PUD 14 : The truth
Promoteeeee
Ganti Diriku
nurkmohdf
Pi baca skrg. Bwk air teh limau skali.
______________________________________
SYAZA mengeluh di tepiku. Terus aku menoleh.
“Kau dah kenapa pagi pagi muka dah begini?” soalku. Syaza merengus.
“Mamat tu lah! Pagi pagi dah cari pasal. Ada ke patut dia sekat aku di pintu pagar? Dahla aku dah lewat masa tu. Pengawas tu bila bila masa je boleh saman aku tau?” nampak mata Syaza berapi.
“Mamat mana ni?” pelik aku dibuatnya. Syaza mana ada rapat dengan mana mana lelaki.
“Sepupu suami kau lah.” Aku tergelak. Kan aku dah cakap si Firas tu suka kan kawan baik aku.
“Biasalah. Dia usik kau je sebab dia suka kau. Lelaki ni, dia takkan layan mana mana perempuan tau. Kecuali kalau dia suka kau atau dia nak tarik perhatian kau.” Kataku. Syaza mencemik.
“Ye lah tu.”
“HAI Syaza, hai Isya.” Satu suara garau memanggil. Serentak aku dengan Syaza menoleh.
“Hai, Firas.” Aku senyum kepada Firas. Kemudian mataku memandang Qalish di tepinya. Senyum nipis dihadiahkan namun tiada balasan. Tengok! Aku dah cakap mamat ni kalau dekat sekolah, pandang aku pun tak.
“Gadis manis ni merajuk lagi ke?” soal Firas sambil mengenyit mata kepada Syaza. Aku tergelak apabila melihat muka menyampah daripada Syaza.
“Eleh, merajuk manja pula.” Usikku. Syaza membulatkan mata ke arahku.
“Eii.. Kau ni. Nasib baik husby kau ada. Kalau tak, aku dah lama penyetkan kau, tahu?” soal Syaza geram. Aku nampak bibir Qalish naik sedikit. Firas pula tergelak.
“Oh ya. Kau stay dengan Qalish ke Isya?” soal Firas. Eh lupalah. Harinikan dah mula latihan kawad.
“Err. Balik kut. Lagipun kalau stay, tak tahu nak duduk mana.” Kataku.
“Duduklah dekat library. Aku boleh minta kunci dengan cikgu.” Kata Syaza. Aku memandangnya. Otak mula berfikir.
“Duduk je. Qalish mesti bagi. Kan?” Firas menepuk bahu Qalish.
“Asalkan ada orang teman dia okey je.” Qalish bersuara.
“Aku akan teman dia.” Bersemangat Syaza berkata. Kenapa semua macam taknak bagi aku balik ni? Aku okey je lah duduk rumah sorang sorang.
“Fine. Nanti kalau bosan sangat, datang je lah tengok kami berlatih.” Ajak Firas yang juga merupakan anggota kawad kaki. Kami hanya mengangguk.
“Eh, lupa lah. Aku kena hantar buku.” Tiba tiba Firas berkata.
“Jomlah.” Ajak Qalish.
“Eh, tak apa bro kau duduk sini. Biar Syaza teman aku.” Syaza ternganga.
“Kau dah kenapa?” soal Syaza bengang. Aku tergelak. Qalish bangun.
“Jom lah.” Qalish terus berlalu pergi bersama Firas. Sempat Firas mengenyit mata kepada Syaza. Aku tersenyum. Kahwin je lah senang.
KAMI pulang pada jam 6 petang. Nasib baik aku bawa telekung. Boleh solat dekat asar dekat sekolah je.
“Macamana hari ni?” soalku. Qalish yang sedang memandu menoleh ke arahku.
“Okay je semua. Macam tu lah. Susah nak train budak baru masuk je. Diorang kan tak tahu basic kawad.” Kata Qalish. Aku angguk.
“Mesti penat kan?” lagi mahu tanya! Apalah kau ni, Isya.
“Bolehlah.” Qalish senyum nipis. Kemudian dia menunjukkan lengannya.
“Tengok ni, habis dah sunburn.”
Aku tergelak. Mata memandang lengannya yang kemerahan. Nasib baik lah dia ni kalau kena cahaya matahari kulit jadi merah. Kalau jadi hitam, habislah. Bertukar mana dia mana bayang bayang.
“Kau nak air tak?” soalku. Kesian dia berjemur dari tadi lagi. Tudung aku tanggalkan.
“Tak apalah.” Qalish merenggangkan tulang belakangnya. Aku terus masuk ke dapur. Air oren di dalam peti diambil. Ikut kepala mamat tu, kebulur lah jawabnya. Aku tuang air itu ke dalam gelas sebelum dibawa ke ruang tamu.
“Nah.” Gelas itu diletakkan di atas meja. Qalish mengambil gelas itu lalu disua kepadaku. Aku mengerutkan dahi.
“Kenapa?” soalku pelik.
“Minumlah.” Aku terus mencicip sedikit air tersebut. Selepas aku minum, Qalish turut minum di bekas bibir aku tadi.
“Kenapa?” soalku. Masih pelik.
“Kan sunnah. Sekali sekala amalkan apa salahnya.” Qalish tersenyum. Aku turut tersenyum.
“Aku mandi dulu.” Aku terus bangun sebelum Qalish menarikku kembali.
“Kau dah kenapa?” soalku geram. Qalish merebahkan kepalanya di atas pahaku.
“Nak tidur kejap.” Qalish menutup mata. Aku tersenyum. Dahinya aku cium.
Kemudian aku mengusap rambut hitam pekatnya. Kebanyakan gadis suka kan jejaka berambut blonde. Tapi aku rasa aku suka jejaka rambut hitam kot.
Gatal kau, Isya!
Jariku bermain di hidung mancungnya. Usik dia tidur. Jahat betul aku ni. Bulu mata lurusnya aku turut sentuh. Bulu matanya tidak lentik. Hanya lurus ke bawah. Tapi bulu mata dia panjang! Dengki aku. Walaupun bulu mata aku lentik, tapi tak sepanjang dia. Tapi apa sahaja yang ada pada diri aku, aku bersyukur. Dah itu ketentuan Allah.
Bibirnya kecil dan nipis. Aku bermain dengan bibirnya sambil tersenyum memikirkan ciuman Qalish masa rumah kami kena pecah masuk tu.
Sebut pasal pecah rumah, sampai sekarang aku tak tahu berita. Qalish pun diam je. Aku bermain pula di pipinya. Ini pun aku dengki juga. Dia tak ada jerawat langsung! Aku baru je naik satu jerawat di pipi. Nak menangis rasanya.
HAMPIR pukul tujuh. Aku membuka mata. Aku pun tak tahu bila aku terlelap.
Kemudian aku melihat Qalish masih nyenyak di pahaku. Nak kejut tak sampai hati pula. Tapi kena kejut juga.
“Qalish.. Qalish.. Bangun.” Pipinya aku tepuk lembut.
“Qalish..” Qalish membuka mata. Kemudian dia menguap.
“Dah nak maghrib ni. Pergi mandi.” Kataku. Qalish hanya angguk. Mengantuk lagi lah tu. Aku terus mencapai tuala sebelum masuk ke dalam bilik air.
Selesai mandi, kami solat manghrib. Aku memerhati Qalish yang duduk di atas katil sambil melihat telefonnya.
“Qalish.” Qalish memandangku. Aku duduk di tepinya.
“Siapa diorang?” soalku. Kemudian aku memerhati wajahnya. Wajahnya biasa sampaikan aku tak tahu apa yang bermain di fikirannya. Qalish meletakkan telefonnya di atas meja.
“Malaslah nak cerita.”
Terus aku mencubit lengannya.
“Auchhh!!!” Qalish menggosok lengannya. Aku merenungnya tajam. Qalish menyepit hidung aku. Aku tersenyum kecil.
“Perempuan yang kau jumpa tu isteri papa. Isteri muda papa. Papa kahwin dengan dia selepas lima bulan mama aku meninggal. Dan perempuan tu ada anak. That bastard. Dia abang tiri aku. Beza umur setahun je. As you saw, dorang baik. Tapi hanya di depan papa. Sebab mereka nakkan harta papa.”
“Habistu kenapa kau tak bagitahu papa?”
“Kalau boleh. Lama dah aku bagitahu.”
“Kenapa?”
“Mereka yang bunuh mama sebenarnya.” Hampir tidak kedengaran suara Qalish. Aku membulatkan mata.
“Orang lain anggap mama mati sebab kemalangan. Tapi aku tahu perempuan tu bunuh mama supaya dia dapat kahwin dengan papa. Perempuan tu yang langgar mama. Tapi aku tak ada bukti nak heret dia ke balai.” Kata Qalish.
“Mereka ugut aku. Mereka akan bunuh Qaisara macam mereka bunuh mama kalau papa tahu pasal ni.” Qalish tersenyum nipis. Aku terkedu. Tak tahu nak cakap apa.
“Sekarang ni papa ada kanser. Aku tak tahu selama mana papa boleh bertahan. Aku nak jenguk papa tapi mereka takkan bagi. Mereka reka cerita yang aku benci papa.”
“Sara tahu pasal ni?” soalku. Qalish menggeleng.
“Biarlah dia tak tahu. Nanti tambah masalah dia pula kalau aku bagitahu semua. Lagipun sekarang ni dia perlu tumpu pada sekolah. Dia kan pt3 tahun ni.” Qalish senyum nipis. Dan sekarang aku faham kenapa Qalish marah masa Qaisara pujuk dia suruh balik rumah. Qalish terpaksa berpura pura bencikan papa hanya kerana taknak Qaisara terganggu dengan masalahnya.
“Habistu siapa tahu pasal ni?”
“Firas. Dan kau. Aku cerita dekat Firas semuanya sebab aku nak minta tolong dia jaga papa dan Sara. Kalau jadi apa apa dekat papa dan Sara, Firaslah yang akan bagitahu aku.”
“Kenapa mereka benci kau? Maksud aku.. Kenapa mereka berlakon baik depan Sara dan mereka jadi jahat dengan kau? Korang kan adik beradik.” Itu yang aku pelik. Mereka tak berlakon baik dengan Qalish sahaja.
“Sebab aku pewaris. Aku anak lelaki kandung papa. Mestilah papa akan berikan harta dia pada aku. So mereka rancang supaya semua harta jatuh ke tangan Ryan. Sebab tu mereka burukkan aku depan papa.” Qalish memandangku.
“Dan sekarang, semua harta papa akan jadi milik Ryan.” Qalish senyum nipis. Air mataku bergenang tiba tiba. Sebak. Qalish banyak berkorban tanpa orang lain tahu. Qalish senyum sebelum mengesat air mataku dengan ibu jarinya.
“Hey.. Janganlah nangis.”
“Macamana kau boleh hadap semua ni?” soalku.
“Papa dan Sara. Aku hanya nak papa dan Sara selamat. Cukuplah mama je jadi mangsa mereka.” Qalish merenung lembut mataku.
“Aku minta maaf.” Sumpah aku rasa bersalah. Aku turut menambah masalahnya. Kalau dia tak kahwin dengan aku, mungkin dia masih boleh jumpa papa dia.
Qalish menarikku dalam pelukan.
“Kau tak salah apa pun.” Qalish mencium rambutku. Air mata aku menitis lagi. Aku mendongak dan mencium dagunya. Qalish tersenyum
Sad ending??????? Nak tak? Excited dh ni. Hahahahah
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top