PUD 9 : Pickupline

AKU menyarungkan tudung di hadapan cermin. Kemudian mata melihat Qalish yang sudah lengkap dengan hoodienya. Aku tersenyum apabila dia menilik jam.

Biasalah, perempuan memang lambat nak bersiap. Lagipun aku lambat sebab pin tudung aku hilang! Boleh pulak dia nak main cak cak dengan aku? Setelah siap mempinkan tudung, kami keluar.

Kami berjalan jalan sekitar taman. Sempat pekena aiskrim sambil berjalan. Menikmati dunia luar. Qalish menunjukkan beberapa spesies bunga di tepi jalan dan menerangkan serba sedikit tentang pendebungaan. Aku mengangguk faham. Kemudian kami pergi makan untuk seketika. Ha, eloklah. Orang lain cuti study, kami berdua merayap jalan jalan. Aku perasan kebanyakan gadis mengerling ke arah Qalish. Sedikit sebanyak aku berasa bangga kerana aku yang berjalan di tepinya dengan gelaran isteri. Sebab Qalish ni wajahnya mampu memikat ribuan gadis. Aku cepat cepat istigfar untuk menghilangkan rasa riak yang menapak.

Kemudian aku memegang tangan Qalish. Perkara biasa apabila kami keluar jalan jalan. Kalau dia tak pegang dulu, aku yang akan pegang. Haha.

Kami menjelajah dunia luar hampir sehari suntuk. Sempat muat naik gambar melalui instagram. Kerja Qalish la tu! Saja nak aku masuk bilik disiplin lagi. Kalau aku masuk bilik disiplin sekali lagi, memang aku cekik dia. Qalish ketawa mendengar ugutan aku.
“Lawan pickup line nak?” ajak Qalish ketika kami duduk di sebuah bangku. Aku memikirkan seketika. Memang dunia sekarang ni pickupline berleluasa.

Lagipun tak berdosa pun kalau aku lawan pickupline dengan Qalish. Kami dah halal. Yang haram tu bila lawan pickupline dengan yang bukan mahram. Aku angguk.
“Okey, apa beza kau dengan kipas?” soal Qalish. Aku tersenyum.

“Kipas berpusing di siling tapi aku berpusing dalam hati kau.” Kataku sebelum tergelak. Nampak Qalish poker face melihatku. 

“Confident betul kau ni. Jawapannya salah! Kipas boleh menyejukkan manusia tapi kau boleh menyejukkan hati aku.” Kata Qalish sambil mengenyit mata. Aku mencebik geram. Tak apa! Ada ubi ada batas, hari ni juga aku balas!

“Apa beza kau dengan penyapu?”

Qalish diam seketika. Memikir. Hampir seminit berfikir baru dia tanya sebab dah tak tahu sangat dah jawapan. Nampak sangat taknak kalah!

“Bezanya, penyapu digunakan untuk menyapu sampah, tapi kau…”

“Aku menyapu semua kekurangan kau.”

Aku ternganga. Macamana dia tahu?

Pickup line tu aku yang cipta! Qalish tergelak melihat reaksiku. Aku pantas mencubit pipinya. Geram aku! Bagilah peluang untuk aku menang. Huh, competitive betul. Qalish menangkap tanganku di pipinya dan dia kembali tergelak. Aku memuncung.

Kami berhenti main pickup line sebab akhirnya aku kalah. Qalish menarik hidungku.

“Merajuk ke?” soal Qalish. Aku diam. Qalish sekali  lagi tergelak kecil lalu dia mengangkat daguku supaya mata kami bertentang.

“Kau bagilah banyak mana pickup line pun.. Yang penting kau dan aku sekarang dah ditakdirkan untuk bersama dan melengkapi satu sama lain.” Kata Qalish perlahan. Lembut matanya melihat aku. Aku terkaku. Terasa bagai dipukau untuk terus melihat mata coklat itu.

“Dah, jom.” Qalish menepuk lembut pipiku sekaligus membawa aku balik ke dunia nyata.

AKU tersenyum apabila membaca iklan itu.

“Kau nak join ke?” soal Syaza di tepiku. Gila taknak!

“Nak weh. Tapi aku kena tanya Qalish dulu. Haru juga kalau dia tiba tiba taknak bagi aku join. Menangis tak bersendu aku kalau benda tu jadi.” Syaza mengangguk faham.

“Pergi je lah.” Hampir tergolek aku dan Syaza apabila tiba tiba ada suara garau di belakang aku. Mahunya sakit jantung aku!

Aku merenung Qalish tajam manakala dia hanya bermuka serius sebelum berlalu pergi. Aku dan Syaza saling berpandangan sebelum kami menjerit gembira dan berpelukan. Qalish bagi greenlight! Pelajar lain yang lalu lalang memandang kami pelik. Peduli apa aku.

Balik tu, aku sangat hanya tersenyum kerana gembira. Beg aku mula diisi dengan baju. Tahu tak iklan apa yang aku baca tadi? Ha.. Aku dapat sertai perkemahan untuk pelajar menengah atas! Yeay! Dan.. Yang buatkan aku terkejut ialah Qalish turut menyertainya.

“Kau dah packing semua ke? Rilek aje aku tengok?” soalku musykil. Qalish yang meniarap itu terus duduk memandangku.
“Kau sedar tak yang kem tu minggu depan? Yang kau excited sangat ni kenapa?” Aku tersengih. Excited punya pasal sampai aku dah hampir siap packing untuk ke perkemahan tu. Qalish menggeleng melihatku sebelum dia membuat puppy eyes. Aku mengerutkan dahi. Haa.. Kenapa pula ni?

“Kau dah kenapa?” soalku pelik. Qalish tersenyum lebar.

“Nanti kau kemaskan baju aku sekali ya?” kelip kelip dia pandang aku. Ingat comel? Walaupun memang comel. Aku menjulingkan mata ke atas. Kemudian aku duduk di sebelahnya. Pipinya aku tarik. Qalish tergelak.

“Kau nak bawa baju mana ni?” soalku sambil memandang almari bajunya.

“Baju tshirt je. Aku tak pakai sangat kemeja. Baju melayu dua pasang. Lepastu seluar kau ambil je lah.” Kata Qalish. Aku angguk lalu mengambil beberapa helai bajunya dan diletakkan di dalam beg.

Hampir dua jam aku mengemas, barulah siap. Sekarang ni mata aku memang tunggu masa untuk tertutup je ni! Qalish masih setia mengulang kaji. Aku duduk di sebelahnya lalu aku melabuhkan kepala ke bahunya. Qalish menoleh memandangku.
“Pergi tidurlah dalam biliklah budak.” Kata Qalish. Rambutku dia gosok sebelum dia kembali memokuskan perhatian pada buku. Nampak dia tekan tekan kalkulator lalu menulis di buku. Matematik tak pun addmath.

Benci aku dengan dua subjek ni. Aku memejam mata. Mengantuk. Namun aku kembali tersedar apabila tubuhku melayang ke udara. Terus aku peluk erat tengkuk Qalish yang sedang mendukung aku.

“Mengada.” Kata Qalish sambil meletakkan aku di atas katil. Aku tergelak lalu menyelimutkan diri. Qalish turut baring di sebelahku. Kami saling menghadap antara satu sama lain. Qalish menarikku rapat ke dalam pelukannya. Mata dipejam rapat.

AKU dan Syaza mendengar taklimat daripada guru yang menguruskan kem ini.

Seperti biasa, dia hanya menerangkan sedikit sebanyak tentang atur cara semasa kem nanti. Aku ni dari pagi lagi teruja. Kami menaiki bas untuk ke kawasan kem tersebut.

Setelah tiba, kami diminta untuk membentuk sebuah kumpulan dan semua peserta wajib berada dalam kumpulannya sehingga kem tamat. Kumpulan dibuat berdasarkan cabutan gulungan kertas.

Aku tak tahulah aku sekumpulan dengan siapa sebab aku dapat kertas cabutan yang tertulis nombor 3. Kemudian para fasilitator memyuruh kami duduk dalam kumpulan. Aku menoleh mencari siapa yang dapat nombor 3 sepertiku.

“Satu! Satu!!”

“Empat!”

“Kumpulan tujuh sini!”

“Tiga!” terus aku berpaling apabila terdengar jeritan tiga. Tapi suara tu.. Macam aku kenal. Dan sangkaan aku tepat apabila aku nampak Reena sedang menjerit nombor tiga. Aku? Sekumpulan dengan dia? Ya Allah… perlahan lahan kakiku melangkah ke arahnya.

Kami duduk dalam satu bulatan. Satu kumpulan mengandungi 5 orang dan seorang akan menjadi ketua yang perlu dilantik.

“So! Siapa yang nak jadi ketua?” soal Arif, salah seorang ahli kumpulan aku.

“Entah. Aku okey je siapa siapa pun.” Kata Minna yang juga sekumpulan denganku.

“Aku pun.” Kata aku. Aku memang okey je sebab aku tak kisah sangat pasal ketua ketua ni.

“Why not kalau Qalish yang jadi ketua? Well, dia kan dah berpengalaman sebagai ketua pengawas, so awak okey kan?” soal Reena sambil menyendol siku Qalish. Ya! Cuba teka? Aku dengan Qalish pun satu kumpulan rupanya.

“Tapi kita kenalah bagi peluang dekat orang lain untuk merasai apa pengalaman jadi ketua. Jadi saya rasa lebih baik kalau Arif yang jadi ketua.” Kata Qalish memandangkan hanya dia dan Arif sahaja kaum Adam dalam kumpulan kami.

Akhirnya kami bersetuju untuk memilih Arif sebagai ketua kumpulan. Kami mula melakukan aktiviti seperti menyusun puzzle gergasi dimana kami perlu mencari dan menyusun kepingan pecahan gambar supaya menjadi satu gambar yang bercantum.

Aku mula mencari kepingan puzzle di sekitar taman. Habis pasu dibelek dan diangkat. Tapi tiada. Kemudian aku mencari di atas tanah. Manalah tahu dia tanam ke, kan?

“What are you doing? Cari elok elok lah sikit. Kalau kau cari macamni, sampai esok takkan jumpa kan? Lepastu habis kumpulan ni kalah sebab kau.” Kata Reena apabila melihat aku yang sedang mencari sesuatu di tanah itu. Aku mendongak seketika lalu kembali mencari. Taknak bergaduh memandangkan aku kena hadap muka dia lagi selama tiga hari ni. Reena menjeling sebelum dia berlalu ke arah Qalish yang sedang mencari puzzle. Aku mencemik meluat.

Kemudian aku terpandang satu kepingan puzzle di celah pelapik pasu. Terus aku mengambilnya. Rasa gembira tak payah cakaplah, nak melompat aku rasa. Terus aku membawa kepingan itu ke tempat puzzle. Tapi..

Entah manalah silapnya, kakiku disadung dan aku terjatuh.

“Arghhhhh!!!!” jeritku.

“Opss… sorry.”  Aku dengar satu suara meminta maaf dengan tidak ikhlas. Eyka dengan muka tidak bersalahnya memandangku dan menunduk lalu mengambil kepingan puzzle di tangan ku dan berlari pergi. Aku mengurut kakiku.

Baru sahaja ingin bangun, aku kembali jatuh. Terasa sakit yang amat di buku laliku. Rasa nak menangis.

“Isya.” Aku nampak Syaza sedang berlari lari anak ke arahku.

“Kau kenapa ni?”

“Kaki aku.. Sakit..” aku memegang kakiku. Syaza memandang sekeliling.

“Kejap aku panggil Qalish.” Tanpa sempat aku menjawab, Syaza sudah pergi. Tak sampai seminit, kelihatan Qalish berlari ke arahku. Dia melutut di kakiku.

“Macamana boleh seliuh?” soal Qalish apabila melihat kakiku yang sedikit lebam. Aku menggeleng. Bukan nak jadi cinderella ya, tapi aku malas nak bergaduh dengan gedikdivas tu. Qalish memegang pergelangan kakiku. Semakin ramai orang yang mengelilingi kami untuk melihat apa yang berlaku.

“Arghhh.. Sakit..” mataku automatik berkaca apabila dia menggerakkan kakiku.

“Sikit je. Tahan.” Kata Qalish. Syaza memeluk bahuku. Qalish menggerakkan pergelangan kakiku. Aku mengetap bibir menahan sakit. Air mataku juga turun.

“Sakit! Qalish…” aku cuba menepis tangannya. Qalish tidak menghiraukan malah terus menggerakkan pergelangan kakiku. Sakit. Sumpah sakit.

“Kenapa ni?” salah seorang fasi datang ke arah kami. Mungkin kerana melihat ramai orang yang mengelilingi kami.

“Seliuh.” Beritahu Syaza. Qalish kemudian bangun dan memegang bahuku menggantikan Syaza.

“Cuba bangun.” Kata Qalish. Tangannya memaut erat bahuku kerana bersedia jika aku terjatuh. Aku bangun dan aku terus memandang Qalish.

“Dah tak sakit!” kata aku teruja. Qalish melepaskan pegangan di bahuku dan melihat kakiku. Serius aku dah tak sakit. Fasi yang baru ingin membantuku tadi turut tercengang. Aku nampak Qalish meraup wajah dan terus berlalu pergi.

Okey… kenapa aku rasa tak sedap hati?

Tanpa menghiraukan pandangan orang sekeliling, aku mengejar Qalish.

“Qalish! Qalish!” aku melintasi dan melihatnya. Nampak mukanya sedikit kemerahan.

“Kenapa?” soalku. Qalish menghela nafas.
“Macamana kaki kau boleh seliuh?”soal Qalish serius.

“A.. aku jatuh.” Kataku gugup. Tak apalah, menipu demi kebaikan.

“Jangan buat aku risau boleh tak? Tak perlu nak sakitkan diri sendiri untuk menang. Kalau kaki kau patah tadi macamana?” soal Qalish. Aku diam. Kepalaku menunduk. Tak berani memandangnya.

“Sorry” pintaku walaupun bukan salah aku. Qalish mengeluarkan tisu dari poket seluarnya dan diberi padaku.

“Lap muka tu. Dah macam badut aku tengok.” Qalish mula senyum. Membuatkan aku turut senyum.

Ini pun salah satu perangai Qalish. Dia cepat marah dan dia cepat terpujuk.

Tisu aku ambil dan lap muka aku yang comot dengan air mata akibat urutan dari dia.

“Boleh join lagi tak?” soal Qalish. Aku mengangguk. Kaki aku dah tak sakit. Kami mula mencari kepingan puzzle. Dan tugasan ini dimenangi oleh kumpulan 5 manakala kami mendapat tempat kedua.

Malam itu, kami meneruskan aktiviti kotak beracun. Kami diminta berkumpul dalam kumpulan. Bantal hello kitty dijadikan sebagai benda beracun. Dan jika sesiapa yang memegang bantal itu ketika lagu yang dimainkan berhenti, dia perlu melaksanakan tugasan yang diberi.

Aku memang habis membaca mantera dan doa doa supaya aku tak kena denda tu. Aku taknak buat arahan tu!

Setelah hampir dua jam bermain dan dah beberapa orang yang terkena denda, lagu sekali lagi dihentikan dan bantal itu berada di tangan Qalish. Membulat mataku sebelum kami tergelak.

“Okey… pelajar yang pegang bantal sila berdiri dan cabut kertas.” Seorang fasi menghulurkan kotak berisi kertas kearah Qalish. Qalish dengan terpaksa mengambil satu kertas.

“Cakap I Love You dekat salah satu pelajar perempuan.” Terdengar sorakan para pelajar. Gamat dewan itu dengan siulan. Beberapa fasi juga tersenyum nakal terutama fasi perempuan. Aku turut tergelak. Nak tengok juga macamana bila Qalish bagi  ayat cinta dekat budak perempuan lain. Haha.

“Okey, pilih satu pelajar perempuan. Kalau segan, boleh pilih para fasi perempuan.” Kata fasi.

“Siapa pilihan awak?” soal fasi itu sambil menghalakan mikrofon ke arah Qalish.

“Saya pilih rakan sekumpulan je lah. Irsya Qisteena.” Sekali lagi riuh dewan itu dengan suara pelajar. Aku bangun setelah disuruh. Mataku merenung mata coklat mudanya.

Alah. I Love You je pun. Sebelum ni kitorang siap lawan pickupline lagi! Qalish berdehem.

“I love you.”  Kata Qalish dengan suara mendatar dan pantas. Nampak sangat fake! Aku cuma senyum. Kami kembali meneruskan permainan.

Yang peliknya.. Kenapa aku rasa teruja bila dia cakap I Love You pada aku? Dan aku tahu dia tidak maksudkan benda tu.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top