Hantu Raya

"Ain. Malam ni tidur dengan akak boleh tak. Akak takut la. Dekat luar hutan. Tingkap tak ada cermin. Lepas tu tutup pakai kain je. Bukan nak beli langsir. Kuno betul asrama ni. " Kata Zizi sambil menepuk-nepuk tilamnya.

"Okay la. Jap Ain ambik bantal dengan selimut." Ain pun berlari ambil bantal dan selimut dia.

Setelah ambil bantal dan selimut dia terus menuju ke katal Kak Zizi, kakak angkatnya.

"Adik tidur tak lasak kan. Akak bukan apa nanti akak bangun pagi-pagi kaki adik atas muka akak. HAHAHA" Zizi ketawa mengekek.

"Ishh akak ni. Ain tidur sopan tau. Dah la akak. Jom tidur. Esok nak bangun awal" Ain menarik selimutnya. Mata dipejam.

"Okay dik. Good night"

Pukul 3.30 pagi

Ain terjaga dari tidur. Entah kenapa tiba-tiba dia rasa nak bangun. Ain toleh ke arah kak Zizi.

"Ya Allah. Kak Zizi! Kak Zizi!" Ain menggigil. Dia rasa ingin menangis.

"Arghhhhhhhh"

Satu asrama bangun. Mana taknya. Dengar orang menjerit. Pelan tak kalut. Ni kuat.

Bilik Zizi dan Ain diserbu orang ramai. Ustazah-ustazah juga turut ada di dalam bilik itu.

"Kenapa jerit-jerit ni Ain?" Tanya salah seorang ustazah disitu.

Zizi yang terjaga terpinga-pinga. Pehal ramai sangat orang ni.

"Ta...tadi...Ain..Nam..Nampak ada tangan berbulu hitam...dari tingkap.. Pegang leher kak Zizi...." Jawab Ain tergagap-gagap.

Semua orang disitu terkejut. Mereka saling pandang-memandang antara satu sama lain.

"Ya Allah.. Sudah la. Ain dengan Zizi. Jom ikut ustazah. Harini kamu berdua tidur dengan ustazah. Esok kita bagitau ustaz tentang hal ni. Semua orang boleh masuk bilik masing-masing. Pastikan bawah bantal kamu semua ada surah Yassin. " Arah ustazah itu tegas.

Semua pun berlari masuk bilik masing-masing.

Selepas kejadian itu Ain demam dan menjadi seorang yang agak pendiam. Maybe dia still PHOBIA dengan apa yang dia tengok.

-Kisah benar

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top