Bab 35: Hari konvokesyen

Bab 35:

Hari konvokesyen akhirnya tiba, dan suasana di universiti dipenuhi dengan kemeriahan. Karl dan Iris masing-masing kelihatan luar biasa dalam pakaian graduasi mereka. Karl dengan sut yang rapi dan topi graduasinya, sementara Iris tampil mempesona dalam jubahnya, dengan senyuman manis yang memancarkan kebahagiaan. Mereka diapit oleh keluarga masing-masing, yang tampak bangga melihat anak-anak mereka mencapai pencapaian besar ini.

Pak Usop dan rakan-rakan dari restoran juga hadir untuk memberikan sokongan. "Karl, Iris! Tahniah! Kami bangga dengan korang!" ucap Pak Usop sambil menghulurkan bunga kepada mereka. Kawan-kawan lain, termasuk Lukman dan Jason, turut bergurau dan meriah, memuji penampilan mereka berdua.

"Bukan main kacak hari ni, Karl! Iris, cantiknya macam bidadari!" gurau Lukman, membuat Iris tersipu malu.

Sesi bergambar juga berlangsung meriah. Karl dan Iris mengambil banyak gambar bersama keluarga dan kawan-kawan. Tiba masanya untuk mereka berdua mengambil gambar bersama, dan tanpa sebarang rasa segan, mereka berdiri berdua, memegang tangan dengan erat. Karl memandang Iris dengan penuh kasih, dan mereka sempat berkongsi senyuman mesra yang hanya mereka fahami. Namun, semua ini berlaku tanpa pengetahuan keluarga mereka, yang sibuk di sudut masing-masing.

Setelah beberapa ketika, Karl mengambil keputusan untuk memperkenalkan Iris kepada keluarganya. Dia tahu ini adalah langkah besar, walaupun mereka masih belum mengumumkan hubungan mereka secara terbuka.

"Ibu, ayah... ini Iris, kawan saya," kata Karl dengan nada tenang, memperkenalkan Iris kepada keluarganya.

Ibu Karl, yang nampaknya sudah memahami apa yang sebenarnya berlaku, tersenyum dan berkata, "Yang inikah girlfriend kau, Karl?" sambil memandang Karl dengan penuh erti.

Karl dan Iris terkejut seketika, tetapi akhirnya tersenyum malu-malu. "Erm... ya, betul, mak," jawab Karl sambil menggenggam tangan Iris lebih erat. Iris juga mengangguk perlahan, tersipu-sipu.

"Wah, cantiknya Iris. Mak dah lama dengar cerita tentang kamu dari Karl," ibu Karl memuji sambil tersenyum manis kepada Iris. Ayah Karl juga tersenyum ramah, menerima Iris dengan baik.

Namun, kini tiba giliran Karl untuk bertemu dengan keluarga Iris. Detik yang ditunggu-tunggu ini membuat jantung Karl berdegup kencang. Iris membawa Karl ke arah keluarganya, dan memperkenalkan Karl kepada ayahnya, seorang lelaki yang kelihatan tegas dan berkarisma.

"Papa, ini Mikael... kawan Iris," kata Iris sambil tersenyum, cuba membuat keadaan kelihatan biasa.

Namun, reaksi ayahnya agak mengejutkan Karl. Dengan nada yang agak terkejut dan tegas, ayah Iris bertanya, "Ini boyfriend Iris ka?"

Karl terdiam seketika, tidak menyangka pertanyaan itu keluar begitu terus-terang. Tetapi sebelum dia sempat menjawab, Iris cepat-cepat berkata, "Bukan, papa. Karl cuma kawan."

Ayah Iris hanya mengangguk perlahan, tetapi jelas terlihat dia merasakan ada sesuatu yang lebih antara mereka. Matanya tajam memerhati Karl, seolah-olah cuba mencari jawapan dari bahasa tubuhnya. Karl, yang sedikit terkejut dengan jawapan Iris, hanya tersenyum dan mengangguk sopan.

Setelah detik itu berlalu, mereka kembali berbual santai, tetapi perasaan kekok sedikit terasa di antara Karl dan Iris. Karl cuba memahami situasi dan menghormati keputusan Iris untuk tidak terburu-buru memperkenalkan dirinya sebagai lebih dari sekadar kawan. Walaupun begitu, hatinya tidak dapat menafikan sedikit kekecewaan.

"Iris, nanti kita bincang, ya?" Karl berbisik kepada Iris selepas bertemu keluarganya.

Iris hanya mengangguk, tahu bahawa perbualan itu perlu diadakan, tetapi untuk sekarang, mereka akan menikmati hari konvokesyen yang penuh bermakna ini.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top