Bab 41: Perpisahan di Lapangan Terbang

Bab 41: Perpisahan di Lapangan Terbang

Hari terakhir mereka di Pulau Perhentian berlalu dengan sayu. Hati Karl dan Iris berat untuk menerima kenyataan bahawa hari ini mereka akan berpisah. Masa terasa begitu cepat berlalu, seolah-olah semua detik indah di pulau itu hanya mimpi singkat.

Petang itu, mereka meninggalkan pulau dan kini berada di Lapangan Terbang Terengganu. Karl akan pulang ke Selangor, manakala Iris akan pulang ke Kelantan, di mana kawannya, Aliya, akan menjemputnya.

Mereka berdiri berhadapan, kedua-duanya memandang satu sama lain dengan mata yang mulai berkaca. Karl memegang tangan Iris erat, seolah-olah enggan melepaskannya.

"Jaga diri baik-baik, Iris. Jangan lupa mesej aku kalau ada apa-apa," ujar Karl, suaranya bergetar sedikit.

Iris mengangguk sambil mengelap air mata yang mengalir di pipinya. "Kau pun, Karl. Jangan kerja teruk sangat sampai tak jaga kesihatan. Aku tak nak dengar kau sakit bila aku tak ada."

Karl tersenyum kecil, cuba menenangkan Iris. "I'll be fine. And don't worry, aku akan selalu ingat semua yang kita lalui. Kalau rindu, kita boleh call, kan?"

Iris mengangguk lagi, tapi air mata tetap mengalir tanpa henti. "Aku cuma... tak tahu bila kita akan dapat jumpa lagi," katanya perlahan, suaranya serak.

Karl menarik nafas panjang, cuba mengawal emosinya. "Aku pun tak tahu, Iris. Tapi percayalah, tak kira berapa lama pun, kau tetap ada dalam hati aku."

Mereka berpelukan erat, air mata tak dapat dikawal lagi. Pelukan terakhir itu terasa begitu dalam, seolah-olah ingin menyimpan setiap rasa sayang dan rindu yang akan menemani mereka semasa berpisah nanti.

Karl akhirnya melangkah perlahan, menahan hati yang berat. Iris hanya mampu melihatnya pergi, air matanya masih bercucuran.

Di dalam pesawat, Karl duduk di tepi tingkap, menangis perlahan di sebalik cermin mata hitamnya. Semua kenangan bersama Iris bermain di fikirannya, meninggalkan rasa kosong yang menyakitkan.

Sementara itu, Iris duduk di dalam kereta bersama Aliya, kawan baiknya sejak sekolah. Aliya yang memandu hanya berdiam diri, memahami keadaan Iris. Iris menundukkan kepala, masih menangis dalam kesepian.

Aliya memecah kesunyian dengan suara lembut. "Iris, aku faham perasaan kau. Kalau kau nak bercerita, aku ada di sini."

Iris menggelengkan kepala, cuba menenangkan diri. "Terima kasih, Aliya... Aku cuma perlukan masa."

Aliya mengangguk sambil menepuk lembut tangan Iris. Mereka teruskan perjalanan dalam sunyi, masing-masing tenggelam dalam fikiran sendiri. Bagi Iris, perpisahan ini adalah satu ujian untuk cinta mereka, yang hanya masa yang akan menentukan sama ada mereka akan bersatu semula atau tidak.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top