PUD 6 : Bilik disiplin

SEPERTI yang dijangka, memang aku jadi famous kerana gambar itu. Semua interview aku kecuali Syaza dan Firas kerana mereka sudah tahu status kami.

“Kami cuma terserempak dan kami duduk berdekatan. Jadi kami pun berjalan jalan lah.” Itu kataku.

Tiba tiba mejaku ditepuk kuat. Terdongak aku disebabkan terkejut. Eyka dan Reena. Atau nama lainnya, Gedikdivas.

“Apa yang kau buat dengan Qalish hah? Kau menggatal dengan dia?” soal Reena. Matanya mencerun tajam ke arahku.

Kalaulah mata dia tu pedang, dah mati aku dekat sini.

“Kau tahu kan Qalish tu boyfriend kami?” soal Eyka pula. Amboi.. Bila masa pula laki aku ada makwa nauzubillah macam korang ni?

“Kau jangan berani dekat dengan Qalish. Or else, kau akan terima akibatnya nanti.” Kata Reena mengugut. Aku hanya menyabarkan hati. Taknak meletup, nanti risau terbunuh pula dua dua gadis gedik tu.

“Tapi Reen, I yakinlah yang Qalish tu tak suka kan budak ni. Entah entah budak ni yang goda Qalish.” Sampuk Eyka. Aku menepuk meja kuat. Hampir seluruh rakan sekelas berpaling ke arahku.

“Kau ingat kau tu cantik sangat ke sampai nak jadi makwa Qalish? Muka macam berus jamban tak siap ada hati nakkan Qalish. Korang tu, kalau bagi free pun aku yakin Qalish taknaklah! Jangankan Qalish, orang OKU pun taknak dengan manusia perangai nauzubillah macam korang ni!” kataku geram. Gedikdivas terkelu. Ha.. Main main lagi dengan aku.

“Kurang ajar!” jerit Reena sambil menarik tudung sekolahku. Eyka turut menyertainya. Aku memegang tudungku bimbang terlucut sambil menarik rambut Eyka dan Reena hanya menggunakan satu tangan.

“Arghhh!!” jerit mereka berdua. Syaza meleraikan kami namun tidak berjaya kerana tudungnya turut direntap oleh Eyka. Syaza yang sememangnya kepala angin itu terus menampar pipi Eyka. Nasib baik tudungnya tidak terlucut.

“Auch!!” jerit Eyka apabila pijar pipinya ditampar oleh Syaza.

“Hei! Kamu berempat! Jangan bergaduh!” marah Miss Elis. Guru disiplin di sekolah kami setelah ada pelajar yang melaporkan bahawa ada pergaduhan di kelas 4 Fairuz.
“Pergi bilik disiplin sekarang.” Arah Miss Elis. Kami berempat hanya akur sambil berjalan ke bilik disiplin. Masa perjalanan pun sempat kami bergaduh. Nasib baik Miss Elis jeling tajam.

“Okey, terangkan apa masalah kamu semua.” Pinta Miss Elis sambil memandang satu persatu wajah kami. Semua menunduk. Termasuk aku. Ngeri weh tengok mata Miss Elis yang macam nak telan kami semua hidup hidup.

“Cepat. Atau awak nak saya bawa awak semua ke bilik pengetua?” ugut Miss Elis.

“Dia yang tarik tudung saya dulu Miss.” Kataku. Takut apabila mendengar ugutannya. Taknak aku bersemuka dengan pengetua. Bersemuka dengan Miss Elis ni pun buatkan aku rasa nak terkencing dalam kain, apatah lagi dengan pengetua.

“Tapi dia yang cakap kurang ajar dengan saya!” kata Reena.

“Apa yang awak cakap pada dia, Irsya?” soal Miss Elis setelah membaca teg nama pada tudung sekolahku.

“Dia tuduh saya cuba goda Qalish. Takkan saya nak diam diri macam orang bodoh je?” soalku.

“Qalish? Apa kaitan dia dengan cerita awak semua ni?” soal Miss Elis apabila nama ketua pengawas dikaitkan.

Syaza mengeluarkan telefonnya lalu diberikan gambar itu kepada Miss Elis. Miss Elis hanya merenung gambar tersebut. Kemudian dia pandang aku.

“Kamu ni ada apa apa ke dengan Qalish tu?” soal Miss Elis kepada aku. Aku terdiam. Nak jawab apa ni? Agak agak dia pengsan tak kalau aku bagitahu yang aku ni isteri Qalish?

“Dia ni cuba goda Qalish. Sebab tu dia sengaja buat buat terserempak dengan Qalish sebab nak tarik perhatian Qalish.” Sinis suara Reena. Aku dijeling tajam.

Tak, sekarang ni apa masalah dia? Dia tu makwa Qalish ke apa sampai nak naik angin macam tu? Geram pulak aku. Sepatutnya aku yang naik angin tau? Dia tuduh aku macam macam. Lain kali, sebelum bercakap tu fikir guna akal bukan guna siku!

“Tengok? Dia diam maknanya kami betul. Memang dialah yang gedik selama ni!” kutuk Eyka pula.

“Kau ada bukti ke yang Isya salah? Kau tu jangan nak memfitnah sangat! Kau tak tahu apa yang terjadi kan? Diam je lah!” marah Syaza.

“Enough. Saya bukan nak dengar korang bergaduh dekat sini.” Kata Miss Elis tegas. Terdiam kami dibuatnya.

“Saya nak korang berbaik. Matanglah sikit. Korang dah tingkatan empat tau. Takkan masih nak bergaduh hanya kerana seorang lelaki?” Soal Miss Elis.

“So.. Peace offering?”  Miss Elis menjongket keningnya tinggi.

“Aku minta maaf.” Kataku tidak ikhlas gara gara taknak panjangkan hal di bilik disiplin ini.

“Sama.” Kata Reena juga kedengaran tidak ikhlas. Mungkin dia juga berfikiran sepertiku. Takpa.. Nanti di luar bilik disiplin aku akan adakan perlawanan WWE dengan dia.

“Good. Lepasni saya taknak dengar lagi ada pergaduhan antara korang. Kalau tidak, saya akan bawa awak berempat ke bilik pengetua.” Kata Miss Elis. Kami terus keluar setelah mendapat izin dari Miss Elis.

AKHIRNYA tibalah hari di mana aku memberi seratus peratus fokus terhadap lukisan. Tarikh untuk mula menghasilkan lukisan sudah diumumkan iaitu pada hari ini dan lukisan itu perlu dihantar dua minggu dari sekarang. Aku masih perlu belajar. Aku akan perlu melukis pada setiap petang. Aku juga disediakan bilik lukisan khas untukku oleh pihak sekolah.

Qalish turut menemaniku bersama seorang guru lukisan iaitu Cikgu Diana. Pelik juga Cikgu Diana bila Qalish menawarkan diri untuk menemaniku. Tapi entah alasan apa yang diberi oleh Qalish sehingga Cikgu Diana setuju untuk membenarkan Qalish menemaniku bersamanya.

Tujuan Cikgu Diana menemaniku ialah untuk mengelakkan aku dari menipu dalam pertandingan ini. Walaupun kami memang inginkan kemenangan, tapi bukan dari penipuan. Oleh itu, dia akan memerhatikan aku untuk memastikan bahawa lukisan itu seratus peratus dari hasil tanganku sendiri.

Qalish sedikit sebanyak turut membantu dari segi pemilihan tema dan warna untuk lukisan. Kami menggunakan tema fairytale untuk lukisan aku. Qalish turut menolong memilihkan warna untukku. Aku tak faham kenapa Cikgu Diana bagi dia tolong aku padahal aku menyertai pertandingan ini secara individu. Apa apa lah. Sekurang kurangnya ada pembantu.

“Kau buat shining sikit dekat sini.” Kata Qalish.

“Sabarlah. Aku baru je nak lakar. Nanti nak siap jangankan shining, dengan fireworks aku tempek dekat kanvas ni.” Kataku. Qalish senyum nipis. Aku hanya melakar mengikut imaginasiku. Pensil tumpul aku larikan di sekeliling kanvas. Qalish tunak memandang perbuatanku.

“Kenapa guna pensel yang tumpul?” soal Qalish memecahkan sunyi. Aku menoleh seketika sebelum kembali melakar lukisanku.

“Kalau kau guna pensel tajam, nanti susah nak padam bila nak lukis nanti. Lagipun nanti ada bekas bila kita padam kalau guna yang tajam punya.” Kataku. Aku ni bukannya pandai melukis sangat pun. Aku bercakap berdasarkan pengalaman aku.

Qalish mengangguk faham sebelum dia mengambil satu pensel tajam di atas meja. Terus dia menumpulkan mata pensel itu.

“kenapa kau tumpulkan?” soalku pelik. Dia nak melukis ke apa?

“well.. Nanti lagi senang kau nak melukis kalau ada stock pensel macamni.” Kata Qalish sambil meletakkan pensel yang sudah tumpul matanya di dalam bekas lukisan dan mengambil pensel tajam yang lain lalu terus menumpulkannya. Aku hanya menggeleng. Pelik pelik perangai dia.

Takpalah, asalkan dia bahagia. Haha.

“Okey. Sekarang dah pukul 5.30 petang. Awak berdua boleh balik. Nanti esok kita sambung lagi.” Kata Cikgu Diana memecahkan sunyi. Aku menggeliat.

Lenguh rasanya bila kena duduk je. Ye lah, mana ada orang melukis sambil berlari kan? Aku mengemas barang dan Qalish keluar terlebih dahulu supaya tidak disyaki oleh Cikgu Diana. Setelah mengucapkan selamat pulang, Cikgu Diana turut keluar. Kemudian aku lihat Qalish kembali masuk.

“Jom.. Balik.” Ajak Qalish sambil menyelukkan tangannya ke dalam poket seluarnya. Aku hanya akur sambil mengambil beg dan terus berlalu keluar.

“Kita makan dulu lah.” Kata Qalish sambil memarkirkan kereta di hadapan sebuah gerai. Gerai biasa biasa je. Lagipun itu yang terdekat. Biasanya aku yang masak tapi sebab kami dah ada kelas melukis pada petang, itu yang tak berapa sempat nak makan tu. Aku memang pandai masak. Hasil paksaan mama aku. Dia cakap kalau pandai masak lagi bagus. Dan aku bersyukur bila mama paksa aku belajar masak. Sekarang aku dah boleh masak untuk Qalish.

“Nak makan apa?” soal Qalish.

“Aku nak makan aiskrim! Lama gila tak makan aiskrim.” Kata aku teruja. Memang lama aku tak makan aiskrim. Tambahan lagi bila ada menu aiskrim di gerai itu. Cuaca pun panas ni. Memang baik la. Qalish hanya angguk sebelum berlalu untuk memesan makanan.

Hai guys...  Act.. Eycha nk buat suatu benda ni. Klau korg nk lah :)

Eycha akan buat shoutout utk satu atau dua komen di previous chapter.

Tak faham?

Okay.. Macamni.. Kalau korang komen di bab ini (tak kisahla komen apa pun) eycha akan pilih satu atau dua komen untuk dicopy dan diletakkan di bab seterusnya. Dan eycha akan tag korang.

Kebaikan?

Ya.. Kebaikannya, ia dikira macam promote account. Haha.

Kalau tak ada orang komen?

Ha.. Klau xde, tak ada lah shoutout. Hahah.

Bermula next chapter ya.. So komen cepat² pada bab ni ~♥~






Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top