11 ; Bunga Yang Malangnya Tak Berbau

EDITED CHAPTER

Soo Min menguap sekali lagi.Semalam lepak bersama Taehyung di Sungai Han sampai lewat malam.Kerja pagi pula tu,kena ambil bos lagi.

Taehyung yang sedar akan telatah Soo Min hanya menggeleng kepala.Starbucks yang masih panas dihirup sedikit sambil menikmati pemandangan luar melalui tingkap kereta.

"Esok 5 May kan?" soal Taehyung kepada Soo Min.Gadis itu hanya menganggukkan kepala.Masih mengantuk agaknya.

"Esok lepas lunch saya ada hal.Awak tak perlu ikut.Dalam pukul 5 lebih saya datang company balik,"

Dahi Soo Min berkerut,jarang Taehyung buat kerja tanpa dia.

"Tuan nak tarik diri dari projek tu ke esok?"

"Taklah.Mungkin hari lain.Esok saya ada hal lain,"

Soo Min kemudian hanya mendiamkan diri.Dah kalau bos tak nak cerita lebih,takkan dia asyik nak tanya je sampai dapat jawapan kan?

"Dah sampai," selesai memarkirkan kereta,Taehyung dan Soo Min jalan beriringan memasuki syarikat.

Seperti biasa,pekerja Crystal Blue menyapa mereka berdua sebelum kembali melakukan kerja masing-masing.

"Eh Tuan Kim dan Soo Min,selamat pagi," sapa Seok Jin yang juga ingin menaiki lif bersama mereka.

Taehyung hanya mengangguk manakala Soo Min dan Seok Jin sudahpun mula bergurau.Dari ekor mata,geram sahaja dia memerhatikan segala gerak-geri dua manusia yang mempunyai nama yang seirama itu.

Siap main cuit-cuit lagi!
Tolonglah ingat bos anda masih ada tu...

Sampai sahaja di tingkat tiga,mereka bertiga keluar daripada lif.Seok Jin menundukkan badannya kepada Taehyung dan Soo Min sebelum berlalu pergi.

"Awak dengan Seok Jin kawan baik ke?"

Soo Min menepuk dahinya,"mestilah bos.Saya kan selalu jumpa dia.Takkan selalu jumpa tak jadi kawan kot,"

Hah tu dia,keluar dah perkataan 'bos'

Taehyung menggulingkan matanya ke atas.Alergik dengan perkataan bos.

Tiba sahaja di meja Soo Min yang betul-betul berada di luar office Taehyung,mereka disapa oleh seorang penghantar bunga yang berpakaian serba hitam.Muka pun tak ceria,pakaian hitam tu buatkan penghantar bunga itu nampak seperti seorang pembunuh bersiri!

"Err...siapa ni?"

"Pikachu.Saya datang nak hantar bunga.Tolong sign sini," kata lelaki itu dengan nada bosan.

Satu kertas putih kecil dihulurkan pada Soo Min.Walaupun tak tahu apa tujuan bunga itu dihantar,tetap sahaja dia turunkan tanda tangan.

"Untuk siapa ni?"

"Untuk Cik Yang Soo Min,"

"Siapa hantar?"
"Siapa bagi?"

Taehyung dan Soo Min saling berpandangan.Macam mana boleh tanya serentak pula ni?

"Ermmm dia tak bagitahu nama.Adalah dalam kad dekat bunga tu.Tengok sendiri.Dahlah kena paksa hantar bunga,nak tunggu penerimanya lama pulak,maaf lah kalau ada air liur basi dekat sofa hijau tu ya?Tertidur tadi.Okay minta diri dulu,nak balik tidur,"

Lelaki yang mempunyai tag nama 'Yoongi' itu laju sahaja berlari ke arah lif.Sudah besar mulutnya menguap tak sudah.

Mak cik dia lah ni,paksa hantar bunga lagi!

Berbalik kepada situasi utama kita,Taehyung hanya mampu melihat jambakan bunga ros putih dan merah itu dibelek Soo Min.

"Siapa hantar?" tanya nya lagi.Soo Min mengangkat bahu sebelum dia terjumpa satu kad kecil yang tertulis ,

"Errr...Jimin?"

"Hah?!Jimin?!" terkejut gadis itu dibuatnya.Tak pasal-pasal menjerit macam orang terkejut beruk.Dah kenapa?

Orang lain yang dapat,dia yang over.

"Ya,dia nak minta maaf pasal semalam," terang Soo Min.Tak lama kemudian,dia cuba menghidu-hidu bunga ros tersebut,tapi nampaknya macam tak ada bau.

"Eh kalau nak hantar bunga bagilah yang berbau.Ni tak bau langsung," bebel Soo Min.Orang bagi bunga pun,sudah kira okay lagi.

Orang single ni...siapa nak bagi bunga hah?HAH?

Taehyung menggigit bibir bawahnya untuk menahan dirinya daripada tersenyum.Entah apa yang kelakar agaknya?


"Apa yang kelakarnya?" berkerut dahi Jungkook melihat Taehyung yang ketawa bagaikan nak pecah perut itu.Entah apa bukan perut yang pecah nanti,silap-silap butang baju pun boleh melayang.

"Dia bagi bunga,ta–pi ..tapi AAHAHAHAHHAHAH"

Jungkook mengeluh kasar.Jus Oren yang nampaknya masih banyak itu dihirup untuk hilangkan rasa malu.

Dahlah saudara dia seorang ni ketawa bukan main kuat.Tarik perhatian orang pula tu!

"Tak...masalahnya apa yang kelakar?Setakat bunga tak de bau tu,aku rasa tak de lah kelakar mana,"

Geram sangat dengan Taehyung yang masih ketawa besar,dia menampar pipi lelaki itu.Biar bagi sedar sikit.

Taehyung akhirnya kembali diam.Tapi bibirnya bergerak-gerak,memberi petunjuk bahawa dia sedang menahan tawa.

Dah kena tampar pun masih nak gelak lagi?

"Kalau kau nak bagi isteri kau bunga mestilah bunga tu ada bau kan?Ni tak,bagi bunga tak ada bau untuk minta maaf.Macam tak ikhlas je," sambung Taehyung lagi sebelum dia pula mengambil giliran menghirup jus oren itu.

Jungkook order gelas paling besar,minum kongsi-kongsi pun dah cukup.

"Aku nak bagi bunga dekat isteri aku?Silap-silap dia baling kasut dekat aku.Dia mana suka suami bagi bunga ni,tak macho,"

"Habis kau nak bagi apa?Normal lah lelaki bagi bunga,tak macho celah gigi mana pula ni?"

"Aku ingat aku nak bagi dia selimut.Mana tak nya,dia asyik tarik selimut yang kitaorang kongsi tu sampai kadang-kadang bila pagi,aku bangun rasa macam aku tidur dekat peti ais,"

Taehyung menggeleng kepala.Ada-ada sahajalah kerenah pasangan suami isteri ni.

"Tapi bunga tu kan dia bagi Soo Min,yang kau siap kutuk-kutuk dia apa kes?" soal Jungkook lagi.

Taehyung mengangkat bahu.Sejujurnya dia sendiri tak tahu kenapa.Tadi sebelum makan tengah hari kerjanya asyik gelak sahaja,sampai takut Soo Min nak masuk bilik dia.

Tapi jujur,geram betul dia tengok bunga tak ada bau tu masih ada kewujudannya di atas meja Soo Min.Dah lah tak ada 'aroma' , nak simpan lagi buat apa?

"Ke kau cemburu ni?" Jungkook sudah mula tersengih-sengih.

Dari hari itu,dia perhatikan sahaja Taehyung dan Soo Min ni.Nak kata tak rapat,tapi rapat.Nak kata hubungan mereka sekadar majikan-pekerja,macam tak juga.

"Tak adalah kau ni.Buat apa aku nak cemburu?Aku baru je putus dengan Yoo Jung,takkan aku nak cemburu terhadap lelaki yang bagi bunga tak ada bau dekat setiausaha aku," kata Taehyung lagi.

Entah betul ke tidak dia tu~

"Cemburu,perasaan dan cinta tak perlu kenal masa.Walaupun kau baru putus dengan Yoo Jung tak bermakna kau tak boleh ada perasaan dekat orang lain," pesan Jungkook seolah-olah dia itu doktor pakar cinta.

Taehyung terdiam seketika sebelum dia menyambung,

"Aku..tak rasa aku nak libatkan diri aku dalam apa-apa hubungan.Aku rasa lebih baik aku fokus untuk syarikat aku,"

Jungkook sekadar mengangguk,mengiyakan sahaja apa yang Taehyung katakan.

Bon bon chocolat,go up to the sky
Naananananananana

"Eh kejap kejap,isteri aku call," pantas sahaja Jungkook menjawab panggilan Hae Ryung.

Taehyung menguyah kentang goreng yang masih tinggal di pinggan itu.Tak ada apa-apa yang berlaku.Cuma apabila Jungkook mengulang kata-kata isterinya,Taehyung tersedak sampaikan tercekik jejaka muda itu dibuatnya.

"Apa?Belikan lingerie?!"

Author Note:
Tabah Jungkook Tabahhh 😔✊🏻
Surprise surpriseeeee,I rasa rajin nak update

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top