Anak patung

Nini ialah seorang budak perempuan yang berumur 6 tahun. Nini ingin bermain di luar rumah kerana dia bosan asyik terperap didalam rumah. Dia memakai baju dress paras lutut berwarna merah jambu. Rambutnya disikat rapi.

Sebelum Nini keluar. Dia tidak lupa untuk mengambil anak patung kesayangannya Bobo yang berwarna coklat di atas katilnya. Pada badan Bobo ada tulisan 'Wanna play with me?'. Oleh kerana tulisan itu Nini mengangap Bobo adalah anak patung yang istimewa.

Nini berlari ke luar rumah. Dia bebas. Tiada siapa dapat menghalangnya bermain lagi.

Nini berlari kecil sambil menyanyi.

"Rasa sayang hey rasa sayang sayang hey, hey Bobo ku sayang jom main dengan Nini." Nini tergelak kecil. Pandai jugak dia menggubah lagu.

"Hahahaha."

"Bobo ada orang gelak la. Jom Bobo kita ajak dia main sekali." Nini berjalan menuju ke arah suara tersebut.

"Bobo.. Ada kawan la." Nini melompat riang. Hehehe.

"Hye awak. Nama saya Nini. Nak main dengan saya tak? Ni Bobo anak patung kesayangan saya. Jom main dengan saya." Nini menegur mesra budak perempuan dihadapannya.

"Hye nama saya Tiara. Nak. Lagipun saya tak de kawan. Boleh tak kalau saya nak main dengan Bobo?" Tiara senyum kepada Nini sambil jari telunjuknya menunding ke arah Bobo.

"Boleh." Nini balas senyuman Tiara. Bobo dicampak ke tengah-tengah jalan raya.

"Ehh kenapa awak campak Bobo? Sian dia" soal Tiara. Dia hairan. Tadi Nini cakap Bobo tu patung kesayangan dia. Tapi kenapa Nini campak Bobo dekat tengah jalan?

"Saya tercampak. Awak boleh tak tolong ambikkan Bobo untuk saya?" Jari telunjuknya menunjuk ke arah jaln raya.

"Okay awak tunggu kejap ye" Tiara terus berlari ke tengah jalan untuk mengambil Bobo.

"Yeayy dapat pun. Nini tengok ni. Bobo.. Tiara dah dapat dia. Yeayy yeayyy" Anak kecil itu melompat-lompat suka. Tanpa Tiara sedar ada sebuah lori laju menuju ke arahnya.

DUSHHH!

"Nini...Tolong Tiara...Tiara sa....saki..sakit...Nini...To...tolong.......Tia...ra.." Tiara menahan sakit sambil mengesot pergi kepada kawan barunya itu, Nini.

Nini hanya tersenyum. Dia menoleh ke belakang dan terus pergi meninggalkan Tiara di tengah jalan yang kini merah berlumuran darah.

FLASHBACK

"Awak nak main dengan saya tak?" Nini menyapa mesra budak perempuan yang sedang duduk di atas rumput sambil memegang patung barbie.

"Tak nak. Pergi!!" Tengking budak perempuan itu. Nini sedih. Kenapa tak da orang ingin berkawan dengannya?

"Nini ada Bobo. Comelkan dia" Kata Nini sambil memberi Bobo kepada budak perempuan tersebut.

"Ishh kau ni. Tak faham bahasa ke? Aku cakap tak nak! Tak nak la!" Budak perempuan itu bangun lalu mencampakkan Bobo ditengah-tengah jalan.

"Ehh kenapa awak campak Bobo? Bobo...." Nini berlari mendapatkan Bobo.

DUSHHH!

"Awak....Awak.... Tolong...To...tolong Ni..ni.." Nini mengesot pergi ke arah budak perempuan tersebut. Banyak darah yang mengalir di kepala Nini. Nini terbaring lemah.

Budak perempuan tadi itu hanya pergi meninggalkan Nini. Nini yang melihat berasa marah dan bersumpah akan bunuh budak-budak kecil sebayanya seperti dia dilakukan sekarang.

END FLASHBACK

"Awak. Nama saya Nini. Nak main dengan saya tak? Ni Bobo. Comelkan dia" Sapa Nini dengan mesra.

"Nama saya Anis. Mestilah nak. Comel anak patung awak. Nama dia pun comel. Mari duduk dengan saya" Anis menepuk-nepuk ruang kosong yang berada disisinya.

Nini tersenyum..

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top