Penjaga
"Kamu, Ain!" langkahku terhenti. Pandangan aku terarah ke belakang. Sepertinya ada yang memanggil nama aku.
"Tolong saya boleh? Letak barang saya dekat bilik saya sekejap." Pinta Cikgu Nazirah.
"Oh, ok." Jawab aku lalu mengangkat buku-buku kegunaan cikgu.
Inilah realiti kehidupan sebagai seorang pelajar. Aku mengambil langkah berjalan di jalan yang dekat iaitu melalui kantin.
"Mak cik, donat tiga!" Teriak seseorang menarik perhatian aku.
"Tiga? Bukan selalu beli dua saja? Nah untuk kamu berdua." Ujar Mak Cik Timah, merangkap staff kantin.
"Sejak Fatin tinggalkan kami dua, kami rindu dia." Ujar salah seorang daripada mereka kepada Mak Cik Timah.
Fatin?
Ketika mereka sibuk berjalan, kedengaran bunyi pasu pecah.
"Ahhh!!!" Jerit Fatin.
"Ohmygod Fatin!" Jerit Mimi terkejut. Orang sekeliling memandang mereka.
"Ya Allah kenapa ni?" Tegur Cikgu Ros yang dalam perjalanan ke kantin.
"Tak tau, pasu jatuh atas kepala dia." Tergagap-gagap Mimi berkata. Liya hanya terkesima melihat rakannya yang tidak sedarkan diri. Darah melimpah ruah di bajunya dan tudung. Liya menyelak tudung yang melindungi darah tersebut.
"Hah? Pisau??" Soal hatinya.
Liya memandang Mimi dengan membawa maksud hairan.
"Cik--cikgu... pisau.." Cikgu Ros memandang mereka dengan riak marah bercampur hairan.
"Kamu yang buat ke?" Tengkingnya.
"Takkan saya nak buat cikgu! Kawan saya ni!" Tengkingnya balik. Cikgu terkedu.
"Mana dia ambulans ni?!" Teriak Mimi dalam tangisan.
Segera peristiwa itu timbul di mindaku. Aku pandang muka mereka dari arah tepi. Geng Ice Princess....
"Liya? Mimi?" Tegur aku. Serentak mereka memandang muka aku.
"Kau?" Mereka memandang anak mata aku tajam. Lalu, saling berpandangan sambil tersenyum sinis.
"Kau buat apa dekat sini?" Soal Mimi. Aku menayang buku-buku yang aku bawa.
"Tolong cikgu." Kata aku.
"Ikut kami, tempat biasa."
Celaka. Perangai membuli mereka memang tak berubah lagi ke? Aku mengeluh kecewa.
"Bagi aku letak dulu buku." Ujar aku lalu melangkah pergi ke bilik guru.
"Ya?" Tegur aku kepada mereka.
"Kau tahu Fatin mati sebab apa kan?" Soal Liya.
"Err.. sikit?" Jawab aku tenang.
Di minda aku mengingati semula pengumuman yang menyedihkan suasana sekolah pada masa itu.
"Dukacita dimaklumkan bahawa, rakan kita dari kelas 5 Perdagangan telah kembali ke rahmatullah akibat dibaling pasu. Saya berharap sesiapa yang melakukannya berjumpa saya secara tidak terbuka untuk menutup aib."
(Ayat macam tak logik, kahkahkah.)
"Aku nak tanya kau sesuatu." Kata Mimi dengan nada serius.
"Apa?" Tanya aku semula.
"Kau ada pakai apa-apa ke?" Soal Liya.
"Pakai? Maksud kau?" Soal aku semula.
Aku menelan air liur. Susuk?
"Bukan susuk bangang." Sampuk Mimi.
Ceh, macam tahu-tahu aku fikir macamtu.
"Habistu?"
"Kau ada penjaga ke?" Soal mereka berdua dalam keadaan berbisik.
Aku terkedu. Penjaga?
"Kau.. ada benda nak kau. Dia nak jaga kau." Kata-kata Syakira terimbas semula di benak fikiranku.
Lembaga yang ayah bela?
Aku teringat kembali ketika aku kecil yang menjadi tanda tanya kepada aku ketika itu.
Bbang!
Aku ternampak kereta bertembung kereta di depan aku. Tak, bukan kereta mak dan ayah aku. Kereta orang lain....
Aku terkedu. Di saat aku memberanikan diri untuk tengok dari jauh. Aku ternampak lembaga hitam memandang tepat ke arah aku. Matanya merah pekat, rupanya.. tidak dapat aku gambarkan. Rupanya seperti ayah.
Terdapat satu lagi peristiwa yang menjadi tanda tanya aku juga. Hari kejadian Fatin meninggalkan kami semua.
Aku memandang mereka dengan terkejut. Segera aku memandang seorang wanita baya 20-an dari jauh sambil tersenyum.
"Sya-syakira?" Soal aku terkejut. Aku segera melarikan diri ke kelas aku.
"Fatin kena baling pasu? Kena tikam?" Soal aku ketakutan.
Tetapi...
"Syakira..? Bukan dia baik ke atau itu lembaga ayah?" Bisik hati aku. Nampaknya, malam ni aku terpaksa 'contact' dia balik.
"Woi! Termenung apa lagi? Jawab la." Tegur Mimi setelah melihat aku membeku.
"Mana ada." Jawab aku sambil membuat muka menyampah.
"Habistu kenapa Fatin mati lepas buli kau." Aku membulatkan mata.
"Dia mati sebab pasu ok, bukan sebab aku." Sengaja aku beri jelingan panas kepada mereka.
"Tak, kau ada penjaga kan. Macam mana Fatin mati tanpa sebab? Aku maksudkan macam mana pasu dan pisau tu muncul secara tiba-tiba?" Soalnya bertubi-tubi. Aku yang sudah panas cuba menahan sabar.
"Kenapa kau tak hadir sekolah lepas kes Fatin?" Soal Liya lagi, bibirnya memberi senyuman sinis.
"Sehari sahaja, aku demam." Jawab aku, berusaha untuk tenang.
"Tak, kau tipu."
Segera aku bangun dari kerusi dalam bilik stor itu.
"Kalau kau rasa aku menipu, fine! Apa guna aku menafikan sekali pun? Kau tetap fitnah aku kan?" Tengking aku.
Ya la, tiba-tiba kau kena soal siasat dan difitnah.
"Heh." Ucap aku serentak membawa kaki aku keluar dari tempat bersejarah di mana aku dibuli dan hampir dicabul oleh Liya.
"Lagi satu, ajal maut hanya Allah sahaja yang tau. Kau tak ada hak fitnah aku ada 'penjaga' bagai." Ujar aku seraya membawa diri ke surau.
***
"Assalammualaikum Ain, kau ok?" Sapa seseorang yang sepertinya aku kenal.
"Syafiza?" Dia mengangguk.
"Aku.. kau.. kau ok?" Soalnya tergagap-gagap.
"Ok." Jawab aku santai.
"Maksud aku, kau tak kena gangguan apa-apa?" Soalnya.
Gangguan? Kena. Macam mana dia tahu.
"Kena." Jawab aku dalam keadaan terpaku.
"Kau boleh cerita dekat aku?" Pintanya.
"Boleh kot." Aku tau dia ada niat baik.
"Sebelum tu, aku kena bawa kau jumpa seseorang dulu." Beritahunya.
"Siapa?" Soal aku membuatkan dia tersenyum kecil.
"Jom." Ajaknya.
"Huh?"
***
"Assalammualaikum, ayah~" Ucap Syafiza membuat aku sedikit tersentak.
Ayah?
"Waalaikumussalam, ha Fiza." Seseorang muncul dari pintu bilik kaunseling itu.
Ustaz Haqim?
"Masuk la." Katanya sambil tersenyum.
Mereka menjemput aku untuk duduk. Aku yang masih lagi terkeju, berjalan perlahan-lahan ke kerusi.
"Kamu sihat?"
Aku angguk perlahan. Perasaan hairan muncul di benak fikiran.
"Ingat saya?" Sekali lagi, aku angguk.
"Macam ni...."
____________________________________
19/12/2017
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top