Bab 1 ( part 1)

PERIT telinganya mendengar bebelan Puan Rosmah. Sejak dari tadi tak habis-habis nak salahkan dia. Hanya disebabkan dia tak membantu orang tua itu, dia dituduh seorang pemalas.

Bukan dia sengaja tak membantu mak su di gerai hari ini. Awal pagi lagi perutnya dah meragam. Setiap kali dia datang bulan, pasti dia akan meringkut kesakitan.

“Kau dengar tak apa aku cakap ni?”

“Dengar…” Malas-malas dia menjawab. Kalau dia menjawab panjang, silap hari bulan, ada juga makan penampar.

“Hari ni kau jangan nak merayap. Tolong cuci ayam tu. Potong kecil-kecil. Esok ada orang nak tempah nasi lemak ayam 50 bungkus. Lagi satu, gas dah habis. Pergi kedai Ah Wong, suruh dia hantar.”

“Suami kesayangan mak su tu tak boleh tolong ke belikan gas? Semuanya nak suruh Rai.”

“Eh, budak ni. Kau dah pandai nak arahkan aku.”

“Salah ke apa yang Rai cakap? Dah empat tahun dia jadi suami mak su. Tapi mak su aje yang bekerja. Kerja dia tu makan tidur aje dalam rumah ni.”

Menyirap darah orang tua itu. Dia berjalan laju ke arah Raiqa. Telinga gadis itu dipulas kasar. Menjerit Raiqa dek terlalu sakit.

“Kau tak payah nak ajar aku. Dia tu suami aku. Apa yang dia buat, bukan urusan kau?!”

Tangan mak su ditepis kasar. Dia turut berdiri. Kali ini dia sudah tidak mampu bersabar lagi. Selama empat tahun mak su hidup bersama pak su, dia sendiri melihat betapa bodohnya mak su dipergunakan.

“Mak su tak nampak lagi ke permainan pak su? Selama ni, dia hanya mintak duit dari mak su dengan alasan nak cari kerja. Takkan selama empat tahun ni tak pernah ada kerja. Tolonglah mak su jangan jadi buta disebabkan cinta.”

“Kau diam! Dari dulu lagi kerja kau tak habis-habis nak cari kesalahan suami aku. Setahu aku, pak su tu layan kau macam anak sendiri.”

Tergelak Raiqa. Berbulu telinganya mendengar kata-kata mak su. Anak sendiri konon. Kalau dah dianggap anak sendiri, tak perlu sampai nak ambil kesempatan.

“Mak su tanyalah apa yang pak su cuba nak buat dekat Rai? Selama ni mak su susah sangat nak percaya. Kalau sampai ceroboh masuk dalam bilik Rai pagi tadi, apa maksudnya?”

Terus berubah wajah Puan Rosmah. Tak mungkin suaminya sanggup berbuat begitu. Dia yakin anak saudaranya cuba membuat cerita.

“Memang pak su masuk bilik Rai. Pak su sebenarnya nak bagi hadiah sempena hari jadi Rai.”

Tiba-tiba muncul Encik Ghani dengan riak wajah yang polos. Makin meluat Raiqa. Ada saja akal orang tau itu untuk menutup kesalahan.

“Jadi betullah abang masuk bilik Rai?” soal Puan Rosmah.

“Ya, sayang. Abang masuk dalam bilik dia sebab nak bagi hadiah Rai. Kan abang ada tunjuk dekat Mah hari tu. Abang ingat nak letak dalam bilik dia. Tak sangka Rai tak pergi kerja pagi tadi.”

Puan Rosmah mencerlung tajam ke arah Raiqa. Kedua tangannya sudah berada di pinggang.

“Kau dengar apa yang pak su cakap tadi?”

“Semudah tu mak su percaya.” Kecewa Raiqa. Setiap kali dia mengadu, pasti ada saja alasan yang diberi oleh lelaki jahanam itu.

“Dah tentu aku percaya dia. Dia suami aku. Kau tu tak habis-habis nak cari kesalahan pak su. Agaknya kau tak suka aku berkahwin agaknya.”

Tersentak Raiqa. Sampai begitu sekali tuduhan yang diberi oleh mak su. Bibirnya diketap menahan geram. Tajam dia merenung wajah lelaki itu.

“Puaslah hati kau. Dapat hancurkan hubungan aku dan mak su!”

Terkulat-kulat Encik Ghani. Sehabis baik dia cuba bertenang. Puan Rosmah yang semakin berang terus menampar pipi anak saudaranya. Raiqa yang tak bersedia jatuh tersembam ke lantai.

“Mah!” Encik Ghani terus meluru ke arah gadis itu. Dia cuba membatu Raiqa tapi cepat saja dia menepis tangan lelaki itu dari terus menyentuh tubuhnya.

“Sejak kau dah makin besar ni, makin kurang ajar. Kalau kau rasa diri kau tu dah hebat sangat. Mampu hidup tanpa aku, kau berhambus dari rumah ni. Aku nak tengok siapa yang sanggup jaga budak tak kenang budi macam kau!”

“Mah, jangan cakap macam tu. Dia tu anak saudara kita.” Encik Ghani cuba memujuk. Habislah rancangannya jika Raiqa keluar dari rumah ini. Dah lama dia mengidam untuk menjamah pucuk muda itu.

Tubir mata Raiqa terasa hangat. Kali kedua dia mendengar dirinya dihalau. Empat tahun lepas, ayat inilah yang menyebabkan dia membuat kerja gila.

Tanpa membalas kata-kata mak su, dia terus melangkah keluar dari rumah itu. Suara jeritan mak su dah tak dihiraukan. Lantaklah kalau orang tua tu nak mengamuk. Yang penting, dia perlu bertemu seseorang untuk kurangkan sakit di hati.

🥲🥲

Kalau versi pendek dulu, tak ada sangat pasal orang tua ni. Dalam versi novel, kita boleh tahu apa punca Rai larikan diri🌹

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top