun mata Jimin statik merenungnya.

Dia dengar Jimin menarik nafas sebelum berkata,"saya nak minta maaf,"

Soo Min mengeluh.Bosan sebenarnya bila dia asyik dengar lelaki itu kerap kali meminta maaf.Dah macam robot minta maaf pun ada juga Jimin ni.

"Saya rasa Encik Park dah minta maaf lebih sekali.Tak perlulah minta maaf lagi.Saya yang patut minta maaf sebab simbah air dekat Encik Park," balas Soo Min.

"Tak tak.Saya patut kawal ego saya.Lagipun saya bukan minta maaf tentang kejadian haritu sahaja.Saya minta maaf pasal dulu," kedengaran nada ikhlas daripada Jimin di situ.

"Encik Park,nak maafkan tu mudah.Tapi saya tak boleh lupakan.Macam mana Encik Park boleh tidur ya selama ni sedangkan saya merana?"

Dengan wajah yang sudah bertukar masam,Soo Min akhirnya menatap wajah Jimin.Diam.Lelaki itu tidak membalas apa-apa buat sementara waktu.

"Saya tak matang waktu itu.Dulu,saya fikir kalau saya jadi orang yang paling berkuasa,saya disanjungi ramai.Digeruni ramai.Tapi percayakan saya Soo Min,itu dulu"

Iyalah dulu!Baru je haritu kau herdik Soo Min sedangkan kau yang buat hal, hati kecil Jimin berbicara.

"Jadi dengan bagitahu yang encik sekarang dah berubah , masa silam pun boleh berubah?"

BOOM!Sedas sindiran ditujukan kepada Jimin.Dia menelan air liur,dia sangka Soo Min dapat melupakan perkara itu selepas dia meminta maaf dan berbincang.

Tapi siapa je yang boleh lupa?Kena buli masa sekolah bukanlah suatu perkara yang menarik.Tambahan pula bukan sekali,berkali-kali gadis itu dijadikan mangsanya.

"Saya tahu masa lalu tak boleh nak berubah.Saya cuma minta awak bagi saya satu lagi peluang,"

Terus sahaja kening Soo Min bertaut.Apa benda yang lelaki ni merepek?Peluang untuk apa pula?Perbualan mereka ni macam pasangan baru lepas putus je?

"Peluang untuk apa?"

Jimin kini sudah tersengih,"awak suka saya kan dulu?"

Dengan itu,perlahan-lahan pandangannya dikalihkan ke arah lain.Pandang je mana-mana janji jangan bertentang mata dengan Jimin.

"Ya.Sebab tu juga saya kena..." kata-katanya diberhentikan.Tak mahu lagi dia kenang perkara itu.

Sengihan Jimin pudar sedikit apabila dia faham tentang apa yang Soo Min cuba sampaikan namun dia cepat-cepat mengembalikan senyuman di bibir.

"Bagi saya peluang...untuk buat awak sukakan saya balik,"

Soo Min menggigit bibir.Dia tak tahu nak balas apa.Nak kata lelaki tu buang tabiat,macam kurang ajar pula.

"Saya mana boleh suka dengan awak.Saya kan tak setaraf awak,"

"Hey,boleh tak kita jangan cakap pasal itu lagi?" lembut sahaja suara Jimin memujuk gadis itu.Sejujurnya,dia rasa perit bila Soo Min bangkitkan hal dulu.Rasa perit bila dia menjadi punca Soo Min terluka mental dan fizikal.

"Encik Park,apa niat awak?Sebab saya setiausaha Taehyung ke?Sebab saya bekerja di Crystal Blue?Atau Sebab Taehyung tak nak bekerja sama dengan awak?Yang mana satu?"

Jimin menelan air liur sekali lagi.Semua persoalan Soo Min mempunyai maksud yang sama.Adakah dia sukakan Soo Min hanya kerana Soo Min merupakan jalan masuk yang mudah bagi dia untuk hancurkan Crystal Blue?

Tapi tak.Memang ikhlas dia berminat dengan gadis itu.Kalaulah Soo Min tak bekerja bersama Taehyung,dia takkan rasa bersalah.

Takkan rasa bersalah untuk hancurkan Crystal Blue.

"Semua khabar angin yang saya dengar pasal awak,percayalah,tak ada satu pun yang baik.Kenapa awak berminat dengan saya?Banyak lagi gadis yang lebih cantik berbanding saya.Jadi kenapa Jimin?" buat pertama kali Soo Min menggunakan nama Jimin yang sebenar.

"Kali terakhir kita jumpa dekat hospital...saya memang nampak macam tak ikhlas bila saya minta maaf.Tapi bila saya dengar awak pindah sekolah,saya fikir balik tentang apa yang saya dah buat pada awak.Pada semua orang yang dibuli.Saya tak tahu kenapa bila awak yang pindah,saya rasa kesal.Walaupun ramai yang pindah sebelum awak,saya tak pernah berhenti.Lepas awak pergi,saya terus berhenti.Saya cuba hentikan Yoo Jung juga tetapi dia masih rasakan yang buli itu sesuatu yang menyeronokkan.Percayakan saya Soo Min bila saya cakap awak lah sebab saya berhenti buat benda tu semua,"

Soo Min seakan-akan masih lagi tidak percaya.Ini Jimin kan?Boleh sahaja dia reka cerita.Wajah serius Jimin yang langsung tidak berubah itu akhirnya mengubah persepsinya terhadap Jimin.

Betul ke lepas aku pergi,dia berhenti?

"Saya suka awak juga," mahu tersedak air liur Soo Min mendengar pengakuan bekas ketua pengawas itu.

"Lepas awak tak ada, baru saya sedar.Apa yang saya buat itu salah.Saya sukakan awak sebab awak orang pertama yang buat saya sedar Yang Soo Min," Jimin menunduk memandang tanah.Dia tak sanggup nak tengok reaksi Soo Min.

"Jadi berikan saya peluang sebab awak dah curi hati saya Soo Min," sedar-sedar sahaja Jimin sudah berdiri di hadapan Soo Min.Matanya nampak sedih dan nada suaranya kedengaran seperti merayu.

Jeda seketika.Jimin nampak mulut Soo Min sekejap buka sekejap tutup.Seakan-akan dia ingin mengatakan sesuatu tetapi dia tidak tahu apa yang ingin dia luahkan.

Soo Min mengeluh dan akhirnya berkata,

"Nanti saya fikirkan,"


"McDonald?" Soo Min menelan air liur.Seingat dia,Taehyung tadi ada cakap dia nak pergi McDonald.

Positif Soo Min positif!McD dekat Seoul ada banyak.

"Kenapa?Awak nak makan tempat lain eh?" Soo Min menggeleng laju.Penat-penat Jimin cari parking,takkan nak pergi tempat lain pula.

Lagipun Taehyung mungkin dah balik kalau betul dia pergi McD dekat sini.

"Oh ... okay.Awak duduk dululah.Saya pergi beli.Awak nak apa?"

Soo Min melihat menu yang terpampang di atas kaunter.Semuanya sedap-sedap.Kalau guna duit dia,memang dia borong semua.

Kalau guna duit Jimin ni,makan kena limit sikit.Malu katanya.

Eleh kalau Taehyung belanja,tak sedar diri dia makan macam hantu.

"Seoul Spicy Burger.Air tu tukar Coke eh?" Jimin mengangguk dan senyum.Soo Min membalas senyuman Jimin dan kemudian mencari meja yang masih kosong.

Sementara menunggu Jimin,dia memandang sekeliling kawasan premis itu.Hari ini boleh tahan ramai orang.Maklumlah,hari cuti kan?

Matanya berhenti melilau disaat matanya bertembung dengan mata seseorang yang sungguh dia kenali.Walaupun lelaki itu duduk jauh dengannya,tetapi dia pasti lelaki itu nampak dia.

Jantung Soo Min berdegup laju.Tak guna kalau fikir positif tapi hasilnya tetap negatif.Sangkaan dia bahawa dia takkan bertemu dengan Taehyung pada malam ini meleset sama sekali.

Kim Taehyung.Bila sebut nama tu dalam hatinya,Soo Min hampir mengeluarkan air mata.

Ya Tuhan,ini ke rasa dia bila ditangkap berbohong?

Taehyung tidak berganjak.Tangan kirinya digenggam sehingga cawan plastik di dalam genggamannya itu renyuk.

Soo Min perasan tangan kanan Taehyung yang kosong itu mencapai telefon pintarnya.

Ding!

Satu pesanan masuk.Soo Min memejamkan mata,tak berani untuk buka pesanan itu namun dia beranikan dirinya jua untuk lihat apa yang Taehyung hantar padanya.

[ Tuan Kim ]

< kawan huh?

Malas ingin membazirkan masanya lagi,Taehyung berhenti merenung Soo Min.Makin sakit hatinya nampak mereka berdua bersama.Sakit sangat hatinya bila Soo Min menipu dan tak hiraukan pesanannya untuk jauhi Park Jimin.

Benda pertama yang paling dia benci adalah penipuan.Walaupun perkara kecil,namun tipu tetap tipu.

Paling dia tak sangka perkara itu dilakukan oleh setiausahanya sendiri.



Author Note

Plot twist,Soo Min sebenarnya suka Seok Jin.

Kidding kidding hahah

Anyway,patutnya up esok tapi sebab author teruja ,update cepat jelah.And let me know,apa opinion korang terhadap cerita ni setakat ini?Ye lah nak tahu juga cerita ni makin lama makin tak best ke apa ke ahah~

Till next time,see ya 😘

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top