Earphone

Laila. Gadis comel yang berambut panjang ikal mayang. Mempunyai hidung mancung. Bebola mata berwarna coklat dan mempunyai lesung pipit di kedua-dua belah pipinya.

Laila gemar memakai earphone kemana-mana sahaja. Tak kira tempat, musim dan sewaktu dengannya. Earphone pasti akan melekat ditelinga Laila. Dengan cara pemakaian gadis itu yang bersahaja. Hanya menyarungkan hoodie hitam dan seluar jeans biru gelap. Menampakkan lagi keSWAGkan dia. Hobi? Entah la sudah jadi kebiasaan sejak kecil.

"Wey Laila. Cuba kau bukak earphone kau tu. Susah la. Aku nak cakap dengan kau pun kena ulang dua tiga kali sebab kau asyik tak dengar je. Aku buang earphone kau dalam tong sampah baru tau." bebel sahabatnya Nisa.

"Ishh kau ni. Aku tak kacau hidup kau pun kan. Aku beli earphone ni guna duit aku. Tak guna duit kau pun!" buku yang dibaca tadi ditutup kuat. Protes..

Laila mengambil smart phone miliknya lalu menukar lagu lain. Volume dinaikkan hingga maximum.

"Aku bagi nasihat kau tak nak dengar. Satu hari kalau suara lain yang keluar dari earphone kau. Baru kau nak menyesal"

Laila tersentak. Meskipun volume telah dinaikkan menjadi maximum. Dia masih boleh dengar apa yang sahabatnya katakan tadi. Mana tak nya. Nisa kalau cakap bukan reti nak cakap pelan-pelan. Kalau boleh satu bandar dia nak riuh.

Di rumah

Malam itu, Laila baring di atas katilnya. Seperti biasa. Earphone masih lagi melekat ditelinga Laila. Lagu Rude dimainkan. Kepalanya terhangguk-hangguk mengikut rentak lagu tersebut.

"Laila...Laila...Kenapa tak tidur lagi...Lailaaaaaa...HAHAHAHAHA.."

Laila terkedu. Dia berpeluh. Betul ke apa yang dia dengar tadi? Ada suara didalam earphonenya.

Tiba-tiba suara Nisa terngiang-ngiang difikiran Laila.

"Aku bagi nasihat kau tak nak dengar. Satu hari kalau suara lain yang keluar dari earphone kau. Baru kau nak menyesal"

Tanpa berlengah Laila terus membuka earphone ditelinga lalu dicampakkan jauh darinya.

"Laila...Laila...Kenapa kau buang aku?? Aku kan peneman kau setiap masa. Laila...Lailaaaa...HAHAHAHAHA"

Earphonenya tadi berada diatas lantai beterbangan di udara menuju ke arah Laila.

"Arghhhhh! Pergi kau. Pergi!!! Jangan ganggu aku!!" Laila menutup mukanya dengan bantal. Tubuh badannya menggigil. Sumpah sekarang ni dia betul-betul takut.

"Nisa!! Tolong aku!! Aku janji akan dengar cakap kau!! NIS...NISA..." suara laila makin lama makin tenggelam. Dan.....

Keesokkan harinya..

"Laila cepat la bangun nanti lambat nak pergi class. Laila!! Jangan la macam ni. Bangun Laila. Aku bukak ekk pintu ni. Kau jangan marah aku. Aku bukak ni. Laila!" Pintu bilik Laila diketuk berkali-kali. Tapi tiada sebarang respon yang diterima oleh Nisa.

Nisa memulas tombol pintu bilik Laila perlahan-lahan.

"Laila..Budak bertuah! Kau tidur lagi? Heyy asal kau berbungkus dalam selimut ni? Laila? Ya Allah. Laila!!" Nisa terkejut selepas membuka selimut yang menutupi Laila.

Muka Laila berwarna ungu seperti tidak cukup oksigen. Pucat lesi. Mata Laila terbeliak. Bebola matanya memandang keatas. Lidah Laila terjelir. Leher Laila berlumuran dengan darah.

"Earphone? Ma..Macam mana earphone ni boleh terbelit dekat leher Laila? Ya Allah. Lailaa....Jangan tinggakan aku...Laila!!" Nisa menangis teresak-esak.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top