Bab 9: Persimpangan Perasaan

Bab 9: Persimpangan Perasaan

Cuti Iris hanya tinggal beberapa hari, dan dia mengambil kesempatan untuk menghabiskan masa dengan keluarganya. Setiap hari mereka merancang aktiviti sederhana, berjalan-jalan di sekitar Kota Bharu, mencuba makanan tempatan yang sentiasa menjadi kegemaran mereka. Ibu bapa dan adik-adiknya kelihatan sangat gembira, dan Iris juga berusaha untuk melupakan sejenak kekeliruan yang bermain di hatinya.

Namun, setiap kali dia berhenti sejenak dan membiarkan fikirannya melayang, Karl kembali muncul dalam fikirannya. Rindunya pada lelaki itu semakin bertambah. Walaupun mereka tidak pernah secara jelas mengungkapkan perasaan masing-masing, Iris tahu ada sesuatu yang tidak boleh dia abaikan.

Sesekali Iris akan menghantar mesej ringkas kepada Karl, bertanya khabar. Karl, seperti biasa, akan membalas dengan ringkas tetapi bersahaja.

"Macam mana di Malaysia? Rindu masakan Korea?" – Karl.

Iris tersenyum ketika membaca mesej itu. Dia menaip dengan pantas.

"Malaysia okay, tapi rindu bibimbap," balasnya, cuba untuk tidak terlalu teruja.

Mereka berbalas mesej, tetapi tidak lama. Masing-masing seperti masih meraba-raba, belum benar-benar selesa untuk berbual panjang, apatah lagi melakukan panggilan video atau suara. Mesej-mesej itu pendek, tetapi cukup untuk mengingatkan Iris tentang kehadiran Karl dalam hidupnya sekarang.

Pada suatu malam, Iris menerima mesej daripada Kim.

Kim: "Hei, free malam ni? Kalau takde plan, aku ambil kau. Kita jalan-jalan."

Iris membaca mesej itu beberapa kali sebelum membalas. Walaupun perasaannya bercampur-baur, dia tak mahu mengecewakan Kim, yang selalu ada untuknya. Dia akhirnya setuju.

Beberapa jam kemudian, Kim tiba di depan rumah Iris dengan keretanya. Dia melambai dari dalam kereta sambil tersenyum ceria. Iris melangkah keluar dan masuk ke dalam kereta Kim.

Kim: "Kau nampak cantik malam ni," katanya dengan lembut, sambil tersenyum sebaik sahaja Iris duduk di sebelahnya.

Iris: "Eh, takde lah. Aku pakai biasa je," jawab Iris sambil tertawa kecil, walaupun sebenarnya dia tahu Kim ikhlas memujinya.

Mereka memulakan perjalanan, merentasi jalan-jalan di sekitar Kota Bharu. Kim, seperti biasa, bercerita tentang pelbagai perkara, membuatkan suasana ceria. Iris mendengarnya dengan tenang, sesekali mengangguk, tapi di dalam hati, dia masih memikirkan Karl. Setiap kali senyuman Kim muncul, Karl kembali dalam fikirannya.

Kim: "Iris, kau ingat lagi masa kita sekolah dulu? Aku ingat kau selalu dapat markah tertinggi dalam kelas, semua cikgu suka kat kau," Kim ketawa, cuba menghidupkan kembali kenangan lama.

Iris: "Haha, ingatlah. Kau pun bukan main pandai dalam sukan," jawab Iris sambil tersenyum. "Selalu kena puji dengan cikgu sukan."

Kim tersenyum lebar, matanya sedikit redup seolah-olah teringatkan zaman sekolah mereka. Namun, dia mengambil nafas panjang sebelum memandang Iris dengan lebih serius.

Kim: "Iris, aku tahu aku dah lama cakap pasal ni, tapi aku betul-betul nak kau tahu yang aku masih tunggu. Aku tahu mungkin kau belum sedia, tapi aku takkan putus asa. Aku nak kita cuba."

Iris terdiam. Dia sudah lama tahu Kim menaruh hati padanya, tetapi setiap kali topik ini dibangkitkan, dia tidak tahu bagaimana hendak memberi jawapan. Kim sentiasa sabar dan tidak pernah memaksa, tetapi Iris belum bersedia untuk melangkah lebih jauh.

Iris: "Kim, aku hargai kau. Serius. Tapi... kau tahu aku masih belum sedia untuk terima sesiapa dalam hidup aku sekarang. Kita ada kawan baik, aku tak nak rosakkan semua ni," jawab Iris perlahan, cuba agar tidak mengecewakan Kim.

Kim tersenyum pahit tetapi tetap tenang. Dia sudah biasa dengan jawapan ini.

Kim: "Aku faham, Iris. Tapi kau kena tahu, aku takkan ke mana. Aku akan terus tunggu, sampai bila-bila pun. Aku nak kau gembira, tak kisahlah dengan aku atau dengan siapa pun."

Iris tersentuh dengan keikhlasan Kim, tapi pada masa yang sama, hatinya semakin kacau. Perasaan terhadap Karl masih mengganggu, namun dia tidak mahu melukai Kim, lelaki yang sentiasa ada untuknya.

Iris: "Terima kasih, Kim. Kau memang selalu baik dengan aku."

Kim tersenyum, kembali bersikap ceria. "Takde hal. Jom kita pergi makan. Aku tahu satu tempat best."

Perjalanan mereka malam itu berlalu dengan tenang, namun bagi Iris, setiap senyuman dan kata-kata Kim hanya membuat hatinya semakin bercelaru. Kim adalah lelaki yang baik, yang mungkin sempurna untuknya. Namun, kenangan bersama Karl masih segar dalam ingatannya, membuatkan Iris terperangkap dalam dilema perasaannya yang semakin mendalam.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top