PUD 5 : Notification
PADA cuti sekolah, Qalish membawaku pulang ke rumah orang tua aku. Aku memang teruja habis. Tambahan bolehla aku hilangkan rasa gemuruhku. Walaupun pertandingan melukis tu lepas cuti sekolah, tapi aku dah mula rasa gemuruh.
Perjalan yang mengambil masa agak lama itu membuatkan aku mengantuk. Tapi aku tak nakla tidur. Kesian Qalish nanti mesti dia rasa bosan.
Tapi masalahnya mata aku ni derhaka dengan tuan dia! Boleh pula terlelap. Bangun bangun je, aku dah sampai di perkarangan rumah.
“Dah sampai?” soalku dengan suara serak. Biasalah, aku rasa hampir sejam juga lah aku tidur. Qalish menoleh dengan pantas.
“Terkejut aku. Kau ni.” Rungut Qalish. Aku hanya tersenyum sebelum menggeliat malas. Kami terus keluar dari kereta. Aku berlari memeluk ibu aku manakala Qalish mengangkat beg pakaian kami. Cuti seminggu kan. Haha.
“Mama! Isya rindu mama!” adu ku. Maklumlah, aku ni kan anak tunggal. Jadi aku terlebih manja la sikit. Hehe.
“Ya Allah budak ni. Tak bagi salam apa terus peluk je.” Kata mama sambil membalas pelukanku. Aku hanya senyum. Rindu punya pasal. Qalish pula bersalam dengan mama aku.
“Papa mana?” soal Qalish.
“Kerja. Nanti dia balik la tu.” Jawab mama. Qalish angguk manakala aku mencemik.
“Sampai hati papa kerja? Kan harini Isya balik.” Kataku berjauh hati. Pelukan aku lepaskan. Ini yang nak merajuk dengan papa ni!
Bahuku dipaut oleh Qalish.
“Papa kerja untuk family juga. Dah, jangan nak merajuk. Kesian papa, penat balik kerja kena menghadap muka merajuk Isya pula.” Kata Qalish. Aku hanya akur. Mama pula tersenyum.
“Dah jadi isteri orang pun manja lagi anak mama ni?” aku memuncung. Takkan dah jadi isteri orang terus tak boleh manja dengan ibu bapa kut?
“Dah, jom masuk. Mama dah masak lebih hari ni.” Mama terus masuk diikuti aku. Aku biarkan Qalish angkat beg. Memang selalu kalau pergi mana mana dia yang jadi cinderqalish. Aku jadi mak tiri. Haha.
Aku membulatkan mata melihat makanan yang mama masak. Semuanya kegemaran aku! Sayang mama!
“Argh!!!” terkejut aku apabila ada tangan menekup mataku.
“Qalish jangan main main lah!” marahku sambil menepis tangan Qalish. Hei dia ni dekat rumah mama aku pun sempat lagi nak bergurau. Terus aku berpaling ke arahnya namun, apa yang aku nampak buatkan aku rasa nak melompat gembira.
“Papa!!” jeritku sambil memeluk tubuh papa.
“Amboi garang anak papa.” Usik papa. Aku tersengih. Dia tak tengok lagi macamana aku bila berdua dengan Qalish. Mahunya sakit jantung tengok perangai anak gadis dia yang seorang ni.
“Sampai hati mama dan papa buat Isya macamni.” Rajukku apabila pelukan kami terlerai. Nampak Qalish hanya tersenyum.
“Macamana kamu berdua? Okey?” soal papa sambil mengambil tempat di meja makan.
“Alhamdulillah. Semua okey. Papa dengan mama pula macamana?” soal Qalish. Aku menyendukkan nasi ke dalam pinggannya. Bak kata mama, utamakan suami dalam semua perkara.
“Kami macamni lah. Sihat je. Mama tu hah, asyik nak ajak papa honeymoon je. Padahal dekat rumah dah honeymoon.” Kata papa selamba. Qalish ketawa manakala mama aku nampak mencubit manja pipi papa.
“Mana ada! Abang ni.” Kata mama. Aku pula tergelak. Sweet nya mama papa aku. Aku bila lagi? Hmm..
“Qalish dah ready ke nak SPM tahun ni?” soal mama pula. Amboi.. Ni macam dah lupa anak ni. Tahun depan pun aku SPM juga.
“Banyak lagi yang Qalish kena buat. Exam pun asyik kelaut je.” Banyakla dia punya kelaut. Aku ni yang kelautnya.
“Isya pula?” soal mama. Baru ingat anak.
“InsyaAllah.. Susahla mama, Isya tak tahu la Isya boleh buat ke tak tahun depan.” Rungutku. Kenyataan okey!
“Isya belajarla dengan Qalish. Baiki kelemahan masing masing dalam pelajaran.” Nasihat papa. Kami berdua hanya angguk.
Selesai makan, aku terlelap seketika. Padahal dalam kereta tadi dah tidur. Dalam tiga puluh minit aku bangun. Baru sahaja kakiku ingin melangkah ke bilik, aku terdengar suara papa dan mama berbicara dengan Qalish. Tak jadi aku nak melangkah malah aku terus menekapkan telinga ke dinding. Menjadi Isya Bonds.
“Isya okey ke?” Suara mama
“Okey je. Dia baik. Garang sikit tapi dia tak pernah ingkar arahan Qalish.” Suara Qalish.
“Tak, maksud mama. Masa.. Ermm.. Qalish faham kan?” itu buatkan aku hampir tercekik sebab aku faham!
“Oh.. Err.. Okey je.” Jawab Qalish.
“Baguslah macamtu. Kami takut kalau Isya tu buat Qalish tak selesa.” Kata mama.
“Tak adalah mama.”
Terus aku berlalu ke ruang tamu. Tak lalu dah nak dengar benda lain. Aku kembali duduk di sofa. Apa tanya benda macamtu? Walaupun kami berdua tak pernah bersama, tapi aku bukan tak pernah belajar bab persenyawaan tu! Terus aku baring. Tidur balik lagi bagus.
“Tak puas lagi ke tidurnya?” soal satu suara. Aku terus membuka mata. Qalish sedang merenungku. Aku kembali duduk dan Qalish melabuhkan duduknya di sebelahku.
“Kau dengar kan?” haha. Pandai si Qalish ni baca aku. Aku hanya mengangguk perlahan. Malu masih tersisa. Aku ni walaupun perangai macam teruk, tapi aku masih ada rasa malu okey.
“Jangan risaulah, aku tak bocorkan rahsia kita.” Selamba je si Qalish ni. Siap kenyit mata lagi. Habis otak suci aku. Kalau dekat rumah ni, sah kena bebel dengan aku. Apalah cakap benda macamtu dekat aku.
“Dahla, malas layan kau. Aku nak parents bonding dulu.” Kata aku sebelum bangun dan terus melangkah ke dapur. Tempat ibu dan ayah ku dating. Saja nak menyelit. Hahah. Namun, aku baru teringat yang telefon aku tengah nazak dalam beg. Cas dulu la. Terus aku masuk ke bilik dan mengambil telefon. Cas disambung dan setelah telefon itu hidup, hampir terkeluar biji mata aku bila notification telefon mencecah hampir empat ribu! Apa yang jadi?
Terus aku buka apps instagram dulu. Fuh.. Semua daripada budak sekolah aku ni.
Weh sejak bila kau dengan dia?
Tak sangka betul dia pilih kau.
Assalamualaikum. Betulke kau couple dengan dia?
Eh, jahat nya kau tak inform aku.
Diam diam isi ubi eh.
Untuk kesekian kalinya aku tercengang. Apa yang aku dah buat? Peninglah. Aku kemudian scroll ke bawah.
Sekali lagi, mataku hampir terkeluar. Siapa yang berani ambil gambar ni? Terus aku berlari keluar.
“Qalish! Pinjam phone kau kejap.” Pintaku. Tangan ditadah. Aku nak tunjuk gambar tu dekat dia guna telefon aku sebenarnya, tapi, bateri telefon aku baru 1% selepas dicas tadi. Qalish menghulurkan telefonnya sambil dahi berkerut seribu. Seperti yang aku agak, telefonnya turut dipenuhi notification. Aku membuka instagram. Gambar tadi ditunjuk padanya.
“Tengok ni.” Kataku sambil menunjukkan skrin iPhone itu kepadanya. Qalish melihat telefonnya. Wajahnya hanya tenang.
“Oh..” hanya itu reaksinya. Aku ternganga. Dia oh? Oh je?!
“Kau.. Tak risau ke?” soal aku. Ramai yang dah buat spekulasi bukan bukan sekarang ni. Ramai cakap aku ada skandal dengan Qalish sebab ada malaun mana tiba tiba pergi tangkap gambar kami berdua masa aku suap spaghetti kepada Qalish haritu! Sekarang heboh satu sekolah.
“Untuk apa nak risau? Bukannya kita buat maksiat pun.” Jawabnya tenang. Bukan itu maksud aku.
“Tapi kau tu ketua pengawas. Jatuhla reputasi kau nanti. Nanti kalau kau kena lucut jawatan macamana?” itu maksudku. Aku yakin ramai yang dah bertanggapan buruk pada Qalish.
Jadi inilah aktiviti ketua pengawas sekolah? Keluar dengan perempuan? Sia sia je sekolah taruh harapan. Ingatkan boleh diharap.
Itu adalah salah satu komen negatif yang aku sempat baca dalam instagramnya.
“Easy. Tell them the truth. Lagipun, pengetua tahu hubungan kita. Apa yang nak risau? Biarkan mereka dengan tanggapan mereka. Yang penting, kita tahu hal sebenar.” Itu katanya. Matang. Aku pula yang terkedu. Ya tak ya juga. Pengetua tahu yang kami adalah suami isteri. Tapi status kami dirahsiakan oleh pihak sekolah. Hanya orang atasan sekolah sahaja yang tahu hubungan kami. Termasuk Syaza dan Firas.
“Dah, itu je yang kau nak cakap?” soal Qalish. Aku angguk.
“Jom.” Ajaknya. Aku terpinga.
“Pergi mana?” soalku. Qalish bangun dari sofa lalu mengambil telefonnya dari aku dan diletakkan di dalam poket.
“Jalan jalan. Boringla terperap macamni.” Aku angguk. Sedap juga kalau dapat sedut oksigen segar petang petang ni. Aku masuk je bilik untuk menyarung tudung bawal. Nasib baik aku dah pakai baju lengan panjang. Kemudian aku terus keluar bersama Qalish setelah aku memaklumkan kepada kedua orang tua aku untuk keluar sekejap bersama Qalish.
Kami hanya berjalan kaki untuk meronda kawasan perumahan aku. Lebih sihat kalau jalan kaki katanya.
“Aku nervous lah. Macamana nanti bila dah buka sekolah? Mesti semua bercakap pasal kita.” Kata aku jujur. Wajah Qalish dipandang. Qalish turut memandang aku dan senyum terbit di bibirnya.
“Kau dah kenapa?” seram pula aku tiba tiba dia senyum macam tu!
“Alang alang kan.. Apa kata kita buat lagi gempak?” kata Qalish. Aku diam. Bukan apa, aku cuma tak faham apa yang dia cuba sampaikan.
“Come.” Gamitnya sambil mengeluarkan telefon dari kocek seluarnya. Butang camera ditekan lalu jarak kami dirapatkan. Aku hanya menurut kerana otak masih tak mencerna apa yang dia maksudkan.
“Smile!” Klik! Qalish tersenyum apabila gambar selfie kami ditangkap. Dia kemudian memuat naik ke dalam instagram.
With her.
Itu kapsyennya. Sekarang otak aku dah mencerna. Dia nak buat semua orang kat sekolah tu semakin histeria dengan cerita pasal kami. Sengal betul si Qalish ni. Dan aku dapat rasakan telefon aku yang sedang dicas akan pecah di rumah akibat notification yang berleluasa.
“Apalah kau ni.” Marahku sambil menepuk bahunya. Qalish ketawa kecil. Telefon disimpan kembali ke dalam poket sebelum tangan aku digenggam. Aku hanya membiarkan sebab aku rasa selesa apabila dia pegang tangan aku.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top