Bab 43: hidup baru

Bab 43:

Seminggu telah berlalu sejak perpisahan mereka di Terengganu. Karl dan Iris mulai menerima kenyataan bahawa mereka harus berjauhan untuk jangka masa yang agak lama kali ini. Pada mulanya, perpisahan itu terasa sukar. Iris, yang masih belum dapat menyesuaikan diri dengan kehidupan tanpa Karl di sisinya, sering meminta Karl untuk menemaninya melalui panggilan video.

Setiap saat dirasakan seolah-olah mereka masih bersama. Iris sering meminta Karl menemani ketika dia makan dan tidur. Karl selalu mengikutinya tanpa banyak soal, memahami bahawa Iris masih memerlukan masa untuk menyesuaikan diri. Dia sedar betapa dalamnya cinta Iris terhadapnya, dan dia juga merasakan hal yang sama.

Karl tidak pernah keberatan dengan permintaan-permintaan Iris. Dia tahu, menjaga hubungan mereka adalah lebih penting daripada apa pun. Setelah seminggu berlalu, Iris kelihatan semakin stabil dan mula dapat berdiri dengan lebih yakin.

Kini, setelah berehat selama seminggu setelah pulang dari Korea, kehidupan realiti mula menjentik mereka. Karl sudah mula mencari pekerjaan secara online. Dia menghantar beberapa e-mel kepada syarikat-syarikat di sekitar Kuala Selangor, berharap dapat memperoleh pekerjaan yang sesuai dengan latar belakang IT-nya. Karl membuat keputusan untuk tinggal bersama ibunya buat sementara waktu agar dia boleh berjimat dan menabung lebih cepat. Dia mempunyai satu tujuan besar—untuk segera menyatukan cintanya dengan Iris melalui perkahwinan.

Iris pula, walaupun masih merindui Karl, mula fokus kepada masa depannya. Dia telah mendaftar secara online untuk meneruskan kariernya dalam bidang perubatan. Walaupun permulaan kerjaya dalam bidang ini bukanlah cabaran besar bagi Iris, kerana bapanya mempunyai pengaruh yang kuat di Kelantan, Iris tetap ingin berdiri di atas usaha sendiri. Walaupun dia tahu segala-galanya akan baik-baik saja di bawah aturan bapanya, hatinya tetap ingin berjuang dengan cara sendiri.

Di saat masing-masing mula mengatur hidup mereka semula, cinta mereka tidak pernah pudar. Mereka terus berhubung hampir setiap masa, menyokong satu sama lain dalam menghadapi hari-hari baru yang bakal mendatang. Kini, fokus mereka bukan lagi hanya kepada percintaan tetapi kepada impian untuk membina masa depan yang lebih baik bersama.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top