Bab 19: Sentuhan Perhatian
Bab 19: Sentuhan Perhatian
Malam itu selepas selesai closing di restoran, Karl perasan sesuatu yang berbeza dengan Iris. Dia kelihatan lemah dan tidak seceria biasa. Karl, yang sedang mengemaskan meja terakhir, memerhatikan Iris dari jauh dengan rasa bimbang. Iris duduk di sudut restoran, kepalanya sedikit tunduk, dan wajahnya pucat.
Karl mempercepatkan tugasnya dan segera menuju ke arah Iris. "Iris, kau okay ke? Kau nampak tak sihat," dia bertanya dengan nada risau. Iris mengangkat kepalanya sedikit, senyum tipis terbentuk di bibir, tetapi jelas kelihatan yang dia tidak dalam keadaan baik.
"Aku tak rasa sihat, Karl. Badan aku rasa panas," jawab Iris dengan suara perlahan.
Karl menyentuh dahi Iris dan segera merasakan panas badannya yang tinggi. Tanpa berlengah, Karl memberitahu Pak Usop dan kawan-kawannya yang lain bahawa Iris perlu dihantar pulang segera. "Pak Usop, Iris tak sihat. Saya rasa lebih baik saya hantar dia pulang dulu."
Pak Usop mengangguk memahami, "Hati-hati, Karl. Jaga Iris elok-elok."
Karl kemudian memapah Iris keluar dari restoran, tangannya memegang erat tubuh Iris yang semakin lemah. Angin malam yang dingin menambah kerisauan Karl kerana suhu badan Iris semakin panas. Karl tahu bahawa berjalan pulang dengan Iris dalam keadaan seperti itu akan melambatkan mereka. Melihat keadaan yang tidak mengizinkan, Karl membuat keputusan untuk mengangkat Iris di belakangnya.
"Iris, aku angkat kau, okay? Kita tak boleh lambat. Kau perlu berehat," bisik Karl lembut.
Iris, dalam keadaan lemah, hanya mampu mengangguk kecil. Karl dengan pantas mengangkat Iris di belakangnya, memeluk erat tubuh Iris yang kecil itu. Langkahnya laju, tetapi hatinya penuh dengan kerisauan. Karl tak peduli dengan penat di badannya; yang penting baginya saat ini ialah keselamatan Iris.
Sampai di hadapan pintu rumah Iris, Karl membuka pintu dengan kunci yang diberikan Iris dan terus membawa Iris masuk ke bilik tidur. Karl dengan berhati-hati meletakkan Iris di atas katil, memastikan dia selesa. Melihat Iris yang berbaring di situ dengan wajah yang pucat dan berpeluh, hati Karl penuh dengan rasa simpati dan sayang.
Karl menyentuh dahi Iris sekali lagi, panasnya masih tinggi. Dia tahu Iris perlu lebih selesa, jadi dia membuka jaket tebal, baju, dan stoking yang dipakai iris.
Karl membasahkan sehelai kain dengan air dingin dan perlahan-lahan menyapu wajah, lengan, dan kaki Iris. Tindakan Karl yang penuh perhatian itu membuatkan Iris merasa sedikit lega, walaupun badannya masih lemah.
Baru sahaja Karl ingin bangun untuk pulang, Iris tiba-tiba memegang tangan Karl dengan lemah, "Karl, jangan pergi... Temankan aku," suaranya serak, tetapi nadanya penuh dengan harapan.
Karl tak mampu menolak permintaan Iris. "Okay, aku temankan," bisiknya lembut, dan dia duduk di sebelah Iris, membiarkan tangannya dipegang erat oleh Iris. Malam itu, di bawah cahaya lampu yang samar, mereka tertidur dengan perasaan yang tenang dalam kehangatan satu sama lain.
Malam itu, walaupun dalam keadaan sakit, Iris merasakan ketenangan yang luar biasa di samping Karl. Dan bagi Karl, menjaga Iris malam itu adalah perkara yang paling penting, tanda betapa dalamnya perasaannya terhadap gadis itu.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top