14 ; Hari Ini Hari Jadi

"Urgh!" dengan keterpaksaan,telefon pintar yang tidak henti-henti mengeluarkan ringtone loceng itu ditutup.Kalau boleh,nak sahaja dia terus tidur tapi bila teringat tentang kewujudan manusia lagi satu di rumah ini,Soo Min mengeluh.

Malas-malas pun,gigih juga dia bangun dan kemas katil.Rambut hitam yang panjangnya melepasi bahu itu sudah tidak terurus.

Dengan mata yang terkelip-kelip,dia mendapatkan tuala biru yang tergantung di penyangkut baju.15 minit menghabiskan masa di dalam tandas,akhirnya Soo Min keluar.

Jam di dinding dipandang sekilas.Nasib dia bangun awal.Baru pukul 8.15 minit,sempatlah dia gosok baju dan buat sarapan.Biasanya dia tak buat sarapan,cuma makan sandwich yang dia beli di kafeteria syarikat sahaja sebelum mula kerja.

Bila dah ada majikan tumpang rumah,kenalah ada effort sikit kan?Mana tahu dapat up sikit gaji.

Hari ini Soo Min tak pakai blazer.Blazer yang dipakainya semua belum dibasuh (nampak tak betapa malasnya Soo Min?) , jadi sehelai dress berwarna kelabu gelap yang dibelinya ketika lawatan kerja di Amerika Syarikat menjadi pilihan pakaian kerjanya pada hari ini.

Beg tangan hitam dan telefon pintarnya dicapai sebelum dia melangkah keluar daripada bilik.

"Bau apa ni?" ligat sahaja hidung menghirup udara segar itu.Bau makanan,udara automatik jadi segar.Disebabkan perasaan pelik datang bertandang di hati,dia cepat-cepat mengatur langkahnya ke dapur.

"Hah,panjang umur," sebaik sahaja dia tiba di dapur,Taehyung menyapanya.Lelaki itu sudahpun bersiap-siap dengan pakaian barunya.Dua mangkuk kaca putih yang penuh dengan nasi diletakkan di atas meja makan.

Tengok meja,baru dia perasan yang meja itu akhirnya nampak berguna di pagi hari.Taehyung yang tadinya kembali menghilangkan diri di dapur untuk ambil sesuatu kini kembali dengan dua gelas air kosong.

"Jangan risau,saya guna bahan dapur saya sendiri.Sebagai balasan sebab benarkan saya tumpang rumah dan peti sejuk awak," jelas Taehyung tanpa diminta.Satu senyuman kecil dihadiahkan kepada setiausahanya yang sudah ternganga.

"Apa?Terharu saya masak?Ke sebab awak tak pernah makan proper breakfast sebelum ni?" soal Taehyung sambil meletakkan dua gelas minuman itu di atas meja.Soo Min dipelawa duduk di sisinya manakala dia duduk di tempat 'ketua keluarga' .

Ecewah,suka hati je nak duduk tempat ketua keluarga.

"Tuan niii...saya mana sempat.Saya nak ambil Tuan lagi dekat rumah.Kalau makan coco crunch pun dah dikira proper breakfast kan?" Taehyung menggeleng kepala,menjawab je tahu.

"Tu,makan sup rumpai laut," arah Taehyung yang sudahpun menyumbat satu kepingan kecil daging lembu ke dalam mulutnya.

Soo Min hanya akur,sup rumpai laut yang nampaknya hanya disediakan untuk dia sahaja dihirup perlahan.

Sedap.Macam yang mak masak.

"Birthday siapa hari ni Tuan?"

Muncul lah satu soalan yang berjaya membuatkan Kim Taehyung tercekik.Daging yang tadinya laju sahaja meluncur ke dalam tekak kini seakan-akan tersekat.Satu minit berlalu dan Taehyung akhirnya pulih daripada situasi tersebut.Satu minit yang kecoh dengan Soo Min menjerit kecil dan menepuk belakang badan Taehyung dengan kuat.

Masih lagi tersedak,Taehyung berusaha untuk meminum air kosong tanpa tersembur.

"Tuan ni kenapa?Buat takut saya je,"

Taehyung memandang Soo Min dengan ngeri.Tak pernah seumur hidupnya sehinggalah hari ini dia jumpa dengan orang yang lupa hari jadi sendiri.



[ Kook ]

<Sorry bro tak dapat tolong

Tak apa.Hae Ryung okay?>

<Tak.Demam 😷
<Kenalah aku jaga doktor sakit ni
<Sorry tau tak dapat ambil kau 😭

Tak apalah.Hae Ryung lagi penting>

<Janganlah merajuk

Otak kau aku merajuk>

<hehe main-main jeeee 😘
<sooo macam mana naik bas?
<selesa tak?

Kau tanya macam aku tak pernah naik bas>

<kau pernah naik bas ke?

Aku pernah naik bas lah>

<bas sekolah tapi 💁🏻‍♂️

🙄>

<uhuuuu Kim Taehyung guna emoji 🤭
Seen


Taehyung kembali menyimpan telefonnya di dalam poket.Ambil bas pagi-pagi ni memang sesak sikit,nasib dia dan Soo Min dapat tempat duduk.Kalau tak berdiri ajelah jawabnya.

"Saya dah contact bengkel,petang nanti dah boleh ambil kereta," pesan Soo Min yang baru sahaja selesai berurusan dengan pekerja di bengkel AutoRelief melalui telefon.

"Hmmm.." balas Taehyung pendek.Bas akhirnya tiba di perhentian mereka.Belum sempat Taehyung jejakkan kaki di tanah,dia terdengar suara-suara berbisik.

"Yah,sweetkan diaorang tu?Pakai baju matching," Taehyung menoleh kebelakang hanya untuk memandang dua pelajar sekolah menengah yang sudahpun memerhatikan dia dan Soo Min.

Taehyung senyum dan menundukkan sedikit kepalanya membuatkan dua pelajar itu ketawa kecil.Fangirling lah tu.

Soo Min sudahpun jauh di hadapan,berkemungkinan dia tak dengar apa yang pelajar perempuan di dalam bas itu katakan tadi.Bila dia menganalisa pakaian Soo Min,barulah dia sedar bahawa mereka berdua memakai pakaian yang sama warna.

Warna kelabu gelap.

Kim Taehyung tersengih,kelakar betul kebetulan yang terjadi ni.Yang paling kelakar,dia dan Soo Min langsung tak perasan sehinggalah ada orang yang tegur.

"Jin!" belum lagi sampai di depan lif,dari lobi lagi gadis itu sudah menjerit memanggil nama Seok Jin.

Lelaki yang segak berpakaian serba hitam itu melambaikan tangannya ke arah Soo Min.Apabila dia perasan yang Taehyung juga ada di belakang Soo Min,dia menundukkan badan.

"Hey Min!Lambat hari ni?Aku dah makan sandwich dah tadi," mereka bertiga terus sahaja masuk ke dalam lif.

Taehyung menayangkan muka tak senang hati.Sekali lagi dia dihiraukan oleh Soo Min dan Seok Jin.Lokasi yang sama pula tu,lif.

"Haha tak apa.Aku dah makan tadi tu yang lambat sikit.Tapi,kau ada belikan sandwich untuk aku ke?"

"Ada,"

Soo Min tersenyum girang," mana?"

"Dah selamat dalam perut aku,"

Lengan Seok Jin ditampar kuat.Tolong jangan main-main pasal makanan dengan perempuan ya?

"Min,malam ni kitaorang nak celebrate birthday kau.Dekat McDonald.Macam mana,okay tak?"

Soo Min terkebil-kebil di saat Seok Jin mempelawanya makan di McDonald.Tapi bukan itu masalahnya.Masalahnya ialah...

"Birthday aku ke hari ni?" dia menunding jari ke arah dirinya sendiri,muka Seok Jin yang sudahpun clueless ditenung lama.

"Iyalah.Hari ni kan 5 Mei.Takkan kau lupa kot?"

Maka dengan itu laju sahaja Soo Min menoleh memandang ke arah Taehyung tetapi lelaki itu mengalihkan pandangannya ke tempat lain.

Jadi sup rumpai laut tu...untuk aku?

Seok Jin menyiku lengannya dan mengulang kembali pertanyaannya berkenaan McDonald.Soo Min mengangguk perlahan,matanya masih lagi mencari mata Taehyung namun sedikit pun lelaki itu tidak membalas pandangannya.

Pintu lif terbuka,Seok Jin mengucapkan selamat tinggal kepada mereka dan berlalu pergi menuju ke department ID.

Kini hanya tinggal mereka berdua di hadapan lif.

AWKWARD

*insert bunyi burung gagak*


"Soo Min,saya ada urusan sekejap.Awak tak perlu ikut.Oh ya,kalau nanti ada orang telefon dan tanya pasal tempahan makan malam,batalkan ya?" pesan Taehyung sambil membetulkan blazernya.

"Tuan nak pergi mana?Ada kenderaan ke?" Taehyung mengangguk,"saya ada meeting dengan ayah saya.PA ayah saya akan ambil saya.Kereta biar saya ambil.Awak...boleh terus pergi sambut hari jadi dengan kawan awak.Tak perlu tunggu saya,"

Selepas dirinya ditinggalkan terpinga-pinga,Soo Min mengeluh perlahan.Takkan dia nak duduk pejabat tanpa Taehyung sampai balik?

Lagi 10 minit waktu makan tengahari bermula.Sambil menunggu waktu lunch,Soo Min menyiapkan dokumen-dokumen tertentu.Tak lama selepas itu,telefon pejabat mula berdering.

"Selamat pagi,Syarikat Crystal Blue,apa yang boleh saya bantu?"

"Boleh saya bercakap dengan Encik Kim Taehyung?"

"Maafkan saya.Buat masa ini Tuan Kim tiada di syarikat.Kalau ada apa-apa pesanan,boleh bagitahu saya dan saya akan sampaikan kepada Tuan Kim,"

"Oh,saya manager Restoran Scenery.Saya nak tanya tentang tempahan makan malam yang Tuan Kim buat dengan restoran kami tempoh hari.Untuk kek hari jadi,Tuan Kim nak kami sediakan juga ke?"

Lama Soo Min membiarkan soalan manager restoran itu tidak berjawab,bermacam jenis soalan sedang bermain di otaknya.

Kek hari jadi?

Kalau nanti ada orang telefon dan tanya pasal tempahan makan malam,batalkan ya?

Awak...boleh terus pergi sambut hari jadi dengan kawan awak.Tak perlu tunggu saya

Soo Min menggaru belakang kepalanya,runsing bila dia cuba meneka sesuatu.Dia tempah restoran tu,kek hari jadi,untuk aku ke?

"Errr cik?"

"Oh ya,ya saya?"

"Kalau boleh,saya harap Tuan Kim boleh memberi respon dengan secepat mungkin.Malam ini pukul 8.00 tepat kami akan buka rooftop.Table for two.Harap Tuan Kim boleh memberi maklum balas mengenai tempahan malam ini,"

Soo Min mengeluh perlahan.Makan malam ni ke yang dia suruh batalkan?Makan malam dia dengan aku untuk sambut hari jadi aku?Dia suruh batalkan sebab Jin ajak aku dulu?

"Cik,Tuan Kim baru sahaja bagitahu saya yang..."

Takkan nak batalkan.Penat je dia buat tempahan tu tanpa bantuan aku.

"Tak perlu sediakan kek.Dan ya malam ini pukul 8.00 tepat,Tuan Kim akan sampai.Terima kasih"



Author Note:

Everybody say..HAPPY BIRTHDAY SOO MIN 🥳🥳
Siapa pernah lupa hari jadi sendiri?Anda adalah geng Soo Min.

Stay tuned for the next up!Can't wait ehehehehe

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top