PUD 4 : Firas
MASA aku memang dihabiskan untuk melukis. Sehari suntuk aku terperap di dalam bilik. Keluar bila perlu. Makanan pun Qalish yang rela hati nak tolong sediakan. Dia nampaknya memang nak aku masuk pertandingan tu. Sampaikan harini memang dialah yang uruskan rumah. Aku cuma melukis.
Aku terdengar bunyi pintu terkuak. Aku tahu itu Qalish. Aku meneruskan kerja aku tanpa mempedulikannya. Qalish berdiri di sebelahku meneliti lukisanku. Kemudian dia tersenyum.
“Cantik.” Pujinya. Aku turut tersenyum dan mendongak.
“Thanks.” Kataku ikhlas. Alhamdulillah tangan aku masih boleh melukis.
Maklumlah, sejak naik tingkatan empat ni aku dah kurang melukis. Kemudian aku suakan beberapa berus untuknya.
“Kau lukislah juga. Mana tahu kau berbakat juga.” Kataku. Qalish menggeleng sebelum menarik kerusi dan duduk di sebelahku.
“Lukisan aku tak cantik. Kalau dibandingkan dengan lukisan budak darjah dua memang kalah. Aku tak boleh melukis. Sebab tu kau beruntung sebab boleh buat lukisan secantik ni.” Kata Qalish. Aku dapat kesan keikhlasan dalam katanya. Sekali lagi aku tersenyum. Aku meletakkan lukisanku di tepi. Jam menunjukkan pukul 11 malam. Baru siap lukisanku.
“Aku nervous lah. Macamana kalau aku kalah? Mesti cikgu kecewa dengan aku.” Luahku. Memang aku takut. Aku taknak malukan sekolah aku.
“Isya, kau masuk pertandingan ni bukan untuk menang. Kau kena ingat, kau masuk sebab kau nak asah bakat kau sendiri. Menang kalah tak penting. Yang penting kau dah berusaha untuk harumkan nama sekolah. Sekolah untung tau, ada pelajar yang masih sudi untuk tonjolkan bakat dalam bidang lukisan. Ya, semua pelajar boleh capai straight A’s dengan cara belajar sungguh sungguh. Tapi tak semua boleh melukis walaupun dah cuba. Lagi lagi buat lukisan cantik macamni.” Qalish menunjuk ke arah lukisan ku. Aku tersenyum. Itulah Qalish. Sekuat mana pun kami bergaduh, dia takkan lupa untuk beri aku sokongan bila aku memerlukan.
“Dah siap ke?” soalnya. Aku angguk. Dia meneliti lukisan itu. Lama.
“Kenapa lukis bukit?” soalnya.
“Sebab bukit ni tanda usaha kita. Aku lukis ni tanda aku berusaha. Manusia di hujung bukit tu aku lukis bila aku dah siap lukis semuanya. Maknanya, aku berjaya.” Kataku. Sekali lagi Qalish tersenyum. Rambut panjangku diusap lembut tanda dia bangga.
“Kau dah lama berjaya. Sejak kau beranikan diri untuk menaruhkan nama sekolah kita dengan lukisan kau. Itu dah jadi satu kejayaan pada aku.” Kata Qalish. Aku tersenyum.
“Dah, tidur. Esok sekolah.” Kata Qalish sambil menarik tanganku.
“Sabar. Nak basuh cat dekat tangan dulu.” Kataku. Qalish angguk. Aku terus berlalu ke bilik air untuk mencuci tanganku dan membersihkan diri. Melekit pula badan rasa bila seharian melukis. Bila keluar, aku teringat pakaian sekolah aku dan Qalish yang tidak bergosok. Biasanya akulah yang gosok bajunya.
Terus aku berlalu ke almari namun aku tersenyum apabila melihat baju sekolahku dan dia sudah bersangkut dan tergosok rapi. Memang dia uruskan semua hari ini. Tak sangka pula dia gosok baju kami. Aku masuk ke bilik tidur apabila memastikan semuanya siap. Kelihatan Qalish sudah nyenyak. Aku melabuhkan duduk di birai katil dan terus berbaring di sebelahnya. Wajahnya aku pandang.
Tak sangka. Tak sangka pada usia 16 tahun aku sudah tidur dengan suamiku. Tak sangka aku sudah bergelar isteri. Dan aku lagi tak sangka suami aku ketua pengawas sekolah aku! Nasib baik tak sekelas. Dan aku juga tak sangka dia sanggup terima perkahwinan ni walaupun umurnya baru mencecah 17 tahun. Aku menutup mata dan memeluknya. Tanpa segan silu.
Biasanya dalam novel, mesti si perempuan malu malu nak peluk laki dia. Aku? Heh, peduli apa. Dia yang peluk aku dulu. Qalish ni pernah peluk aku masa tidur. Terkejut beruk aku dibuatnya. Tapi lama lama dah biasa pula. Dan, lama lama aku pula yang peluk dia. Haha.
PAGI itu, aku terjaga pada pukul 6 pagi. Terus aku mengejutkan Qalish yang masih lena.
“Bangun. Dah pukul enam ni.” Ayat rasmi aku bila nak kejutkan dia untuk ke sekolah. Dan aku bersyukur kerana dia bukan seorang yang susah nak bangun. Tak adalah aku nak sediakan spray untuk sembur mukanya. Qalish terus bangun dan mengambil tuala. Aku turut mengambil tuala. Qalish mandi di bilik air yang dekat dapur. Mengalah dengan aku sebab kalau dia berani mandi dalam bilik waktu nak ke sekolah, memang kena bebel la dia dengan aku. Aku ni dahla perempuan. Ladies first. Dan dia bersetuju demi taknak mendengar bebelan ku.
Aku keluar apabila Qalish memarkirkan keretanya agak jauh dengan pagar sekolah. Takkan nak letak dekat pula kan? Nanti kecoh pula semua pelajar tengok aku dan Qalish datang satu kereta. Qalish suruh aku masuk ke sekolah dulu sebelum dia menyusul. Aku hanya akur dan terus berjalan ke kelasku. Nampak Syaza sudah berada di mejanya sedang menyiapkan kerja rumah. Aku duduk di sebelahnya.
“Kau buat homework apa weh?” soal ku. Syaza menoleh.
“Terkejut aku. Ni ha, aku nak lengkapkan keputusan eksperimen kita dekat makmal sains haritu.” Aku mengerutkan dahi.
“Bila masa pula kita buat eksperimen ni?” Soalku. Seingat aku, kelas aku tak ada masuk makmal sains pun dua minggu ni. Syaza tersengih lebar.
“Ni yang bulan lepas. Hehe.” Aku menggeleng. Budak ni. Tapi, malas malas dia pun, pandai juga. Result memang gempak.
Suasana kelas sepi apabila guru sudah masuk. Syaza kalut menyimpan buku sainsnya. Aku tersenyum.
Kelas berjalan seperti biasa, cumanya masa rehat aku pergi ke perpustakaan. Rajin kan aku? Bukan rajin, tapi aku lupa nak bawa duit! Huhu. Telefon ku berdeting tiba tiba.
Aku tak nampak kau pun dekat kantin. Tak rehat ke?
Aku hanya merenung seketika mesej dari Qalish. Nak cakap ke tak? Tapi aku taknak la menyusahkan dia.
Malas la nak rehat. Diet.
Jangan mengada. Datang kantin. Makan. Nanti gastrik.
Aku menggaru kepala.
Aku tak bawa duit.
Datang kantin. Jumpa aku.
Aku hanya akur. Terus aku berjalan ke kantin. Mencari kelibatnya. Tak ada pun! Kata nak bagi aku duit. Aku merengus.
“Err.. Kak Irsya form 4 kan?” soal satu suara. Aku menoleh.
“Ya. Kenapa ya?” soalku. Nampak pelajar yang mungkin tingkatan satu itu menghulurkan RM 10 kepadaku. Aku mengerutkan dahi.
“Ketua pengawas suruh bagi tadi. Dia cakap ni duit kak Irsya jatuh. Dia terjumpa.” Aku tersenyum. Banyaklah dia punya jatuh.
“Okey. Terima kasih.” Kataku lembut. Pelajar itu berlalu pergi. Aku mencari kelibat Qalish. Kemudian mataku terus menangkapnya di sudut kantin bersama rakan rakannya. Sempat senyum sekilas padaku apabila mata kami bertembung. Aku turut membalasnya sebelum aku membeli makanan dan duduk di tepi Syaza.
“Aik? Kata taknak rehat?” soal Syaza pelik sambil menyuap mee goreng.
“Tadi aku tak bawa duit. Sekarang dah ada.” Kataku.
“Lah… kau tak cakap. Aku ada kan untuk pinjamkan kau duit.” Rungut Syaza. Aku tersengih.
“Mesti Qalish yang payung kau hari ni kan?” soal Syaza. Aku hanya tersenyum. Bukan hari ni je. Masa mula mula aku kahwin dengan dia lagi dia yang bayarkan semua. Dia yang tanggung aku.
“Hai Syaza. Hai, Isya.” Sapa satu suara garau. Aku mendongak. Nampak jejaka idaman malaya nombor dua selepas Qalish sedang tersenyum menggoda. Jangan salah sangka ya! Dia senyum bukan untuk aku, tapi untuk Syaza. Nama dia Firas. Dan dia juga tahu bahawa aku isteri Qalish. Sebab apa? Sebab dia sepupu Qalish. Sebabtu dia tak berani nak mengayat aku. Haha, gurau. Aku tahu dia dah lama suka kan Syaza ni, tapi dia malu nak cakap.
“Hai Firas.” Sapaku. Firas duduk di hadapan Syaza. Senyum diukir buat Syaza namun tidak dibalas. Ini yang aku tabik dengan Syaza. Dia bukan tak cantik, tapi dia yang reject segala bendasing yang cuba mengurat dia. Sebabtu sampai sekarang dia masih setia dengan aku. Haha.
“Kenapa tak rehat dengan Qalish?” soal Firas.
“Bukan semua tahu aku isteri dia. Nanti kalau kami rehat sekali, tak pasal pasal Qalish kena cop gatal pula.” Jelasku. Suara hampir berbisik risau ada yang pasang telinga. Firas angguk faham. Kemudian dia tersenyum kepada Syaza.
“Kenapa yang ni sombong? Dah ada suami juga ke?” soal Firas. Aku lihat muka Syaza merah sebelum sedas jelingan maut dihadiahkan kepada Firas. Firas hanya tergelak kecil.
“Garang.” Usik Firas lagi. Aku mengecilkan mata.
“Kau suka Syaza eh?” soalku. Firas terdiam sebelum bibirnya tersenyum nipis. Tengkuknya digaru.
“Elele…malu pula dia.” Giliran aku pula usik Firas. Nampak muka Syaza semakin merah. Dari jauh, ada mata memerhatikanku. Aku turut melihat ke arahnya sebelum tersenyum nipis. Dia membalas dengan senyum nipis juga tetapi hanya seketika sebelum mukanya beku kembali.
Aku kembali fokus kepada dua makhluk di hadapanku. Yang lelaki mengusik, yang perempuan pula jeling jeling manja. Tapi aku dapat rasakan yang Syaza juga suka kan Firas. Cuma dia kan perempuan, mestilah kena jual mahal. Hehe.
Tak apalah, yang penting aku doakan agar wujud jodoh antara mereka.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top