Penampakan

Malam itu aku ke gerai milik Cik Na di dalam sekolah untuk membeli kacang kuda. Gerai tersebut terletak di tempat ruang rehat pelajar.

Semasa dalam perjalanan aku terasa seperti diperhatikan oleh seseorang. Cepat-cepat aku melangkah laju ke gerai.

"Cepat beli. Cikgu tengah buat rondaan tu!" Tegur pak cik guard, Pak Mat yang tengah melepak di gerai tersebut.

Aku menggangguk tanda terima kasih. Lalu, aku terasa seperti sinaran cahaya memancar pada muka aku.

"Hey! Kamu buat apa tu." Tegur seseorang.

"Be-beli kacang." Jawab aku.

"Eh Pak Mat?" Tegur hati aku.

"Gerai Cik Na dekat ruang rehat tu ke?" Soalnya membuat aku tidak sedap hati.

"Haah. Tadikan Pak Mat duduk situ. Buat tanya pulak." Aku tergelak kecil.

"Kamu merepek apa ni? Cik Na kan kat hospital. Beranak, isy isy, bak sini kacang yang kamu beli tu." Arah Pak Mat.

"Batu?"

"Pergi masuk asrama kamu." Arah Pak Mat.

Aku lari tak cukup tanah. Siapa yang tak berdebar. Asrama ni berhantu ke?

Aku tidur berselimutkan selimut bunga yang Ummi Fatimah aku beli. Siapa dia? Dia la ummi kat rumah anak yatim yang aku duduk dulu.

Tak tahu eh aku anak yatim? Meh aku cerita. Aku ni bukan la anak yatim tapi aku saja gelar diri aku anak yatim sebab apa? Sebab dari darjah satu dulu mak ayah aku dah tinggalkan aku dekat sana.

"Mak nak pi mana?" Soal aku cemas.

"Hang dok sini, jangan laqi na. Mak nak pi beli sayoq. Sat ja naa." ujar mak.

Kelihatan seorang wanita menungguku di pagar tempat tersebut.

"Assalammualaikum Ain~ ni ummi Fatimah." Sapa dia.

"Mak cik ni siapa?" Soal aku. Pandangan aku menghala ke arah ibuku yang memasuki kereta. Kelihatan ayah aku senyum sinis.

Ayah?

Kereta mereka mula bergerak lqju. Aku cuba berlari mengejar mereka tetapi badan aku di tahan oleh wanita tadi.

"Mak!! Ain nak mak!!" Tangisan aku semakin kuat.

"Ain benci ayah! Ain benci!" Aku melarikan diri ke jalan raya.

Bbang!

Aku ternampak kereta bertembung kereta di depan aku. Tak, bukan kereta mak dan ayah aku. Kereta orang lain....

Aku terkedu. Di saat aku memberanikan diri untuk tengok dari jauh. Aku ternampak lembaga hitam memandang tepat ke arah aku. Matanya merah pekat, rupanya.. tidak dapat aku gambarkan. Rupanya seperti ayah.

Ayah membela?

Ttup!

Lampu bilik aku terpasang. Aku tidak berseorangan yang tidur di dalam bilik ini. Ada enam kesemuanya. Aku tidur di katil bawah memandangkan aku ni gayat orangnya. Katil aku bersebelahan dengan tingkap yang menghadap dorm perempuan yang lain.

"Weh. Bangun-bangun, aku tak boleh tidur ni. " Pinta Hani.

Semua bangun serentak.

"Apa kau ni?" Marah Arin.

Di dalam bilik ini, terdapat Arin, Madu, Asyikin, Hawa, Hani dan aku, Ain.

"Apa hal kau ni?" Soal Asyikin, atau senang dipanggil Kin.

"Ni aku nak bagitau ni, Pak Mat accident!" Kata-kata Hani membuat aku tersentak.

"Accident? Bila!!" Soal Madu, nama dia ni Hani, memandangkan dia punya nama sama dengan Hani lagi seorang, maka guna la nama Madu untuk dia.

"Sebelum Maghrib tadi kot dalam pukul 6:20 gitu."

"A-aku tegur siapa tadi?" Soal aku tergagap-gagap.

"Hah?"

"Ta-tadi Pak Mat tegur aku."

Mereka menunjukkan riak terkejut. Lalu, aku membuka mulut untuk menceritakan dari mula.

"What the...."

"Ain, tadi aku pun kena." Hani cuba merendahkan suara.

"Macam mana hang kena?"

"Masatu aku baru habis guna tandas. Lepastu Pak Mat tengah meronda. Aku kan peramah, aku tegur la dia..."

"Pak Mat? Pa khabaq?"

"Elok."

"Jarang Pak Mat ronda blok ni.."

Pak Mat terus senyum lalu berjalan. Mulutnya terkumat kami.

"Kau tau tak dia cakap apa?" Soal Hawa.

"Tak tau la aku dengar betul ke tak, dia kata jangan buat."

"Buat apa?" Soal aku ingin tahu.

"Tak tau."

"Oi Kin berkerut muka. Kenapa?" Soal Arin.

"Entah. Ingat lawak kot." Hawa pula menyampuk.

"Aku dengar orang panggil aku."

"Kau buat gila apa weh, pukul berapa dah sekarang ni?"

"10:30."

"Naluri aku saja kot."

"Hmm..."

"Tapi.. serius la kau nak main benda tu?" Sampuk Hawa.

"Main benda apa?" Soal Madu.

"Spirit of the coin."

Kami semua saling berpandangan.

***

"Ain~ Mana ibu awak?" Soal Syahir.

"Mak aku? Di-dia pi beli sayur." Jawab aku.

"Bwerk bwerk beli sayur tak balik-balik bwerk bwerk! Ain kena tinggal bwerk bwerk!" Ejek Syahir dan dua orang rakannya yang lain.

Dan itu, kali terakhir aku bersekolah di situ.

"Huh. Beli sayur tak balik-balik." Sinis aku berkata.

"Hoi perempuan siapkan kerja sekolah aku!" Arah Fatin.

"Kerja sekolah kau."

"Weh bengap, kau tak faham ke maksud siapkan?" Perli Mimi.

"Tak."

"Memang patut la kau duduk kelas belakang! Bengap!" ejek Liya.

"Kau du-duduk kelas depan. Buat sendiri."

"Woi perempuan." Fatin menarik tudung aku ke belakang.

"Kau tak faham ke eh? Orang suruh buat tu buat je la. Jangan jadi bengap sangat. Kalau kau cakap benda ni dekat cikgu, aku pastikan kawan-kawan seasrama kau pun rasa benda ni eh." Fatin memberi amaran.

"Ja-jangan kacau diaorang."

"Dah la bengap gagap pulak tu." Mimi tergelak kecil.

"Tapi babe, kau ada bau something tak?" Soal Fatin.

"Apa?"

"Bau longkang!" Serentak mereka tiga berkata.

Aku hanya mampu menahan air mata dari turun. Sabarlah wahai hati, walaupun kau dah tak kuat.

"Siapkan eh! Salah, aku bagi kau mandi air longkang! Dah korang jom blah."

Aku tekad.. malam ni aku nak main game tu.

"Ingat tau malam ni, kau tak join aku tak nak kawan." Ujar Hani.

"C'mon la weh, ni Kin kot."

"Kauorang agak la nak main benda ni?" Tegur Madu.

"Lek la benda ni pun kita tak tau betul ke tak." Jawab Hawa tenang.

"Macam mana kalau betul? Eee tak nak la aku." Ujar Arin. Dia ni memang penakut sikit. Tapi, sebenarnya Hawa lebih penakut dari kalangan kitaorang.

Aku? Tak ... Kot?

"Jumpa malam ni." Beritahu aku kepada mereka.

"K!" Jawab mereka serentak.

"Tapi weh.." Kata-kata aku membuat mereka berhenti bercakap.

"Kertas tu, aku dah buang." Beritahu aku.

"Ala.. tak apa la nanti aku cari." Kata Kin yang ikhlas menghulurkan pertolongan.

"Eh tak apa, aku yang cari."

"Betul ni?" Soalnya.

"Haah." Jawab aku ringkas.

Selepas habis waktu persekolahan, kaki aku melangkah masuk ke pusat akses.

Cepat-cepat aku menyalin semula bahan-bahan di dalam buku nota. Selepas itu, aku tutup pintu. Sekali lagi, bekalan elektrik terputus.

"Kau..."

"Aku dah kata jangan.. kau tak faham ke?"

Perempuan tu!

Dia mengoyak kertas yang aku tulis tersebut.

"Jangan kau berani cuba." Tegurnya.

"Aku, Syafiza. Pengawas dekat sini. Kalau kau tak kenal aku tak apa, kau tak perlu kenal. Cuma..."

"Aku nak kau elak semua ni atau kau menyesal nanti."

Kenapa dia selalu muncul?

"Sudah, bagi aku kertas tu."

Aku berlari meninggalkan perempuan itu.

"Kau nak sangat kan Ain Husnina? Kau nak sangat kan?" Bisik makhluk Allah dari jauh.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top