Pocong
HAHAHAHA!!
Galak Adam, Daus, Luq dan Yoi ketawa.
"Plan kau menjadi do" kata Daus sambil menampar-nampar bahu Adam.
"Tula pasal. Tengok tak muka diorang tadi. Muka macam mintak kaki!" giliran Luq pula menampar bahu Adam.
"Tula korang. Mula-mula aku ajak tak nak. Jual mahal. Tapi serius talk weh. Kelakar kot muka diorang. Masing-masing lari tak cukup tanah. Ada yang sampai terkencing. Sian pulak aku dengan budak-budak tu." bersungguh-sungguh Adam cerita.
"Dah la. Kau bukak cepat selimut kat badan kau ni. Lepas tu basuh muka. Esok la pula jadi pocong. Seram pulak aku pandang muka kau lama-lama." arah Yoi sambil ketawa yang masih tersisa.
"Bahhhh!" jerit Adam sambil membuat muka hodoh.
"Bongok la kau!" Daus, Luq dan Yoi menendang Adam.
Adam ketawa sambil menuju ke bilik air untuk membersihkan muka.
Selepas itu dia merebahkan badan ke atas katilnya yang tak berapa nak empuk. Redha je lah. Asramakan...
"Weh korang tidur dah ke?" soal Adam kepada rakan-rakannya.
"Belum lagi. Asal?" balas Luq.
"Tak leh tidur do" keluh Adam. Dia tarik selimut hingga paras dada.
TOK TOK TOK
"Aduh malaon mana pulak yang ketuk pintu malam malam ni!" Daus merengus kasar.
"Nak pergi tengok ke?" soal Yoi.
"Lantak la. Tu mesti budak budak junior tu." kata Adam selamba.
"Wehh apa tu?" soal Luq sambil jarinya menunjuk ke arah luar tingkap. Benda putih itu seperti melompat dari pintu ke arah tingkap.
Macam mana boleh tunjuk ke arah luar tingkap? Sebab tingkap tu pecah. So boleh nampak luar.
"Huh. Budak junior nak kacau kita la tu. Woi pergi tidur la!" jerut Daus memandang tepat ke arah bungkusan putih yang berada tepat pada bahagian tingkap yang pecah.
"Korang nak kenakan kami kan? Tak payah la. Esok lusa je lah. Pakai selimut putih tu dah basi la weh. Kami buat dulu." Adam memerli bungkusan putih tersebut.
Tanpa dijangka bungkusan putih tersebut mengalih pandangan dia tepat ke arah Adam, Luq, Daus dan Yoi.
Mereka berempat terkedu lalu segera berselubung di dalam selimut.
-Kisah benar.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top