PUD 2 : Gaduh
TERSENYUM lebar aku melihatnya naik ke podium juara. Tangannya memegang piala lawa. Tanganku ditepuk. Aku menoleh ke figura yang menepuk tanganku.
“Happy lah tu.” Kata Syaza. Sahabatku sejak aku kali pertama jejak kaki ke sekolah menengah ini. Dia lah kawan susah, dialah kawan senang. Sedar tak sedar, dah empat tahun kami berkawan.
“Mestilah happy. At least, berbaloi jugalah pengorbanan dia tu. Sanggup korbankan masa dengan latihan larian.” Kataku. Fakta.
“Untunglah kau, dapat lelaki pujaan ramai macam Qalish tu.” Aku hanya senyum tawar. Untung? Haha, dia tak tengok lagi keadaan kami di rumah. Nasib baik tak roboh je rumah tu sebab kami memang akan bergaduh setiap kali bertemu muka. Qalish? Itu nama mamat tu. Bukan nama aku.
Hari sukan sekolah akhirnya sampai ke penghujung. Memang banyak pertandingan sukan yang dianjurkan. Dan aku yakin, kalau timbang, cukup sekilo pingat Qalish. Aku? Aku jadi tukang sorak dan tukang bawak air. Itu je.
Qalish memang atlet sekolah. Ketua bola sepak, commander kawad kaki, bola jaring, lari pecut banyak lagi. Nasib baik tak masuk WWE je. Itu yang body dia lawa tu. Dengki aku. Tapi nak buat macamana, body aku pun lawa okey!
Setelah selesai acara penutup, pelajar dibenarkan bersurai. Aku melangkah ke arah Qalish. Nampak dia sibuk bergambar dengan atlet lain dan gadis gadis gedik mintak penampar aku. Aku memeluk tubuh. Memerhati gadis yang ramai mengambil gambar. Maklumlah, bila lagi nak tengok atlet badan tegap macam dia bersinglet kan?
Syaza menghampiriku.
“Weh, pergilah ambil gambar dengan dia. Sexy dia harini. Nasib baik dia laki kau, kalau tak confirm dah meleleh air liur aku.” Syaza mula menggedik. Aku menggeleng. Ada ada je. Sexy? Euww..
“Malaslah aku nak pergi. Lain kali pun boleh ambil gambar. Bukan dah tak boleh jumpa dah.” Kataku. Kembali memerhati Qalish. Kenapa aku perhatikan dia? Sebab aku balik dengan dia! Hey.. Kesabaran aku dah tipis dah berjemur tengah tengah panas terik ni. Balik nanti mesti sunburn. Jagalah, memang aku bebel sampai tembus telinga dia nanti. Yang gedik tu pun satu, sibuk nak bergambar dengan driver aku. Sedang dia bergambar. Matanya menangkap padaku.
Aku senyum manis tapi penuh sinis. Hendak menyatakan bahawasanya aku di sini hampir jadi ikan kering versi manusia. Dia hanya mengangkat tangannya menunjukkan isyarat ‘sekejap’. Aku mengeluh. Susah juga sebenarnya jadi orang famous ni.
Hampir dua puluh minit aku jadi tugu pahlawan di tengah panas, akhirnya dia datang. Yes.. My romeo comes to me! Finally.
“Sorry weh. Ramai sangat awek tadi. Cantik cantik pulak tu.” Kata Qalish sambil tersenyum. Banyaklah dia punya awek!
Tapi aku tahu, Qalish hanya bergurau, buktinya? Percaya atau tidak, mukanya langsung tidak mempamerkan senyum sewaktu bergambar dengan gadis gadis gedik tadi. Hanya muka tanpa senyum disua.
“Jom.” Aku dan Qalish beriringan ke keretanya. Kami hanya diam sepanjang perjalanan. Aku nak marah dia pasal buat aku jadi ikan kering tadi pun tak jadi bila aku tengok wajahnya yang sedikit kepenatan. Bukan salah dia kalau dia ada ramai peminat. Lagipun bukan satu sekolah tahu hubungan kami. Berapa orang sahaja yang tahu kami pasangan suami isteri. Termasuk Syaza.
Setibanya di rumah, Qalish melabuhkan duduk di sofa. Segala mak datuk hamper, pingat dan piala hadiah sukan tadi ditinggalkan di dalam kereta. Aku menanggalkan tudung hitamku. Pelajar perempuan dibenarkan pakai tudung hitam kerana acara sukan. Nasib baiklah kulit aku ni jenis merah kalau kena matahari, kalau tak habislah hitam legam muka aku.
Aku turut duduk di sofa. Sama sama diam sebelum manusia di sebelahku bersuara.
“Malasnya nak ke sekolah esok. Tidur jap. Nanti kejut aku.” Kata Qalish sebelum merebahkan badan di atas sofa dan kepalanya di atas paha aku. Masa awal awal kahwin dulu, memanglah ada sikit rasa macam nak terajang bila dia suka suki buat paha aku ni sebagai pelabuhan entrepot dia. Tapi lama lama dah imun dah. Tangan ku pula secara automatik mengusap rambutnya.
Mesti rasa sweet kan? Huh, mintak simpanglah. Aku dengan dia lain. Nampak sweet tapi hakikatnya memang nauzubillah. Setelah hampir satu jam setengah, kakiku mula rasa kebas. Aku mengangkat kepalanya yang berada di pahaku dengan perlahan. Bimbang dia tersedar. Bantal lembut aku ambil dan dialas kepalanya. Aku bangun dan melangkah ke kereta. Hadiahnya di dalam kereta diambil dan dibawa masuk ke dalam rumah. Hehe, masa untuk mengoyakkan beg hamper dia. Memang dah jadi kerja aku tolong bukakan hadiah dia.
“Mana yang kau berkenan, ambillah. Barang aku, barang kau juga.” Itu katanya. Tapi, tiada yang menarik dalam hamper kecuali anak patung teddybear kecil yang tertulis congratulations. Aku ambil teddybear itu. Segala jenis hadiah lain aku cuma susunkan di dalam bilik kami.
Aku dengan Qalish sebilik? Ya. Sebab apa? Sebab aku percayakan Qalish. Aku cakap dengan dia, aku taknak anak selagi aku tak habis belajar. Dan dia terima dengan senang hati.
Pingat aku susun di penyangkut yang sememangnya khas untuk pingatnya. Adalah dalam 200 bilangan pingat campur dengan pingat sekolah rendah dia. Aku? Aku tak berapa minat dengan pingat ni. Tapi kalau pengat memang aku minat gila gila. Lagi lagi pengat pisang. Wui.. Meleleh air liur aku dibuatnya.
Okey, jangan buat aku lapar. Aku terus menyimpan hadiah Qalish. Apabila siap, aku terus melangkah untuk membersihkan diri. Tiba di ruang tamu, dahiku berkerut. Mana pulak si Qalish ni? Tadi dia tidur dekat sini kan? Mataku meliar mencari kelibatnya.
“Arghhh!!!” jeritku apabila ada tangan mengangkat tubuh genitku ke atas.
Qalish ketawa. Kemudian aku diturunkan. Terus aku mencekak pinggang di hadapannya.
“Kau memang sengaja nak buat aku terkejut kan? Nasib baik aku tak ada sakit jantung tau? Kalau tak apa kau nak jawab dengan mama papa aku? Hei, aku tahulah kau nak aku mati awal, tapi takpayah dengan cara macamni. Bagitahu je lah aku. Susah ke? Kau memanglah, se..” bebelan aku terhenti saat jarinya melekap di bibirku.
“Bisinglah kau. Membebel macam makcik tua. Mummy aku pun tak membebel macam kau, tahu? Mulut tu macam peluru berpandu. Pot pet pot pet.” Giliran dia pula membebel kepadaku. Aku tercengang. Berani dia salahkan aku?
“Hei, kau sedar tak sekarang ni siapa salah? Yang kau nak marah aku kenapa? Cakap aku macam orang tua. Kau ingat kau tu muda sangat lah? Badan dah bongkok 14 masih nak cakap diri tu muda. Lepastu aku membebel bersebab, kalau kau tak usik aku, aku takkan membebel macam sekarang. Kau memanglah saja je nak naikkan darah aku malam malam macamni kan?” Ha.. Siapa yang tak kenal aku, inilah jadinya bila aku dengan Qalish. Dia selalu nak naikkan darah aku. Entah apa dendam dia dengan aku pun aku tak tahu. Mungkin masa baby dulu aku terduduk dalam inkubator dia kut. Itu yang dia dendam dengan aku.
Aku nampak Qalish menggeleng. Itulah, naikkan darah aku lagi.
“Apalah yang kau makan agaknya masa kecil dulu. Besar besar jadi murai ni.” Qalish berkata sebelum melangkah ke bilik air.
Ini yang buat aku nak meletup lagi ni!
“Hei! Kau…”
“Shut up before I kiss the pretty mouth of yours.” Qalish memberi amaran. Aku diam. Bukan boleh kira dia ni. Entah entah dia cium aku betul betul, habislah virgin lip aku. Aku akhirnya melangkah ke bilik air. Jap. Bilik air.. Kunci?
“Qalish!!” jeritku geram. Dah tahu kan aku nak mandi? Kenapa pergi masuk?
“Apa?”
“Kau dah mandi kan?! Buat apa dalam tu? Keluarlah! Aku nak mandi.” Kataku. Kedengaran air mencurah dengan lebih kuat.
“Apa? Aku tak dengarlah! Cakap lepasni ya? Terima kasih!” laungnya dari dalam. Aku menarik nafas. Cuba menahan diri dari menendang pintu bilik air ni. Malas nak gaduh, aku pergi ke bilik air di dapur. Jauh. Huh. Tak apalah, at least boleh exercise. Selesai membersihkan diri, jelingan tajam dihadiahkan kepada Qalish yang santai di sofa. Aku mengambil telefon aku
Weh… esok kelas math batal. Cikgu MC.
Yeay!
Hahaha, nampaknya firasat aku betul. Patutlah tetiba je rasa macam malas nak buat homework math.
Isy.. Aku dah siap dah kerja math! Aduh..
Aku tersenyum sampai ke telinga. Haruslah happy! Sebab apa? Sebab aku tak sentuh pun lagi kerja rumah Matematik tu.
“Kau dah kenapa senyum macamtu. Seramlah aku.” Kata Qalish yang berada di tepiku. Aku menjeling. Marah masih bersisa.
“Alololo.. Babygirl merajuk..” usik Qalish sambil mengusap daguku. Aku menepis tangannya didaguku. Memang mintak penampar lah dia ni.
“Kau diam boleh tak? Ada aku backhang ni karang. Aku tengah tengah happy sebab kelas batal kau jangan nak rosakkan mood baik aku.” Amaran diberikan. Qalish hanya tersenyum menampakkan lesung pipit kanannya. Kemudian dia duduk bersandar di sofa.
“Garang. Period ke apa.” Gumam Qalish sambil membuka televisyen. Mencari cari cerita yang menarik untuk ditonton. Aku pula terus membelek telefon aku di sebelahnya. Ni kalau mama aku tahu, mesti kena bebel sampai tembus. Sebab mama aku cakap, dia tak suka aku main telefon bila dengan Qalish. Sebab bagi dia, kalau tiada gajet mesti hubungan kami akan lebih erat. Ha.. Memang erat sangatlah tu. Duduk dengan Qalish bukan nak mengeratkan hubungan, makin nak tambah dosa aku adalah. Hari hari asyik marah suami sendiri. Tapi kalau dia tak naikkan darah aku, aku pun tak adalah nak bertekak dengan dia
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top