Locker

Di Maktab Tentera Darat, Sungai Besi. Seorang pelajar lelaki cuba untuk ponteng solat jumaat dengan bersembunyi dalam locker supaya tidak dapat dikesan oleh warden.

Semasa dia bersembunyi, dia tertidur. Dia sedar-sedar je dah petang. Lelaki itu pun cuba untuk keluar tetapi gagal kerana locker tu terkunci dari luar. Mungkin kawan-kawan dia yang kunci sebab tak tau dia ada dekat dalam.

Dia panggil kawan-kawan dia. Pintu locker diketuk beberapa kali. Malangnya sorang pun tak dengar sebab haritu adalah hari terakhir persekolahan. Semua dah balik kampung masing-masing..

Ahkirnya pelajar lelaki tersebut meninggal akibat suhu yang panas dan kekurangan oksigen.

Selepas kejadian itu, sesiapa sahaja yang tidur diatas katil arwah akan nampak arwah sedang berbaring di sebelahnya.

Dan setiap malam jumaat semua pelajar akan dengar bunyi locker diketuk dari dalam.

-Kisah benar

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top