12 ; Banyak Cantik Muka
EDITED CHAPTER
Di luar CHerill Club,
"Jungkook sayangggg...ehehehehe" Jungkook membuat muka apabila wajahnya disentuh Hae Ryung.
Satu sahaja persoalan yang ada di dalam benak fikirannya,kenapa isteri dia boleh mabuk tengah hari buta macam ini?
"Kenapa kau ni?Orang mabuk malam bukan mabuk siang.Siapa kasi kau minum arak ni?Aduhai," Taehyung tersenyum mendengar bebelan Jungkook.Walaupun mereka ni suka bergaduh bagaikan Tom dan Jerry namun mereka tetap bersama.
Dia tahu Jungkook tidak suka akan perkahwinan dia yang dipaksa itu,tapi dia sedang cuba membuka hatinya untuk Hae Ryung.Begitulah juga dengan Hae Ryung.
"Dahlah suruh aku beli lingerie.Dah satu kafe tengok aku macam aku ni orang tak senonoh," bebelnya lagi.Aduh Jungkook,kalau dah marah memang macam tu.
"Sudah lah dia kan mabuk tu.Memanglah dia tak berfikiran waras," tegur Taehyung,cuba untuk menenangkan Jungkook.
"Ni kau nak aku hantar ke?"
"Tak ah.Aku nampak kereta Hae Ryung tadi.Aku guna kereta dia je.Kau baliklah dulu," Taehyung sekadar mengangguk.
"Hae,kunci kereta mana?Kau letak mana?"
Hae Ryung tidak menjawab soalan Jungkook,sebaliknya dia hanya tersengih.
"Sejak bila awak handsome ni suami sayaaaaaa???SUAMI SAYA HANDSOOOO–"
Jungkook menutup mulut Hae Ryung sebelum wanita itu menjerit lagi.Setelah mencari kunci kereta isterinya di dalam tas tangan milik Hae Ryung,dia bersalaman dengan Taehyung sebelum berlalu pergi bersama Hae Ryung di sisinya.
Seksa betul Taehyung tengok Jungkook mengheret Hae Ryung menuju ke keretanya.
Sementara itu di Stanford Hotel,
Yoo Jung berdecit,mahu sahaja iPhone 6 Plus itu di lempar ke dinding.Tetapi dia masih waras dan dia tidak mahu merosakkan telefonnya hanya kerana Taehyung tidak mengangkat panggilan sekali lagi.
Sejak berpisah,sudah masuk 259 panggilan terhadap Taehyung dibuat.Dia cuma curang sekali,takkan dia tidak diberi peluang sekali lagi?
Kali ini,telefonnya pula yang berdering.Dia ingatkan Taehyung tapi rupanya Kim Min Kyung.
"Apa kau nak?" ganas sahaja nada Yoo Jung.Sememangnya dia tiada mood untuk melayan orang lain selain Taehyung.
"Aku nak jumpa Taehyung sekejap lagi.Aku nak minta maaf dengan dia,"
"Dah tu kenapa kau call aku?"
"Sebab ini kali terakhir aku akan bercakap dengan kau.Aku tak sangka kau sanggup curang dengan dia,"
"Bukan aku sorang sahaja ye?Kau pun suka aku Min Kyung!" tangannya digenggam,geram sungguh bila dia seakan-akan dipersalahkan oleh Min Kyung.
"Tapi aku tak tahu gila!Aku tak tahu kau dengan Taehyung ada hubungan.Dia dan kau tak bagitahu aku.Kalau kau bagi tahu,sekurang-kurangnya aku boleh abaikan kau.Aku dan Taehyung kawan dari sekolah,kau tahu tak betapa malu nya aku nak hadap dia?Ni semua sebab kau,"
"Kau dia—hey!" dia menghentakkan kakinya apabila Min Kyung mematikan panggilan.
Bibir bawah digigit perlahan,makin teruklah jadinya kalau Min Kyung bersemuka dengan Taehyung.
"Tuan," pintu bilik diketuk membuatkan Taehyung mengangkat kepalanya.
"Ada apa Soo Min?"
"Ada orang nak jumpa Tuan.Nama dia Kim Min Kyung,"
Taehyung memejam mata rapat sambil mengeluh berat.Kebelakangan ini,ada sahaja orang yang ganggu waktu kerjanya.Lepas Yoo Jung,Min Kyung pula.
"Bagi dia masuk.Awak tolong buatkan air,"
"Tapi kopi dah habis,"
"Kenapa tak beli?" Taehyung mengerutkan dahi,wajah Soo Min dipandang tajam bagaikan helang yang hendak menerkam mangsanya.
"Okay saya buat air teh," setelah Soo Min keluar,Taehyung tersengih sedikit.Ada-ada sahajalah Soo Min ni.
"Tae..." satu suara garau menyapanya.Itu dia,Kim Min Kyung.
Setelah beberapa hari selepas kejadian itu baru sekarang berani nak muncul?
"Encik Kim,awak tahu saya hanya benarkan perbincangan berkenaan kerja sahaja di sini?"
Min Kyung menelan air liur.Sejujurnya dia langsung tidak berani untuk berhadapan dengan Taehyung.Tapi apabila ditelefon langsung lelaki itu tidak mengangkat satu pun daripada panggilannya.
"Aku tahu Tae.Tolonglah jangan macam ni.Aku nak cakap dengan kau tapi kau elak aku,"
"Saya tak nampak apa sebab saya tak perlu elak awak," kata Taehyung,menegangkan lagi keadaan.
"Aku tak tahu Tae sumpah aku tak tahu.Aku minta maaf sangat-sangat," Min Kyung mengangkat tangannya seakan-akan berikrar.
"Dia pregnant?" soal Taehyung dengan pantas.Pandangannya hanya tertumpu pada Min Kyung dan dia langsung tidak mempedulikan Soo Min yang masuk dengan dulang di tangannya.
Min Kyung terdiam.Dia memerhatikan Soo Min yang tekun meletakkan dua cawan teh pada meja kopi Taehyung.Gadis itu kemudian mempelawa Min Kyung untuk duduk sebelum keluar meninggalkan mereka berdua.
"Aku tanya kau ni," semakin berkerut dahi Taehyung menunggu jawapan sahabatnya.Dia tidak marah,dia cuma ingin tahu berapa lama mereka bersama.
"Tta–tak!Tae aku minta maaf,"
"Dia langsung tak bagitahu kau pasal aku dengan dia?"
Min Kyung menggeleng kepala sekali lagi.Taehyung pula,di dalam hatinya sudah menyatakan kesal.Kalaulah dulu dia tak sembunyikan hubungan dia dan Yoo Jung pada dunia,mungkin mereka masih berkekalan sehingga ke hari ini.
Tapi kalau dah macam ni,memang Yoo Jung itu perlu dia buang dari hidup.
"Baliklah Min Kyung.Aku tak marah kau.Salah aku juga aku tak bagitahu kau.Aku minta maaf sebabpukul kau haritu," ucap Taehyung.Dia bangun dan berjalan ke arah Min Kyung.Tubuh rakan sekelasnya itu dipeluk erat.
Min Kyung pula sudah ternganga.Semudah itu..semudah itu dia dimaafkan?
"Kenapa?Aku dah buat salah,"
"Kalau kau tahu,aku takkan maafkan kau.Tapi dia tipu kau.Terima kasih dekat kau sebab dah buka mata aku," sambung Taehyung lagi.
"Tapi aku tak tahulah aku boleh hadap kau lagi ke tidak.Aku minta maaf,aku tak boleh lupa pasal tu,"
Min Kyung sekadar mengangguk sahaja.Sudah menjelaskan perkara sebenar kepada Taehyung pun merupakan satu kelegaan.
"Tak apa.Kau tak perlu jumpa aku.Lepas ni aku ada flight balik Busan.Aku minta maaf sangat-sangat Taehyung.Aku faham kalau kau dah tak nak jadi kawan aku.Aku cuma nak kau tahu je yang aku langsung tak tahu pasal kau dan Yoo Jung," terang Min Kyung dengan panjang.
Tidak mahu lagi menganggu Taehyung,dia meminta diri.
Tanpa meminum teh buatan Soo Min.
"Tak minum pun teh tu," bebel Soo Min.Satu paket besar Nescafe dicapai dengan ganas.Hampir bergegar rak pasar raya itu dibuatnya.
Disebabkan soalan "kenapa tak beli?" Taehyung itu,terpaksalah dia pergi ke pasar raya untuk beli kopi.
Beli kopi je tak apa,ini disuruhnya sekali beli barang dapur.
"Hah!Merungut," Taehyung yang sudah bersilang tangan itu dijelingnya.Bukannya nak tolong ambilkan barang,main arah je suruh ambil tu ambil ini.
"Tuan berbelanja sendiri tak boleh ke?Kenapa nak heret saya sekali beli barang dapur rumah Tuan ni?"
"Sebab kakak saya dah balik rumah suami dia,jadi dia tak sempat penuhkan peti ais saya.Alang-alang beli kopi tu kerja awak,kenapa tak beli barang dapur sekali kan?" Taehyung tersenyum senget sebaik sahaja Soo Min menolak troli dengan laju untuk meninggalkan dia.
Orang macam ni malas nak dilayan bila dia tengah stress.
"Hey," Taehyung berlari anak mendapatkan Soo Min."Okay apa kata awak anggap awak tengah tolong saya,kawan awak ni,untuk belikan barang dapur?"
"Ohh,kawan?Bila perlu sahaja,awak nak jadi kawan ye?Banyak cantik muka awak?"
Taehyung mengangkat bahu,"saya tak cantik tapi saya handsome.Kalau awak dah kata cantik juga,nak buat macam mana kan?"
Seraya itu,kasut kulit Taehyung dipijak dengan kasut tingginya.Mengerang kesakitan lelaki itu dibuatnya.Antara senjata wanita paling berbahaya,kalau tak kata-katanya,mesti kasut tingginya.
"Sakitlah,"
"Sejak bila awak ni ramah nak bercakap ni?4 tahun sebelum ni bukan main angguk geleng je.Tahun ni banyak cakap pula ye?"
Taehyung tersengih.Bisa dikakinya masih belum hilang tapi kenalah abaikan juga.
"Alah jangan marah.Okay,saya belanja sekali barang dapur awak.Ambil je apa awak nak,"
1 jam kemudian,
"Ugh!" dua biji buah tembikai akhirnya sudah mendarat di meja pulau Soo Min.Penuh meja pulau itu dengan barang dapur.Menyesal pula bila dia katakan dia ingin belanja Soo Min.
Soo Min yang sudah ketawa mengekek itu dijelingnya.
"Alah awak kata apa sahaja.Saya ambillah apa sahaja.Thanks awak,cukup untuk dua bulan ni rasanya",gurau Soo Min.
Taehyung turut ketawa kecil.Nak marah pun tak boleh.Dia yang buat tawaran sebegitu kan?
"So,setiap kali kita jadi kawan saya kena drive awak balik rumah lah ni?" Soo Min mengangguk.
"Dan ambil awak pagi esok?" angguk sekali lagi.
"Okay esok kita tak payah jadi kawan lagi.Saya dah terbiasa kalau awak yang bawa kereta,"
Soo Min menggulingkan matanya ke atas.Memanglah kereta Mazda tu sedap dibawa,tapi kalau asyik bawa kereta tu je lagi-lagi apabila Taehyung duduk dibelakang,jemu juga dia.
"Iyalah Tuan.Pergilah balik,dah malam ni," Taehyung hanya mengangguk.Soo Min meninggalkan kerja 'mengisi' peti sejuknya untuk mengiringi Taehyung hingga ke kereta.
"Bye Tuan.Bangun awal esok kalau nak jemput saya," Taehyung sekadar mengiyakan.Takkanlah nak biarkan gadis itu naik bas pula kan?Memang bangun tengah hari lah jawabnya si Soo Min tu.
"Awak tu bangun awal," pesannya sambil menghidupkan enjin kereta.
Baru sahaja hidupkan,tak sampai sesaat enjin kereta itu mati.Dia cuba hidupkan kembali,namun enjin kereta masih tidak hidup.
Ditambah lagi dengan enjin yang tiba-tiba berasap.Sah!Memang kereta rosak.
"Err Tuan?"
"Awak tak servis kereta eh?"
Next Update
"Saya tidur rumah awak je lah,"
"Grab ada.Guna lah grab nak balik rumah,"
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top