"Tuan?" Sapaan Soo Min membuatkan lamunan Taehyung terhenti.Dia memerhati keadaan di sekeliling dan akhirnya sedar bahawa mereka sudah sampai di rumahnya.
"Oh," briefcase di ambil dan pintu kereta dibuka.Tanpa mengucapkan 'selamat tinggal' atau 'jumpa esok' ,terus sahaja lelaki itu meninggalkan Soo Min.
Gadis itu sudah berkerut dahi.Lain macam perangai majikannya hari ni.Lepas balik dari lunch,terus muka jadi masam.Kalau diperah muka tu,boleh masak ikan stim lemon.
"Haih," keluh Soo Min.Biarlah,mungkin ada banyak benda yang nak difikirkan?Tu yang nampak macam mayat hidup je.
Sampai sahaja di hadapan rumahnya,kereta diparkir elok.Sebelum keluar,telefonnya berbunyi.Hah,ada satu pesanan ringkas yang masuk!
Cepat-cepat dia menyeluk tangannya ke dalam beg.Manalah tahu bos yang mesej kan?Tak nak cek dekat dalam,nak cek sekarang juga!
Tengok sahaja,berseri wajahnya.Sangkaan yang begitu tepat,Kim Taehyung yang menghantar pesanan itu.
[ Tuan Kim ]
<Hadiah dalam bonet.Dua-dua tu awak punya
Soo Min sudah tersengih bagai kerang busuk.Hadiah Hadiah Hadiahhhh
Sepantas Ussain Bolt,pintu kereta dibuka luas.Setelah bonet kereta pula dibuka,dia ternampak dua beg kertas yang berlainan warna tersimpan di ruangan tersebut.Laju sahaja kedua-dua beg kertas itu diambil.
Tidak mahu ingin lihat isinya lagi,Soo Min membuka pintu rumahnya dengan pantas.Hadiah daripada bos,mestilah teruja nak tengok.
Satu beg ada jenama Kate Spade dan satu lagi tiada jenama.
Mak oi!Bos belikan aku Kate Spade, lagi lebarlah sengihan Soo Min.Fikirkan yang hadiah beg tangan berjenama itu datangnya daripada Taehyung.
Beg yang tiada jenama dilihat dulu.Di dalamnya ada satu kotak segi empat tepat yang dibalut kemas.Kotak kasut ke?
Kembang 10 meter lah dia nanti kalau memang Taehyung belikan dia kasut.Ish bos ni,macam tetahu je kita ni kekurangan stok kasut.
Sampul hadiah dikoyak.Memang betul ada kotak kasut,tetapi kandungan di dalam kotak itu yang membuatkan senyumannya mati.
Tiada apa-apa selain sekeping kad yang berada di dalam kotak itu.Punyalah excited buka hadiah,tengok-tengok ada kad je.
Nak tak nak,bacalah juga dia kad yang diberi Taehyung itu.Apa-apapun kena hargai effort bos kan?Penat-penat dia buat ucapan untuk kau.
"Dia suruh aku beli hadiah sendiri?" mahu sahaja kad berwarna merah jambu itu dilempar jauh-jauh.Ingatkan belikan aku kasut.Cis!
Telefon yang berada di meja pulau dicapai.Akaun bank nya dicek menggunakan perkhidmatan online.Tengok-tengok sahaja,baki dalam akaunnya bertambah berlipat kali ganda.
"40 000 dollar?" Nasib tak ada serangan jantung,kalau tak memang sudah terbaring gadis itu dibuatnya.$40 000 tu bukannya sikit.Dah setaraf pereka fesyen gajinya yang baru ini.
Bila tengok angka itu,barulah dia menjerit gembira.Tak apa bos!Saya boleh beli hadiah sendiri!
Gembira tu gembira jugak,tapi siapa yang bagi dia beg itu kalau Taehyung kata dia tak ada belikan apa-apa?
Kad merah jambu dan telefon yang masih berada di tangan diletakkan di atas permukaan meja pulau.Kalau orang lain yang bagi,kenapa melalui Taehyung?Kenapa tak bagi terus kepada dia?
Jungkook yang bagi ke?Eh mustahil lah!Lelaki tu hari jadi sendiri pun lupa,tak ada maknanya nak ingat hari jadi orang lain.
Beg kertas Kate Spade akhirnya disentuh.Ternganga mulutnya apabila beg bersaiz laptop itu menyapa pandangannya.Simple tapi cantik!Siapa yang bagi ni?
Beg berwarna merah jambu itu diteliti dan diselongkar,mana tahu ada kad ke apa ke?
Setelah memastikan beg itu kosong dan hanya dipenuhi gumpalan kertas yang besar,Soo Min menjenguk ke dalam beg kertas itu.Di dasar beg kertas itu,terdapat sekeping sampul surat putih.
Bongok,pergi cari dalam beg tu buat apa? Sempat lagi dia memarahi dirinya yang begitu lembab.Sah-sahlah kad tu ada di dalam beg kertas,pergi susah-susahkan diri godek beg itu buat apa?
Selepas membaca kad ucapan itu,Soo Min kaku.Hanya satu sahaja soalan yang bermain di fikirannya sekarang.
Macam mana Jimin tahu hari jadinya?
Apabila tahu yang hadiah tersebut sebenarnya pemberian Jimin,dia menjadi teragak-agak.Memanglah hadiah,tapi macam mana dia nak terima kalau hadiah itu diberikan oleh orang yang dia tak suka?
Hadiah Taehyung lagi best,katanya dalam hati sambil memandang beg berjenama itu dengan ekor matanya sahaja.
Amboi Soo Min,tadi bukan main puji beg tu.Sekarang nak buat apa?Biar je dekat dapur jadi perhiasan?
Dua kad ucapan custom made itu dijeling sekilas.Wajah Taehyung tiba-tiba muncul di mindanya.Wajah yang sugul dan nampak seperti boleh makan orang.
Adakah ini sebabnya Taehyung jadi sebegitu?Tapi takkanlah,takkan sebab Jimin bagi hadiah pada Soo Min,Taehyung pula yang masam mencuka.
Perasan betul kau ni Soo Min.Macamlah bos tu nak jealous.
"Tuan,"
"Hmmm,"
"Terima kasih,"
"Hmmm,"
ISH!AKU HEMPUK KAU KARANG!
Masih lagi melihat Taehyung yang sibuk menandatangani beberapa dokumen,Soo Min mencebik.Dari pagi tadi sampai sekarang,balasannya cuma hmmm hmmm je.
"Tuan sihat?"
"Hmmm"
"Tuan nak kopi?"
"Hmmm"
"Hari ni schedule Tuan free.Cuma ada beberapa perjumpaan kecil dengan Team ID,"
"Hmmm,"
"Eh Tuan,kucing tu comellah,"
"Hmmm,"
"Tuan nak makan apa?"
"Hmmm,"
"Tuan ni,saya tanya tu jawablah panjang sikit,"
"Hmmmmmmmmmm,"
Bukannya nak tukar jawapan.Makin dipanjangkan Hmmmm-nya tu.
"Apa buat muka macam tu?Kena sumpah jadi itik ke?" Soo Min mengecit.Tahu pula nak bercakap bahasa manusia,ingat dah lupa bahasa sendiri.Sempat lagi nak mengata pula tu.
"Hmmmm," balas Soo Min.Sengaja nak kenakan Taehyung.
"Maaflah,saya tak ada mood tadi,"
Oh jadi sekarang mood tu dah datang balik?Mana dia pergi tadi?Pluto?
Soo Min diam sahaja.Lambat pula Taehyung ni nak habis tandatangan,macamlah dia kena letak cop mohor sekali dekat dokumen tu.
"Saya dah batalkan perjanjian dengan Build SK,"
Terus terbuntang mata Soo Min.Benda yang dia harap takkan berlaku itu akhirnya berlaku juga."Tapi Tuan–"
"Kalau awak nak cakap pasal peluang,banyak lagi peluang yang ada Soo Min.Awak selesa ke nak ikut saya ke sana ke mari untuk jumpa dia kalau saya masih teruskan kolaborasi itu?"
"Masalah personal dan kerja saya boleh pisahkan.Tuan tak perlu risau,"
"Oh so nanti kalau saya tinggalkan awak dengan dia,awak nak simbah apa pula dekat dia?Minyak petrol?"
Sesedap mulut sahaja lelaki itu memerlinya.Dia simbah kopi itu bukannya sengaja pun!
"Just stay away from both Park Jimin dan Build SK.Saya tak nak ada apa-apa urusan dengan mereka.Macam mana beg tu?Lawa?"
Soo Min agak keliru,lepas beberapa saat baru dia perasan yang Taehyung sedang bercakap tentang hadiah Jimin.
"Lawa...agaknyalah,"
"Agaknyalah?"
"Kenapa?Tuan nak saya jawab apa?"
"Yalah manalah tahu awak suka beg tu kan?Kalau suka,pakai.Kalau tak suka,buang je,"
Soo Min memandang Taehyung pelik.Eh hadiah orang,dia pula yang nak main buang-buang.Kate Spade tu jenama idaman tahu tak?Tempat tinggal benda alah tu bukannya dalam tong sampah.
"Takut kalau saya pakai nanti,Tuan pula yang buang,"
"Eh tak Soo Min.Saya tak sejahat itu," pantas Taehyung mengaku sambil menggeleng kepalanya.
Dia tersengih sedikit sebelum menyambung kembali kata-katanya,"takut kalau awak pakai nanti,saya terbakar beg tu,"
Author Note
Double up in one week!Oh yeah,just nak announce yang beberapa bab lagi,bab utama kita akan sampai!
Stay tuned yall 👋🏻
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top