PUD 12 : Menang
AKU mengerutkan dahi apabila melihat Qalish memakai baju berwarna putih sepertiku. Dia… pengawas kan?
“Kenapa kau pakai macamni?” soalku pelik. Qalish hanya tersenyum nipis sebelum dia menarik tanganku untuk masuk ke dalam kereta. Aku hanya akur dengan otak yang bercelaru.
Setibanya di sekolah, Cikgu Diana membawa kami ke satu tempat yang diluar kawasan sekolah. Macam dewan. Dan yang buatkan aku ternganga ialah banner yang tertampal di dewan itu.
PENYAMPAIAN ANUGERAH PERTANDINGAN MELUKIS
Aku mengerutkan dahi. Bukan ke penyertaan aku terbatal sebab aku tak hantar pun lukisan tu lepas lukisan tu musnah. Cikgu Diana duduk diantara aku dengan Qalish. Aku masih bingung. Apa yang jadi ni? Kenapa sel otak aku tak bersambung ni?
Hampir satu jam berlalu. Macam macam anugerah yang diterima.
“Baiklah. Anugerah yang kita tunggu tunggu. Pemenang tempat pertama bagi pertandingan melukis peringkat negeri dimenangi oleh… , tuan rumah, iaitu negeri Selangor dipersilakan Nur Irsya Qisteena dan Qalish Mirza.”
Tepukan bergema dalam dewan itu. Kemudian Cikgu Diana menyuruhku bangun. Aku hanya ikut mengekori langkah Qalish yang turut naik ke pentas bersamaku. Kami menerima hadiah dan kami berjaya ke peringkat antarabangsa!
Tidak semena mena air mataku menitis apabila menerima hadiah sebelum dilap dengan pantas. Tak payah cakap! Aku tahu ni semua kerja Qalish. Aku memandang Qalish yang sedang memandang kamera yang mengambil gambar kami. Kemudian apabila terasa seperti dirinya diperhatikan, Qalish memalingkan muka ke arahku. Senyum nipis diukir untukku. Sekali lagi mataku berair.
Sebaik sahaja turun ke belakang pentas, terus aku melompat dan memeluk Qalish. Qalish tergelak kecil dengan tindakan aku.
“Terima kasih.. Terima kasih.” Bisik aku ditelinganya. Qalish mengusap belakangku. Pandangan orang lain tidak dihiraukan. Kami dah halal!
“Tahniah kamu berdua. Nanti perhimpunan rasmi esok korang kena datang tau pihak sekolah nak bagi special gift pula.” Kata Cikgu Diana sambil tersenyum ke arah kami.
“KENAPA kau tak cakap kau pandai melukis? Patutlah kau hilang dua hari lepas bilik lukisan tu kena pecah masuk. Kau pergi melukis?” soalku. Teringat yang lepas bilik lukisan kena pecah masuk dan lukisan aku musnah, Qalish menghilang untuk seketika. Qalish tersenyum kecil seraya mengiakan kata kataku. Aku memeluknya.
“Terima kasih.” Kataku lagi.
“Tapi kenapa kau buat semua ni?” soalku. Kepala didongakkan untuk memandang wajahnya.
“Just to make sure that you still can smile.” Kata Qalish. Terus aku tersenyum dan memeluknya kembali. Sungguh aku gembira. Bukan sebab aku menang, tapi sebab Qalish. Dia sanggup buat macamni semata mata untuk aku senyum.
Qalish.
“Okey… apa kata aku belanja kau aiskrim?” Kata aku. Qalish mengecilkan mata.
“Betul!” kataku. Mesti dia ingat aku bergurau. Apabila Qalish masih lagi ragu ragu, aku menepuk pipinya perlahan. Geram aku! Qalish tergelak.
“Okey jom.” Qalish mula berjalan keluar sementara aku sibuk memakai tudung bawal. Alah, sibai kiri kanan bucu bawal sudah lah. Tak perlu nak berbelit belit.
Kami melepak di taman sambil menjilat aiskrim.
“Nanti bulan depan lapan aku ada pertandingan kawad kaki. So kami akan berlatih mulai bulan depan.” Kata Qalish. Aku angguk. Faham. Dia kan kepala kawad tu.
“Kau okey duduk rumah? Kalau tak pun kau tumpanglah asrama kejap. Lepas training kita balik. Nanti aku boleh bincang dengan warden.” Aku pantas menggeleng.
“Taknaklah. Aku okey je duduk rumah. Lagipun aku tak biasalah duduk asrama.” Senyum diukir untuk Qalish. Qalish angguk.
“Qalish?”
Serentak kami berdua menoleh ke belakang. Mataku membulat.
“Sara?” soalku. Qaisara, iaitu adik Qalish hanya senyum nipis.
“Kak. Tak sangka dapat jumpa akak dekat sini dengan abang.” Qaisara bersalaman denganku. Aku masih pelik. Kenapa Qaisara boleh ada di sini? Bukan ke keluarga Qalish semua dah duduk di Johor ke?
“Kau buat apa dekat sini?” aku mendongak memandang Qalish. Dingin wajahnya memanah wajah Qaisara.
“Sebenarnya Sara cari abang. Semua cari abang. Kami rindukan abang.” Kata Qaisara. Qalish tergelak sinis lalu menarik tanganku.
“Jom balik.”
“Qalish.” Aku mengeraskan kaki. Qalish memandangku. Kemudian pandangannya beralih ke arah Qaisara.
“Kau ingat aku akan percaya semua tu? Kau bagitahu keluarga kau tu, tak payah cari aku. Aku dah bahagia.” Aku nampak mata Qaisara berair sebelum dia mengukir senyum.
“Tak apa kalau abang masih marahkan kami. Apa yang papa buat tu memang susah untuk dimaafkan. Tapi Sara minta, abang balikla jenguk papa. Dia sakit sekarang ni. Dia nak sangat jumpa abang.”
Qalish hanya diam sebelum berlalu pergi.
“Err.. Akak pergi dulu ya Sara. Kirim salam dekat keluarga Sara. InsyaAllah nanti akak pujuk abang Qalish. Assalamualaikum.” Kataku sebelum bersalam dan mengejar Qalish. Taknak aku kena tinggal dekat sini!
Suasana hanya sepi di dalam kereta. Aku memandang wajah Qalish. Wajahnya tidak beriak. Aku tak tahulah dia tengah marah ke apa dengan muka macamtu.
“Qalish. Kau okey?” soalku. Qalish menoleh ke arahku seketika sebelum kembali memandang ke jalan raya.
“Okey. Penat sikit.” Jawab Qalish lalu mengukirkan senyum untukku.
“Pasal tadi…”
“Kita cakap pasal tu lain kali boleh? Aku malas nak dengar.” Kata Qalish memotong percakapan aku.
“Habistu bila kau nak dengar? Diorang keluarga kau.”
“Aku tak ada keluarga.” Aku mengeluh. Betul, Qalish memang cepat panas dan cepat sejuk. Tapi dalam hal ni aku tak tahulah kenapa dia boleh lambat sangat nak sejuk.
Sudahnya aku hanya diam. Malas nak bertekak. Tapi rasa bersalah pula sebab aku dah janji dengan Qaisara untuk pujuk pakcik ni. Itulah, jangan suka suka berjanji kalau tak rasa boleh mengotakan janji tu.
“Jenguk kejap je. Ayah kau sakit kan sekarang ni. Takkan kita taknak jenguk?” aku memandang Qalish.
Ha… Kalau diam tu taknak la tu. Huh! Geram pula aku dengan budak ni.
“KELMARIN, satu penganugerahan telah dilangsungkan iaitu anugerah bagi pertandingan melukis. Sekolah kita telah menghantar dua orang wakil bagi pertandingan tersebut iaitu Qalish Mirza daripada 5 Fairuz dan Nur Irsya Qisteena daripada 4 Fairuz. Kedua dua peserta ini berjaya mendapat tempat pertama pertandingan melukis dan layak masuk ke peringkat antarabangsa. Oleh itu saya menjemput tuan pengetua untuk menyampaikan hadiah kepada dua peserta kita.” Kemudian aku nampak pengetua bangun untuk menyampaikan hadiah.
“Dijemput Qalish Mirza daripada 5 Fairuz dan Nur Irsya Qisteena daripada 4 Fairuz.” Qalish berjalan mendahului aku. Aku cuma mengekor dari belakang. Setelah hadiah disampaikan menerina ucapan tahniah daripada pengetua, aku berpatah balik ke arah pengerusi majlis.
“Boleh saya bercakap sekejap? Sekejap je.” Kataku. Pengawas yang bertugas sebagai pengerusi majlis itu hanya angguk setelah diberi kebenaran oleh guru. Aku mengambil mikrofon. Sekarang ni semua mata tertumpu padaku termasuklah Qalish yang turut menayangkan muka bingung.
“Assalamualaikum. Petama sekali saya nak ucapkan terima kasih atas hadiah ni. Tapi.. Saya rasa, saya tak layak untuk hadiah ni. Kami memang menyertai pertandingan tu tapi sebenarnya saya tak buat apa apa pun. Qalish je yang bertungkus lumus buat semua. Lukisan yang saya buat sebenarnya dah rosak. Dan saya tak hantar pun lukisan tu. Jadi lepastu Qalish buat semula lukisan tu dan hantar. Hanya dia yang lukis semua. Saya hanya dapat nama jadi saya rasa saya tak layak untuk semua ni.” Aku tersentak apabila mikrofon ditanganku dirampas.
“Apa kau buat ni?” kata Qalish perlahan.
“Telling them the truth.”
“Jangan buat benda pelik pelik boleh tak? Ikut aku. Sekarang.” Sempat Qalish memberi pandangan mengugut sebelum turun dari pentas. Aku hanya akur. Aku ikut dia ke bilik sakit yang kosong sekarang.
“Apa yang kau fikir?” soal Qalish sambil menyilangkan tangan.
“Aku cuma taknak rasa bersalah. Kau tahu tak perasaan aku bila kau buat macamni? Kau buat aku rasa bersalah! Kau terlalu nak buat aku gembira sampaikan aku rasa aku tak layak nak bersama dengan kau.” Kataku.
“Sepatutnya aku rasa macamtu.” Kata Qalish pelik. Aku menepuk bahunya kuat.
“Tak layak apa nya?” soalku geram. Hei budak ni! Qalish tersenyum nipis sebelum membongkokkan badannya supaya sama tinggi denganku. Kemudian dia mencium pipiku. Aku membulatkan mata.
“Dah, pergi masuk perhimpunan balik. Jangan nak buat benda macam tadi.” Kata Qalish. Aku akhirnya senyum.
Gatai betul ketua pengawas ni!
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top