16 ; Hormat Pekerja Aku
"Sukalah kau?Makan dengan Tuan semalam?" Seok Jin menyiku lengan Soo Min.Apa lagi?Tersengih lah gadis itu bila dia ditegur sebegitu.Mana taknya,dari masuk lif tadi kerjanya menyengih tak sudah.Tak peliklah dia bila Seok Jin tanya soalan sebegitu.
Yeri,Irene,Sana dan Jae yang turut serta makan tengahari dengan mereka pun sedari tadi tidak habis-habis mengusik Soo Min.Dalam senyap,mereka memang syak ada 'sesuatu' yang istimewa di antara hubungan majikan mereka dan setiausahanya itu.
"Mestilah suka.Sebab tu dia sanggup batalkan makan malam kita semalam," rajuk Jae yang sudahpun muncung sedepa.Buat-buat sahaja tu,mengada je!
"Eleh,sorry le.Tak pe,lunch korang ni aku belanja okay?Memandangkan korang je yang beriya nak sambut birthday aku semalam," ujar Soo Min,cuba memujuk rakan sekerjanya itu.Bagaimana mereka yang berbeza jawatan ini boleh rapat?
Senang je.Sebab Seok Jin yang kenalkan.Lagipun pejabat masing-masing berada di aras yang sama.
Mereka ini adalah Team ID.Jae sepatutnya jadi jurutera,tapi entah kenapa boleh tersesat masuk Interior Designer.Yeri dan Irene pula memang dari dulu kawan rapat di universiti.Ambil bidang ID dan terus apply kerja di Crystal Blue.Tak sangka pula fresh graduate boleh terus dapat.Sana pula Interior Designer dari Jepun.Pindah sini sebab ikut suaminya.
Seok Jin?Well Seok Jin ketua pasukan itu.Memandangkan dialah yang paling lama bekerja dalam bidang ini,Taehyung terus melantiknya menjadi ketua pasukan.
"Weyh korang,tadi aku nampak bos Build SK datang sini lagi," sudah mulalah Yeri mengumpat.Soo Min memang sudah tahu.Bila dia dapat informasi sebegitu daripada Namjoon pagi tadi,dia terus gelabah.Park Jimin itu manusia yang memang suka buat surprise.
Tak sangguplah dia nak hadap orang yang dia tak suka.Tapi business tetap business kan?Taehyung pula satu,tak nak dia sertai perjumpaan mereka.Sebab itulah dia terjebak untuk makan tengahari dengan yang lain.
Jangan dia batalkan kontrak tu sudah!
Segeram mana pun dia dengan Park Jimin,tetapi mereka tiada apa-apa hubungan pun.Memang Jimin itu tindakannya menyakitkan hati,tapi perniagaan Taehyung itu lagi penting.
"Kenapa dia datang sini Soo Min?Ada projek eh?" tak sabar-sabar Seok Jin bertanya.Nak juga dia tahu apa yang syarikat itu rancangkan?Dari haritu dia nampak muka Park Jimin,nak juga dia tahu cerita disebalik kemunculan bos besar Build SK tu.
"Ada projek nanti.Tapi tak tahulah Tuan Kim nak terima ke tak.Ni diaorang tengah bincanglah,"
"Oohh patut kau tak lunch sama dengan Tuan Kim.Ingatkan lepas semalam,malu nak hadap boyfriend dia," usik Jae.Mereka semeja sudah ketawa besar.Soo Min sekadar menggeleng kepala.
Boyfriend memanjang...macamlah Tuan Kim tu nak aku?
"Tapi kan..." Seok Jin cuba berkata selepas tawanya mati.Perhatian mereka beralih ke arah lelaki itu. "Aku dengar-dengar juga,kau kena berhati-hati dengan Build Sk,"
"Kenapa?" soal Sana yang akhirnya bersuara.Dari tadi dia diam,nak juga ambil port.
"Sekarang ni,Build SK syarikat paling terkenal dekat Korea.Kita ni level bawah sikit dari dia.Yalahkan,apa-apa mesti Build SK yang kerajaan panggil.Suruh buat ini,itu.Kita cuma uruskan projek-projek rumah je.Build SK banyak buat projek mega.Hampir semua projek diaorang..." Seok Jin menayangkan ibu jari dan jari tundingnya yang bergesel sebagai simbol duit.
"Untung terlalu banyak,"
"Okay apa untung banyak," sampuk Irene.Kalau dia pun nak untung banyak.Nak juga dia supaya Crystal Blue jadi syarikat seperti Build SK.Berani ambil projek besar.Bukan setakan buat bahagian rumah sahaja.
"Maksud aku di sini,cara dia dapat untung tu pelik.Tak tahulah sebab aku yang tak pernah kerja macam diaorang ke ataupun memang kebelakangan ini aku dengar orang cakap Build SK tak berapa nak jujur sejak Park Jimin ambil alih syarikat tu.Kerajaan tak berapa upah Build SK sangat dah sekarang sebab kos pembinaan yang Build SK tawarkan terlalu tinggi.Jadi sekarang diaorang banyak juga ambil projek swasta macam hospital swasta itu semua.Ini apa yang aku dengarlah,"
"Kau nak kata diaorang tipu ke?" Sana kembali bersuara.Bukan main khusyuk lagi dia dengar cerita yang disampaikan Seok Jin itu.Suara mereka kini direndahkan,tidak mahu pekerja lain terdengar gossip hangat itu.
"Songlap.Aku dengar benda ni dari kawan aku yang kerja dekat syarikat Red Stone,"
"Yang bankrap baru-baru ni tu?" Soo Min mengerutkan dahi.Ya Red Stone adalah syarikat yang sama seperti Crystal Blue.Cuma mereka baru sahaja ingin berkembang.
"Ya.Company tulah.Kawan aku tak tahu cerita sangat sebab kes songlap ni orang atasan syarikat tu je yang tahu.Tapi dia cerita,ada seorang wakil datang dari Build SK.Katanya nak buat projek bersama.Red Stone pun apa lagi,dah dapat tawaran daripada syarikat besar itu,mestilah nak kan?Takkan nak lepaskan emas yang sudah ada di depan mata?
Cara dia macam ni,dia akan minta diaorang keluarkan duit dahulu untuk projek itu,barulah klien akan bayar harga penuh selepas projek siap.Build SK janjikan untung yang banyak dekat Red Stone tapi tu cuma angan-angan.Banyak duit diaorang dah keluarkan untuk projek tu.Yang paling ketara,kos material.Last-last dapat untung sikit,"
"Build SK tak keluarkan duit ke sementara tunggu klien bayar penuh?"
"Diaorang ada lah keluarkan kos untuk rekaan bangunan.Tapi itu sahajalah.Projek dah siap baru klien bayar penuh.Tengok-tengok untung tak lah banyak mana seperti yang dijanjikan.Tapi masatu Red Stone okay lagi.Tak lama kemudian,ada satu pekerja bahagian kewangan terlibat dalam kes gelapkan duit syarikat.Lepastu kawan aku dah tak tahu cerita.Kes tu hanya orang atasan yang tahu.Tapi ramai orang kata,sebenarnya pekerja tu dulu pernah kerja di Build SK.Tiba-tiba berhenti dan nak kerja Red Stone.Orang syak dia tu curi duit syarikat and then salurkan kepada syarikat lain.Atau mungkin untuk kegunaan dia sendiri.Tapi banyak sangatlah 5 juta tu untuk diri sendiri.Entah apa,Build SK memang rancang untuk letak 'pencuri' dekat situ," habis sahaja bercerita,Seok Jin menyedut jus epal hijaunya.Ughh,lega bila tekak sudah basah.Dari tadi asyik bercerita.
"So maksudnya diaorang tipu dari segi kos material?Kenapa tak cek harga material dulu kalau macam tu?" pelik,Jae mula menyoal.Padanlah kena tipu,main percaya sahaja dengan orang.
"Material memang naik harga sekarang Jae.Tapi dia ikut musim jugak.Ikut dari mana material tu datang.Maybe Build SK import material dia dari luar supaya bangunan lebih kukuh dan cantik sikit.Lagipun sebelum projek itu bermula,diaorang dah siap tempah material itu semua.Bila pasal kos,Red Stone yang bayar.Nak buat macam mana?Terpaksalah.Projek bekerjasama kan?Takkan tak keluar duit.Mungkin sebab diaorang pandai putar belit cerita , diaorang punya tingkah laku tu tak nampak sangat.Lagipun syarikat besarkan?Mestilah ada orang yang percaya je,"
"Diaorang bankrap pasal apa?"
"Pasal kes gelapkan duit syarikat tulah.Lepas kes tu,terus syarikat tu bankrap.Tapi aku tak tahulah.Kawan aku cakap ni pun berdasarkan apa yang dia dengar.Mungkin ini semua khabar angin dan mungkin ada orang yang nak burukkan Build SK.Mungkin memang pekerja bahagian kewangan tu bekas pekerja Build SK tapi maybe kes gelapkan duit tu tak ada kaitan dengan Build SK.Cuma ini tak bermakna kita tak perlu berhati-hati.Aku nampak sejak Park Jimin jaga syarikat tu 5,6 tahun ni,cara diaorang dapat untung itu pelik.Dalam majalah,setiap bulan mesti carta kewangan syarikat diaorang jauh lebih tinggi berbanding syarikat terkemuka yang lain.Gaji Jimin tu je pun aku dah rasa lebih daripada gaji presiden," sambung Seok Jin lagi.
Masing-masing sudah buntu.Takut juga kalau khabar angin itu benar.Soo Min pula sudah terdiam.Tak mustahil khabar angin itu betul,sebab dia sendiri tahu bagaimana perangai Jimin itu sejak sekolah.
Dia cuma berharap Taehyung membuat keputusan yang betul.Dia juga berharap agar ini semua sekadar khabar angin sahaja.
Napkin ditolak tepi.Dia sudah selesai makan,tapi kontrak dihadapannya membuatkan makanan yang dimakan tadi susah untuk dihadam.
"Fikir betul-betul Taehyung,"
Taehyung akhirnya merenung Jimin.Dalam pandangannya itu,seolah-olah sedang mencari maksud disebalik apa yang Jimin rancangkan.
"Aku pelik," sudah lama berdiam diri,itu sahaja yang Taehyung katakan.Kakinya disilangkan,kedua-dua tangannya sudah berada di atas permukaan meja.
"Apa yang pelik?"
"Pihak sekolah tu tak bayar penuh ke?Kos keseluruhan projek ni sepatutnya dibayar penuh.Biar duit tu boleh kita gunakan untuk beli material dan upah pekerja.Kenapa kita yang kena tanggung dulu?"
Serius sahaja riak wajah Taehyung.Jimin seakan mengagak yang lelaki itu sukar mempercayainya.Taehyung ini jenis yang bila sekali dia sudah tidak percaya,jangan harap dapat tengok muka dia lagi.
Sama seperti apa yang dia lakukan pada Yoo Jung.
"Kau macam tak biasa Taehyung?Selama ni kau buat projek pun,kau yang keluar kos semua.Baru jual,"
"Cara kerja aku lain.Aku beli rumah,aku ubah suai rumah,buat open house untuk orang tengok,and then wait for anyone to buy it.Aku bukannya buat projek yang sememangnya orang upah aku untuk buat.Aku bergerak sendiri Jimin.Kau pula macam tak biasa?" sinis Taehyung bertanya.
Crystal Blue memang begitu.Sama seperti rancangan Flip or Flop,mereka akan membeli mana-mana rumah banglo atau rumah agam yang ada di dalam pasaran,ubah suai keadaan rumah itu dan akhirnya barulah mereka jual balik dengan mana-mana pembeli yang berminat.
"Kau tak percaya aku lah ni?"
"Aku cuma tak yakin.Siapalah kami ni kan?Tiba-tiba syarikat besar seperti syarikat kau datang untuk tawarkan projek ni dekat syarikat aku.Aku pelik.Sekaligus,aku tak yakin.Boleh ke sekolah tu siap 10 bulan?Aku dah tengok site dia.Paling kurang setahun baru boleh siap.Itupun kalau diaorang 'express' lah lepas dapat upah lumayan,"
Jimin mengelap mulutnya menggunakan napkin sebelum kembali berbicara,"kau pun apa kurangnya.Crystal Blue tak adalah kecil mana.Besar syarikat kau Taehyung.Kalau tak,takkanlah Yoo Jung tertarik dengan kau kan?"
Taehyung menggenggam penumbuk.Laju tangannya diturunkan ke bawah meja,tidak mahu menunjukkan kepada Jimin bahawa betapa nama Yoo Jung berjaya memberikan dia reaksi sampai begitu sekali.
"Jadi memang Yoo Jung kawan dengan aku sebab duitlah ni?" Taehyung mengetap gigi.Bila kenang kan balik pasal wanita itu,dia cuma ingat dua sahaja.Kenangan manis,dan waktu gadis itu curang dengannya,
"Entah," Jimin senyum mengejek,tidak mahu mengulas panjang tentang Yoo Jung.Kenapa adik tirinya itu berkawan dengan Taehyung pun dia tidak tahu.
Dia cuma bersyukur yang Yoo Jung sedikit sebanyak memberikan dia peluang untuk mencari untung.
"Macam inilah Taehyung,kalau kau kurang yakin,tak apa.Aku boleh uruskan projek ni sendiri.Tapi dengan bantuan kau,aku boleh siapkan projek ni cepat.Untung nanti pun kita bagi separuh-separuh kan?"
"Kenapa tak guna ID kau?Kenapa nak guna khidmat aku?"
Jimin terpana seketika namun cepat-cepat dia menjawab,"aku just nak berkolaborasi dengan kau.Lagipun takkanlah semua aku yang nak buat kan?I have a lot of projects and they,my designers and architects tengah sibuk sekarang.Apa salahnya kalau kau tolong kawan kan?"
Taehyung tersenyum senget di saat Jimin menyebut perkataan 'kawan'.Bila entah mereka jadi kawan?
"Motif pihak sekolah tak bayar penuh?" sekali lagi Taehyung memberi soalan membunuh.Jimin tenang sahaja.
"Mereka nak tengok projek tu berjalan lancar atau tidak dahulu.Baru mereka bayar deposit and then bayar penuh,"
"Pihak sekolah tu macam tak percaya je dengan kau?"
"Tender aku yang klien pilih di antara banyak-banyak tender daripada syarikat lain.Tapi tak dinafikan,diaorang nak juga tengok betul ke tidak yang kerja kita tu ada kualiti.Baru diaorang melabur,"
Taehyung mengangguk perlahan.Dia sudah penat sebenarnya menbincangkan tentang hal ini dengan Jimin.Kenapa?Kenapa projek ini nampaknya tidak meyakinkan?
"Aku tak nak ambil risiko.Aku tahu ini peluang besar untuk kembangkan syarikat aku tapi aku tak nak ambil risiko.I'd rather stay under my limit.Projek mega sebegini aku belum berani lagi nak ambil.Lagipun aku tak nak perkara yang terjadi dekat setiausaha aku tu berulang lagi,"
Rahang Jimin kelihatan bergerak-gerak,tahulah Taehyung yang lelaki itu sedang mengawal emosi.Nasib mereka di restoran,kalau tidak sudah lama dia herdik Taehyung.
Apa lagi yang dia tak percaya?Kenapa dia terlalu pandai?
"Aku cuma sentuh dia sikit je.Kawan kan?Dah lama tak gurau," kata Jimin,cuba memberi alasan.
Ah!Alasan itu semua.Sesuka hati dia je nak sentuh orang.Ingat Taehyung tak tahu ke tentang sejarah silam kau dengan Yoo Jung ketika di sekolah?
"Hormat pekerja aku,bukan sentuh diaorang atau maki diaorang selagi kau tahu bukan mereka yang kacau kau dulu.So yeah Park Jimin,cari syarikat lain sebab kau tak dapat yakinkan aku," terus sahaja Taehyung bagun.Tanpa menandatangani kontrak yang dibawa Jimin, wallet,kunci serta handphone dicapai.Gayanya seperti ingin meninggalkan Jimin sahaja di situ.
Geram agaknya bila perkara sebegitu dianggap bergurau.Dah kena simbah air kopi pun dia ingat bergurau lagi ya?
"Bagi ni dekat dia," sebelum Taehyung berjalan melepasinya,Jimin sudah menahan lelaki itu dengan beg kertas berwarna hitam.
Tertera jenama Kate Spade di permukaan beg kertas itu.
Hadiah?
"Cakap dengan dia..." masih lagi belum menghabiskan ayatnya,Jimin sudah berdiri.Dia kini bertentang mata dengan Taehyung.
"Selamat hari jadi," bisiknya kepada Taehyung.
Author Note
Flip or Flop tu rancangan HGTV.Saya selalu tengok sebab ingat lepas spm nak sambung belajar bahagian arkitek atau interior designer(ID).Tapi rezeki tak de so ahahshha.Btw Flip or Flop ni diaorang cari rumah-rumah yang orang lain jual.And then diaorang upgrade rumah tu serta renovate jadikan macam tu rumah baru.Bila tiba tarikh open house,orang akan datang open house and then diaorang akan tengok rumah tu in and out.Dalam beberapa hari atau bulan akan ada beberapa buyers yang berminat untuk beli rumah tu.So yeah,Crystal Blue tu syarikat yang lebih kurang macam tulah.Hahhh,gitu.Harap faham le.Den ni berdasarkan tengok rancangan tv je,kalau ada yang salah boleh lah betulkan.
hehe
and btw Jimin and Taehyung tu kenapa?Nak buat drama sabun kahhhh?Eii budak berdua ni
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top