Misi : Perjumpaan
Ali masih kelihatan terpinga pinga melihat mereka berdua, sementara dua gadis itu memandang Ali pelik kerana Ali kelihatan seperti baru lepas tengok mahluk asing.
??? 1 : Kamu ni dah kenapa?
Gadis Kombat itu terus bertanya pada Ali tanpa berlapik sama sekali.
Tetapi gadis Tekno itu berbisik pada telinganya.
??? 2 : *bisik* Zena, kan dia tak kenal kita. Mestilah dia tengok kita macam tu.
Gadis Tekno itu memanggilnya dengan nama Zena.
Bila Zena mendengar kawannya itu berkata begitu, baru dia faham.
Zena : Oh.
Hanya itu sahaja yang dikatakannya.
Suria kelihatan terketawa kekok dengan balasan Zena itu.
Suria : Ehehe...
Ali menelan ludah kelat, masih berdiri di situ dengan wajah gelisah.
Ali : E-erm...hai. Nama saya Ali. Saya Ejen Tekno di Academy ni.
Ali mengenalkan dirinya, kerana tidak mahu terlihat seperti tunggul di situ.
Ejen yang sama teras dengannya itu terus berubah ceria kembali, dan turut mengenalkan dirinya.
??? : Hai Ali! Saya Suria! Yang ni pula Zena! Kami berdua adalah Pelajar Pertukaran dari Academy Barat!
Nampaknya si budak Suria itu memang jenis ceria budaknya.
Walaupun kawannya yang bernama Zena itu sedikit berbeza daripadanya.
Dengan mask yang dipakainya sekalipun, memang jelas kelihatan yang Zena tidak tersenyum sama sekali. Bahkan, dia terlihat seperti kesal.
Zena : Kalau kau tak cakap pun, memang dia dah tahu kita ni daei mana. Memang Ejen Muda dari Academy kita je yang dibawa ke sini.
Suria : Ups! Hehe, lupa pulak.
Ali masih terlihat kekok, tidak tahu mahu mengatakan apa.
Ali : Er....jadi, Programnya dah bermula ke?
Pelik juga kerana dia hanya bertemu dengan dua gadis itu sahaja.
Suria : Oh, tak. Sekarang Ejen Mentor kami dan Ejen Mentor kamu sedang siapkan asrama kami untuk kami tinggal di sini, mungkin satu bulan? Dua bulan? Entah, ikutlah seberapa lama program ini dijalankan.
Suria memang tolong menjawapkan semua pertanyaan Ali. Tapi Ali faham kerana Zena jelas kelihatan seperti budak yang tidak banyak berbicara.
Ali akhirnya sedikit tenang kerana Ejen Tekno itu ramah sekali dengannya.
Ali : Hah....selamat....
Ali menghembuskan nafas lega kerana Program itu masih belum bermula.
Ali : Jadi, apa yang korang berdua buat dekat sini?
Ali sambung bertanya, mahu merapatkan sedikit hubungan dengan mereka berdua.
Mula slow slow dulu, memandangkan budak Suria itu memang sudah ramah dengannya.
Zena : Mentor benarkan kami jalan jalan dulu ke sekeliling sini untuk melihat tempat ni. Memandangkan kami akan tinggal di sini cukup lama, jadi kami kena hafal dulu jalan jalan dekat sini.
Sang Ejen Kombat itu akhirnya menjawap soalannya.
Ali tersenyum kecil, gembira Zena akhirnya ingin bercakap dengannya.
Suria : Bila kau cakap macam tu, Academy ni memang berbeza daripada kita punya kan?
Zena : Memanglah berbeza. Takkan diorang nak buat banggunan yang sama empat kali kan? Lagi pun Academy kita berada di dalam tanah. Jadi susahlah nak tiru yang atas tanah punya.
Ali kelihatan tertarik dengan apa yang Zena ceritakan.
Ali : Woh?! Academy korang berada dalam tanah?!
Suria terkekeh kecil melihat juniornya itu bersemangat dengan cerita mereka.
Suria : Yup! Tambah lagi yang bestnya, dekat atas Academy kami ada kedai serbaneka yang diusahakan oleh salah satu Ejen Senior kami sendiri! Jadi, bolehlah beli makanan apa apa sebelum pergi latihan!
Suria terlajak ralik bercerita sampai ceritakan benda yang tidak penting.
Lebih kurang seperti Mamak Majulah. Yang bezanya satu Mamak, satu kedai serbaneka.
Walaupun tidak penting, Ali masih jakun mendengar.
Ali : Uuuuuu! Bestlah macam tu!
Suria : Kan~? Hehehe! Oh ya, mana kawan kawan kamu? Dari tadi kami tak lihat satu pun Ejen Muda sini selain kamu.
Ali tersentak seketika.
Dia terasa malu nak katakan kepada mereka yang dia pun belum bertemu dengan mereka lagi kerana dia baru sampai.
Dia mengusap belakang tengkuknya sambil tersenyum kekok.
Ali : Er...ehehe....
Tiba tiba, dia mendengar seseorang memanggil namanya.
Khai : Ali! Tu pun kau! Puas aku cari!
Ali mengucap terima kasih banyak banyak dalam hatinya kerana dia tidak perlu katakan perkara sebenar.
'Terima kasih Khai sebab selamatkan aku-' katanya dalam hati.
Khai berlari ke arah mereka bertiga.
Khai : Haih, setengah jam tahu tak aku cuba cari kau! Kau pergi mana je?!
Khai sedikit memarah Ali kerana membuat dia menunggu lama.
Ali : Ehehehe....aku pergi tandas tadi. Sakit perut.
Khai memasang muka malas dengan alasan Ali itu. Tetapi dia terima sahaja.
Khai kemudian melihat ke arah dua gadis itu pula.
Khai : Oh! Hai, saya Khai. Korang berdua ni mesti Ejen pertukaran dari Academy Barat tu kan?
Suria tolong menganggukkan untuk dirinya dan Zena.
Suria : Betul!
Khai : Oh~baguslah. Tadi pun aku ada jumpa dengan mamat rambut toncang dan mamat cermin mata tadi.
Khai cuma kekal tersenyum untuk bersopan, walaupun sebenarnya dia sedikit sakit hati dengan dua mamat yang dia jumpa itu.
Zena menyiku lembut tangan Suria, sambil memberinya isyarat mata.
Seketika Suria sedikit bingung, tetapi dia terus teringat.
Suria : O-oh, erm....kalau kami nak minta tolong sikiiitttt, boleh tak?
Khai dan Ali berpandang satu sama lain, sebelum mekihat mereka berdua kembali.
Ali : Tolong apa?
Suria terketawa kekok, seperti terlihat malu.
Suria : Kami sebenarnya...sesat. Ehehehe.....
Ali dan Khai menepuk dahi satu sama lain. Ingatkan apalah tadi.
Khai : Lah, tu je ke? Mestilah boleh. Nak pergi tempat perjumpaan kita kan?
Zena dan Suria mengangguk.
Zena : Mentor memang suruh kita berkumpul dekat sana dalam masa sejam. Sekarang tinggal setengah jam je lagi.
Khai yang pertama berjalan, sambil memandang mereka berdua.
Khai : Kalau macam tu, jomlah. Boleh kita berjumpa dengan yang lain sekali.
Suria : Jom!
Suria, Zena dan Ali pun mengikuti Khai dari belakang.
Sambil berjalan, mereka berborak ringan untuk menceriakan suasana, kerana Suria memang tidak suka suasana yang sunyi.
Suria : Kamu berdua baru umur berapa?
Suria bertanya begitu kerana kedua dua mamat di depannya itu pendek dari mereka, uhuk-
Khai : Tak perlu guna kamu kamu. Guna aku kau je dengan kitorang. Lagipun mulai sekarang kita kan kawan.
Suria : Oh, ok!
Khai : Kitorang berdua baru masuk 13 tahun.
Ali : Haah. Baru nak masuk 1 tahun jugak aku dekat sini.
Suria meng-o-kan jawapan mereka sambil mengangguk.
Suria : Oooo~kami pula 16 tahun.
Ini bermaksud mereka berdua sebaya dengan Roza, Mika dan Zass.
Zena turut mengangguk, mengiyakan jawapan Suria.
Khai : O-oh...jadi, kitorang kena panggil korang kakak ke ni?
Suria dan Zena menggeleng.
Zena : Tak perlu. Guna nama pun dah cukup.
Karang budak budak tu guna kakak dengan diorang karang rasa terlebih tua pulak nanti, uhuk-
Ali : Jadi, betul ke korang yang dibawa ke sini semuanya ada 12 orang?
Giliran Ali pula yang bertanya.
Suria dan Zena mengangguk lagi.
Suria : Betul! Korang semua pun ada 12 orang jugak kan?
Ali dan Khai mengangguk juga.
Ali : Haah. Tapi baguslah tu! Maksudnya kita semua sama banyak.
Khai : Dengan ramai ramai ni, mesti meriah nanti Programnya, kan?
Suria : Betul tu! Tak sabarnya! Kan, Zena?
Suria tersenyum sambil memandang ke arah Zena. Zena tersenyum di sebalik masknya, dan Suria tahu itu.
.
.
.
Seketika kemudian, mereka sudah tiba di tempat perjumpaan mereka.
Turut ada beberapa Ejen Muda geng Ali di sana.
Dan pertama yang sedar dengan kehadiran mereka adalah Alicia.
Alicia berjalan ke arah mereka.
Alicia : Hah, sampai pun kau. Lambat lagi lah tu. Nasib baik tak sampai beruban kitorang tunggu kau.
Baru tiba dah kena petir.
Ali hanya tersenyum kekok dirinya dimarah oleh kawan sekelasnya itu.
Ali : Ehehehe....sorrylah, aku makan benda pedas malam tadi. Mak Viktor yang bagi. Tak kan aku nak tolak kan?
Alicia hanya menggulingkan matanya mendengar jawapan Ali.
Alicia kemudian memandang ke arah dua Ejen pertukaran yang berada dia belakang dua Ejen Tekno miliknya itu.
Suria hanya tersenyum mesra ke arahnya.
Tetapi Zena tiba tiba menjeling tajam ke arahnya.
Alicia turut menjeling ke arahnya juga.
Alicia : Apa jeling jeling? Nak lawan?
Ketiga tiga Ejen Tekno itu terus menjadi panik bila Alicia tiba tiba cari gaduh dengan Ejen Kombat milik Suria itu.
Ali : Apa ni Alicia? Pagi pagi dah nak gaduh!
Zena tetap terus menjelingnya, yang membuatkan Suria sedikit tersenyum risau.
Dia kenal sangat dengan perangai kawannya itu, yang memang tidak terlihat mesra bila berjumpa dengan orang baru.
Alicia pun sama, kalau orang tidak ramah dengannya, memang dia on je nak gaduh.
Memang berlangsung lama juga sesi jeling menjeling itu, yang membuatkan ketiga tiga Ejen Tekno itu bertambah risau kalau betul betul dua kawan mereka itu akan bergaduh.
Tetapi, tiba tiba Zena menutup matanya sambil tersenyum kecil di sebalik masknya.
Dia kemudian menghulurkan tangannya ke Alicia seperti ingin bersalam dengannya.
Zena : Aku suka dengan semangat kau.
Ali : Huh?
Alicia sedikit terpinga pinga dengan perubahan drastis Zena itu.
Ketiga tiga tikus mondok merah itu menghembuskan nafas lega, dua ekor tu tak jadi gaduh.
Alicia sedikit bertenang dan suka dengan budak bernama Zena itu.
Dia turut tersenyum sinis juga sambil mengangkat tangannya.
Alicia : Aku juga.
Alicia menyambut salaman dari gadis Kombat itu.
Suria gembira melihat kawannya itu mampu berteman dengan orang lain.
Sambil sambil mereka sedang saling berkenalan itu, kedengaran suara seseorang memanggil Suria.
??? : SUUUURIIIIAAAAAA!!!
All : Huh?
Mereka semua melihat ke arah gerangan itu, dan terlihat seorang gadis bertudung putih dan bertopi ungu berlari ke arah mereka sambil merengek.
Dia memakai sut berwarna merah, bermaksud dia adalah Ejen Tekno seperti Ali, Khai dan Suria.
Gadis itu berlari ke arah mereka dan terus memeluk Suria.
??? : Mana kau pergiii?! Puas aku cari kau!
Suria hanya terketawa sahaja dengan perangai manja kawannya itu.
Suria : Hei hei hei! Aidan, aku tak kemana pun lah! Aku jalan jalan sekeliling Academy ni dengan Zena je!
Suria memanggil gadis itu dengan nama Aidan.
Suria hanya mampu menepuk nepuk lembut kepala Aidan mencuba untuk memujuknya.
Aidan : Bosan aku dibuatnya kena duduk dengan diorang berdua ni sambil cari kau tahu tak?!
Aidan menunding ke arah dua mamat yang turut sedang berjalan ke arah mereka berenam.
Salah satunya berambut coklat dan bersut kelabu, manakala satunya lagi beramput pacak blond dan hitam dan bersut kuning, turut memakai cermin mata hitam di wajahnya.
??? : Haih.....dah tolong teman, kena kutuk pulak.
Kata lelaki berteras Inviso itu sambil mengeluh.
??? 2 : Biarkan dia. Bukannya dia nak dengar kata pun.
Mamat berteras Neuro itu masih kedengaran tenang.
Aidan menjelir ke arah arah mereka.
Aidan : Buekkk!
Ali memandang ke arah dua mamat itu.
Ali : Korang berdua ni pulak siapa?
Lelaki berteras Inviso itu mendengar pertanyaan Ali, dan memandang ke arahnya.
??? : O-oh, hai. Kamu boleh panggil saya Rawi. Dan ini pula Zack.
Lelaki Neuro yang digelar Zack itu memandang ke arah Ali, dan memberikan tunduk hormat ke arahnya sambil memasang senyumannya yang tadi.
Ali pun terkedu, sambil tersenyum kekok, kerana tidak menjangka Zack akan memberi tunduk hormat seperti itu kepadanya.
Ali : O-oh, ok. Saya pula Ali.
Khai : Aku pula Khai!
Alicia : Alicia.
Rawi tersenyum gembira kepada budak budak itu.
Rawi : Rasanya kita dah patut beratur. Kejap lagi Mentor dah nak sampai.
Suria : Hm? Macam mana kau tahu?
Rawi : Zack yang kata.
Zack mengangguk, mengiyakan kata kata Rawi.
Zena : Kalau Zack yang kata, memang dah tentu betul.
Aidan : Apa lagi, jomlah! Yang lain pun dah ada dekat sini!
Bila mereka melihat ke arah seluruh tempat perjumpaan itu, kesemua Ejen Muda, tidak kisahlah dari geng Ali ataupun geng pelajar pertukaran sudah ada di sana.
Zack : Sebentar.
Tiba tiba, Zack memasukkan dua jari ke dalam mulutnya, dan bersiul.
"Pfffffftttt!!!"
Ali, Khai dan Alicia memandangnya pelik, kerana tiada angin tiada hujan, tiba tiba bersiul.
Tetapi kawan miliknya terlihat tenang sahaja kerana sudah tahu apa yang Zack mahu lakukan.
Tidak sampai seminit selepas itu, mereka mendengar seperti ada bunyi burung yang datang ke arah mereka.
Bila mereka melihat ke atas, seekor burung kakak tua terbang ke arah mereka.
Aliliciakhai : Eh?!
Memang terkejut lah mereka dibuatnya, tiba tiba ada burung dalam Academy mereka.
Burung Kakak Tua itu terbang ke arah Zack, dan hinggap di atas bahu kanannya.
Kekeliruan hanya bertahan sebentar. Ali dan Khai terus kelihatan teruja melihat burung milik Zack itu.
Ali : Wooohhh?! Ni burung kau ke?!
Zack mengangguk.
Zack : Perkenalkan, ini Mutia.
Mutia mengajuk apa yang dikatakan oleh Zack.
Mutia : Perkenalkan! Perkenalkan! Ini Mutia! Mutia!
Mata Khai dah bersinar bila mendengar Mutia bercakap.
Khai : Perghhhh! Naisuuu! Pandainya dia! Aku pernah nampak spesis dia ni dekat Zoo je! Tu pun dari jauh!
Mutia adalah spesis Burung Kakak Tua Jambul Kuning. Memang bulunya hanya putih dan kuning sahaja, seperti sut Neuro.
Khai : Weh, dia ada haiwan peliharaan macam kau lah! Macam Comot kan?!
Ali mengangguk laju.
Ali : Haah! Tak pernah aku tengok Ejen lain ada haiwan jugak!
Zack hanya ketawa sahaja mendengar keterujaan dua juniornya itu.
Zack : Dah lah, jom kita berkumpul dulu. Aku dengar Mentor dah nak sampai dah tu.
Mereka semua mengangguk ke atas arahan Zack.
Mereka pun berjalan ke arah tengah tengah area itu.
Tetapi, sambil tengah jalan, Zack dan Rudy terlanggar satu sama lain, yang menyebabkan Rudy hampir terjatuh.
Apa lagi, memang naik benganglah Rudy dibuatnya.
Rudy : Woi! Tak nampak jalan ke?!
Walaupun dengan Rudy yang memarahinya, Zack masih kelihatan tenang, bahkan masih lagi boleh tersenyum ke arahnya.
Zack : Kalau ya kenapa?
Nada Zack mungkin terdengar tenang, tetapi boleh rasakan aura cari gaduh daripadanya.
Rudy pun dah naik perkaki lima di atas kepalanya.
Alicia pun hanya mampu mengeluh dan menggulingkan matanya, sebelum mengeleng pasrah.
Memang tidak ada hari tanpa ada pergaduhan di depan matanya.
Alicia pun tolak Rudy dan Zack menjauh dari satu sama lain.
Alicia : Dah dah. Jangan gaduh. Naik muak aku dengar korang bertekak.
Memang mereka tidak bergaduh. Tetapi Rudy tetap sahaja menjeling tajam ke arah Zack.
Zack pula, tidak melihat ke Rudy sama sekali, dan terus berjalan di belakang Alicia.
Mutia : Warkkk! Mentor datang! Mentor datang!
Dengan Mutia berkata begitu, masuklah kelapan lapan Ejen Mentor ke dalam kawasan area perjumpaan itu.
Para Ejen Muda Academy Barat dan Selatan berkumpul di kumpulan Academy masing masing.
Ali, Moon dan Iman kelihatan gelisah.
Mata tak nya, kesemua Ejen Muda Academy Barat kesemuanya kelihatan tegap dan kuat.
Bahkan Rawi, Suria dan Zack yang ramah dengan mereka tadi.
Moon : *telan ludah kelat* Hahaha....habislah kita....
Awal awal dah pasrah ya Moon?
Suria yang perasan Ali dan Iman melihatnya dari jauh, memberitan double peace kepada mereka.
Iman dan Ali yang terkejut kecil, membalas peace milik Suria, walaupun senyuman mereka kelihatan canggung.
Ejen Leon berdehem, mendapatkan perhatian mereka semua.
Leon : Saya rasa ada beberapa daripada kamu sudah mulai berkenalan dengan satu sama lain. Jadi saya tidak perlu lakukannya.
Ejen Leon membetulkan cermin matanya, dan kembali melihat ke arah mereka semua dengan serius.
Leon : Program Pertukaran Pelajar dari Academy Barat M.A.T.A, bermula sekarang.
2346 perkataan
Biodata Ejen yang sudah diperkenalkan :D
Nama : Zena
Umur : 16 tahun
Jantina : Perempuan
Kaum : Melayu
Pekerjaan : Ejen Kombat M.A.T.A
Nama : Suria
Umur : 16 tahun
Jantina : Perempuan
Kaum : Half Portugis/Half Melayu
Pekerjaan : Ejen Tekno M.A.T.A
Nama : Zakaria(Zack)
Umur : 16 tahun
Jantina : Lelaki
Kaum : Half Cina/Half Melayu
Pekerjaan : Ejen Neuro M.A.T.A
Nama : Rawi
Umur : 16 tahun
Jantina : Lelaki
Kaum : Kadazan
Pekerjaan : Ejen Inviso M.A.T.A
Nama : Aidan
Umur : 15 tahun
Jantina : Perempuan
Kaum : Melayu
Pekerjaan : Ejen Tekno M.A.T.A
Ok bye-*lompat masuk tasik, jadi kokedai*
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top