Misi : Prolog

Tidak boleh dikatakan hari yang terlalu indah.

Ali tersangkut di Academy akibat hujan yang turut lebat tidak berhenti.

Dia tidak boleh pulang ke rumahnya sekarang akibat hujan itu.

Dia boleh sahaja meminta Uncle Bakar untuk menghantarnya pulang, tetapi sejak dari tadi dia tidak melihat keberadaan Unclenya itu.

Para Ejen Muda yang lain juga turut berada di sana, terutamanya yang memang tinggal di Academy macam Rudy dan Christ.

Memang murung termenung jelah budak khenit tu dibuatnya sementara menunggu hujan berhenti.

Ali : Huh.....

Ali mengeluh berat akibat bosan.

Sepanjang dia menunggu, dia dok asyik baiki je senjata yoyo dan gasingnya yang sedikit rosak akibat latihan pada tengah hari tadi.

Dia sudah semakin biasa memakai senjata upgradenya, tetapi masih sahaja ada kesalahan yang dia lakukan.

Ali : Adoi....susahnya.....

Kerosakkannya berada di dalam dalaman senjatanya akibat bertembung dengan keras dengan dinding.

Ejen Tekno yang lain turut bersama dengannya.

Khai yang daei tadi hanya mendengar Ali merungut dan mengeluh, sudah naik bosan.

Khai : Haih, kau ni. Dari tadi tak habis merungut.

Ali : Dah nak baiki gasing dengan susah! Mana tak nya aku merungut!

Bulat yang sedang meminum air kotaknya di tepi turut menyampuk.

Bulat : Sabar lah Ali. Kang kau asyik merungut ni nanti cepat tua.

Sempat Bulat menyakatnya.

Khai turut mencuba untuk tidak ketawa walaupun terlihat terlalu jelas.

Hampir sahaja spana di tangan Ali patah kerana mencuba menahan marah daripada meluku kedua dua kepala kawan seterasnya itu.

Ali : Kalau tak nak ada piala bola atas kepala korang, senyap.

Mereka pun menurut perintah sahaja kerana tidak mahu kepala mereka dirembat oleh kawan mereka itu.

Ali : Haih....kenapalah Ejen Geetha tak ajar aku lebih pasal baiki baiki alat ni....

Khai : Tu sebab kau selalu datang lambat. Waktu orang ajar kau tak ada. Waktu orang dah habis ajar baru kau nak sampai.

Ali hanya memasang wajah cemberut dengan jawapan Khai itu.

Seketika kemudian, dia pun mengetatkan skru yang terakhir, dan gasing dan yoyonya pun selesai dibaiki.

Ali : Akhirnya! Siap pun!

Bulat membaling kotak airnya ke dalam tong sampah.

Bulat : Hah, bagus lah tu. Lain kali jangan nak pakai baling je benda alah tu sesuka hati. Tahulah kau dah ada sarung tangan magnet baru. Tapi kalau dah terlajak jauh melayangnya memang tak boleh nak buat apa lah.

Ali hanya mampu menggusap belakang tengkuknya sambil tersenyum canggung dengan nasihat bulat itu.

Dia sedar yang sarung tangan magnetnya itu tetap ada jangkauan berapa jauh besi yang boleh dikawalnya.

Kalau gasingnya pergi terlalu jauh dari jangkauan itu, memang melayang tak tentu hala lah jawapnya.

Ali : Haih.....

Ali kembali melihat ke luar tingkap.

Bukannya makin reda. Makin lebat adalah.

Ali : Hmmm....

Khai dan Bulat pun dah naik bosan menunggu je dalam bilik kelas Teras Tekno mereka tu.

Bulat : Weh, jom lah keluar jenguk yang lain. Aku takut yang lain dah mereput je tu.

Khai pun setuju je.

Khai : Jom lah! Aku nak kacau Jet! Ehehe!

Mereka pun terus keluar dari bilik itu tanpa menunggu Ali.

Ali : W-weh! Sabar lah!

Ali cepat cepat kemas alatannya, dan berlari mengikuti Khai dan Bulat dari belakang.

.
.
.
.

Ketiga tiga tikus mondok merah itu berjalan ke arah bilik kelas Ejen Teras yang lain, untuk melihat apa yang tikus mondok yang lain itu semua sedang lakukan.

Mereka tiba di kelas Teras Neuro.

Tetapi nampaknya Ejen Muda Neuro dan Inviso sedang berkumpul di sana.

Moon : Hm? Oh! Hai Ali! Khai! Bulat!

Moon yang pertama perasan akan kehadiran mereka.

Moon sedang sedap senang lenang goyang kaki di atas kerusi panjang bilik itu.

Ali : Hai Moon! Korang semua tengah buat apa ni?

Roza yang sedang membersihkan senapangnya yang penuh lumpur akibat latihan di luar petang tadi, memandang Ali dengan wajah cemberut.

Tup tup hujan turun waktu tu jugak. Memang basah kuyup dan kotor lah dibuatnya.

Nampak sangat Roza sakit hati senapang kesayanganny masuk air dan lumpur.

Roza : Buat apa lagi? Buang masa lah.

Ali turut kelihatan tak puas hati dengan jawapan Roza itu.

Dah tanya baik baik, dijawap dengan tak baik pulak.

Jet : Haih.... nak buat apa dengan keadaan hujan hujan ni? Nak balik rumah pun tak boleh.

Jet turut baring di atas kerusi panjang itu seperti Moon.

Zass mengangguk bersetuju dengan apa yang Jet katakan.

Alicia : Aku tak nak mandi hujan. Karang tak pasal pasal kena marah dengan Uncle Rajesh, Uncle Rahul dan Uncle Razman nanti. Huh.....

Anak buah kesayangan kan? Hshshshs-

Dah lah pakcik bertiga tu kuat membebel dekat dia uhuk-

Rudy : Aku tak tahu sebab apa aku masih dekat sini.

Dari tadi memang Rudy dah naik begang dengan Jet dan Moon yang bising tak berhenti tapi dia masih tidak berganjak sama sekali dari sana.

Jet : Alah~sebab kau suka ditemani kitorang lah tuew~

Jet sengaja mengambil kesempatan untuk menyakat Rudy.

Rudy : Kau diam.

Khai kelihatan melilau di sekeliling ruangan itu.

Khai : Oh, yang Kombat semua mana? Diorang masih ada dekat kelas diorang ke?

Zass menggeleng.

Moon menolong menjawapkannya untuk Zass.

Moon : Diorang ada je dengan kitorang dari tadi. Tapi sekarang diornag tengah ambil air untuk kitorang semua dekat Cafeteria.

Ketiga tiga tikus mondok merah itu hanya mampu meng-o-kan sahaja.

T.M Merah : Oh~

Baru sahaja mention pasal diorang, para Tikus Mondok Biru pun tiba di sana.

Christ : Hai korang!

Masing masing di tangan mereka memegang dulang berisi cawan air.

Mika : Eh? Sejak bila korang datang ni?

Mika terkejut dengan kedatangan geng Tekno mereka itu.

Bulat : Baru je. Tak sempat duduk pun lagi.

Dengan selambanya Bulat menjawap sambil sedang bermain dengan kiub nya.

Iman : Lah, tak cakap. Kalau tak boleh kitorang bawakkan sekali air untuk korang.

Khai : Meh, tak apa. Kitorang dah sedap minum air bateri tadi.

Jet : Hah?! Korang minum air bateri?!

Sampai terbangun Jet dari perbaringannya akibat mendengar apa yang Khai katakan.

Khai : Gurau jelah ngek. Kalau betul betul dah lama arwah kitorang.

Jet : Cehhhh. Buat suspent je.

Jet kembali baring semula.

Moon : Hm hm hm~ oh ya. Korang ada nampak Ejen Mentor tak?

Tumpuan kesemua orang beralih kepada Moon bila dia mention perkara itu.

Ali : Hm...entahlah. Dari tadi aku cari Uncle, tapi tak jumpa jumpa pun.

Roza : Aku nak mintak Ejen Geetha tolong baiki senapang aku yang masuk air ni. Tapi dah dekat sejam batang hidung pun tak nampak.

Mika : Ejen Leon dengan Ejen Karya pun sama.

Muka Jet terus cuak dibuatnya.

Jet : Hooookkkkkk?!?! Jangan cakap yang kita kena tinggal?!

Alicia mengetuk kepala Jet dengan batang busurnya itu.

Jet : Adeh!

Alicia : Jangan nak mengarutlah. Diorang ada perjumpaan dengan Jeneral jelah tu.

Jet : *gosok kepala* Ish! Ye pun tak yah lah ketuk kepala aku!

Iman meletakkan dulang yang dipengangnya di atas meja.

Iman : Jadi, apa kita nak buat sekatang?

Christ : Apa lagi? Buang masa jelah~

Terus Christ duduk bersandar pada meja di sebelah Jet.

Mika : Hmmm. *muka malas* Bertuah punya budak.

Baru sahaja Christ mahu bersantar, tiba tiba, mereka semua dapat messages panggilan.

Moon : Hm? Siapa pulak ni? Kita ada misi ke?

Bila mereka melihat pada telefon masing masing, ianya panggilan dari Ejen Mentor.

Mereka diminta berkumpul di tempat perjumpaan biasa mereka sebelum latihan.

Christ : Alaaaahhhhhh~ baru nak berehat!

Roza menarik Christ dari telinganya.

Roza : Dah dah. Jangan nak merengek.

Christ : Adeh adeh! Janganlah tarik telinga aku!

Mereka semua pun beredar menuju ke tempat perjumpaan mereka seperti yang disuruh.

.
.
.

Seketika kemudian, mereka semua sudah siap berkumpul di tempat yang dijanjikan.

Selamat mereka semua masih belum balik ke rumah lagi.

Keempat empat Ejen Mentor turut berada di sana.

Keadaan yang tadinya tenang terus berubah sedikit tegang akibat seberapa seriusnya wajah Ejen Mentor ketika itu.

Mika : Er....kenapa Ejen semua panggil kami ke sini?

Ejen Leon berdehem, untuk mendapatkan perhatian semua Ejen.

Leon : Baiklah, kamu semua mesti tahu yang kami panggil kamu semua ke sini bukan tanpa sebab, kan?

Mereka semua menangguk walaupun kelihatan canggung.

Geetha : Baguslah kalau macam tu.

Karya : Kami berempat baru mendapat arahan terbaru daripada Jeneral.

Bila Ejen Karya berkata macam tu, terus Jet kelihatan bersemangat.

Jet : Kitorang ada diberikan misi ke?! Saya dah tak sabar ni!

Adalah jugak benda yang boleh dilakukan untuk menghilangkan bosan.

Tetapi Ejen Leon mengangkat tangannya, seperti menyuruh Jet diam.

Leon : Sabar, Jet. Bukan sebab itu kami panggil kamu.

Terus Jet murung kembali.

Jet : Alo.....

Leon : Ehem! Kembali semula ke tajuk semula. Kami mahu kamu semua bersedia.

Moon : Huh? Kenapa Jeneral?

Ejen Muda semakin berasa pelik bila keempat empat Ejen Mentor mereka itu tersenyum sinis.

Bakar : Kamu semua akan bertemu kawan baru.





















1372 perkataan

Prolog : 11/1/2023

Continue or nah? Uhuk-

Bye-*panjat atas lori*

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top