10 ; Memang Perempuan Macam Tu Eh?
EDITED CHAPTER
"Terima kasih," Taehyung memberikan satu senyuman lebar kepada wanita yang memperkenalkan dirinya sebagai 'Mak Cik Jung'.
"Sama-sama.Uuui,segak orangnya.Kerja apa dik?'
Taehyung tersengih,dompet kulit yang tadi dibawa keluar dimasukkan semula ke dalam poket seluar setelah selesai membayar makanan.
"Saya kerja office je Mak Cik Jung.Terima kasih sekali lagi ya?" katanya sambil mengangkat dua mangkuk plastik yang berisi ramen.
Mak Cik Jung sekadar mengangguk dan tersenyum manis.Matanya tidak lepas daripada memandang setiap pergerakan Taehyung.
Amboi mak cik,nak buat menantu ke?
"Nak apa-apa lagi tak?" mangkuk plastik itu akhirnya diletakkan pada bangku yang tadinya sudah hampir penuh dengan makanan.
"Aiskrim," pinta Soo Min yang sedang fokus menghabiskan tteokbokki cheese.Taehyung menjeling Soo Min.Makanan dah banyak pun,masih nak lagi tambah.
"Perempuan kalau lelaki tanya nak apa lagi,memang dia kerja nak tambah je eh?Tak de cakap,'tak apalah awak.Dah banyak awak kasi saya ni,' ?Memang perempuan macam tu eh?" soal Taehyung dengan nada perli.
Mangkuk kertas yang sudah kosong itu dihentak pada permukaan bangku sambil wajah Taehyung ditenung lama.
Diam..
Diam..
Dan diam......
*insert bunyi burung gagak*
"Okay tunggu kejap.Saya beli aiskrim.Nak perisa apa?"
Hah!Tahu takut~
"Mint chocolate,strawberry dengan mango," pesan Soo Min.Tisu kecil ditarik keluar daripada tas tangannya untuk membersihkan bibir yang penuh dengan sos dan cheese.
"Banyaknya.Tangan saya ni dua je,"
"Alah,satu cup besar tu kan boleh campur-campur,"
"Cup besar?Nak yang besar?" Taehyung menggeleng kepala,besar betul selera perempuan ni.
"Hey,kata nak belanja.Buatlah cara nak belanja," tutur Soo Min dengan selambanya.
Lelaki itu mengeluh sebelum beredar daripada bangku mereka.Soo Min ketawa kecil,bukan selalu makan duit bos kan?
Lima minit berlalu dan akhirnya Taehyung kembali dengan aiskrim dalam cup besar seperti yang dipinta Soo Min.
"Nah.Dah,jom makan,"
"Eh,tak nak tanya lagi saya nak makan apa?"
Taehyung menggeleng laju.Dengan pantas ramen tadi disumbat kedalam mulut,nak elakkan diri daripada bercakap dengan Soo Min pasal makanan lagi.
Soo Min mengangkat bahu.30 minit berlalu dengan hanya mereka menikmati makanan tanpa berbunyi.
"Kenyangnya," Taehyung mula bersuara.Mangkuk-mangkuk plastik yang kini sudah kosong itu dikumpul dan dibuang ke dalam tong sampah berdekatan.
"Tisu," Taehyung mengucapkan terima kasih apabila Soo Min menghulurkannya sehelai tisu.
"Wuuuh panas," blazernya dibuka dan dicampak ke atas bangku sebelum dia mengambil tempat di sebelah Soo Min.
Gadis itu mengangguk tanda setuju.Mana tak nya,tadi makan punya banyak sampai berpeluh.Tak payah jogging lah macam ni.
"Dulu ayah saya selalu bawa saya pergi sini dengan mak.Malam-malam nanti duduk tepi sungai Han,lepastu beli makanan.Kira macam piknik.Dah lama tak pergi sini.Bila buat macam ni dengan awak,teringat balik dekat ayah dan mak saya," cerita Taehyung dengan ringkas.
Dia tidak memandang Soo Min,tetapi dia hanya merenung sungai Han yang mengalir deras di depan matanya.10 tahun dia tak menjenguk kawasan ni.Rasa macam cepat sahaja masa berlalu.
"Kalau macam tu masa cuti bawalah mak dan ayah bos pergi sini.Buat piknik lagi," cadang Soo Min.
"Saya tak berani," jawab Taehyung tetapi dengan nada perlahan.Anak matanya yang tadi bersinar dek kerana terkena pancaran sinar bulan dan bintang kini sudah bertukar muram.
"Ke-kenapa?" soal Soo Min dengan berhati-hati.Nak tanya,tapi takut lelaki tu sedih pula.
Lama Taehyung diam,sebelum dia sambung berbicara,"ayah saya nak saya teruskan business dia.Mak saya pula nak saya jadi doktor.Sampaikan diaorang bertekak,tak bertegur seminggu.Akhirnya,ayah saya suruh saya buat keputusan.Pilih dia atau mak.
Sebenarnya saya tak minat medic.Saya minat melukis.Setiap kali cuti sekolah,ayah akan bawa saya pergi galeri seni dekat Paris tak pun Itali.Kadang-kadang ayah akan tunjuk pelan-pelan rumah dan bangunan yang dia buat.Bila tengok benda tu saya rasa kelebihan saya adalah dalam bidang tu.Jadi bila saya pilih ayah,mak tinggalkan kami.Masatu kakak saya masih belajar tapi dia terpaksa balik rumah untuk pujuk mak saya.Namun hampa.Dia masih tinggalkan kami,"
Soo Min terdiam sejenak.Mesti pahit untuk lelaki itu apabila mengenangkan kembali tentang ibu bapanya yang terpisah.Kaya pun,tapi dia masih tak bahagia.
"Diaorang cerai ke?"
Taehyung menggeleng kemudian dia melepaskan tawa kecil,"tak cerai.Tapi hidup macam pasangan yang bercerai.Perkahwinan mereka diaturkan oleh mendiang nenek saya.Jadi kalau ada yang berani cerai,nenek akan tarik balik semua harta yang dia wariskan kepada keluarga kami,"
Soo Min menggigit bibirnya.Langsung tak dapat bayangkan bagaimana kalau ibu bapanya pula yang berpisah.Tapi jangan risau,ayahnya itu seorang yang romantis kuasa dua.Selalu aje ajak ibunya pergi honeymoon setiap kali ulang tahun perkahwinan.Nasib tak de tambah anak lagi.Cukuplah Soo Min dengan tiga adik-adik kecil yang degil mengalahkan kucing itu.
"So,Jimin?" kali ini,tibalah masa untuk Soo Min menceritakan tentang dirinya pula.
Dia menarik nafas sedalam-dalamnya sebelum mula bercerita,"dia senior sekolah saya dulu.Dia jugalah ketua pengawas sekolah.Masa zaman saya,dia dan Yoo Jung lah orang yang paling digeruni.Walaupun diaorang berbeza umur,tapi otak diorang itu berkongsi.Setiap kali nak buli,ada sahaja muka mereka berdua tu.Saya sekelas dengan Yoo Jung jadi saya tahulah perangai dia.Saya mula jadi mangsa buli diaorang.Boleh nak dikatakan,trauma jugalah kalau orang pegang-pegang saya.Takut sebab kejadian dulu,"
Tamat cerita pendek Soo Min.Dia tidak ceritakan kejadian sepenuhnya kepada Taehyung.Jadi mangsa buli,bukanlah sesuatu yang indah baginya.Dia tidak bangga dengan kisah silam dia di sekolah,jadi buat apa ceritakan?
Dalam dunia yang luas ini,masih lagi juga dia bertemu dengan dua manusia tak bertauliah itu.Patutlah perangai sama,adik-beradik tiri rupanya.Huh!
Taehyung memandang tangan Soo Min lama.Otaknya mula berfikir,kalau dia pegang tangan Soo Min,trauma tak perempuan itu?
Eh,nak main test-test pulak,tampar karang...
Taehyung tak berfikir panjang dan terus sahaja dia mencapai tangan Soo Min serta memegang tangan gadis itu dengan erat.
"Tuan-apa ni?" Soo Min memandang Taehyung tajam.Tangannya cuba untuk dilepaskan dari genggaman lelaki itu namun hasilnya,tidak berjaya.
"Awak takut?" tanya Taehyung.Lembut sahaja suaranya yang kedengaran.Cukup indah untuk didengari dengan angin yang sepoi-sepoi bahasa ini.
Soo Min mengalihkan pandangannya ke arah lain.Sebenarnya,rasa asing bila bersentuhan tangan dengan Taehyung.Walaupun pernah selama ini dia dan Taehyung bersentuhan tangan,tapi aura kali ini lain macam.
"Awak nak saya lepaskan tangan awak?"
Soo Min tidak menjawab apa-apa.Sebaliknya dia hanya menunduk dan memandang lantai.Kaku.
"Awak...okay kalau saya pegang tangan awak?"
Soo Min mengangkat bahu.Sebenarnya,dia rasa sedikit selesa dengan Taehyung.Walaupun tadi dia rasa kekok,tetapi kini dia rasa bagaikan dia perlukan tangan Taehyung untuk terus memegangnya.
"Soo Min,kalau awak tak selesa dengan Jimin,saya batalkan projek tu.Lagipun saya rasa ada yang tak kena.Awak jangan risau.Awak tak perlu jumpa dia lagi," terus sahaja Soo Min mengangkat muka.
"Janganlah sebab saya,Tuan lepaskan peluang.Lagipun–"
"Saya tahu apa yang saya buat," tegas Taehyung bersuara.
Belakang tangan Soo Min diusap lembut dengan ibu jarinya,mencipta satu situasi tenang di antara mereka.
"Saya okay," kata Soo Min sebelum melarikan pandangannya ke arah lain.Tidak sanggup bertentang mata dengan lelaki itu lama-lama.
"Hmm?Apa dia?"
"Saya kata saya okay kalau Tuan pegang tangan saya.Cuma janganlah peluk macam dekat pejabat tadi,nanti orang lain kata apa pula,"
"Ohh,peluk tak boleh tapi pegang tangan boleh?" usik Taehyung.Sengaja dia mahu membuat gadis itu malu.
"Diamlah,lepaskan tangan saya," marah Soo Min.Sedap-sedap hati dia je nak pegang tangan orang.
Taehyung tersengih.Walaupun sudah dimarahi Soo Min,tetapi tangannya masih degil untuk mengikut arahan Soo Min.
"Let's just enjoy this.Malam ni kan kita kawan,"
Taehyung dan Soo Min sama-sama tergelak.Ya,malam ni mereka kawan lagi.
Author Note
^imagine this is Soo Min and Taehyung
Saje letak gambar dia banyak-banyak.Kalau aku merana,korang pun kena merana sekali :')
And btw,bila diaorang nak mengaku kawan betul-betul ni 🙄 asyik malam ni kita kawan,esok kita kawan,harini kita kawan,bulan ni kita awan,tahun depan kita kahwin..eh— 🙊
And boleh suggest nama Ship Kim Taehyung and Yang Soo Min?
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top