PUD 7 : Date

AKU khusyuk membelek telefon. Mencari gambar gambar untuk dijadikan ilham melukis. Qalish duduk di tepi aku.

“Kenapa kau masuk bilik disiplin tadi?” soal Qalish. Aku menoleh pantas.

“Macamana kau tahu?” soalku pelik. Dia ada spy ke apa?

“Aku nampak masa nak hantar kerja rumah. Kau masuk dengan Syaza dan dua orang lagi tu. Kau ada buat salah apa?” soal Qalish. Aku mencemik. Aku pulak yang dia tuduh buat salah. Aku tak buat apa apa pun!

“Tak ada apalah.” Kataku malas. Tiba tiba rasa bengkak hati dengan Qalish. Qalish merenung muka aku sebelum tersenyum senget.

“Aku tak cakap kau buat salah. Aku cuma tanya lah Isya. Sensitif betul.” Kutuk Qalish sambil mengerling skrin telefon aku. Aku menjeling.

“Kau tu salah. Kalau kau tak update gambar masa kita dekat rumah mama haritu, si gedik tu takkan cari pasal dengan aku dan aku takkan naik angin tau tak?” soalku geram. Lepas semua amarahku pada Qalish. Qalish mengerutkan dahi. Mukanya blur  seketika.

“Oh.. Gambar tu ke? Haha.” Aku tercengang.

Dia. Ketawa?! Like seriously?!

“Kau tak patut ketawa tau!” kataku geram. Bahunya aku tepuk.

“Nampaknya aku terlalu kacak untuk korang bergaduh.” Itu pula yang keluar dari mulutnya dan serius sekarang ni aku rasa nak terajang orang!

“Habistu diorang ada apa apakan kau tak?” soal Qalish apabila ketawanya reda. Nada suaranya kali ini agak serius. Aku menggeleng. Sakit jugalah kepala aku bila terasa tudung ditarik tadi. Tapi tak adalah teruk sangat sampai nak mengadu semua dekat Qalish. Wajah Qalish juga sedikit kelegaan apabila aku menggeleng.

“Kau dah tahu nak lukis apa?” aku angguk.
“Kita teruskan macam yang aku lakar tadilah. Rasanya dah cantik kut.” Kataku. Qalish hanya angguk. Turut bersetuju. Kemudian Qalish mengangkat tangannya mengisyaratkan aku agar berada di pelukannya. Aku akur lalu menyandarkan kepalanya di bahunya dan dia memeluk bahuku. Kami sama sama diam.

“Aku rasa pelik bila kita dah jadi suami isteri dalam usia macamni. Orang lain semua enjoy je.” Kataku perlahan.

“Kau menyesal?” Qalish menyoal perlahan.
“Tak. Langsung tak. Cuma aku tak sangka aku akan jadi isteri dalam usia 16 tahun. Aku takut kalau suatu hari nanti semua terbongkar. Apa yang diorang akan cakap dekat aku nanti. Mesti diorang tuduh aku bukan bukan.” Aku berkata jujur.

“Diorang tak ada hak nak pertikaikan kau, Isya. Sebab diorang tak tahu apa kisah yang sebenarnya terjadi sampai kita jadi macamni. Kenapa kau nak peduli tentang cakap orang sedangkan kita tahu perkara sebenar? Dan yang paling penting, Allah tahu apa yang jadi.” Aku mengutuk diri yang berfikiran cetek. Qalish betul. Dan aku bersyukur bila aku masih berpeluang menjaga kehormatan diri aku. Dan aku tabik dengan Qalish yang memahamiku.

Jujur aku cakap, Qalish sangat sangat memahamiku. Dia hormatkan aku walaupun aku isterinya dan aku hak dia. Tapi dia tahu yang aku masih trauma dan belum bersedia untuk menjalankan tanggungjawab aku yang satu tu. Dia tak pernah minta aku tunaikan tanggungjawab itu walaupun aku wajib beri jika dia minta.

Aku sayang kau, Qalish.

“Isya?” aku tersedar apabila dia memetik jari di depan mataku. Terus aku mencari matanya.

“Kau termenung apa sampaikan aku panggil tiga kali tak dengar.”

“Kau cakap apa?” soalku kembali. Qalish menggeleng lalu tersenyum nipis. Kemudian aku bangun dari pelukannya.

“lets have fun tonight.” Kataku sambil tersenyum misteri. Qalish mengerutkan dahi tanda tidak mengerti.

“Well. Kita buat macam apa yang couple remaja sekarang buat. Lets have a date. Cuma bezanya, kita dah halal.” Kataku. Qalish diam.

“Kau tak takut? Bukan ke selama ni kau takut ada spekulasi pasal kita? Nanti kalau orang tahu macamana?” soal Qalish. Aku menjongket bahu.

“Biarkan mereka dengan fikiran mereka. Aku dah penat la nak serabutkan kepala dengan kata orang. Ini hanya pasal kita. Sekurang kurangnya dia orang akan anggap kita berdua sebagai kekasih yang bercinta pada zaman sekolah. Aku yakin mereka takkan terfikir yang kita ni dah kahwin.”

Qalish tersenyum sebelum rambutku diusap lembut.

“Good. You’re one step ahead now.” Kata Qalish puas hati. Aku senyum.

“Aku bersiap kejap.”

KAMI memang macam pasangan bercinta. Bergelak sakan di restoran dan makan malam bersama. Seperti yang aku cakap, Qalish seorang yang berbeza bila bersama aku berbanding dengan orang lain. Dia sentiasa senyum dan suka mengusik sehingga aku berasa di awang awangan. Sangat berbeza dengan muka ketatnya semasa di sekolah.

Kemudian kami ke mall. Misi mengikis duit Qalish. Haha.

“Cantiknya..” bisik aku sambil melihat sehelai baju sendat berwarna merah. Sangat memenuhi citarasa aku. Tapi terlalu seksi. Aku nak pakai bila? Mahunya pengsan si Qalish tu tengok aku pakai baju macamni. Haha. Mana pernah aku pakai benda macamni dekat rumah. Kemudian Qalish berdiri di tepi aku setelah selesai memilih barangnya.

“Hey.. Look.” Kata Qalish sambil menayangkan dua phone case padaku. Mataku membulat teruja.

“Cantiknya! Mana kau rembat ni?” soalku sambil mengambil dua phone case. Satu untuk iPhonenya dan satu untuk Sony aku. Tapi corak sama! Sangat cantik dan sangat nampak macam case untuk pasangan.

“Aku tempah. Suka?” soal Qalish. Aku mengangguk. Dia senyum lalu melihat baju merah yang aku berkenan tadi.

“Wow.. Kau nak ke baju ni. Tak salah kalau beli.” Kedengaran miang suara Qalish. Aku menepuk bahunya. Ada je dia nak buat aku geram. Qalish ketawa. Kemudian dia memegang tangan kecilku mengelilingi kawasan lain. Aku menggenggam tangannya kuat apabila melihat gula gula kapas.

“Kenapa?” Qalish seolah olah tahu bertanya.

“Tu..” kataku sambil menunjuk ke arah gula gula kapas. Qalish menggeleng.

“No. That’s too sweet. Bahaya tau tak?” soal Qalish. Aku mencemik sambil membuat puppy eyes. Qalish merenungku.

“No.” sepatah daripada Qalish. Tapi buatkan aku nak menangis. Aku cuma nak gula gula tu sikit je. Benda lain dia bagi kenapa benda manis tak boleh? Qalish mengeluh melihat mataku yang sedikit berair.

“Let’s get something else to eat.”

“I’m not hungry!” kataku memprotes. Kemudian aku melepaskan genggaman tangan kami dan terus berlalu pergi.

“Isya!” panggil Qalish sambil cuba mengejarku tapi disebabkan manusia yang agak ramai di mall itu menyukarkan perjalanannya. Akhirnya kelibat Qalish hilang. Aku menghela nafas geram. Kakiku mula berjalan tanpa arah. Bukan selalu aku minta benda manis macamtu!

Semakin lama aku berjalan, semakin aku rasa takut kerana berseorangan walaupun mall ini ramai pengunjung. Kaki aku mula mencari kelibat Qalish kembali. Aku perlukannya. Tapi manusia lain membataskan penglihatan aku. Aku mula berdebar. Jangan cakap dia tinggal aku dekat sini sudah! Menangis tak bersendu aku nanti. Aku mengeluarkan telefon dari dalam beg. Kemudian aku menepuk dahi.

Kenapa aku buat telefon aku silent?

Banyak missed call dari Qalish. Aku mendail nombornya. Belum sempat talian bersambung tiba tiba ada tangan menyentuh bahuku. Terus aku menjerit kerana terkejut. Kepala toleh ke belakang.
Qalish.

Terus aku memeluknya.

“Sorry.” Katanya.

“Tak.. Aku minta maaf. Aku tak patut merajuk hanya disebabkan benda macamni.” Kataku ikhlas. Nampak wajah Qalish yang penuh kelegaan apabila jumpa aku. Aku turut bersyukur bila dia tak marah aku. Qalish memberi plastik kepada aku. Aku mengerutkan dahi sebelum tersenyum lebar. Terus aku mengambil plastik gula gula kapas itu dan memeluknya kembali.

Ditengah tengah pasaraya. Haha.
Qalish memimpin tanganku apabila kami berada di kawasan lapang.

“Cantiknya..” bisik aku sambil mendongak merenung bintang di langit yang bertaburan rawak. Qalish turut mendongak.

“Kan?” soalku. Qalish angguk. Kemudian dia terus merenung bintang. Seolah olah ada sesuatu pada bintang itu.

“Kau pandang apa?” soalku sambil mencari apa yang pelik pada bintang di langit itu. Malangnya tiada.

“Entah. Tapi aku rasa tenang. Rasa aman dengan semua ni.” Qalish mendepakan tangannya ke langit malam. Aku merenungnya pula.

“Kau ada masalah kan?” soalku perlahan. Benda yang dah lama aku perasan. Mungkin dia berjaya berlakon gembira di hadapan orang lain, tapi dengan aku dia gagal. Sebab aku nampak yang dia sebenarnya hanya berlakon gembira.
Qalish tidak menjawab malah hanya merenung ke langit. Aku turut merenung ke langit. Tidak mahu memaksa sebab aku faham jika dia perlukan privasi untuk dirinya. Perlahan lahan aku memeluk Qalish yang masih mendepakan tangan ke langit. Dapat aku rasa yang Qalish terkejut dengan tindakan aku. Aku mendongak ke langit.

“Thanks.” Bisik Qalish perlahan sambil membalas pelukan aku. Aku mengerutkan dahi. Terima kasih untuk apa? Aku hanya diam.

SHOUTOUT

NurAshaWawa
Euwww nak muntah siak 😭

Comment below for shoutout ♡

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top