PUD 3 : Drawing Competition

KELAS aku memang bising kalau tiada guru. Banyak gosip. Walaupun kelas baru mula selama lima minit, memang bising mengalahkan bunyi disko. Aku duduk diam je. Memandang Syaza di sebelahku dah selamat ke alam mimpi, maka aku buat kerja aku sendiri. Main telefon.

Sekolah memang  benarkan bawa telefon ke sekolah. Scroll punya scroll, tiba tiba kelasku senyap. Mengalahkan tanah perkuburan ni dah kenapa? Pelik aku dibuatnya.

Mata aku melihat ke pintu. Apa dia buat dalam kelas aku ni?

“Assalamualaikum. Saya dapat arahan dari pengetua untuk jaga kelas ni. In case Cikgu Azharina MC, dan saya pun tak reti nak ajar korang semua math, so you may do your own work. Tapi, jangan bising. Kelas lain nak belajar.” Kata Qalish seraya duduk di kerusi. Mata membelek buku.

Kerja dia lah tu. Wajahnya serius. Sekali tengok memang macam muka cikgu disiplin. Maklumlah, commander kawad kaki. Aku meneruskan kerjaku iaitu stalk instagram idola aku. Hehe. Tiba tiba dua gadis yang duduk di belakang aku bangun. Eyka dan Reena. Dua gadis itu dipanggil dengan gelaran ‘Gedikdivas'.

Kenapa? Sebab mereka memang gedik.

“Hai. Err.. Kami sebenarnya kurang jelaslah dengan topik ni. Bolehlah Qalish tolong ajarkan kami?” soal Reena. Rambut panjangnya dipintalkan. Mereka Islam ya, tapi disebabkan sekolah ni memberi kebenaran untuk freehair maka rambut mereka pun mulalah berkarat dan dilepas bebas tanpa tudung. Lainlah kalau Christiana budak skema tu, dia memang bukan Islam.

Qalish yang sedang membuat kerjanya mendongak lalu merenung Reena dan Eyka. Perlahan lahan keluhan dilepaskan.
“Duduk.” Kata Qalish sepatah. Gedikdivas terus merembat kerusi berdekatan untuk duduk. Muka memang teruja habis. Aku hanya memerhati. Meluat entah kenapa.

Kemudian, aku nampak Qalish mengajar mereka. Mukanya memang tak ada senyuman. Kadang kadang pelik juga aku. Dia ada split identity ke apa? Senang je dia berubah. Dekat rumah bukan main lagi mengusik sampai aku rasa nak terajang. Tapi dekat sekolah, jangankan pelajar perempuan lain, aku pun dia buat macam stranger je. Tengok tadilah, mana ada dia tegur aku. Mengusik jauh sekali.

Aku nampak Reena dan Eyka banyak bertanya soalan kepada Qalish. Amboi… masa Cikgu Azharina ajar, tak ada pula korang tanya banyak macam tu. Nampak bebenor gedik tu. Aku hanya menggeleng. Macam macam lah. Aku rasa kalau Gedikdivas tu tahu yang aku ni isteri Qalish, mahu ditetaknya aku.

“Jadi, bila keluar soalan macamni, guna je formula yang ada. Lepastu semak balik jawapan korang. Sebab kadang kadang boleh jadi error. Alert about this. Lepastu, baca elok elok soalan dia. Kalau dia nak nilai x, cari x.” terang Qalish.

“Tapi saya tak ada ex.” Kata Eyka separa mengayat. Sempat ketawa nakal. Aku nampak muka Qalish seakan akan menahan rasa menyampah.

“That’s all. Any question so far? Kalau tak ada, boleh balik tempat masing masing.” Halau Qalish secara berhemah.

“Awak ada girlfriend tak?” soal Reena tanpa selindung. Woi.. Bini dia dekat sini je lah!

“Sure.” Jawab Qalish mudah. Nampak muka Gedikdivas cuba tahan rasa kecewa. Aku lah ‘sure' dia tu. Haha. Bangga pula rasanya.

Astagrfirullahalazim! Jangan riak.
Gedikdivas mula kembali ke tempatnya. Mataku direnung tajam. Dah apahal pula ni? Aku hanya membiarkan.

“Awak tak ada kerja lain ke nak buat selain dari gajet? Next year, awak SPM. Yakin sangat ke dapat straight A’s ni?” soal satu suara garau. Aku mengangkat muka. Mataku terus bertentang dengan mata coklat mudanya. Itulah salah satu kelebihan padanya. Bermata coklat muda yang mampu mencairkan mana mana gadis. Malangnya, aku dah imun sebab perangai dia. Aku meletakkan telefon di dalam poket lalu mengambil buku math. Acah sekejap. Baru buka muka pertama, fuh.. Memang tak faham apa soalan dia. Aku ni memanglah otak tak berapa nak berfungsi kalau bab bab mengira ni. Akhirnya, malas nak fikir panjang, aku termenung.

Kedengaran figura di sebelahku mengeluh.
“Soalan ni pun susah ke. Cuma perlu selesaikan persamaan linear. Kau gantikan x tu sebagai -5. Then selesaikan je lah. Apa bengap sangat kau ni.” Bebel Qalish sambil membongkokkan badannya untuk menulis jalan kerja. Haruman Boss menusuk ke dalam hidung.

“Faham tak?” soalnya. Aku tersentak.

“Hah.. Ya, faham.” Jawabku walaupun jujur, tak masuk dalam otak pun apa yang dia ajar tadi. Huhu. Qalish merenungku ragu ragu.

“Tak faham cakap. Jangan nanti kau tak reti susah pulak.” Kata Qalish sambil menegakkan kembali badannya. Berjalan pergi melihat keadaan orang lain pula.

Aku menyambung latihan matematikku. Otak cuba menganalisa jalan pengiraannya. Wuish, sebiji macam dalam skema jawapan! Tu manusia ke robot tu? Tak hairanlah kalau dia merupakan pemegang tempat pertama dalam batch setiap kali peperiksaan. Aku pula memang kontra. Dalam batch aku wajib nombor seratus ke bawah. Huhu. Syaza yang nyenyak disebelah dipandang. Haa.. Ni lagi seorang. Tidur tidur dia pun, top 10 kau! Aku je yang tak berapa nak cerdik. Tapi aku redha. Mama aku cakap, cerdik pun bukan boleh bawa mati. Itu yang aku bangga dengan mama dan papa. Hampir semua ibu bapa dalam dunia ni inginkan anak yang pintar. Tapi mama dan papa aku hanya terima aku seadanya. Itu yang buatkan aku terharu.

“Kau ni boleh buat ke tak soalan tu? Ya Allah, Isya. Fokuslah sikit.” Bisik Qalish selepas melihat buku aku yang masih tiada beza. Siapa Isya? Ya.. Itulah aku. Nama aku Irsya. Tapi masyarakat di sekliling aku ni malas nak sebut huruf R. Itu yang jadi Isya tu. Aku terus mengangkat muka.

“Suka hati akulah nak fokus ke tak. Kau dah kenapa?” soal ku naik angin. Qalish hanya menjeling sebelum berlalu ke meja guru. Failnya disusun. Kaki diatur ke pintu dan dibuka. Hendak keluar memandangkan sudah tamat masanya untuk menggantikan guru matematikku yang MC.

“Woi mak kau hijau!” latah Qalish terkejut apabila wajah cikgu Diana berada di pintu. Habis seluruh kelas ketawa. Termasuk aku. Cikgu Diana juga kulihat ketawa kecil.

“Tak sangka betul ketua pengawas yang garang ni melatah.” Usik Cikgu Diana. Qalish hanya tersenyum nipis sebelum tengkuknya diusap. Pipinya sedikit merah.
“Maaf, Cikgu.” Kata Qalish. Cikgu Diana hanya senyum.

“Boleh saya jumpa Irsya Qisteena?” seru Cikgu Diana. Irsya Qisteena? Macam nama aku je. Aku ke?

“Weh, Cikgu seru kau tu.” Kata Syaza yang sudah bangun dari sumpahan snow white nya itu. Terus aku bangun.

Pelik.. Jarang ada cikgu cari aku. Jangan jangan dia nak cakap pasal  result peperiksaan aku. Aduh..

“Ya Cikgu?” soal ku. Qalish juga turut memerhati.

“Awak pernah masuk pertandingan melukis tahun lepas kan?” aku angguk. Memang aku tak pandai dalam belajar, tapi aku suka melukis.

“Tahun ni ada pertandingan melukis. Sekolah kita perlu hantar seorang wakil. Lepas saya tengok semua lukisan, lukisan awaklah yang terbaik. Jadi apa kata kalau awak masuk pertandingan ni? Nanti kalau menang, hadiahnya agak lumayan.” Kata Cikgu Diana. Aku hanya diam. Memang aku teruja habis kalau dapat masuk melukis ni.

Tapi.. Sekarang ni, manusia di tepi aku ni izinkan ke tidak aku masuk? Tahun lepas tak apalah sebab aku tak kahwin dengan dia lagi.

“That’s good.” Itu keluar daripada mulut Qalish. Atau dalam kata lainnya, dia benarkan aku masuk. Yeay! Nak melompat aku dibuatnya. Aku mengangguk kepada Cikgu Diana. Sempat menulis nama dan nombor kad pengenalan di borang penyertaan sebelum Cikgu Diana berlalu pergi.

“Terima kasih.” Ucapku. Qalish mengerutkan dahi.

“for what?”

“Sebab kau izinkan aku masuk.”
Nampak Qalish senyum nipis sebelum mukanya beku kembali.

“Aku tahu kau suka melukis. Rasa kejam pula kalau aku tak bagi kau masuk. Lagipun kau ada bakat. Jangan pendam je bakat tu.” Kata Qalish sebelum berlalu pergi. Aku pula terus masuk ke dalam kelas. Nampak Syaza tersenyum kepadaku.
“Kenapa Cikgu panggil kau? Mesti sebab nak kau masuk pertandingan melukis kan? Itulah, untung tau jadi kau. Pandai melukis, cantik. Patutlah Qalish berkenan.” Usik Syaza. Aku tergelak kecil. Qalish berkenan dekat aku? Kirim salamlah. Lagipun aku dengan Qalish memang berbeza. Dia sesuai dengan watak hero, aku sesuai dengan watak orang gaji. Huhu.

Tapi buat masa sekarang lupakan hero atau orang gaji tu, aku kena berlatih untuk lukisan aku. Dah lama rasanya tak melukis. Tahun lepas last aku rasa. Entahlah jari jemari comelku ni boleh melukis lagi ke tak.

Setelah waktu sekolahku tamat, aku mengeluarkan telefon.

Aku nak keluar pergi beli barang lukisan. Kau balik dulu lah. Nanti aku balik dengan grab

Butang send ditekan. Aku menyimpan kembali telefonku di dalam poket. Buku nota pula diambil. Ingin menulis alatan yang diperlukan untuk melukis.

Ting!

Terus telefon diambil kembali dari dalam poket.

Jangan mengada. Datang sini cepat. Kita pergi sama.

Aku mencemik. Tak hilanglah kalau aku pergi sorang. Tapi kakiku turut melangkah ke keretanya. Nampak dia sudah menunggu. Terus aku masuk ke tempat duduk penumpang sebelahnya setelah memastikan tiada orang menyaksikan aku. Haru juga kalau ada yang tahu aku masuk kereta Qalish. Boleh viral nanti.

“Kita pergi SMO dulu. Kalau tak ada barulah pergi kedai lain.” Kataku. Qalish hanya angguk. Kereta dipandu keluar dari kawasan sekolah.

“Huh..” keluh Qalish perlahan. Aku terus menoleh. Jarang Qalish mengeluh. Walau penat macamana pun, memang jaranglah dapat kesan yang dia penat. Erti kata lain, Qalish tak pernah penat pada matanya.

“Kenapa? Kau ada masalah ke?” soal aku sambil memandangnya. Qalish tersenyum nipis sebelum menggeleng. Aku tak percaya.

“Alah, share la dengan aku.” Pujukku. Aku taknaklah Qalish tanggung semua sendiri. Sedangkan masalah aku, Qalish la yang selalu selesaikan. Takkan aku nak diam diri je kalau dia pula yang susah?

“Tak ada apalah.” Putus Qalish. Aku tak puas hati. Masalah aku semua dia tahu! Kenapa bila turn dia, dia jadi selfish ni?

“Dah, diam.” Kata Qalish sambil menyumbat mulutku dengan biskut yang memang tersedia dengannya. Terus diam aku sambil mengunyah jacob itu. Mata memandang ke luar tingkap. Geram.

Aku memilih barang lukisanku setelah tiba di destinasi. Qalish pula sesekali mengesyorkan alatan yang patut aku beli. Setiap kali berselisih, mesti orang pandang kami pelik lepastu geleng geleng macam nak cakap budak sekolah pun dah pandai bercinta.

Hei.. Don’t judge a book by its cover okey!

Geram je aku nak buat announce yang kami dah kahwin. Tiba tiba terasa tanganku digenggam lembut. Aku mendongak. Nampak wajahnya yang tenang. Aku pula yang tersipu. Malu. Tapi aku tahu Qalish juga berdebar sebenarnya. Buktinya, tangan dia sejuk apabila memegang tanganku.

Kami berjalan sambil berpegang tangan.

“Lapar.” Aduku. Bukan lapar sangat pun sebenarnya. Cuma aku rasa sesak nafas apabila kami berjalan sambil pegang tangan di hadapan khalayak ramai. Aku tak tahu kenapa aku rasa sesak nafas. Dan lagi pelik, aku suka. Aku suka sangat bila dia pegang aku macamni. Rasa macam sweet pula. Haha. Qalish memandangku.

“Nak makan mana?” soal Qalish.

“Aku ikut je. Asalkan tempat halal aku makan.” Kata aku. Qalish menjeling.

“Takkan la aku nak bawak kau makan tempat haram pula.” Gumam Qalish. Aku tergelak kecil. Tak ada sense of humour pula dia ni. Aku hanya mengikut langkahnya ke sebuah kedai makan berhampiran.

Sepanjang makan, kami hanya selesa diam. Aku makan spaghetti aku, dia tak makan. Tak lapar katanya. Sekadar basahkan perut dengan latte panas.

“Kenyanglah pula.” Tak kenyang pun. Saja nak dia makan. Nampak Qalish menjongket kening.

“Makanlah. Tadi lapar sangat. Nanti membazir pula. Sikit je lagi tu.” Kata Qalish. Aku menggeleng. Memang aku kenyang pun. Tapi kenyang kenyang ayam je lah. Itu dah cukup.

“Kau tolonglah habiskan..” pujukku. Nampak Qalish menggeleng. Aku memuncung.

Qalish kemudiannya mengambil pingganku. Aku tersengih. Makan juga dia akhirnya. Tapi, sangkaan aku meleset apabila dia suakan garfu ke mulutku.

“Nganga.” Arahnya. Aku mengerutkan dahi.

“Cepatlah.” Gesanya. Aku akhirnya akur. Selamat spaghetti tu masuk ke mulutku. Aku merungut.

“Suka dia je. Aku cakap kenyang, kenyanglah. Nak paksa makan pula. Nanti gemuk macamana?” bebelku perlahan memandangkan bukan hanya kami yang berada di dalam restoran itu. Nampak Qalish tersenyum sedikit. Disuakan lagi garfu ke arahku. Aku menggeleng.

“Makanlah. Kau tak makan apa apa pun lagi, kan?” soalku.

“Bila? Aku makanlah masa rehat dekat sekolah tadi. Kau tu yang tak rehat. Diet konon.” Kata Qalish. Garfu masih tersua kepadaku. Aku mengambil garfu darinya lalu aku sua kembali kepadanya. Qalish menggeleng.

“Kalau kau taknak makan, aku takkan masuk pertandingan melukis tu.” Ugutku. Apa kaitan Qalish dengan pertandingan tu?.

“Kenapa nak kaitkan aku pula?” nampak suara Qalish tak puas hati. Aku tak kira. Aku tetap nak dia makan juga.

Akhirnya, Qalish membuka mulut. Aku menyuapkan spaghetti itu ke mulutnya. Muka Qalish masih lagi tak puas hati.

Haha. Ada aku kesah?

Aku suapkan spaghetti kepada Qalish sampai habis. Makan juga dia.

“Puas?” sindir Qalish sebelum bangun dan berjalan untuk menyelesaikan bil. Kami bergerak pulang. Aku hanya tersenyum apabila dia kembali menggenggam tanganku sewaktu kami berjalan.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top