Teaser Hurt 🥲
“Ini… duit nafkah sepanjang iddah. Lepas ni, kita takkan berjumpa lagi.” Satu sampul surat dihulurkan kepada bekas isterinya.
Raiqa sambut huluran itu. Anak matanya masih memandang ke arah lain.
“Rumah yang awak duduk sekarang, saya dah bayarkan untuk tiga bulan akan datang. Lepas ni awak boleh cari kerja atau cari rumah lain kalau dah tak nak tinggal di sana.”
Raiqa masih membisu.
“Awak tak nak cakap apa-apa ke dengan saya?”
Raiqa sekadar menggeleng. Dia terus berjalan meninggalkan Daim. Merah menyala wajah lelaki itu melihat sikap biadap bekas isterinya. Dalam keadaan begini, Raiqa masih dengan ego sendiri.
Dek terlalu marah, dia berjalan laju ke arah Raiqa. Tangan wanita itu di tarik kasar. Terkejut Raiqa dengan perbuatan Daim.
“Macam mana aku boleh jatuh cinta dengan perempuan yang tak ada perasaan macam kau? Kau masih tak ada rasa malu lepas kau dah hancurkan hidup aku!”
“Aku tak salah apa-apa. Kau yang bodoh sebab jatuh cinta dengan aku.”
“Kau…”
Raiqa tarik lengannya dengan kasar. “Urusan kita dah selesai. Jangan risau. Ini kali terakhir kita berjumpa. Kalau ditakdirkan kita berjumpa lagi, anggap aje kita tak pernah saling mengenali.”
“Bagus. Memang itu yang aku nak. Jangan sesekali kau tunjuk muka kau depan aku lagi. Apa-apa yang berlaku dalam hidup kau lepas ni, bukan urusan aku!”
Raiqa tersenyum sinis. “Baik. Saya menurut perintah.”
Dia terus berjalan laju meninggalkan lelaki itu. Terhenyak Daim mendengar balasan Raiqa. Mata terpejam rapat. Tak sedar ada titisan air mata yang mengalir ke pipi.
“Kau betul-betul buat aku bencikan kau, Rai. Aku memang bencikan kau.”
Daim turut bergegas tinggalkan kawasan mahkamah. Selepas ini dia nekad akan memulakan kehidupan yang baru di tempat lain.
Raiqa terus balik ke rumah dengan menaiki teksi. Sampul yang berada di tangannya diramas kuat. Sedaya upaya dia cuba bertahan untuk tidak menunjukkan dirinya lemah.
Setibanya di rumah, dia melangkah masuk ke dalam rumah dengan perasaan bercampur baur. Anak matanya meliar di sekeliling ruang tamu. Saat anak matanya terpandang gambar perkahwinan mereka di dinding, tangisan yang ditahan sejak dari tadi terlepas juga.
Dia jatuh terduduk di situ. Tangisannya semakin menjadi-jadi. Dadanya ditumbuk berkali-kali untuk cuba menghilangkan rasa sakit di situ. Selama dua minggu ini dia sudah cukup terseksa menahan rindu terhadap Daim. Namun saat melihat keadaan lelaki itu baik-baik saja ketika di mahkamah, hatinya sedikit kecewa.
Mungkin lelaki itu sudah bahagia apabila terlepas dari terus menanggung beban. Dan beban itu ialah dia.
“Tutup mulut awak tu! Jangan nak biadap. Saya dah lama bersabar. Sepatutnya awak bersyukur masih ada tempat tinggal. Nak saya ungkit balik kisah hidup awak dulu? Bersyukurlah saya sanggup kutip awak dari hidup dalam neraka tu.”
Dia terus menekup kedua telinganya. Boleh dikatakan hampir setiap hari dia mendengar ayat itu. Terlalu sakit apabila orang yang paling dia percaya tergamak mengeluarkan kata-kata itu.
“Rai benci, abang. Benci sangat-sangat…”
💔
Ready stok.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top