Misi : Berkenalan
Semua Ejen Muda sedang berdiri serius mendengar kata kata Ejen Mentor mereka.
Dengan kata kata Ejen Leon, Program Pertukaran itu akhirnya dimulai.
Walaupun dengan jumlah 24 orang Ejen Muda di sana, keadaan sangatlah hening. Hanya suara Ejen Mentor sahaja yang kedengaran.
Ejen Geetha mengambil alih pembicaraan itu.
Geetha : Baiklah, seperti yang kamu semua tahu, kamu semua berdiri di sini untuk melaksanakan Program Pertukaran Pelajar dari Academy Barat M.A.T.A. Macam mana perjalan ke sini? Selesa ke? Macam mana dengan Academy kami?
Ejen Geetha menanyakan kepada anak murid baru sementaranya itu.
Mereka berdua belas mengangguk ke atas pertanyaan Ejen Geetha itu.
Aidan : Seronok! Keadaan di sini memang berbeza dengan Academy kami!
Aidan lah yang pertama bersuara.
??? : Academy ni lebih besar dari Academy kami. Tak sabarnya saya nak tengok kawasan latihan!
Seorang gadis pendek berteras Kombat juga bersuara.
Geetha : Kamu akan tahu nanti. Lagipun itu memang akan menjadi tempat aktiviti kamu semua untuk hari ini.
Mendengar jawapan Ejen Geetha, gadis berteras Kombat itu menjadi semakin bersemangat.
??? : Wuuuuhuuuu! Cayalah!
??? 2 : Sabar dulu. Mentor belum habis beri maklumat lagi.
Seorang gadis bertudung hijau dan berteras Neuro mencuba untuk menenangkannya, kerana tidak mahu kawannya itu berada dalam masalah.
Ejen Geetha hanya mampu ketawa sahaja melihat gelagat mereka.
Geetha : Saya rasa kami patut perkenalkan diri kami dahulu. Nama saya adalah Geetha. Saya akan menjadi Mentor Teras Tekno baru untuk kamu semua.
Senyuman mesra Ejen Geetha membuatkan Ejen pertukaran itu selesa dengannya.
Bukan hanya itu, menjadi satu satunya Ejen Mentor wanita di antara mereka berempat itu, membuatkan Ejen Geetha terlihat seperti ibu ibu di mata mereka.
Leon : Saya pula adalah Leon. Mulai hari ini, saya harap saya boleh jadi guru yang bagus untuk kamu semua.
Walaupun nadanya kedengaran tegas, dia maksudkannya. Sebagai Mentor, itu memang sudah menjadi tugasnya.
Memang ada beberapa Ejen Pertukaran yang sedikit takut dengannya akibat perwatakkan garangnya, tetapi ada juga yang terima Ejen Leon kerana mereka dapat baca niat Ejen Leon disebalik topeng garangnya itu.
Bakar : Panggil saya, Bakar! Kamu semua pasti akan suka dengan Academy ni lah! Saya janji!
Perwatakan bersahaja Uncle Bakar membuatkan Ejen pertukaran yang hyperactive teruja untuk belajar dibawahnya.
Bukan senang nak dapat Mentor yang senang hati nak berlawan bersungguh sungguh dengan mereka, keran ada yang malas, ada yang takut untuk cederakan mereka, dan ada yang kata mereka masih belum bersedia.
Jadi, kehadiran Uncle Bakar menjadi insan yang ditunggu tunggu oleh mereka semua.
Karya : Karya. Itu apa yang kamu semua boleh panggil saya.
Walaupun berperwatakkan misterius dan elegant kerana kedudukannya yang berada di Teras Inviso, itu tidak membuatkan para Ejen Pertukaran hilang minat untuk belajar dibawahnya.
Terutamanya kerana Ejen Karya terlihat kuat di mata para para Ejen Pertukaran Teras Inviso.
Kena ingat, mereka masih lagi Ejen Muda. Masih banyak lagi yang mereka perlu belajar.
Ejen Mentor Academy Selatan itu diterima baik oleh Ejen pertukaran.
Leon : Baiklah, sebelum Ejen Mentor Academy Barat memperkenalkan diri pula, ada sesiapa yang ada soalan?
Tidak biasanya, Rudy yang pertama mengangkat tangannya.
Leon : Ya Rudy?
Rudy : Berapa lama mereka akan disini?
Nampak sangat Rudy tidak menyukai Ejen Ejen Pertukaran itu.
Tak boleh nak salahkannya. Mereka juga baru berjumpa waktu itu, jadi memang sudah semestinya Rudy masih tidak boleh menggelar mereka sebagai kawan.
Lagipun, ada aura daripada beberapa Ejen pertukaran itu yang membuatkan dia meremang sampai naik bulu roma.
Terutamanya seorang Ejen Tekno lelaki yang memakai gogel laser di wajahnya, yang membuatkan matanya tidak kelihatan.
Dari tadi dia perasan Ejen Tekno itu tak habis habis menenung ke arah mereka semua dengan senyuman sinis di wajahnya.
Rudy : Wergh... *meremang kembali*
Ejen Leon menjawap soalan Rudy itu.
Leon : Mereka akan berada di sini selama dua bulan. Kami mahu kamu semua membiasakan diri berlatih dengan Ejen Muda yang kamu tidak biasa bersama. Dan kamu kena ingat. Di sini, mereka bukanlah lawan kamu. Tetapi, adalah kawan kamu. Jadi layan mereka dengan baik, faham?
Kata kata itu ditujukan kepada Rudy, Mika dan Jet, dimana keempat empat Ejen Mentor tu memang sudah jelas tahu bagaimana perangai mereka bertiga.
Ingat masa Ali dan Alicia baru masuk Academy dulu?
Rudy : F-faham...
Mika dan Jet pun hanya mampu mengangguk kecil sambil mencuba untuk tidak bertentangan mata dengan Ejen Leon kerana tahu ayat itu untuk mereka juga.
Karya : Jadi, saya rasa Ejen Mentor Academy Barat sudah boleh perkenalkan diri masing masing.
Karya memberikan tunduk hormat kepada mereka berempat. Keempat empat Ejen Mentor Academy Barat itu turut memberi anggukkan kepadanya juga.
Ejen Mentor Teras Kombat mereka pun berjalan ke hadapan.
Dia adalah seorang wanita muda, dengan rambutnya disanggul kebelakang dengan sebuah cucuk sanggul diselitkan pada sanggulnya.
Wajahnya sedikit kelihatan tidak ramah. Dia kelihatan serius.
??? : Saya adalah Raya. Ejen Raya. Harap kamu semua boleh terima saya.
Ejen Kombat bergelar Raya itu menujukan kata katanya kepada Ejen Muda Academy Selatan.
Tetapi untuk pandangan pertama, para Ejen Muda merasa tidak nyaman ditatap olehnya.
Seperti dengan Ejen Leon, Ejen Raya mengeluarkan aura yang tegas, membuatkan mereka merinding.
Mereka semuanya hanya mengangguk sahaja, kerana tidak mahu tersalah kata dan membuat Ejen Mentor baru mereka itu marah.
Ejen Raya pun membalas anggukkan mereka, dan mengundur selangkah kebelakang, masuk ke dalam barisan semula.
Ejen Raya memberi isyarat mata kepada lelaki yang berada di sebelahnya untuk memperkenalkan dirinya pula.
Lelaki itu memberi senyuman kecil kepadanya, sebelum melangkah kedepan juga.
Ejen lelaki itu memiliki rambut blonde yang panjang, diikat secara ponytail, yang diikat lagi kepada dua ditengah tengahnya menggunakan ikat rambut berwarna merah. Turut dikenakan visor merah yang dipakainya.
Dia memaki sut ejen berwarna merah, menandakan dia dari Teras Tekno. Dia juga tidak membuka matanya sama sekali, membuatkan mereka tidak mampu melihat warna mata Ejen itu.
??? : Selamat berkenalan semua, saya Ejen Nim. Mulai sekarang, saya harap kamu semua dapat melihat saya sebagai guru baru kamu semua, ya?
Tidak seperti Raya, nada suara Nim kedengaran bersahaja sahaja, yang membuatkan dia kelihatan mampu dibuat kawan, sama seperti Uncle Bakar.
Itu membuatkan Ejen Muda Academy Selatan mampu menghembuskan nafas lega sejenak. Sekurang kurangnya tidak semua Mentor baru mereka itu garang.
Setelah memperkenalkan diri, Ejen Nim berjalan kebelakang semula, dan menepuk lembut belakang kawan perempuannya disebelahnya itu, menyuruhnya untuk memperkenalkan diri pula.
Tanpa cakap banyak, perempuan itu pun berjalan kedepan pula.
Dia memiliki rambut coklat gelap panjang yang diikat menjadi ponytail rendah yang diletakkan di atas bahu kanannya.
Melihat dari sut yang dipakainya, dia dari Teras Inviso. Dia memberi tunduk hormat kepada mereka semua, sebelum memulakan sesi perkenalannya.
??? : Selamat pagi anak anak. Kamu semua boleh panggil saya Kira. Semoga kita dapat berbaik sepanjang sesi ini.
Nada suara Ejen Kira kedengaran sangat lembut, dengan perwatakkannya yang turut sama juga.
Senyuman juga tidak lekang daripada wajahnya, yang membuatkan Ejen Kira mempunyai tempat yang baik di hati Ejen Ejen Muda Academy Selatan itu.
Sudah seperti ibu kepada mereka walaupun baru berjumpa.
Ejen Kira memusing ke belakang, dan berjalan kembali masuk ke dalam barisan Ejen Mentornya itu.
Dengan lembut, Ejen Kira menghulurkan tangannya ke depannya, meminta rakan lelaki disebelahnya itu untuk memperkenalkan dirinya pula.
Berpostur tinggi dan langsing, Ejen lelaki yang kelihatannya berada dari Teras Neuro itu mengangguk faham, dan berjalan ke depan pula.
Ejen itu kelihatan senyum bersahaja sahaja kepada anak anak murid barunya itu.
??? : Selamat berkenalan! Kamu semua boleh panggil saya Ejen Jun. Kami berempat dari Academy Barat, mulai hari ini akan menjadi guru sementara kamu semua. Saya harap tiada apa apa masalah diantara kita semua sepanjang aktiviti ini berlangsung.
Ejen Jun nampaknya adalah seorang yang ceria. Sudah berlagak seperti abang untuk mereka semua.
Itu membuatkan para Ejen Muda Academy Barat dan Selatan berpandangan ke satu sama lain, sambil tersenyum gembira, kerana nampaknya mereka boleh survive aktiviti ini.
Kecuali Rudy. Dia masih kelihatan tidak mehu mempercayai mereka.
Dan yang pertama perasan dengan riaksi Rudy itu adalah Mika.
Terus sahaja Mika menepuk belakang badan Rudy kuat sehingga budak tu hampir tersunggur ke depan dan mengusap rambut landak Rudy itu kasar.
Mika : Eh kau ni! Cuba lah ceria sikit! Kita dapat berlatih dengan orang baru ni! Tambah lagi diorang semua nampak kuat!
Mika sengaja layan Rudy macam budak budak sebab memang kenyataan dia lebih tua. Rudy 14, dia dah 16.
Rudy pulak nampak sangat tak suka dengan apa yang Mika buat dekat dia. Sakit kot.
Rudy : Ish kau ni! Suka hati aku nak! Kalau patah tulang belakang aku, kau bayar bil hospital aku!
Dah lah Mika tampar belakang dia guna tangan sut mecha dia tu. Mana tak sakitnya.
Mika pun hanya buat mula tak endah sahaja, puas dapat sakat Rudy.
Mereka semua memandang semua ke arah kelapan lapan Ejen Mentor mereka selepas Ejen Leon berdehem untuk mendapatkan perhatian mereka semua.
Leon : Baiklah, disebabkan para Mentor sudah memperkenalkan diri kami, saya rasa kita sudah boleh mulakan aktiviti pertama kita untuk hari ini.
Walaupun Ejen Leon berkata begitu, tetapi Ali memasang wajah pelik, dan mengangkat tangannya, menandakan dia mahu bertanya sesuatu.
Geetha : Ya Ali?
Ali : Kitorang tak perlu perkenalkan diri ke? Mesti Ejen Mentor Academy Barat tak kenal kami dan Ejen berempat tak kenal Ejen Muda Academy Barat.
Yelah, diorang ramai, tambah lagi baru kali ini bertemu. Mestilah dia mahu guru mereka kenal diri mereka juga.
Nim : Oh, tak perlu, Ali. Kami semua tak lihat ke dalam data Ejen Muda kamu semua. Jadi kami sudah pun mengenali kamu semua.
Ejen Nim terus sahaja menyebut nama Ali, membuatkan Ali tersentak dan tersipul sipul malu kerana dikatakan begitu.
Roza : Jadi, aktiviti apa yang Ejen Leon nak kata tadi tu?
Roza kembalikan semula topik pertama tadi.
Leon : Oh, ya. Walaupun kami sudah mengenali kamu semua, tidak bermakna kamu semua kenal satu sama lain, kan?
Mereka semua berpandang sesama sendiri, sebelum mengangguk ke arah Ejen Leon semua.
Leon : Jadi, aktiviti kamu semua akan dilakukan di bilik latihan kita. Kamu semua sila ikut kami.
Tidak berkata banyak, Ejen Leon terus memimpin rombongan itu untuk pergi ke bilik latihan, diikuti dengan Ejen Mentor yang lain dan seterusnya Ejen Muda.
.
.
.
Tidak lama kemudian, mereka tiba di bahagian atas bilik latihan Academy itu.
Para Ejen Muda Academy Barat kelihatan teruja melihat isi bilik latihan itu.
Ejen Kombat perempuan yang bersemangat ketika sesi berkenalan tadi sudah melekatkan wajahnya pada cermin kata pembatas itu, dengan matanya yang sudah berkilauan bersemangat.
??? : Wahahahaha!!! Luasnya arena latihan ni!
Bukan dia sahaja yang bersemangat. Suria juga sama.
Suria : Wuhu! Tempat latihan yang besar!
Riaksi mereka membuatkan Ejen Muda Academy Selatan memandang pelik.
Ali terus menyapa Suria.
Ali : Suria, kenapa korang semua nampak teruja sangat ni? Tempat latihan korang tak luas macam ni ke?
Bila ditanya macam tu, terus Suria berpaling ke arah Ali.
Suria : Oh-ehehe...maaflah kami terlebih teruja sikit. Aku ada kata yang Academy kami berada di bawah tanah, kan?
Ali mengangguk.
Suria : Jadi disebabkan itu, arena latihan kami jadi terhad. Kami pun jarang gunakannya disebabkan itu. Kami lebih banyak lakukan latihan kami di dalam hutan berdekatan Academy kami. Jadi ini pertama kali kami melihat kawasan arena latihan seluas ini.
Ali memahami dengan apa yang Suria jelaskan.
Ali : Ohhhh~, macam tu. Patutlah.
Mereka melihat kembali ke arah Ejen Mentor selepas Ejen Kira menepuk tangannya untuk mendapatkan perhatian mereka.
Kira : Baiklah anak anak semua. Ini adalah latihan pertama kamu untuk hari ini.
Seorang Ejen berteras Inviso dan bertudung hitam dari Academy Barat yang dari tadi kelihatan menutup wajahnya menggunakan kipas miliknya bertanya ke arah Ejen Kira.
??? : Apa yang kami kena lakukan sebenarnya, Ejen Kira?
Nadanya...erm...macam mana nak cakap? Dia kedengaran tidak ramah sama sekali. Auranya pun sudah seperti ketika Ali pertama kali bertemu dengan Rudy.
Ianya membuatkan semua Ejen Muda Academy Selatan merasa tidak selesa dengannya.
Apa yang mereka tidak tahu, Ejen Inviso itu sedar dengan apa yang mereka fikirkan. Tetapi dia buat tidak endah sahaja.
Kira : Terima kasih sebab bertanya, Sienna. Latihan kamu senang sahaja. Kami akan hidupkan beberapa droid untuk kamu lawan. Tetapi, kamu semua hanya boleh serang mereka sekali sahaja.
Jet : Hah? Sekali sahaja? Kenapa macam tu pulak?
Ejen Raya pula yang mengambil alih penerangan Ejen Kira.
Raya : Ini adalah sesi perngenalan. Untuk mengenal sesama sendiri, tidak cukup dengan hanya memberi nama kamu sahaja. Setiap Ejen Muda juga perlu tahu senjata kamu juga. Dengan latihan ini, kamu boleh tunjukkan kehebatan kamu menggunakan senjata kamu dan mencuba untuk tumbangkan seberapa banyak droid yang kamu boleh dalam satu serangan sahaja. Dah faham?
Para Ejen Muda Academy Selatan menelan ludah kelat sendiri sambil mengangguk, kerana nada suara Ejen Raya masih lagi kedengaran tidak ramah.
Karya : Jadi, setiap Ejen Muda akan menunjukkan skill mereka satu persatu. Bermula dari tuan rumah. Bersedia semua?
Kesemua Ejen Muda mengangguk bersedia ke arah Ejen Karya.
Ejen Leon melihat ke arah jamnya.
Leon : Baiklah. Yang pertama akan pergi adalah Jet. Sila turun ke bawah.
Jet : Wuhuuuuu!!! Aku yang pertama!
Tanpa berkata apa lagi, Jet terus terbang ke bawah atas arahan Ejen Leon.
Ejen Geetha menekan sesuatu di atas tabletnya, dan para droidnya pun mulai hidup.
Jet kelihatan bersemangat, dan mula terbang tinggi di udara.
Leon : Kamu boleh mula...sekarang!
Jet : Baiklah!!!
Terus Jet menghidupkan wrist blasternya, dan mula menembak para para droid.
.
.
.
Seketika kemudian, kelihatan Jet yang sedang murung di tepi.
Dia sudah kembali ke atas, dan sedang cuba ditenangkan oleh Moon.
Moon : Sabar Jet, sabar~ kau dah lakukan yang terbaik~
Jet dapat menumbangkan satu droid sahaja. Roza, Christ dan Rudy dah siap ketawakan dia di tepi.
Jet : Huhuhu~ tak dapat aku tunjuk hebat~ huhuhu~
Para Ejen Muda Academy Barat hanya mampu tersweatdrop sahaja melihat telatah Jet.
Leon : Baiklah! Yang lain juga kena bersedia! Kamu semua tak mahu dapat malu, kan?
Yang ketawa tadi semua terus jadi serius kembali, dan mengangguk ke arah Ejen Leon.
Maka, dari itu pun, satu demi satu pun mula turun ke bawah untuk tujuk skill masing masing.
2238 perkataan
Biodata Ejen Sienna yang diperkenalkan di chapter ini :D
Nama : Sienna
Umur : 15 tahun
Jantina : Perempuan
Kaum : Minangkabau
Pekerjaan : Ejen Inviso M.A.T.A
Ok, bye- *jadi tikus, masuk lubang cacing*
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top