Bab 26: Perpisahan dan Kerinduan

Bab 26: Perpisahan dan Kerinduan

Setibanya Karl di lapangan terbang, adik lelakinya, Ilham, sudah menunggu dengan wajah serius. Mereka tidak banyak bicara, masing-masing tenggelam dalam fikiran mereka sendiri. Karl hanya masuk ke dalam kereta, dan Ilham terus memacu laju menuju hospital.

Sesampainya di hospital, Karl dapat melihat suasana yang berat menyelubungi keluarganya. Ibu bapanya, bapa saudara, dan ahli keluarga lain duduk di luar bilik dengan mata yang merah dan air mata masih membasahi pipi mereka. Karl menghampiri bapanya dengan hati yang berat.

"Nenek dah tiada, Karl..." bapanya berkata, suaranya bergetar menahan sedih. Berita itu menghentam Karl seperti petir. Hatinya seakan terhenti seketika, meskipun dia tahu berita itu bakal tiba, ia tetap sukar diterima. Namun, Karl hanya mampu mengangguk, cuba menerima hakikat bahawa nenek yang amat disayanginya sudah pergi untuk selama-lamanya.

Hari itu berlalu dengan penuh emosi. Selepas urusan pengebumian selesai, malam itu diadakan kenduri tahlil kecil di rumah mereka. Doa dipanjatkan, dan kenangan tentang nenek memenuhi ruang rumah. Karl berusaha menenangkan dirinya, meskipun hatinya masih terasa kehilangan yang dalam.

Malam semakin larut, dan setelah segala urusan selesai, Karl akhirnya merebahkan diri di atas katil di bilik lamanya. Tangannya mencapai telefon, dan dia melihat pelbagai mesej takziah dari rakan-rakannya. Beberapa notifikasi dari Iris turut muncul. Dia melihat chat yang belum sempat dia balas. Karl membuka mesej dari Iris, yang penuh dengan rasa prihatin dan risau.

Tanpa berlengah, Karl terus membuat panggilan video kepada Iris. Wajah Iris muncul di skrin, jelas terpancar kesedihan dan kerisauan. "Karl... I'm so sorry. Kau okay?" Iris bertanya dengan suara lembut, matanya penuh simpati.

Karl tersenyum lemah, cuba menenangkan Iris. "Aku okay, sayang... segalanya dah berjalan dengan lancar. Nenek dah selamat dikebumikan. Aku reda... dah terima semuanya."

Iris menarik nafas panjang, jelas lega mendengar suara Karl yang tenang walaupun dalam situasi yang sukar. "Aku rindu kau, Karl... aku risaukan kau," Iris mengaku, air matanya hampir tumpah lagi.

"Aku pun rindu kau, Iris. Tapi jangan risau, aku kuat," Karl membalas, senyumannya sedikit lebih besar kali ini.

Perbualan mereka berlanjutan, mengurangkan sedikit perasaan sepi yang melanda hati masing-masing. Walaupun jarak memisahkan mereka, kasih sayang yang terjalin tetap terasa kuat. Ketika panggilan itu berlangsung, rasa letih dan emosional akhirnya menenggelamkan mereka. Tanpa disedari, Karl dan Iris tertidur semasa video call itu, telefon masih dalam genggaman.

Bagi mereka, ini ibarat tidur bersama seperti biasa, walaupun berada jauh beribu batu. Rasa rindu dan cinta mereka menghubungkan mereka dalam setiap detik yang berlalu.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top