PUD 16 : Demam

AKU tergelak apabila Firas mengusik Syaza.

“Macam macamlah korang ni. Aku nikahkan baru tahu.” Kata Qalish. Firas tersenyum gatal ke arah Syaza.

“Taknaklah aku.” Syaza mencemik.

“Apa salahnya? Firas kan hot.” Kataku. Nampak Qalish menjeling meluat. Eleh, dengan sepupu sendiri pun nak dengki ke?

“Aku lagi hot.” Sampuk Qalish. Firas pula yang mencemik meluat. Aku turut mencemik. Syaza hanya gelak.

“Aku sokong. Qalish lagi hot. Kalau nak dibandingkan dengan kau.” Kata Syaza kepada Firas. Qalish meneguk air milonya bersama senyuman. Sukalah tu ada orang puji dia! Firas pula, muka tak payah cakaplah. Macam ubat gegat campur air asam je.

“Nanti lepas SPM korang nak pergi mana?” soal Syaza. Aku memandang Qalish. Aku pun tak tahu apa rancangannya selepas SPM.

“Nak tunggu result lama juga. Tawaran uni pun lama juga. Jadi aku plan nak buka bisnes kecil. Boleh buat duit. Takkan nak harapkan duit papa aku je.” Kata Qalish. Memang setiap bulan dia dimasukkan duit oleh papanya ke dalam akaun bank. Aku mengangguk. Bersetuju.

“Cun. Aku nak join. Daripada terperap dekat rumah macam tu je.” Kata Firas.

AKU memegang tangan Syaza di dalam pusat membeli belah itu sambil menilik beberapa barang. Qalish dan Firas berjalan di depan kami. Aku tabik dengan Firas sebenarnya. Walaupun dia agak nakal, tapi dia masih hormatkan gadis. Dia pasti akan berjalan di hadapan kami kerana tidak manis jika lelaki berjalan di belakang wanita.

“Weh, comelnya.” Aku melihat teddybear besar. Syaza turut bermata love melihatnya. Qalish dan Firas yang sedang berbual turut terhenti lalu menoleh apabila menyedari tiada bunyi gosip kedengaran di belakang mereka.

“Kau nak ke?” soal Qalish. Aku menggeleng. Taknaklah aku. Takkan nak gendong benda alah tu tengah tengah mall ni? Firas turut bertanya kepada Syaza dan Syaza turut menggeleng. Mungkin dia juga berfikiran sama denganku. Besar sangat kot teddybear tu.

Kami menyambung perjalanan.

“Weh, aku nak ke toilet jap.” Kataku. Tiba tiba pula pundi kencing buat hal.

“Jom.” Aku dan Syaza berlalu ke tandas. Setelah selesai, aku keluar dari tandas.

Syaza yang sedang membetulkan tudungnya menoleh dan kami keluar. Baru sahaja beberapa langkah, aku hampir terjatuh apabila tangan aku ditarik. Nasib baik Syaza sempat pegang tangan aku dari terjatuh. Aku terus merentap tangan aku. Lengan Syaza dipeluk.

“Ryan?” soalku. Ryan tersenyum manis.

“Hai. Datang dengan Qalish ke?” soal Ryan. Aku angguk.

“Jom.” Aku menarik lengan Syaza. Namun lengan aku pula yang ditarik.

“Lepaslah!” kataku sambil merentap tangan. Berani dia pegang aku?!

“Heh. Jangan sombong sangatlah. Aku kan abang ipar kau.” Kata Ryan sinis.

“Siapa ni?” soal Syaza. Aku menghela nafas. Kemudian aku terus menarik lengan Syaza pergi. Malas nak beramah mesra dengan ‘abang ipar’ aku. Qalish dan Firas sedang menunggu di atas kerusi.

“Lamanya.” Kata Firas.

“Tadi ada…” terus aku menekup mulut Syaza. Qalish dan Firas mengerutkan dahi.
“Ada?” soal Qalish minta Syaza menyambung.

“Tak ada apa apa.” Kataku. Mulut Syaza dilepaskan bersama jelingan amaran.

Nasib baik dia faham. Qalish memandang kami curiga sebelum dia berjalan bersama Firas. Kami mengekor.

“Siapa tu?” soal Syaza berbisik.

“Nantilah aku cerita.” Kataku juga perlahan. Qalish berhenti di suatu tempat. Tangannya mengambil sesuatu. Aku membulatkan mata.

“Taknaklah aku.” Kataku. Qalish tersenyum.

“Kan cantik. Tengok. Ada loket ‘I’ lagi. Sesuai untuk Isya.” Kata Qalish. Ya. Aku memang berkenan dengan rantai tu. Tapi aku tak berapa berkenan dengan harga dia.

“Tapi…” Qalish meletakkan jari telunjuknya di bibirku sebelum dia membuat pembayaran. Kemudian kami berjalan jalan untuk mencari barangan lain.

AKU melihat rantai yang berada di leher.

“Terima kasih.” Terus aku mencium pipi Qalish. Qalish menekup pipiku dengan tangannya. Aku tersenyum.

“Pipi kau dah bulat.” Kata Qalish sambil menarik pipiku. Okey. Ini memang nak memulakan perang ni.

“Apa kau cakap? Amboi.. Ingat kau tu kurus sangat? Dahla tua, gemuk pula tu. Ka…” tanpa sempat aku menghabiskan kata, mulutku dipekup.

“Bising betul. Macam machine gun.” Kutuk Qalish. Nasib baik dia pekup, kalau tak mesti bertambah bebelan aku. Berani dia kata aku machine gun?

Qalish melepaskan tangannya apabila telefonnya berdering. Dijawab panggilan itu. Aku hanya memerhati. Selepas sahaja panggilan tamat, Qalish meraup muka.

“Kenapa?” soalku apabila wajah Qalish berubah.

“Papa masuk hospital.” Kata Qalish. Aku melopong. Kami terus bersiap.

Setibanya di hospital, kami mencari wad papa.

“Bro.” Firas berlaga bahu dengan Qalish.

“Macamana papa?” soal Qalish. Firas memandang papa yang terlantar di atas katil.

“Doktor suruh tengok dulu. Keadaan dia dah makin teruk. Kalau tak ada harapan, doktor suruh bawa pulang.” Kata Firas. Aku tergamam. Qalish nenghela nafas lalu melangkah ke katil.

“Papa…” Qalish mencium dahi tua itu. Mata lelaki itu terbuka sedikit. Bibir mengukir senyum.

“Sudi juga.. Qalish datang sini.” Hampir tidak kedengaran suara papa.

“Qalish tak pernah benci papa.” Kata Qalish. Papa tersenyum sebelum matanya jatuh padaku. Aku mencium tangannya yang dicucuk jarum.

“Isya jaga Qalish tau. Dia manja..” kata papa perlahan. Aku tersenyum. Seriously?  Tak manja pun dengan aku. Qalish tersenyum kecil.

“Isya akan jaga dia. Papa jangan risau.” Kataku. Papa senyum.

“Qalish...”

“Papa minta maaf. Papa abaikan Qalish.. Papa..” papa terbatuk.

“Papa.. Dah.” Qalish mengurut dada papa. Meredakan batuk. Papa memejam mata. Aku hanya selesa memerhati. Tidak mahu masuk campur. Tahu yang mereka perlukan masa sebagai seorang anak dan ayah.

“Qalish.. Aku keluar dulu.” Kataku. Qalish hanya angguk. Aku terus keluar dari wad itu. Berjalan di sekitar hospital. Mana Ryan dengan mami? Kenapa Firas yang bawa papa ke hospital? Sedikit rasa marah menyelinap dalam hati aku. Wujud juga manusia tak berhati perut macam mereka.

Tiba tiba aku melihat doktor bergegas masuk ke dalam ruangan wad. Wad papa! Aku berlari. Terus aku mendapatkan Qalish di luar wad.

“Kenapa?” soalku.

“Aku tak tahu..” jawab Qalish. Firas juga berlari ke arah kami. Mukanya penuh tanda tanya. Aku mengangkat bahu kepada Firas. Kami sama sama menunggu. Tak sampai tiga puluh minit, pintu wad dibuka.

“Kami minta maaf.”

BACAAN surah Yaasin bergema di banglo milik papa. Aku memandang surah Yaasin dengan pandangan kabur. Aku tak tahu kenapa. Aku tak rapat sangat dengan papa. Aku tak jumpa dia sebelum ni. Tapi aku tak tahu kenapa aku rasa kehilangan. Air mata dilap sebelum bacaan diteruskan.

“Kami dah nak tutup.” Setelah selesai semuanya, pengurus jenazah bersuara.

Qalish dan aku menghampiri papa.

Wajahnya tenang. Kepala aku ditunduk untuk mencium dahinya. Air mata yang ingin menitis ditahan. Qalish mengurut bahu aku apabila air mataku hampir menitik. Aku bangun.

Kemudian air mataku menitis kembali apabila melihat Qalish mencium seluruh wajah papa. Firas turut mencium wajah papa selepas Qalish.

“Kau duduk sini ke nak ikut ke tanah perkuburan?” soal Qalish. Aku mengambil keputusan untuk mengikutnya. Kami bergerak ke masjid untuk solat jenazah sebelum bergerak ke tanah perkuburan. Kelihatan liang lahad sudah siap digali.

“Saudara mara boleh tengok jenazah untuk kali terakhir.” Kata seorang lelaki tua sebelum kain kafan di muka papa dbuka sedikit. Aku memandang wajah tua itu tanpa berkelip. Aku tahu papa baik.

AKU mencari kelibat Qalish di tepi. Tiada. Jam hampir menunjukkan pukul empat pagi. Aku membetulkan rambut yang serabai lalu mencarinya. Tiada. Kemudian aku berjalan ke arah ruang tamu, turut tiada. Kaki aku bergerak pula ke arah satu bilik kecil. Nampak Qalish ada. Tenang dia mendongak ke langit melalui tingkap. Tangannya memegang surah Yaasin. Aku melangkah masuk.

“Qalish.” Panggilku. Tubuh Qalish terangkat sedikit kerana terkejut. Pantas dia menoleh ke belakang. Senyum diukir.

“Tak boleh tidur ke?” soal Qalish. Aku menggeleng. Kemudian aku memeluk tubuhnya. Qalish tercengang seketika sebelum membalas pelukan aku.

“Jangan pendam. Please.” Kataku. Aku tahu dari tadi dia hanya diam kerana sedang menahan perasaannya. Perlahan lahan tubuhnya melorot jatuh. Aku mengemaskan pelukan.

Esakan kedengaran. Aku menggosok belakang tubuhnya. Terhinjut bahunya bersama esakan. Aku dapat rasakan bahu aku basah. Rambutnya aku gosok perlahan.

Setelah beberapa ketika, esakan mulai perlahan. Aku mencium dahinya lembut. Panas.

“Kau demam lah.” Kataku. Dahinya panas. Qalish hanya diam bersama esakan kecil. Habis hidungnya merah. Comel.

“Jom masuk bilik.” Kataku. Qalish menggeleng.

“Kau masuklah.. Aku nak duduk sini kejap.” Kata Qalish perlahan. Aku memutuskan untuk duduk bersamanya.  Kepalanya masih melentok di bahu aku. Matanya terpejam.

“Pening.” Adu Qalish. Aku mengurut kepalanya. Panas sangat ni.

“Kau taknak pergi hospital?” soalku. Boleh juga bawa dia ke hospital yang dibuka 24 jam. Qalish menggeleng. Seketika kemudian matanya basah kembali. Esakan kedengaran. Aku mencium dahinya. Cuba menenangkan.

Pertama kali.

Pertama kali aku tengok Qalish begini.

Semakin lama, esakannya semakin perlahan. Dan akhirnya senyap. Dengkuran halus pula yang kedengaran. Aku mencium rambutnya. Tubuhnya aku dakap kemas sebelum mataku juga tertutup. Kami tidur sambil duduk di atas lantai. Aku bersandar di dinding manakala Qalish lena dalam pelukan aku.

Aku membuka mata apabila terdengar bunyi ayam. Qalish masih lagi nyenyak. Matanya sedikit sembap. Aku menggeliat.

Sakit jugalah belakang aku bila semalaman kena tidur sambil bersandar di dinding macamni. Tapi aku rela demi Qalish. Dia dah banyak berkorban untuk aku. Setakat tidur macamni apalah sangat.

Aku mencium rambutnya. Pipinya juga aku cium. Panas. Aku nak kejut dia supaya tidur dalam bilik tapi tak sampai hati.

Akhirnya aku hanya membiarkan Qalish dalam dakapan aku. Dekat satu jam, tubuhnya bergerak dan matanya terbuka.

“Ya Allah.. Isya aku minta maaf.” Kata Qalish sambil bangun dan memandang aku.

“Tak apa. Sikit je. Jom masuk bilik.” Kata aku. Qalish hanya menurut. Dia kemudian baring di atas katil. Aku mengambil kain lalu dibasahkan dan dilap dahi dan mukanya. Bagi hilang panas sikit.

“Kau nak makan apa?” soal aku. Biasanya orang demam ni tak ada selera. Jadi aku akan masak apa sahaja yang dia minta.

“Taknak.” Kata Qalish perlahan. Dia membalutkan dirinya ke dalam comforter. Aku mengerutkan dahi. Kemudian aku menggeleng.

“Tapi kau kena makan. Aku masakkan bubur, nak?” soalku. Qalish menggeleng. Matanya dipejam. Aku berlalu ke dapur lalu disediakan bubur. Senang sikit dia nak makan bubur. Lagipun bubur sihat.

Aku masukkan sayur dan aku bersyukur bila Qalish ni jenis yang makan sayur sepertiku. Senang nak masak. Ayam juga dilumatkan dan dicampur bersama nasi air.

Aku masuk ke bilik. Qalish tidur. Dahinya aku pegang. Kemudian aku mengambil telefon pintar aku. Ditekan nombor Firas.

“Hello.”

“Firas. Qalish demam ni. Tapi dia taknak ke hospital. Kau boleh tolong belikan ubat tak? Ubat demam hilanglah. Dah habis geledah satu rumah tadi.” Kataku.

“Okey okey. Nanti aku bawa.” Kata Firas. Talian diputuskan. Aku duduk di birai katil. Setengah jam kemudian, loceng ditekan. Aku menyarung tudung sebelum pintu dibuka.

“Isya.” Syaza memeluk aku. Eleh baru berapa hari tak jumpa. Tapi aku rindu dia juga. Firas dibelakangnya bersama plastik farmasi. Aku mengambil plastik yang dihulur.

“Masuklah.” Kataku. Mereka masuk.

“Qalish macamana?” soal Firas.

“Badan dia panas. Ada dekat dalam bilik. Pergilah tengok.” Kataku. Firas angguk lalu melangkah ke bilik. Aku menyediakan ubat untuknya sambil dibantu Syaza.

“Kau okey tak ni?” soal Firas. Qalish angguk. Firas menepuk bahu Qalish.

“Takziah bro.” kata Firas. Qalish menunduk. Firas mendekati Qalish lalu bahu Qalish dipeluk.

“Kau kuat. Aku tahu.” Kaki aku yang baru sahaja nak masuk bilik terhenti. Begitu juga Syaza. Kemudian aku dengar esakan dari Qalish.

“Dah dah.. Kau tahu kan kau tak boleh nangis? Nanti makin melarat.” Kata Firas. Qalish menyandarkan kepala di bahu Firas. Sama macam kami semalam.

“Ingat dulu, kau nangis teruk. Lepastu kau demam.” Kata Firas. Sejak kecil lagi Qalish memang akan demam jika menangis teruk. Qalish tersenyum kecil. Air matanya dilap.

“Papa..” gumam Qalish. Aku dan Syaza berpandangan. Dan aku tahu satu benda.

Papa betul. Qalish memang manja.

Firas menepuk kepala Qalish di bahunya lembut.

“InsyaAllah dia tenang dekat sana. Kau kena redha. Semua orang akan pergi.” Kata Firas. Dan sekali lagi aku kagum. Mereka  nampak bagai adik beradik. Dan aku tak pelik kalau Qalish percayakan Firas.

“Dah makan belum?” soal Firas. Qalish geleng.

“Tak ada selera. Sakit tekak.” Adu Qalish. Aku dan Syaza masuk ke dalam bilik.

“Aku buatkan bubur. Makan eh. Nanti boleh makan ubat.” Kataku. Bubur itu diambil lalu disuap ke mulutnya. Qalish makan tanpa bunyi. Apabila aku nak suap sekali lagi, dia menggeleng.

“Nak muntah.” Kata Qalish. Firas mengusap belakangnya. Aku tersenyum. Kalau orang luar nampak, sah kata diorang ni gay.

“Makan ubatlah kalau macam tu. Aku ada beli ubat tahan muntah juga tadi.” Kata Firas. Aku mengambil ubat. Qalish menelan ubat tahan muntah.

Seketika kemudian, dia terlelap dengan kepala yang terlentok di bahu Firas. Firas meletakkan kepala Qalish di atas bantal dengan perlahan. Selimut ditarik.

“Manja betul dia. Ni kalau orang lain nampak, mesti tak percaya yang dia ketua pengawas.” Kata Syaza. Aku setuju. Seperti yang aku cakap, ni kali pertama aku nampak dia macam ni. Firas tersenyum nipis.

“Dia dari kecil lagi macam ni. Kalau dia sakit, dia memang manja sikit sebab dia nak perhatian. Dia nak orang jaga dia. Bagi dia, demam tu boleh bawa maut pula kalau tak ada orang jaga dia.” Kata Firas. Aku dan Syaza tergelak. Patutlah. Takut demam rupanya.

“Dia menangis ke semalam?” soal Firas. Aku angguk. Buat apa nak bohong, jelas kot nampak mata dia sembap.

“Lagi satu, dia tak boleh menangis. Kalau menangis biasa je tak apa. Kalau menangis teruk dia memang akan demam. Papa dengan mama dia pun tak tahu nak buat macamana. Pergi jumpa doktor. Doktor cakap dia pun tak tahu kenapa bila Qalish menangis dia akan demam.” Aku angguk. Kenapa Qalish tak pernah bagitahu aku? Tapi takkanlah dia nak bagitahu pula kan?
“Berapa lama dia demam? Nanti banyak hari pula tak boleh ke sekolah. Dia dahla ada pertandingan kawad.” Kesian pula aku kalau dia tak dapat masuk pertandingan tu. Kan dia dah berlatih.

“Kejap je. Maksima dua hari. Tapi biasanya kalau dia deman pagi ni, malam ni baiklah tu.” Lega aku mendengar.

Firas tahu tentang Qalish lebih daripada aku tahu tentang Qalish. Padahal mereka hanya sepupu. Nampak sangat yang selama ni Firas yang selalu bersama dengan Qalish sewaktu aku masih tidak wujud di sisinya sebagai isteri.

Terima kasih, Firas.

“Oh ya. Korang stay lah sini. Aku masak. Boleh kita makan.” Kataku. Bukan selalu mereka datang rumah ni. Jadi apa salahnya kalau aku menjamu mereka sedikit.

“Cun.” Firas mengangkat ibu jarinya.

“Aku nak tolong. Boleh belajar masak.” Syaza berkata. Aku angguk.

“Haa.. Betul tu. Belajar masak. Tak ada la susah aku nanti lepas kita kahwin.” Aku tergelak. Firas mengenyit mata ke arah Syaza namun Syaza mencemik. Eleh, cemik cemik pun pipi macam tomato tu kenapa?

Panjangnya bab ni. Hahahahhaha. Rindu lah (>•<)

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top